27.6.12

Fatty Merry Setti

Gua nombor 6 dari kiri. Yang paling bonsai tu. Cube amik pembaris ukur.... 
Hai... Ade rupe Ben Affleck tak? Alahh yang dalam filem Pearl Harbour tu... Tak pon ade rupe Matt Damon tak? Dalam filem Saving Private Ryan? Ade kan... Kan.. Kan? Kan la... Cube cakap... Tolong la cakap. Yang tak setuju tu mesti tak minat filem perang. Yang tak setuju tu peminat filem "Cinta Kura Kura" kan... Korang mana minat filem eksen pownnn!
"Adakah anda mengalami masalah perot boncit? Atau pon masalah perot boyottt!!! Ye anda! Saya sedang bercakap dengan anda, Boyot! Adakah kawan-kawan anda memberi nama timang-timangan yang lain seperti Si Gemok... Si Debab... Si Boroi... Bintat Toroon... Feloww... Fetty Merry Setti... Fetty Bom Bom!!! Adakah pencuri sering bersembunyi di belakang anda untuk mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa? Adakah perut anda boleh kelihatan dari Karachi... Dubai atau Istanbul....!!! Jika jawapannya iya, anda memerlukan bantuan. Iya, inilah product kami, Lu Slim La Beebbbbb!!!" 
Din Beramboi, Filem Buli.

Tulis mau jujur ma. Aku rase aku semakin gemok! Terlalu banyak lemak tepu yang gagal mencair. Rase macam nak masuk dalam steamer je. Kasi cair itu lemak. Hahahaha. 2 minggu tak workout, aku naik menyampah dengan fitness sendiri. Sebok memanjang dari pagi sampai petang sampai aktiviti gym terjejas. Weiii!!! Any body out there! Tolong la bagi aku moral support untuk aku kembali rajin memecah lemak-lemak tepu ni. Cam hareeem je aku rase! 

26.6.12

Mersing, Satu Ketika Dahulu


2.10 am. Mata masih belum mahu tidur. Orang banyak berdosa macam aku ni, tuhan balas 'cash' dengan insomnia... Dah larut-larut malam begini, selain tidur, kalau masih terjaga bukankah elok dipenuh-penuhkan dengan bacaan al-quran, zikir, solat-solat sunat mahupun doa. Ini tidak, masih mahu berjaga dengan hal-hal yang lagha... 

Membuka FB dan terpandang sesuatu yang 'mahal nilainya'. Gambar hitam putih Pekan Mersing sekitar tahun 60 an - 70 an. Mahasuci Allah. Berbeza sama sekali. Tapi ini lah kampung halaman aku yang selalu dekat di hati. 

Apa pun credit tu Page Muka Buku Anak Johor yang telah memuat naik gambar ni. Anak-anak Johor sekelian. Jom support page ni. 

25.6.12

Syndrome Ibnor Riza


"Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah"

****

Alalalala gua rase melepek seh dengar lagu ni. Teringat zaman-zaman frust becinte satu ketika dulu. Zaman-zaman frust dulu, sesekali radio main lagu ni, terus je perasaan macam dejay radio tu faham-faham je ape yang sedang dialami. Masa tu terus je kemam-kemam dan ketap-ketap bibir kononnye feeling maut. Wakakakakaka. Sob sob sob. Wakakakaka

Bile ingat-ingat balik, cam lawak pon ade. Cam bodo pun ade. Tetiba gua terjumpa klip video ni kat youtube. (Cehh terjumpa konon... Bukan ke aku yang search lagu 'mimpi yang tak sudah' ni... Eleh... Eleh... Nak coverline konon... Wakakaka... Ketawakan diri sendiri...)

Hihihihi... Just make fun of my self... Lu orang nak ketawakan gua pun gua tak de hal punya la...

"I have brains in my head. I have feet in my shoes. I can steer myself in any direction I choose. I'am on my own. And I know what I know. I am the guy who'll decide 
where to go."

22.6.12

Cerita Zaman Kecil: Yam Cha


Salam. Tajuk tu adapted je. Yam Cha. Merujuk kepada rutin minum pagi dan petang bagi masyarakat berbangsa Cina. Minuman yang dimaksudkan ialah Teh Cina. Kepada yang pernah meminum Teh Cina ni, pasti anda akan menyedari keunikan rasa minuman ini. Perasan tak, rasanya menyegarkan serta ianya mempunyai rasa yang tidak sama langsung dengan air Coca-Cola (Coca-cola? Nampak tak permainan ayat di situ..? Apabila aku memasukkan fakta yang tak ada kene mengena dengan cerita yang nak disampaikan, bermakna, aku sedang melengah-lengahkan masa, setakat nak nampakkan perenggan tu penuh sahaja. Kah kah kah) 

Seingat aku, aku mula membuat teh tanpa pengawasan mak aku seusia aku 10 tahun. Untuk info (tak boleh blahkan, penggunaan frasa 'untuk info' tu?) Okey semula! Untuk info, sebelum memandai buat teh, aku terlebih dahulu belajar-belajar macam mana nak bancuh kopi. Nih kopi kampung tau. Bukan Nescafe 3 dalam 1 mahupun Cappucino peket-peket yang boleh dibeli dari Giant Seksyen 13 Shah Alam tu (macam la tempat lain tak de jual). 

Bila bercakap tentang kopi kampung, wajib la dibancuh 'keras-keras'. Paham ye 'keras-keras' tu maksudnye macam mana?... Kepada yang tak paham, boleh tanya kepada rakan-rakan sekeliling, kopi 'keras' tu ape? Senang cite kopinya wajib la "pekat! sedap! dan melekat!" bak kata A.R Tompel dalam filem Ahmad Albab.   Gulanya perlulah secukup rasa. Tak manis sangat. Dan tak hebeh sangat!

Bab rasa tu mungkin boleh adjust kemudian. Tapi bab kepekatan, haaaa kau jangan main-main Jah... Kat kampung aku, ade yang berparang dan berbunuh sebab kopinya cheroi. Pasal ape? Kopi tu time nak bancuh, perlukan air yang panas mendidih. Tujuannya untuk rendam serbuk kopi tu sampai kembang. Setakat air suam-suam suku, tak mau die Jah... Tak mahu kembang punye kopi tu. Silap-silap terapung je serbuk kopi tu kat permukaan air suam tu.   

Sebab tu la time nak bancuh air kopi tu, si pembuat perlu membuat keputusan, sama ada nak dibuat pekat ke, atau cair ke. Penting ni Jah... Yang nak dijamu tu mungkin la bakal mak bapak mertua. Kot tersilap timing dia hari tu, mood pulak tak baik, terminum pulak kopi o 'patah selera' yang dibancuh, tak ke naye! Saje saje je saham ko jatuh Jah.

"Serbuk kopi nya 3 sudu penuh. Gulanya letak la dalam 3 setengah sudu"

Macam tu la lebih kurang pesan mak aku untuk membancuh se-teko kopi o. Kire standart operating procedure la ni. Tapi, yang aku peliknye, apsal la kopi yang aku bancuh ni tak same rasenye dengan bancuhan mak aku. Hmm... Faktor air tangan pulak memain peranan. Nak air tangan mak aku jugak... 

Ape ceritanya dengan teh pulak. Haaa, begini ceritanya. Lepas pandai tak berapa nak pandai membancuh kopi o, aku berjinak-jinak pulak membuat teh. Huh! Lesen kopi pun belum lulus, dah gatal-gatal nak buat teh. Begitu la ragam kanak-kanak yang nak blaja banyak benda dan mahu blaja berdikari. Niat murni untuk ringankan beban mak, membancuh air petang-petang.

Hari tu terasa nak minum teh o pulak la. Hari-hari nak duk minum kopi o, ketat jugak jadinya. Macam biasa la, jerang air atas dapur. Sementara tunggu air masak, tengok TV dulu la dengan mak dah abah. Bile dengar kettle air menjerit menandakan air dah mendidih, lekas-lekas aku ke dapur. Capai teko, gula, dan jugak teh "cap kereta kebal!"

"Serbuk kopi nya 3 sudu penuh. Gulanya letak la dalam 3 setengah sudu" terngiang-ngiang kat telinga aku pesan mak. Maka dengan yakin dirinya aku membancuh hidangan teh o tu dengan standart operating yang sama. Tiga sudu penuh serbuk teh dan 3 setengah sudu gula, campur dengan air panas mendidih. Wahh... Hari ni mak pasti bangga anak bujang keciknya pandai buat teh o pulak. Dalam hati terbayang-bayang pujian mak dan abah.... "Pandai anak mak buat teh"...

Siap bancuh, terus aku angkut dengan konfiden teh o panas tu mengadap mak dan abah aku. Tak payah rase, pasal yakin benar dengan S.O.P yang aku guna pakai tu. Ala-ala anak dare sunti ade jugakkan aku ni kan?. Tapi sebagai anak lelaki, ape ade hal jadi multi-purpose kan? Buat air boleh, disuruh siang ikan boleh, serba boleh la. Bukan ape. Ringankan beban mak... 

Bancuh sudah, kacau pun sudah. Maka dituanglah air teh o tu ke cawan kaca. Semua ingat kopi. Tapi bau macam teh. Mak dan abah saling berpandangan. Ahhhhh! Petaka ni. Petaka! Aku dengan muka kiutnya menunggu komen dari para juri. Sape lagi kalau bukan mak dan abah aku sendiri. Tapi pelik la pulak, apsal belum pun juri merasa, masing-masing dah buat muka kelat. 

"Berapa taruk teh ni?" mak aku tanya.
"3 sudu la macam biasa" yakin aku menjawab merujuk S.O.P bancuhan kopi yang diajar. 
"Kah kah kah kah kah kah..." abah aku start ketawa.
"Bleh sembelit nih" sambungnya lagi.
"Kih kih kih kih" mak aku ketawa cover-cover. Kene jaga hati anak bujang comel ni. 
Kang dia merajuk payah nak pujuk. Terus serik nak buat air petang-petang.
"~~~" aku blur..
"Dah la Yam, pegi alter la air tu" arah abah kepada mak.

Dekat dapur mak ambik sudu. Dan ceduk sikit air teh o tu. Mak hulur air dalam sudu tu kat aku .

"Cube rase" mak cakap
"Slrupppp..." aku dengan berseleranye terus hirup teh o tu.
"Wekkkkk!!!" 
"Kih kih kih" mak gelakkan aku

Hambik kau. Kelat Jah. Dah macam air akar kayu dibuatnya. Aku rase lebih dari separuh mak aku luakkan air dari teko tu. Pastu ditambah dengan air panas kosong. Bancuhan baru tu, mak aku kacau sebati. Than mak bagi aku rase.

"Macam mana?" mak tanya.
"Macam tawo je"
"Kalau tawar buh gula sikit. Lain kali nak buat air kena rase. Baru tahu sedap ke tak. Nak buat teh tak sama macam kopi. Serbuk teh bubuh sikit je. Satu sudu pun tak sampai. Sikit je"
"Ooooo" kata aku, sambil merakam memori.  

Macam tu la ceritanya Jah. Cerita Zaman Kecil: Yam Cha. Jemput minum semua!

P/S: Siapa Jah? Dan kenapa nama Jah disebut-sebut? Jah tu korang la. Hahahahhaha. 

Phrase of The Day: Manners


“Manners are a sensitive awareness of the feelings of others. If you have that awareness, you have good manners, no matter what fork you use.”


Pernah tak korang kene sepak oleh mak or abah korang kerana sikap atau keceluparan mulut korang. Aku? Seingat aku pernah. Paling tidak pun, mak aku akan sound direct "Cakap lagi macam tu, karang ade yang kene sepak mulut tu!". Parent korang ajar tak? Sure la ajar kan... Cuma kite je kadang-kadang terlupa untuk mempraktikkannya... 

Betul ke teori yang mengatakan etika kesantunan tu dipengaruhi oleh faktor kenegerian... Sesetengah negeri tu kasar bahasanya... Sesetengah negeri tu, penduduknya pakai cakap lepas sahaja tetapi bukan dengan niat menghina, sebaliknya kata-kata yang diungkapkan tu, sekadar perbualan biasa sahaja... Ada juga yang kasar tapi sekadar bergurau...

Life aku dikelilingi kenalan-kenalan yang kebanyakkannya dari negeri-negeri pantai barat seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis... Sepemerhatian aku, maaf cakap la, kasar bahasanya. Terutama ketika ramai. Masing-masing macam ayam berkokok. Sini bunyi, sana berkokok. Suka pangkah-memangkah serta tingkah-meningkah. Kadang-kadang sewaktu berbual, ditinggikan suara dan tidak kurang juga yang meninggi diri gaya cakapnya. Tapi bila sorang, mereka ni baik-baik sahaja. Pandai berjenaka juga pendengar yang baik... Tapi tak pasti samaada "kecoh" atau tidak apa yang didegar tu. Mungkin la, ciri-cirinya begitu... Nak buat lagu mana...

Teringat aku akan salah satu slot di kursus induksi baru-baru ni. Dalam bab "Komunikasi". Beberapa orang peserta dipanggil untuk berdialog dengan menggunakan dialek negeri masing-masing. Waktu ni, masing-masing tak mahu mengaku negeri masing-masing... Disebabkan aku orang Johor, maka terlepaslah dari dipanggil berdialog. Johorkan bahasanya standart!

Salah seorang peserta dari negeri Perak dipanggil. Loghatnya tak la berapa pekat. Masih boleh difahami. Berceritalah beliau tentang beberapa perihal "piau" orang Perak ni berdasarkan filem Zombie Kampung Pisang. Katanya, filem Mamat Khalid tu memang mencerminkan perihal semulajadi orang-orang Perak. Especially yang duk tang hujung-hujung nu. Dengan kecohnya. Dengan kocoh-kacah serta kelam-kabut dan sebagainya. Katanya dalam loghat Peraknya "kalau nak kenai oghang Perak, lagu tu la..."

Walau bagaimana pun, bila sampai bab "Manners" ni, sepatutnya praktisnya perlu standart dan tidak seharusnya dinilai atau disukat-sukat mahupun disekat-sekat berdasarkan faktor kenegerian. Apabila percampuran melibatkan banyak negeri (1Malaysia), kesedaran terhadap nilai-nilai kesantunan perlu ada. Tinggal-tinggalkan dahulu sifat "piau" tu di kampung halaman. Seandainya di kampung halaman perihal maki hamun serta berbangga diri itu dianggap biasa, apabila bercampur di kalangan masyarakat yang lebih khalayak, perlu la menganggap yang maki hamun serta meninggi diri itu sebagai perkara yang "aneh" untuk dipraktikkan secara selamba.

Lain orang, lain penyampaiannya. Begitu juga, lain orang lain penerimaannya. Seandainya penyampaian berniat baik atau neutral, tetapi yang menerima tu mengganggap yang sebaliknya, pasti salah faham berlaku. Salah faham tu membawa pula kepada perpecahan, fitnah, mengumpat serta lain-lain musibah yang "musibat" yang tidak diingini. Akhirnya bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Hiduplah dalam hati yang tidak tenteram. Besar kesannya terhadap masyarakat. Tak gitu?!

Dalam pada itu, sikap saling memahami jugak perlu dipupuk dalam kita bermasyarakat. Kena la faham dan kenali latar belakang kenalan tu. "Ohhh dia ni orang !#@$$$... No wonder la perangai dia macam tu"... "Budak !@%^** rupanya, patut la..." Macam tu la lebih kurang. Tapi, sesekali kalau dah melampau, kene jugak bahasakan sikit. Sebab ade juga dikalangan mereka ni yang menjadikan 'latar belakang' tu sebagai justifikasi bersikap biadap! (maaf cakap la)... 

Itulah yang berlaku kat aku beberapa hari lepas apabila seorang Pak Cik dari negeri "tuttttt" ni dengan selamba je menghamun aku seolah-oleh aku ni budak suruhannya. Beberapa kali juga sebenarnya terjadi insiden ni. Tetapi dek kerana kesedaran sivik yang tinggi dan memandang faktor latar belakang beliau dari negeri "ttuuuuut" disamping faktor kekurangan kasih sayang agaknya beliau ni, menyebabkan aku cool je menelan sumpah seranah beliau ni.

Tapi kali ni, tidak boleh jadi. Caciannya aku sambut dengan senyum dan sebagai memulang paku buah keras, 'ayat lembut' sahaja aku gunakan sebagai membahasakan Pak Cik tua ni. Maklumlah orang tua, kenalah cakap berlapik sikit. Takut jugak. Kang kalau kita tengking dia, terkujat pulak kena serangan sawan babi. Aku jugak yang peru dipertanggungjawabkan.

Tak sangka pulak, "ayat lembut" yang aku guna tu membuatkan Pak Cik ni terdiam dan berubah wajahnya. Sentap hati mak nok!. Kan dah sentap. Terus tarik muka. Tak nak kawan aku. Tapi aku tak kesah sangat. Sesekali kena ajar jugak orang kurang ajar ni kan... Biak padan dengan muka hang!   


20.6.12

Ngelamun



Saya selalu ingat kamu... 
Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan... 
Saya juga tidak tahu mahu berhenti di mana... 
Sehinggalah saya sedar yang kamu mulai jelek... 
Apabila saya berhenti...
Bukan kerana berjauh hati...
Atas dasar menghormati...
Memulakan semula adalah sesuatu yang sukar buat saya...

Biar pun hati ingin bertanya... 
Bikin apa kamu ya?
Khabar apa kamu ya?
Di mana kamu ya? 
Makan apa ya?
Dengan siapa?
Jangan lupa ya...
Elok-elok ya...
Jaga diri ya...
Hati-hati ya...
Persoalan-persoalan yang sama...
Pernyataan-pernyataan yang serupa...
Semoga kamu sedar...
Ianya mewakili satu perkara...
Saya ingat kamu...
Cuma saya perlu sadar...
Saya tidak boleh berlebih-lebih...



Dikala komunikasi terhalang...
Saya cuma perlu berfikir yang baik-baik sahaja tentang kamu... 

Saya menulis ini, dikala hati saya digamit rasa rindu kapada kamu...
Biarlah kamu tidak tahu...
Tentang rindu yang bagaimana...

18.6.12

Team Pujaan Gua


Gua dengan ini mengisytiharkan yang gua adalah DIE HARD FAN ARSENAL sejak TV kat Malaysia start tayangkan live broadcasting EPL 
sekitar tahun 90an... 

17.6.12

Bendera Putih


"I know I left too much mess and 
destruction to come back again 
And I caused nothing but trouble 
I understand if you can't talk to me again 
And if you live by the rules of "it's over" 
then I'm sure that that makes sense.........."

Phrase of The Day

"When you write of us... You will write of us... May I ask one thing? Do so gently..." Armin Muller-Stahl (Angel and Demon 2009)

:: Lembut :: Bersopan-santun :: Berhemah :: DLL ::

Bagi aku, KEANGGUNAN itu dinilai dari sudut sebegini. Kalau 'cantik' yang ini, maka anggunlah kamu.

CANTIK belum tentu ANGGUN. Kalau ANGGUN, yang TIDAK CANTIK pun bisa kelihatan ANGGUN

16.6.12

Dalam Pada Ber-Induksi


Gambar ni aku dapat dari seorang blogger yang jugak peserta Kursus Induksi Umum/Khusus Batch 155/2012. Ops terlupa, bertempat di Pusat Latehan UiTM, Kampung Gajah, Perak. Blogger tu satu kumpulan dengan aku. Dah balik Shah Alam ni baru tahu yang beliau jugak menulis blog. Itu pun hasil dari perbualan yang tidak disengajakan antara aku dengan beliau. Kebetulan yang menakjubkan...

Beliau : Saye ade blog. Tau tak?
Aku : Tak tau pon. Tapi, saye pun ade blog. Tau tak?
Beliau : Tak tau. Saye pun ade. Awak?
Aku : Ade. Kan dah bagi tau tadi. Awak?
Beliau : Ade ke? 
Aku : Ade
Beliau : Wah. Ya ka?
Aku : Ye. Macam mana? Ade ke tak de?
Beliau : Nak wat macam mane. Dah ade. Awak pun same kan?
Aku : A'ah. Same la.

~perbualan yang pening~

Begitulah seriousnya perbualan kami berkenaan blog masing-masing.

####

Lupakan pasal blog kami yang tak femes ni. Ape yang nak aku kisahkan di sini ialah, dalam banyak-banyak gambar induksi yang aku dapat sama ada disnap sendiri mahupun diberi oleh rakan-rakan, gambar ni paling hidup. Serious say... Tau tak kami tengah bincang ape? Ahhh... Ngarut-ngarut je. Gambar ni diambil masa slot team building. Dapat task memilih nama group, moto, objektif dan bla... bla... bla... Tapi dari gambar ni, gaya masing-masing macam tengah meeting macam mane nak tinggikan lagi Gunung Kinabalu agar menjadi gunung tertinggi di alam semesta.

Hasil perbincangan memang mantap. Nama kumpulan, Dinasti Kampung Gajah. Moto pulak nak semua perkataan bermula dari huruf 'G' sempena mengangkat nama Kampung Gajah tu. Gagah... Gigih... Ganas... Gayat.. Gayah... Gempak... Goreng... Goyang Inul... Garang... Guruh... Gugur... adalah antara perkataan-perkataan yang telah berjaya dishort-listedkan. Macam-macam idea nakal diselitkan. Maka terbahak-bahak la ketawa masing-masing. Lebih ketawa dari bincang. Memang best! Akhirnya perkataan "Glamor" yang datang entah dari mana ntah yang berjaya menjadi pelengkap motto kumpulan kami. Gagah... Gigih... Glamor... Ade jugak yang request perkataan "Gebu" sempena ketua kumpulan kami yang gebu tu. En Afiq!

Aku rindu gile moment Induksi ni. Sayu hati mengingatkan kawan-kawan yang super ohsem ni hilang dari pandangan. Balik ke tempat keje, jadi bodoh la macam biase. Walaupun pandai (serious aku pandai dan kenal potensi diri aku kat mana. kau pandai tak?). Macam mana pun kene jugak jadi bodoh. Maklumlah junior, belum kompom, masih mentah, kurang pengalaman DLL (DLL tu jangan tanya, ianya sebijik macam muka kau!). Kalau dalam kursus ditekankan nilai-nilai murni seperti budaya PERDANA dan lain-lain, yang duk dicanangkan tu. Balik kat tepat kerja ni, pandai-pandai la nak hidup. PERDANA ke MERDANA ke memang tak terpakai. Nak buat macam mana. Budaya BERLAKON tu lebih kuat pengaruhnya (Ops! Aku tersalah cakap ke?. Betul... Tapi bukan pada semua. Yang gigih, tetap gigih. Walaupun kegigihan tu tak dihargai pun!).

Tak. Aku tak tersalah cakap. Itulah hakikatnya. Pahit yang terpakse ditelan bulat-bulat. Siapa aku untuk menegur? Tak kan orang muda nak tegurkan yang tua? Kalau pun dibenarkan menegur, yang ditegur tu boleh terima ke? Nak buat macam mana? Kalau terang-terang kesalahan dan perlanggaran peraturan dan undang-undang tu dilakukan dengan sengaja dalam keadaan sedar! Tu belum lagi bab ambil kesempatan terhadap orang lain. Lepas tangan, missing in action, take cover DLL ( (DLL tu jangan tanya, ianya sebijik macam muka kau!)

Aku bagi contoh la. Penyalahgunaan dadah. Salah atau tidak jika dilakukan ditempat kerja? Salah bukan? Di luar waktu bekerja pun salah bukan? Jadi, apa justifikasi yang boleh ditegakkan sebagai alasan bagi menghalalkan tindakan ni? Apa? Surat doktor?! Surat Polis?! (Ni contoh la. Bukan betul-betul berlaku)

Ape cer? Kalau pun diberi ruang untuk berbincang secara berdepan, siapa sanggup bercakap tentang keburukan diri sendiri? Aku pun tak sanggup, lagi la kalau pendedahan tu melibatkan kesalahan-kesalahan besar lagi mengaibkan. Kau berak tepi jalan dan biar orang terpijak tahik kau, kau sanggup mengaku kalau pun ada saksi yang nampak tahik tu datang dari jubur kau sendiri? Tentu tak sanggup bukan? Lain la kalau kau ni jenis sakai yang memang tak tahu malu dan tiada jati diri. 

Kesimpulannya, jangan buat tahik kat tempat kerja. Alert la pada persekitaran. Jangan ambil kesempatan. Kalau tak mampu, bagi tahu. Boleh adjust. Boleh diringankan beban. Dan jangan lupa, boleh juga "diberi pilihan". Boleh bincang ape dengan Bos especially if u think that u're not fit enough to stay. Jangan tamak. Jangan kerana sikap kita, orang lain terasa disabotaj! Perlu ke ditegur dan diberitahu itu salah, ini betul? Aku malu untuk menegur. Sebab, aku sedar akan malunya jika ditegur (kesalahan). Tak kan itu pun tak boleh fikir. Kesian la. Kesian. Amat kesian! Tambah kesian pasal kau tu anak bangsa aku!

Tahap hormat ade beberapa markam:

Pertama, hormat orang lain dan persekitaran. Kalau tak mampu pilihan kedua ialah, hormati diri sendiri. Insyaallah, yang lain pun akan hormat. 

15.6.12

"Singal"


Kalau aku ni buta 
Buta huruf
Lagi buta kayu
Tak faham bahasa
Tak dihantar bersekolah
Berotak bebal
Tak tahu English
Mungkin la aku tidak akan faham isyarat di atas

Bertahun aku hidup bersama seorang Pak Cik yang bisu
Juga bersama Nenek yang pekak
Aku cukup memahami bahasa isyarat

Ini bukanlah isytihar perang buat kamu
Cuma...
Aku cukup matang untuk faham 
Isyarat yang kamu lontarkan
Biarpun jelas
Kita bercakap dalam bahasa 
Dan juga nada yang berbeda

Berkata sunnah nabi
Memberi salam cukuplah 3 kali
Jika tidak bersahut
Pergilah dengan sangkaan yang baik-baik




Diam Gusar Kosong


Memusing-musingkan semula ingatan ke garis masa sebelum aku ketemu kamu.  DiamGusarKosong. Rutin-rutin biasa tanpa terselit ingatan terhadap kamu. Apabila aku kembali ke garis masa yang kini aku berada. 
Ada kamu. 

Namun, apabila tiba-tiba kamu hilang. Kamu diam. Aku gusar. Tetapi tidak kosong. Sebab setiap Timelines yang aku lewati, ingatan tetap ada membawa kamu bersama. Bagaimana harus aku kembali semula ke garis masa sebelum aku ketemu kamu..? Tak mengapa... Aku akan mencobanya... Lewat-lewat, kamu hilang juga. Walaupun berbekas di dalam hati... Ahhh... Hilang kamu adalah sesuatu yang amat... 
Sayang!

14.6.12

Muhasabah: Mode Sadar Diri



Kena sedar siapa diri aku, di mana aku berada dan apa yang aku ada. Berpada-padalah dalam melakukan segala perkara. Kalau gembira jangan lupa akan sedih. Dikala gelak pun aku boleh mengalirkan air mata... Kalau suka, jangan suka-suka sangat. Kita nak suka sesuatu, seseorang atau apa sahaja, perlu cermin pada diri. Mampukah? Layakkah? Sesuaikah? Jangan jadi seorang yang sekadar dipermain-mainkan oleh perasaan sendiri. Ada akal bukan? Tentu boleh berfikir secara rasional. Guna logik. Dicampurkan dengan pengalaman yang pernah dilalui, nasihat rakan-rakan, fakta dari buku. Banyak perkara yang perlu diambil kira. 

"Weyyy... Sedarlah diri tu sikit. Hidung tak mancung... Pipi tembam, lagi tersorong-sorong... Lupakan aku tak layak buat dia... Jangan terlalu difikirkan urusan Allah. Uruskan dahulu apa yang patut kau uruskan sebagai hamba Allah...  Serahkah kembali urusan rindu serta kasih itu kepadaNya. Anggap perasaan tu sebagai tanda aku masih normal kerana jatuh hati kepada seorang wanita. Perbaiki diri. Perbetulkan niat. Kalau betul pun dia jodoh aku. Biarlah ia hadir di waktu yang mana aku betul-betul bersedia" 

Berlapang dada terhadap ujian Allah. Yakin benar, hari ini aku diuji dengan rasa rindu yang hebat. Astagfirullah... Ya Allah... Aku kembalikan rasa rindu ini kepada Mu... Kerana hanya engkau ya Allah, yang layak menerima sembahan rindu hamba Mu ini. Aku bersyukur, kerana dipinjamkan sedikit serpihan sifat "sayang" mu yang agung itu...

11.6.12

Mawar Buat Gadis Kota Merah


Kamu buat aku tergoyah rasa. Tapi untuk kunjungan kamu hari ini, 
mawar merah ini buat kamu. Selamat datang. Aku senang pandangan kamu ada di sini. Biar pun perlu meneropong jauh dari negeri dengan kota merah itu. Senang-senang utuslah khabar. Terbuka aku menerimanya. 

Jangan serik untuk datang lagi. Aku suka kamu ada di sini. Biar pun jauh di negeri kota merah itu... Siapa? Kamu... Yang merasakan dengan yakinnya bahawa mawar merah ini buat kamu.  Usah risau, ia khas buat kamu.
Terima sahaja lah! 

10.6.12

Lalu


Kau fikirlah biar jelas
Beban ini milik ku
Amanah yang ku galas
Aku bawa mengikut haluan ku

Aku punyai takdir ku yang berlainan
Berlainan sama sekali dari takdir kamu
Aku punyai takdir ku yang berlainan
Bagai badi yang menyumpah nasib ku

Jalan yang ini milik ku
Orang kasar dan kotor sahaja yang lalu
Likunya perit lagi berliku
Aku bimbang kau tak mampu

Aku risau kau tak betah 
Lalulah pada jalan yang lebih mudah
Terhindar kau dari gundah
Tak perlu bersusah payah

Untuk aku, aku sudah terbiasa
Pada aku sekadar alah
Alah bisa tegal biasa
Biarpun sedikit berlelah

Pergi kamu!
Pergi!
Ada yang lebih elok buat orang yang macam kamu
Usah ikut aku lagi...

Aku bukan mengalah
Aku bukan takut
Sebelum kita hilang arah
Awal-awal lagi aku sebut

Aku mohon kau faham
Kenapa aku jadi diam
Aku fikir dalam-dalam
Biarlah terpadam

Aku tak boleh teruskan. Biarlah terbeku. Ada perjuangan yang masih belum disudahkan. Ada takdir yang perlu dilengkapkan. Bukan kamu tidak boleh ikut aku sebenarnya, sebaliknya, aku yang harus berhenti dari terus mengejar kamu. Biarlah... Sama ada kamu masih mahu terus menunggu... Atau aku terus mengejar... Aku bimbang, pada akhirnya kamu akan berkata "menyesal...."


Aku mohon kau faham
Kenapa aku jadi diam
Aku fikir dalam-dalam
Biarlah terpadam