31.3.12

Kuala Lumpur - Mersing, Sebuah Catatan Perjalanan


8.54 am, Terminal Bersepadu Selatan.

Aku punyai lebih kurang setengah jam sahaja, sebelum bertolak pulang ke halaman. Mersing Johor. Banyak bezanya di sini, berbanding zaman-zaman Stesen Bas Pudu Raya lama. Personally its, awesome. Penampilan gaya-gaya Airport. Cume counter penjualan tiketnye sahaja yang Nampak biase-biase sentuhannya.

Di sini hawanya, sejuk dan nyaman. Menarik dan menghembus nafas tak sesesak dahulu. Tiada lagi bau-bauan asap jelaga dari ekzos bas. Malahan bau asap rokok pun tak singgah ke lubang hidung. Selesa. Cukup selesa. Malah suasanyanya juga tidak sesesak dahulu, berbanding zaman-zaman Stesen Pudu Raya lama. Kalau dahulu, berjalan selangkah, sudah berlaga bahu. Punyalah sempit dan sendat.

Perut masih kenyang setelah bersarap di Medan Selera Teratai. Di medan selera ni, cash anda tidak laku selain perlu menukarkannya kepada kupon terlebih dahulu. Perlu bijak mencongak berapa banyak yang  mahu dibelanjakan. Kalau tidak, rugi! Aku sahaja pagi ini, telah kerugian RM 4 ringgit gara-gara menukar note RM 10, hanya untuk sepingan nasi lemak telur goreng yang tak sedap rasanya, bersama teh tarik ‘cair’, sekitar RM 6 ringgit kesemuanya. RM 10 – RM 6, maknanya aku punyai baki RM 4 ringgit yang masih boleh di’ redeem’ kan. Tapi aku... MALAS! 

'Hmmmm. Pandai diorang ni meniaga'

Rase mengantuk dan berdenyut-denyut pada hujung kening dan kepala sebelah kiri. Gara-gara tidur yang tidak cukup barang kali. Tidur jam 3 dan bangun bergegas seawal jam 5.30 am untuk ‘mengejar’ tren ke Kuala Lumpur Sentral. Mujur tak kelewatan. Mujur ade adik yang menghantar. Lebih baik menaiki tren rasanya, berbanding Rapid KL yang pasti macam tin sardine cap ayam tu. Hmm. Mengantuk ni, tahan-tahan kan sahaja dahulu. Dalam bas nanti, mahu tidur sepanjang jalan.

Cuti beberapa hari. Bermula hari ni sampai Selasa. Ada sahabat bertanya. “Lamanya cuti. Balik kampung jauh-jauh pula, bawa diri ke?”… Hmm… Mungkin juga. Dalam hati ni mahu lari jauh-jauh seketika dari ‘sakit kepala dan hati’ di sana. Balik kampung dan berehat-rehat sahaja macam orang penganggur. Mungkin bila pulang semula kemari, dah dapat ‘fresh air’ dari bumi Mersing tu. Lagi pun, memang dah lama aku tak balik.

28.3.12

Malam Ini


Kalau diluar sana jahil. Aku lebih hina dari jahil
Kufur. Hamba yang bodoh lagi tidak bersyukur
Mahu sahaja aku menangis mengenang kebodohan diri
Sombong kepada tuhan sendiri
Berpura-pura. Membiarkan diri menjadi munafik besar!
Kesal. Sungguh aku kesal
Hari-hari jadi orang munafik

....... Mencari Iman.......

26.3.12

Sampai Ke Sudah La


Siapa antare korang pernah terjumpa adegan dibawah ni???... 
Sape pernah, jangan gantung diri pulak ye..

Jom Bace...



"Hallo Baby..." Salem menghubungi Bibah. Panggilan 'Baby' tu menggantikan nama Bibah, agar tampak lebih manja-manja. 

"Hai Bee" dengan nada yang manja-manja jugak, Bibah menjawab. Dan panggilan 'Bee' itu pula, sebagai menggantikan nama Salem. Pun agar tampak manja-manja.

"Sorry, hari ni Bee lambat call. Sibuk sikit la. Siapkan assignment. Lepas tu pi main futsal dengan room-mate. Bee tak perasan, Baby call tadi" Salem mengatur ayat-ayatnya.

"Ye la. Pentingkan sangat la assignment, futsall dengan kawan-kawan Bee tu. Sampai ati Bee tak ingat kat Baby" rajuk Bibah.

"Alahhh. Jangan la merajuk. Kan Bee dah call ni" pujuk Salem pulak.

"Tak nak" jawab Bibah ala-ala jual mahal.

"Ala bucuk-bucuk. Ala... Meh Bee pujuk, meh. Ye la-ye la, Bee yang salah" (aku yang menaip pun ade rase geli geleman sikit)

"Tak nak jugak!" Bibah masih berkeras dengan rajuknya. Dalam merajuk-merajuk tu, masih jugak tak diputuskan panggilan tu. Alahai, mengada-ngada betul Cik Bibah ni kan.. 

"Ok. Ok. Lain kali, Bee ape-ape hal, Bee akan utamakan Baby dulu. Bla... Bla.. Bla... Bla... Bla... Bla..." maka berlarutanlah adegan pujuk memujuk di antara Salem dan Bibah ni. Dari jam 10:35 pm, membawak ke jam..


25.3.12

Antara Secawan Nescafe Dengan Sebalut Ganja

Pagi tadi, tekak terasa teringin sangat nak minum Nescafe Tarik. Lantas dengan pantas membancuh secawan. Sejak berkesedaran terhadap penjagaan kesihatan ni, aku kurang minum nescafe ni. Dah tak kerap macam dulu la. Kalau dulu, pagi-pagi time bersarap, mesti pekena secawan nescafe panas. Tengah hari sikit, time-time bosan dan mata mula mengantuk, bancuh secawan. Petang pulak, bile lepak-lepak minum dengan kawan-kawan, pekena Nescafe ais pulak. Malam secawan lagi. Perhh!!! Naik terbeliak biji mata di kala malam, penangan caffein yang mula melarut dalam darah. 

Nak bunuh diri ke ape?

Lately. Sejak-sejak mengamalkan gaya hidup yang boleh la dikatakan sihat ni, aku mula kurangkan pengambilan Nescafe ni. Banyak minum air kosong semata time makan. Baik pagi,, tengahhari dan membawak ke malam. Rasanya badan lebih sihat dan segar berbanding dulu. Mungkin dek kerana rajin bersenam semenjak dua ni, caffein dalam badan ni beransur berkurang agaknye. Dibuang sebagai toksin bersama-same peluh yang keluar sewaktu bersenam tu (memandai membuat teori sendiri). 

Entah apa kejadahnya, sejak dua tiga hari ni, aku boleh terjebak semula dengan tabiat lama ni. Dan berbalik kepada cerita pagi tadi tu (bersaman pagi Sabtu semalam), aku sekali lagi telah melanggar azam yang aku tanamkan dalam kepala otak aku ni. Secawan lagi nescafe tarik dibancuh tanpa rasa bersalah. Menjadikan ini,  mungkin gelas yang ke berapa entah untuk minggu ni. Wahhh... Ini sudah melanggar pantang! Minuman itu, dengan bangganya aku jaja (bawak sambil berjalan). Sehinggalah singgah ke telinga ku ungkapan ini

"Hah. Nescafe la tu! Sehari kalau tak pekena segelas, boleh pening kepala" dalam nada yang kononnya 'memangkah' (sinislah)

21.3.12

Gadis Pujaan

Hati tak sabar la nak menjeling-jeling gadis pujaan aku yang sorang tu. Baru-baru ni aku terpandang die sekilas. Cepat-cepat aku patah balik dan buat-buat sibuk-sibuk lalu lalang di depannya. Dapat jeling dengan hujung pandangan pun ok la. Nak tegur, mintak mahap la. Jangan harap aku nak tegur. Badan, gagah angkat besi. Tapi depan perempuan sorang ni aku mengalahkan anak dara umur 17 jadinya. Terasa pipi, gebu kemerah-merahan dibuatnya.  

Baru-baru ni, aku terserempak dengannya sekali lagi. Ewah cik adik. Terkedek-kedek menggalas beg dan membimbit buku. Sekali mata bertemu mata. Die senyum. Hey, beghape punye manis daahhhh... Aku pulak yang terkepot-kepot kemaluan kemalu-maluan laju menyorok dalam setor, kat tempat kerja aku tu. Bile die lepas berlalu. Aku curi-curi pandang dari belakang lori yang di'parking' kat situ. Hmmm... Gadis Pujaan Hamba...

Tapi, dek kerana tak tahu status diri gadis pujaan tu. Dek kerana beberapa sebab musabab yang munasabah. Aku pendam je la hasrat hati (alahai loosernye! hahahaha). Tak pe. Menjeling-jeling dulu. Mana tau, ade chance. Eh bukan. Bukan mencari chance. Bile menyebut perkataan 'chance' tu, bunyinya macam buaya lapar yang menunnggu 'chance' menyambar mangsanya. Maka tak manis digunakan perkataan 'chance' tu. Adapun perkataan atau ayat yang lebih sesuai ialah... "Mana la tahu, kalau ade jodoh..." Hahaha (apsal gelak?)

19.3.12

Aku rindu 'Journey'

Salam pembaca sekelian. Tiada tulisan baru malam ini. Memang tidak berniat pun untuk mengerah idea. Malam ni, sekadar membelek-belek serta menyelak-nyelak tulisan-tulisan lama. Terjumpa Journey. Ditulis pada 2010, bulan 12. Zaman bergaji RM 4 ringgit sejam. Zaman sesak-sesak duit. Zaman -zaman di mana aku terasa yang dunia ni tak pernah adil. 

Apa pun, yang pasti zaman pahit yang dah pun berlalu. Tapi, dalam pada merudum zaman tu. Dalam pada tidak adil tu, terhasil 'Journey'. Adakah betul yang sesebuah penulisan tu dipengaruhi oleh persekitaran serta perkara-perkara yang kita rasai pada tu..? Mungkin jugak betul.  Ade orang kate, untuk menulis dan menghasilkan sesebuah tulisan yang baik, perlu ada mood yang tertentu. 

Adakah hari-hari yang aku lalui, gaya hidup, serta persekitaran sekarang ni, tidak memberi ruang untuk aku menghasilkan tulisan yang macam dulu-dulu? Nak buat macam mana agaknye ye? Bercuti dan lari dari suasana sekarang? Atau bercuti dari menulis? Kalau bercuti dari menulis, makanya tak ber'update' lah TheTimelines ni. Kosong....

Hmm.. Tak pe la... Perlahan-perlahan kayuh... Mungkin fasa membiasakan diri dengan persekitaran baru... Aku rindu 'Journey'...

18.3.12

Gila Kuasa


Orang kite ni, bile dah perasan diri tu berkuasa sikit, maka die akan:

Risau tak kelihatan power. Padahal orang sekeliling dah tau dah, takat keupayaan die.

Kalau die tu orang lama sikit, die risau orang tak respect die as Senior. Mintak hormat boleh Encik. Tapi jangan la mintak sembah.

Die akan mula mendepang-depangkan tangan menunjuk itu dan ini, serta meninggi-ninggikan suaranya mengarah-mengarah itu dan ini. Mengharap agar orang ramai aspect yang die la 'person in-charge'. Tengok body-language boleh tau.

Die akan membuat keputusan, tanpe perlu berbincang. 

Kadang-kadang, mengalahkan Tuan Pengurus pulak gayanya.

Disebabkan rasa ancaman, maka sikap seperti kedekut mula timbul. Kedekut...? Kedekut ilmu... Kedekut informasi... Risau, orang lain lebih advance dari padanya. 

Jarang la dapat berkongsi dengan orang macam ni.

Mula mengamalkan 'Politik' yang tidak sihat. 'Cucuk-cucuk'... 'Cuit-cuit'... 
"Hey jangan main bangsat la" bak kate Ajis Satar dalam filem Bujang Lapok.


17.3.12

Soledad


Dapatkah kau rasai kesan kesedihan
Pada kenangan yang pernah kau tinggalkan
Seandainya dapat kau padamkan
Kesan kesedihan itu untuk sekali ini

Biarpun aku pejamkan mata
Aku tetap terbayangkan wajah mu
Buat kesekian kalinya aku sedar
Hilang mu tiada gantinya

Sendirian
Setia menemani kesepian
Sejak hari kau berlalu pergi
Mengapa kau tinggalkan aku
Sendirian
Hati ku hanya ada kamu
Dan kenangan itu selalu hidup
Mengapa kau tinggalkah aku
Sendirian

Melalui jalan-jalan Kesendirian
Di sini cinta dahulunya mekar
Ku bagai tak percaya
Kini bertukar sepi dan kosong

14.3.12

Cerita Zaman Kecil: Memburu Bersama Abah

Untuk mengimbau kenangan ni, aku ingin mengajak kalian semua menaiki mesin masa dan terbang ke tahun-tahun sekitar awal 1990 an. Ketika umur aku dalam lingkungan 6 ke 7 tahun. Berlatar belakangkan damai suasana perkampungan Felda Nitar 1, Mersing Johor. Sebuah perkampungan Felda kecil yang letaknya nun jauh terperosok di tengah-tengah hutan belantara dalam daerah Mersing.

Peta Felda Nitar di Google Maps


Nak dijadikan cerita, jalan perhubungan ke Felda Nitar pada zaman tu agak terhad. Paling hampir adalah Pekan Kahang, selain Bandar Kluang. Itu pun memakan masa hampir 40 minit ke 1 
jam perjalanan. Dari segi pengangkutan pula, selain berkenderaan sendiri bagi yang mampu, pilihan lain adalah, satu-satunya 'Mersing Omnibus'.  Syarikat pengangkutan awam yang aku kire bertahan sampai ke hari ni. Teksi pula jarang-jarang sekali kelihatan pada zaman-zaman tu. Mungkin atas faktor tambang yang mahal, disamping berkemungkinan tak ramai pemandu-pemandu teksi yang sudi menjejakkan tayar teksinya ke kawasan Felda yang jauh ke dalam tu.     
                   

12.3.12

Blog Rakan Gerila Penulisan Kreatif


Pejam celik-pejam celik, tahun ni masuk tahun ke-3 aku mengemudi Gerila Penulisan Kreatif (GPK) di Facebook tu. Bermula dengan main-main, sekadar permainan menyambung ayat bersama Co-founder Mr Zulfikar Hazri, hari ini, GPK telah menjangkau 727 keahlian. Aku selaku admin pun dah tak berapa cam, mana satu dikalangan rakan-rakan di GPK tu merupakan Blogger atau pun yang bukan Blogger. Apa pun aku amat menghargai keberadaan rakan-rakan ahli di sana.


Buat rakan-rakan blogger yang selalu bertandang ke GPK untuk ping entry, terima kasih juga buat kalian atas kesetiaan kalian dalam menjadikan GPK sebagai platform untuk mengenengahkan tulisan kalian. Secara peribadi, aku kadang-kadang tak punyai kesempatan untuk menjenguk satu persatu post yang kalian sumbangkan di GPK tu, memandangkan kesibukan dengan tugasan hakiki di UiTM tu. Walaubagaimana pun, sekali berpeluang, pasti aku jenguk juga. 


Buat rakan-rakan di GPK, hari ni aku ade keluaran istimewa buat kalian
 Blog Rakan Gerila Penulisan Kreatif
3 blog terpilih secara rawak
Mari kite tengok siapa yang kena!

11.3.12

Tegur

Salem dan Mona dua sahabat. Mula bersahabat sejak mula berkenalan. Mula-mula sekadar kenal-kenal biasa. Senyum-senyum. Tegur-tegur. Berbual pendek. Berlalu. Entah bagaimana, bertambah mesra, lantas menjadi sahabat. Suatu hari kedua-duanya menjadi diam. Tidak bertegur, sehinggalah salah seorang bersuara...


"Apsal kau?! Dah jelik bercakap dengan aku?" soal Salem.

"Mane ade. Dah kau tak tegur aku" balas Mona pula. 

"Apsal aku nak kene tegur kau?" Salem menyoal lagi.

"Ye lah... Tegur la" ringkas jawapan Mona.

"Ko bukan ade salah ape-ape, sampai aku perlu tegur kau" betah Salem pula.

"Hah?!" Mona kurang faham.

"Ye la. Buat ape aku nak tegur kau, kalau kau tak buat salah" jelas Salem.

"Ah! Ape-ape je lah. Pening la aku dekat kau ni..." Mona bingung. Lantas berlalu dengan wajah mencuka.

"Tengok la tu. Tak boleh ditegur sikit!" rungut Salem. 


Tegur... Maknanya, kata-kata yang diucapkan untuk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah). Tegur itu juga boleh diertikan sebagai ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar. Mona cakap lain. Salem faham yang lain.

7.3.12

Tak Bercakap Rabu

Tak Bercakap Rabu
"Nak masuk Khamis dah oiii!!!"


Kejiranan Ku yang Sesak-sesak

Salam Rabu. Salam pasar malam bagi penduduk sekitar Shah Alam, especially tetangga Seksyen 7. Petang ni berduyun-duyun lah umat manusia berkunjung ke Pasar Malam Seksyen 7 ni. Secara automatiknya, sesak lah lalulintas di jalan-jalan utama di sini. Ditambah lagi dengan kehadiran semula adik-adik student-student UiTM sempena pembukaan semester baru ni. Shah Alam kembali sesak, setelah berbulan dikira agak lengang. Welcome back adik-adik semua.

Jalan akan kembali sesak. Terutama pintu masuk UiTM Shah Alam. Baik pintu satu mahupun pintu dua (pusat komersial). Tu belum pintu dua buat hal, yang kadang-kadang ditutup akibat masalah kerosakan jalan. Maklumlah. UiTM sekarang ni sedang giat melakukan pelbagai pembangunan. Berdekatan dengan pintu dua tu pun sedang giat dinaikkan projek baru. Semua tu untuk kemudahan segenap warga UiTM juga. Baik pelajar mahupun kakitangan. Yang bukan warga pun tentu mendapat kebaikan sekali.  Kadang-kadang jalan pecah. Kadang jalan sikit merekah. Kene la bersabar.

Pertembungan trafik. Bermula dari simpang empat yang berhadapan pintu masuk ke UiTM Shah Alam (pintu dua) yang terdiri dari pengguna pintu dua tu sendiri, pengguna yang nak memasuki Faderal Highway dari Seksyen 7 Shah Alam, pengguna yang nak memasuki Shah Alam yang datang dari Faderal Highway dan Klang. Bertembung dalam satu masa. Masa kemuncak, dari jam 6.30 pagi sampai la jam 10.00 pagi. Kemudian reda. Kembali sesak pada waktu tengahari sekitar jam 11.30 pagi sampai la jam 3.00 petang. Waktu balik kerja jangan cakap la. Silap-silap sampai pukul 7 malam, jalan masih sesak. 

6.3.12

Tebiat

Tabiat. Apa yang boleh dicakapkan tentang perkataan tabiat ni? Aku kira, setiap individu mempunyai tabiat-tabiat tertentu. Sama ada tabiat itu diamalkan secara sengaja mahupun tidak, berlaku samaada secara sedar ataupun secara spontan, dari tabiat-tabiat itulah yang mencernakan identiti masing-masing. Selain tu, ade jugak dikalangan kita yang mendapat gelaran dari rakan sekeliling berdasarkan tabiat yang sering dilakukan. Contohnya, Peah Gosip, Limah Becok, Milah Garu, Rafeah Buang dan sebagainya.

"Hoit. Rafeah Buang tu bukan nama artis zaman klasik tu ke?"

"Ops. Maaf. Rafeah Buang tak termasuk"

Tabiat. Mari huraikan dari sudut makna dengan lebih terperinci. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1562, tabiat itu bermaksud budi pekerti, perangai atau watak. Dalam makna yang lain, ianya membawa maksud perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, atau tingkah laku. Contoh ayat, 'memang menjadi tabiat Leman, selepas sahaja makan yang berat-berat, dia akan menghisap rokok pula selepas itu'. Maksudnya, umum menyedari akan tabiat Leman itu. Apabila suatu hari, Leman melakukan perkara yang berlawanan dengan tabiatnya itu. Atau dalam ertikata lain, Leman tidak merokok selepas makan, perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan perkataan tabiat itu ialah, buang tabiat. Jom ikuti dialog pendek ni untuk gambaran yang lebih jelas.

"Hai Leman, selalu lepas makan ko merokok. Ari ni tak pulak. Dah buang 
tebiat ke ape ko ni?"

"Eh Pak Samingin ni, saye tak merokok ni bukan buang tebiat. Tapi pasal azam baru nak berenti rokok. Maklum la. Saye ni kan dah couple dengan Midah anak Wak Salikin tu. Anak sedare Pak Samingin jugak kan. Kene la berenti. Kalau tak, tentu kene
 bebel dengan die pulak. Maklumlah sayangggg"

"Elok lah kamu berenti Leman. Dari membazirkan duit dan membahayakan kesihatan kamu tu. Kamu ni mude lagi. Jage la kesihatan tu. Biar la sehat sikit paru-paru kamu tu.. "

"Ye la.. Ye la... Hmm.. Panjang pulak leter Pak Samingin ni..."

Beberapa hari kemudian

"Meninggal dah Pak Samingin tu"

"Iye lah. Dah sampai ajal die. Eh Leman, kamu ade nampak ape-ape perubahan pade 
arwah tak sebelum die ninggal?"

"Eh. Mana pulak tak de nye Hussien Junaidi. Ade kemarin tu, die duk bersyarah dekat aku. Suruh aku jage kesihatan la. Berpesan macam-macam lah. Kite bukan tak kenal tabiat Pak Samingin tu, asyik muke serious je memanjang. Nak bercakap dengan orang kemain susah. Dalam mulut tu macam ade jongkong mas. Elok plak kemarin borak-borak dengan aku.

"Oooo. Buang tebiat la tu.."

"Iye da... Buang tebiat da..."

Kesahnyeee... Ingat tadi Leman yang buang tabiat. Rupe-rupenye Pak Samingin yang arwah dulu. Demikianlah kesah yang dilakon kan oleh Midon Damian sebagai Leman, Wak Samingin Jelani sebagai Wak Samingin dan dibantu oleh Jamel Irwandi sebagai Hussien Junaidi, bagi memberi sedikit gambaran tentang frasa buang tebiat dikalangan masyarakat kite ni. Perkataan tebiat, bila aku cari dalam kamus memang tak de. Bermakna perkataan tebiat tu, berakar umbi dari perkataan tabiat tu sendiri. Cume ia adalah versi bahasa pasar yang diamalkan oleh masyarakat kita.

4.3.12

Rehat

Sedang berehat. Hari ni blog tutup. Tiada entry dikeluarkan. 

Sayangggg Mak Dara

Salam. Bile Blogger serta Script Writer tersohor menyebut-nyebut nama mahupun blog korang ape korang rase? Dan ape yang korang nak kate? Aku? Teruja. Nak tulis ape pun aku tak tau. Cume, mari la aku kongsikan kegembiraan, keterujaan, dan keseronokkan ni bersama-sama korang semua. Blogger yang aku maksudkan ialah...



Sometimes aku panggil Kak Adza. Kadang-kadang aku panggil Mak Dara. Siapa pun panggilan yang aku guna untuk membahasakan dirinya, beliau ialah... Jeng... Jeng... Jeng.... Memperkenalkan, tidak lain dan tidak bukan, Adza Irdawati Adenan a.k.a Mak Dara..Sedikit tentang profile Mak Dara:

See 61 skrip drama. Bukan takat drama, filem pun  Mak Dara tulis.  Hebat tak Mak Dara? Hebat...
Bila Mak Dara mentioned pasal entry 'Blogger Pilihan Mak Dara Malam Ini!!' di ruangan komen entry aku sebelum ni, aku rase, mesti ade something yang teramat berharga dari Mak Dara. Memang betul la. Mak Dara bagi suprise kat aku. Tak sangke jugak ye, jejaka kemetot ni jadi pilihan Mak Dara. Tu la. Tuah ayam nampak di kaki. Tuah kemetot? Nampak kat mana? Nampak kat sini.

2.3.12

Wajah 2012

Ape yang baru? Header baru. Thanks a lot to Cik Azhafizah yang telah bersusah payah mendesignkan header ni. Aku puas hati. Header lama dah tersimpan elok dalam koleksi kenang-kenangan. Kepada yang perasan, header baru ni aku start guna semalam. Siap-siap terus gantung gitu. Okeh tak? Aku dah pesan kat Cik Fiza agar header ni bebas dari unsur-unsur berlawanan jantina. Heheh. Kalau ade unsur-unsur tu, maka, tu salah mata korang yang menilai.
Header lama. Dibuang sayang. Aku dah hantar ke musium dah. Buat khazanah untuk tatapan generasi blogger akan datang.
Header baru. 
Konsep? Retro katanya. Aku angguk-angguk kan sahaja ketika Cik Fiza recommend idea tentang konsep ni. Kalau nak ikut aku, nak je aku serah bulat-bulat kat Cik Fiza. Maklumlah, aku ni pandai menulis je. Ni pun pasal menaip, maka korang boleh jugak paham tulisan aku. Kalau tulis tangan ni, sah pening nak bace. Ntah la... Aku