18.7.12

El Gato Beronne


Nama Penuh: El Gato Beronne
Nama Tak Penuh: Beronne 
Spesis: Kucing! 
Umur: 2 Bulan
Tarikh Lahir: -
Lokasi Ditemui: UiTM Shah Alam
Catatan: Kucing ni hampir seminggu dipelihara. Sudah mula menampakkan tanda-tanda tumbesaran yang menggalakkan. Semakin gemuk dan buncit berbanding ketika ditemui. Kuat jugak beraknya. Atas sebab itu diberi nama 'Berrone' a.k.a 'Berak'!

 El Gato Berrone
(Si Kucing Pemberak Kuat!)

Muke kesian. Dek tak sampai hati. Gua pungut lu Berrone! 

Tak larat... Tak larat... Ni gambar waktu Berrone ditemui bergelandangan di tepi longkang tempat kerja aku. Ditemui dalam keadaan homeless, lapar, menggigil-gigil, dan macam dah nak mati pun ade... Aduhai... Sape la buang anak kat sini... Tau 'buat'  je Mak ngan Pak kau kan!... Moralnya manusia jangan duk ikut perangai binatang!

"Bajet Sweet jer kan tulis pasal kucing. Meluat aku bace" berkata Leman 
di dalam hatinya...

"Ahhh... Aku pun naik meluat nak tulis pasal kau Leman..." 

17.7.12

"U" Turn? Katakan Tidak!


Aku ada satu jalan sahaja, iaitu untuk terus mara. Dengan masa yang kian suntuk, usia kian meningkat, tanggungjawab serta beban yang kian memberat. Cukup la satu jalan sahaja. Pengakiranya sudah tentulah mati. Tapi sebelum mati yang tidak diketahui bila, eloklah diisi hidup ini dengan pengisian. Aku mahu eksplore isi dunia. Mahu kumpul harta. Mahu cari ilmu atau paling tidak jadi 'intelligence'. 

Bila direnung-renung... Aku kenal diri aku sebagai insan yang Cekal Hatinya... Terima Kasih Tuhan... Semoga aku terus cekal... 

12.7.12

Hantu Malam Jumaat

Salam 1 Malaysia. Orang kat Malaysia ni, asal Malam Jumaat je seram. Asal seram je Malam Jumaat la. Habis segala jembalang dikaitkan. Kenapa ek? Hari lain hantu rehat ke? Off day? Bukan ke Malam Jumaat ni malam yang dipenuhi keberkatan? Lagi banyak gandaan pahala pada setiap amal ibadah yang dilakukan. Masa dengar ceramah di surau tak lama dulu, Ustaz yang bagi ceramah tu kata, "Bagi yang dah kawen, lagi banyak pahala pada malam ni... Pasal sunat... Manakala malam-malam lain, hukumnya WAJIB"... Sebagai orang bujang, aku blur... Serious aku blur... Kawan aku yang dah kawen kat sebelah ni, duk angguk-angguk sambil senyum dengan wajah suami berwibawanya... Ntah la... Tak paham aku!

Adakah disebabkan keberkatan malam Jumaat, maka, salah satu tektik orang tua-tua dulu kala dalam mengurangkan aktiviti luar dikalangan anak-anak ialah dengan mengatakan malam ni banyak hantu. Untuk halau hantu tu, banyakkanlah zikir, doa, baca yasin, dan sebagainya. Hmmm... Secara tak langsung, anak-anak elok duk rumah sambil dapat pahala mengaji... Dosa bohong... Momokkan anak-anak dengan cerita hantu tu blakang kire... Kire bohong sunat la... Bila anak dah besar, berkahwin dan beranak, maka taktik yang sama dilakukan... Anak kepada anak tu pula, bila dah kawen dan beranak, guna cara yang sama jugak... Anak kepada anak, kepada anak, kepada anak, sampai kesudah la kepada anak lagi dan lagi... dan lagi... lagi lagi.. gila lagi... Tetap dimomokkan dengan Malam Jumaat banyak hantu... Sampai bila-bila la orang kat Malaysia ni seriau dengan Malam Jumaat...

Tengok TV pulak. Tak hantu, tak Malam Jumaat la. Memang tema la tu. Jumaat kena ada slot drama seram. Kalau tak, rating mesti jatuh. Sebab apa, minded orang Malaysia, "KHAMIS MALAM JUMAAT"... Pandai korang eksploitasi minda orang Malaysia ni. Bercakap pasal drama hantu pulak, bukan nak cakap la, anak mamber gua boleh melopong tanpa berperasaan sewaktu menonton drama 'seram giler' yang dimainkan. Aku pulak, tak boleh tengok cite seram ni. Dek takut terbawak-bawak ke mimpi, aku terus tak tengok TV. Heeyyyy... Seram sangat nokkkkk... Seram sangat la tu, sampai anak member aku boleh terlopong...

Belum habis mengomel pasal drama hantu ni. Jalan cite simple. Boleh baca. Mula-mula adegan anak kena sampuk... Semua jadi panik, especially si ibu... Than bila bapak suggest bawak anak tu pi berubat, tiba-tiba pulak si ibu cakap, tok sah. Pasal si ibu tak percaya hantu jembalang ni. Padahal time anak tu duk menggelepor tersaruk jembalang, si ibu tu pun macam beria-ia hesteria sama... Lepas tu pulak, bila anak dah sembuh, anak pi ngadu kat bapak... "Papa... Tadi Epoi nampak hantu kat tepi parit tu... Hantu tu kata dia nak sampuk Epoi..." Si ibu yang turut dengar perbualan tu, terus-terus la emosi gelabah. Si bapak pulak tang tang tu cakap "Epoi, mana ada hantu... jangan nak mengarut la..." pulak dah! Tadi si bapak yang beria-ia nak bawak anak pi berubat... Dah tak relate ngan babak sebelumnya... Ahhh pening... Time bapak percaya, si ibu buat don't know... Time si ibu percaya, bapak pulak buat tak tahu... Minggu depan pun sama jugak... Hantu kuar sesekali kat celah-celah gerobok, kat laman rumah, kat seat blakang kereta dan sebagainya... Alah.... Macam biasa... Dah dapat baca dah... 

Masa zaman duk asrama dulu, pernah la kiteorang duk port ramai-ramai dan share-share cite hantu ni. Especially time Malam Jumaat ni. Dalam seram sejuk ni, gagahkan jugak bercerita. Dalam bab ni, yang paling pandai 'goreng' cerita, cerita dia lah yang paling best. Sampai ralit kawan-kawan mendengar. Padahal, cerita tu rupe-rupanya koleksi cerita seram yang diambik dari senior yang lepas-lepas. Mangsanya adik-adik junior la. Basah... 'Kene kencing'... Macam biasa la. Koleksi cerita hantu femes, Kisah hantu Volkswagen kat Highway Karak tu, Than kisah 'Hihhhiii Sorang Dah Bangun...", kisah Hantu Asrama kacau student time berak kat tandas... Hishh tu paling significant la... Sape dengar cite tu, nak pi jamban malam-malam pun naik seram walaupun berteman... Aku rase la, kisah-kisah tu terus diulang-ulang kat telinga adik-adik junior zaman sekarang... Maklum la, dah jadi tradisi... Yang first time dengar cerita-cerita ni, memang meremang semua bulu.

****

"Hishhh!!! Ape la abang ni duk sebut-sebut hantu malam-malam Jumaat ni, seram Kiah tau" bisik Kiah ke telinga Kasmin...

"Hihihi... Saje je abang bagi Kiah seram... Lagi Kiah seram, lagi abang suker hihihi" balas Kasmin.

"Abang ni nakal tauuuuuuu"

Op.. Op... Dah... Dah... Dah... Tu dah masuk bab cerita lain... 
Tutup kedai!


****


Orang tua-tua cakap, bila kita bercerita tentang hantu kan... Sebenarnya hantu tu ade 7 langkah je dari kita... Percaya atau tidak... Cuba pandang belakang kau sekarangggggggggggggggggg...

Nak Demam Urat


Hari ni aku workout macam esok nak masuk final raja lawak (raja lawak?). Ape-ape je la wey. Kesannya, aku rase muscle kat leher aku ni macam krem pulak. Ala-ala salah tido. Tapi tak de la teruk sangat. Cume, tak berapa selesa pulak dibuatnya. Risau pulak kot esok bangun-bangun kepala nak toleh kiri kanan pun shakket (sakit)... Hah! Kes naya...

Ops.. Harap maaf, kat atas tu bukan la gambar aku. Gambar member (aku kencing je, jangan percaya). 

Kalau sakit leher, ade chance MC ni. Hahahah. Boleh selamatkan diri dengan alasan yang kukuh. Duk umah tido. Amacam? Tergamak ke? Tak de la sampai macam tu kot. Tempat aku keje, mati pun, kalau boleh ditangguh-tangguh, maka tangguhkan la dulu mati tu. Mana tau kot last-last minute dapat 'wahyu' mengarut kan...

Tak de ape la. Sakit sikit je. Habis kuat pun dia akan jadi seram-seram sejuk macam nak demam urat. Pandai-pandaila capai paint killer ke, panadol extend ke... Tak pon... Tampal koyok... Tak sakit, tak sukan la. Main dam haji pun boleh sakit otak. Ni kan pulak bersenam berat-berat.

Gym... Ni lapangan sukan yang aku minat. Kire aku ni konsider sportsman la kan?... Sukan lain bukan tak minat, cuma ni je yang nampak mudah dan paling praktikal... Nak main sorang boleh. Nak berteman pon boleh. Sukan lain? Tak de team tak jadik. Tak de regu tak mau punye... Nak kau tendang bola sorang-sorang kat padang tu macam orang gila? Tak jadik... Tak jadik...

Ape pun. Bersukan tu, amalan baik. Tak de isu! Sape-sape pun digalakkan bersukan. Ikut minat. Ikut semangat. Ikut kemampuan. Ikut kelapangan. Kesannya, badan sihat. Minda cerdas. Tak gitu? Sape buat, dia dapat. Terpulang. Betol kan? Maka bersukanlah!

Adehh... Dia menangkap dah... Sebelum makin krem leher ni, elok la bebawak berehat dulu. Okey tu dia... Sam Banjamin. Dari tulisan panjang berjela dengan penceritaan beralun-alun, kini dah macam hampeh penyampaiannya. Tapi tak pe la... As long as gua terus tak lekang mencatit pun ok....Kan... Saje ajak korang borak-borak kosong malam-malam nih! Orang bujang... Kalau ade bini, malam-malam gini, baik borak ngan bini ye dak? Lagi baik dari layan korang... Hahahhaa.. Jangan marah haaa... 

10.7.12

Bukan Bidadari... Ini Baru Phenomenon!


Minggu lepas dapat tengok. Sambung pulak minggu ni. Perkhhh makin menggamit-gamit hati aku untuk tonton episod minggu depan. Selasa jam 9.00 malam. Kalau tak de function kat hotel tu, jam 8.00 minggu depan aku dah terpacak depan TV.

Babai la, Nur Kasih... Sudah tidak 'musim' lagi... Ombak Rindu pun boleh la diluput-luputkan dari kepala otak... Begitu jugak Botak dan Cikgu Zakiah dengan 'Juvana' nya... Kite bagi ruang kepada Nad Zainal pulak... Memang mantap lakonan Nad Zainal dalam Drama ni. Lambat naik pulak die ni... Tak pe slow-slow... Bukan Bidadari ni, moga-moga jadi batu loncatan buat beliau sebagaimana naiknya nama Tiz Zakiah, Remy Ishak dan lain-lain melalui drama-drama sentuhan produksi Filmscape Production ni...

Be strong Inaz... Gua tabik watak lu Nad... 

Bukan Budadari... 
Ini Baru Phenomenon!!! 
Yang tak phenomenon macam mana ek? 
Macam drama 'Ape Chelop'... 
Mendengar tajuknye je, buat aku hilang selera... 
Haram, satu episod pun aku tak tengok... 
Hahahaha... 
Padan muka kau! 

9.7.12

Penat


Penat seh... Kerja dah macam Bangladesh da... Ini memang kolar biru punya kerja... Nampak kartoon tu pakai baju biru... Memang sesuai! Tapi tak pe... Love my job so much... (jangan lupa, tangan letak ke dada, sambil mata pandang ke atas...)... Kerja macam Hanj***!... 

Hanjing! (sebut je la)... 


Yang bestnya, kompani tak kaya-kaya juga... Yang kaya "mereka-mereka"... Kang aku report SPRM baru tau! 
Kahakkkk Petehuiihhh!!

5.7.12

"Like"


Hai. Dah sarap? Sarap tu bahasa belah-belah asal aku. Nampak tu perkataan 'belah-belah' tu. Bukan belah kayu. Belah rotan atau perihal memotong tu. Tapi 'belah-belah' tu merujuk kepada sebelah. Atau lebih tepat lagi menunjukkan tempat atau kawasan. Berbalik kepada 'sarap' tadi, bukan menyirap ye. Menyirap tu lain. Contoh ayat "Hisshhhh, menyirap betul darah aku tengok Bedol ni berpakaian ala-ala wanita. Dah macam pondan Siam pulak (perkhh.... ade ke dibandingkan dengan pondan Siam? Pondan siam tu bapak la lawa.... lupa letak huruf "k" kat hujung perkataan lawa tu.)"... Okey... Sarap tu, sarapan la. Bak kata Jonny "No thanks... I've bekfes already..."... 

Amik kau... Tu dia muqadimah...

'Like'... Sebutannya 'Laik'... Bukan 'Lick'... Kot salah sebut nanti lain maknanya... Maka lain la interpritasi orang disekeliling... Bayang kan kau nak cakap kat member kau "I like u" tapi dalam pada ko nak sebut tu 'like' tu... Ko pi sebut "I lick you"... Silap-silap haribulan tercakap kat member yang gegirl yang ala-ala 'bajet dara' dan muslimah terakhir dalam dunia ni, memang ade harapan kene suriram ram ram... Kene simbah dengan secawan teh o panas... Silap-silap mengadap kau ke Jawatan Kuasa Displin atas tuduhan gangguan seksual...

Kalau Like tu maknanya suka. Antonim kepada perkataan Like ni, Dislike... Antonim tu bukan sedara Antonio De Lahoya okey... Antonim tu makna berlawanan... Hish! Apehal la kau ni 'Dol' sangat...Tu pun nak kena explain...  Dalam 'Facesebook' ade button Like ni. Tau kan? Kalau tak tau tu, maknanya kau mungkin layan Tweeter je... Atau sekadar buka account Fasesebook tu, stakat nak stalk account member-member yang ko duk jaki agaknya...

Selain suka, bila sahaja kau "Like" satu-satu statement tu, maknanya kau menyokong statement tu... Contohnya, aku buat statement "Hari ni aku cuti, so malas nak bangkit dari katil. Gosok gigi pun belum, inikan pulak mandi..." Maka-nya disebabkan korang pun sama je, maka tanda menyokong statement ni, korang pun klik button Like tu. Tanda sokongan! (Kesian kepada yang berkata eeee, pengotornye tak gosok gigi lagi, di dalam  hati, tiada button dislike untuk anda klik.)   

Hmm... Dalam Facesebook tu jugak, ade la gang-gang perasan artis yang menubuhkan Fan Page. Tujuannya untuk mengumpulkan seramai mana peminat-peminat yang ingin menyebokkan diri serta memberi sokongan dengan lebih dekat dengan artis-artis ni, selain Fan Page ni menjadi medium penyampai maklumat terkini secara terus dari artis kepada followernya. Bukan artis je, Blogger, Persatuan-persatuan, Kelab-kelab, Syarikat-syarikat tak kire la yang konglomerat mahupun yang dah nak melingkup pun ade FanPage... Untuk follow page-page ni, sama ada korang kene request to joint, korang boleh jugak 'Liked'...

Bagi sesetengah persatuan mahupun kelab, Liked bukan bermakna anda sudah menyertai persatuan tersebut selagi anda tidak mendaftar secara rasmi sama ada bertulis ke, online ke, dan sebagainya. "Setakat Liked di Facebook tak jadi Der"... Senang hidup, yuran keahlian tak bayar, member card pun tak de, pastu bangga mengaku ahli... "Weiii... aku gang Persatuan Mangkuk Tandas" contoh la... Kang bila orang tanya ko daftar kaunter mana? Kau cakap, kau Like FB persatuan. Tu pun like di Cybercafe. sejam 2 ringgit setengah... Keluar Cybercafe tu terus jalan nak mengepak-ngepak. Sekali kene sepak muka baru padan muka...   

Aku kadang-kadang, klik Like button ni bukan la atas tanda suka atau sokongan. Tapi lebih pada suka-suka je Like dan menunjukkan kepada pengupdate yang aku dah bace statement tu. Jadi, kalau dalam senarai Like korang ade listed nama aku, tak semestinya aku suka atau menyokong. Dan tolong la jangan anggap bila aku Like tu maknanya aku syok atau tangkap cintan kat kau... Alahai naifnye kau ni Bibah... 


4.7.12

Akan Datang

Akan datang. Macam kat TV3 pulak kan? Siap akan datang lagi. 
Bajet ade orang nak tunggu la konon. Tak payah tunggu kot membazir masa korang je. Korang bukan berminat nak tau pun. 'Sape la aku ni' (Haaa... Nampak tak permainan dia..? Tu ayat minta simpati... Kalau letak kat facebook, ayat tu, dikire ayat minta 'Like' gadis-gadis... Aku terpikir la, ape pasal la dalam pesbook tu tak de button 'Dislike' macam kat youtube tu? So kalau terbace ayat-ayat yang ala-ala drama king / queen je, maka boleh la kite duk pakat-pakat men'dislike'kannya... Termasuklah statement-statement 'drama' aku sekali! Kah! Kah! Kah!... Tapi sebagai justifikasi, aku tulis, telus dan benar di mana ia diperakui benar oleh mereka-mereka yang diiktiraf waras. Yang argue statement aku, atau terasa 'berbulu' di mana-mana maka-nya, siapa makan jering, kentut dia busuk melantong!)

Amboi, jauh menyimpang dari tajuk entry. Sila teka apakah objek di atas? Siapa jawab dengan tepat, maka jawapan dia betul... Minta pembayang? Ia berat. Ada pelbagai saiz. Diperbuat dari leburan timah (kalau tak silap la)... Disebabkan berat, kalau aku rembat atas kepala kau, secara automatik kau akan cakap "adeh! sakit la bodo!"... Sure la bodo tu kau tujukan kan kat aku, pasal yang rembat batu ladung tu atas kepala kau tu aku la... Hahahaha... Sapa tau, mende ape ni?

"Wey... Batu ladung kan?"
"Tepat sekali, mana tau?"
"Tu, kat atas tu ko ade tulis batu ladung..."
"Ops..."

Pemberat atau lebih dikenali sebagai batu ladung dikalangan pemancing (yang bukan pemancing pun panggil bende ni Batu Ladung kan? Ade nama lain ke?) Gunanya bagi membawa turun umpan ke dasar laut atau sungai ketika memancing selain sebagai penahan bagi mengelakkan umpan yang dilabuhkan tu melilau mengikut arus laut atau sungai tu. Ni untuk teknik memancing dasar la. Memancing ni ade banyak teknik. Kang kalau aku cerita hari ni, subuh besok pun belum tentu abis. Dan belum tentu betul faktanya. Maklum la... Amatur... Aku tulis ni pun under Label "Trip Memancing" tau... Bukan la blog ni temanya 'memancing'. Tu kene paham tu. Kang kalau tak paham, start la nak blame aku macam-macam... Phuiiii!!!

Hmmm... Cadangnya bakal dianjurkan trip tak lama lagi. Lokasi dan masa... Rahsia... Sebab tu aku tulis tajuk "Akan Datang"...

"Phuiiii!! Baik tak payah tulis!"

Suke ati aku la... 
(sambil promote Fan Page kawan)

1.7.12

Phrase of The Day: You Can Never Teach


"You can never teach a guy to love you the way you wanted to be loved. You have to wait for him to do it in his own way, in his own time, that's the saddest part of being a girl. But you can never teach a girl to love the guy back the way she did before if she already grew tired and fed up understanding and waiting to be appreciated and loved the way she deserves to be loved, that's the saddest part of being an insensitive man." 
Credit to Best Qoutes

Sanggup ke die tunggu gua? Boleh ke die paham gua? Cam ne ek gua 
nak gi tau die? 
Duk depan cermin and training la
"Emm saaa.. saaaa... saye suker kat awak.. hihih"
Tak bleh la.. Tuka-tuka...
SMS la... Tapi, proper ke kalau pakai SMS? Nak tulis ape?
"Awak, saye nak bagi tau something... Saye suke awak"
Huhuhu... Segan la gua...

***
Kate orang, tak try tau tau...
Kate orang, tak bagi tau nanti die tak tau...
Tapi, kalau dah bagi tau, die plak tak mahu?...
Aku yang malu...
Lagi tambah haru...
Baru nak tergaru-garu...
Macam Kanggaru...
(Kanggaru?)
Haahahahhaa

Takkan setakat  bagi tahu...
Lepas tu?
Kalau die pun setuju?
Kalau die pun syok kat aku...
Macam mana tu?
Nak biar macam tu?

Balik semula soal menunggu...
Boleh ke die tunggu...?
Gua nak kumpul modal dulu...
Tu belum bab restu... 
Bab ni, gua dah terkena dulu-dulu...
Alah, kes kelmarin tu...
Dengan yang sorang tu...
Hishhh... Buat gua berbulu...

Jadi?
Tak jadi..
Tak jadi la ni..?
Aik?! Blum try dah kata tak jadi?
Tak Berani?
Bukan tak berani...
Tak sedia lagi...
Tunggu bila lagi? 
Mana tau kalau-kalau die pun sudi...

Kalau die sudi...
Die akan berbalik ke persoalan yang aku cakap tadi...
Soal menanti...
Tadi tulis menunggu... 
Ni menanti pulak... 
Semata-mata nak kenakan rima "i" kat belakang tu la...
Tengok!
Dah lari bunyi...
Ko la ni...!
Elok dah belakang sudah dengan "i" tadi...

Biar la dulu...
Dia tahu...
Eh! Mana lu tau die tahu?
Ade lu bagi tahu?
Gua dah bagi hint, hari tu...
Tak lama dulu...
Beberapa hari yang lalu...
Tapi... Dia buat tak tahu...
Emmm... Sah la tu...
Dia tak mahu kat lu...
Eh! Tak Elok cakap macam tu...
Kot dia malu-malu...
Sapa tahu?
Ape la lu!

So acaner?
Aper?
Lu ler...
Gua ker?
Gua ok jer...
Tak de hal brother...
Betul ker?
Boleh cayer?
Heheheheher
Motif! ketawa pun ade "r"

Masih muda...
Punya banyak masa...
Gua pun ade cita-cita...
Nak jadi macam dia...
Malah lebih dari dia...
Maklum lah, gua ni sapa...
Elok gua perbaiki mana-mana...

Hidup bukan sekadar mengejar cinta...
Biar pun cinta tu datang tanpa gua sangka...
Gua tak minta...
Tahu-tahu gua rasa...
Nak buat macam mana...
Tapi gua tau nak handle macam mana...
Selagi mana gua belum bersedia...
Gua anggap je mainan minda...
Normal la... 
Mean, gua bukan 'sodomi' punya...
Sebab, gua jatuh cinta pada seorang wanita...
Yang jauh di sana...

Pada gua...
Kalau betol jodoh gua dengan dia...
Tak ke mana...
Sampai masa...
Gua akan bawak dia terbang tinggi ke langit sana...
Macam dalam lagu "Rama Rama"

Wahh, panjang berjela-jela...
Padan dengan muka korang semua...
Sapa suruh baca?
Gua tulis nih buat dia...