29.12.12

Bila Aku Rasa Aku Tak Bebas


Sekali menjadi mereka
Aku sudah tidak lagi bebas
Aku dihalang berfikir 
Berfikir harus seperti mereka 
Aku dihalang menjadi diri aku sendiri 
Aku dikerah menjadi seperti mereka
Terus dan terus
Bila jiwa aku berontak dan tak mahu lagi menjadi seperti mereka
Aku mahu kembali menjejak diri aku yang dahulu
Pun aku dihalang 
Tak boleh! 
Celaka! 
Memang celaka
Bila aku disuruh ketawa pada sesuatu yang bukan lucu 
Bila aku disuruh dengar pada yang jelek ditelinga
Bila perlu dengar nasihat dari sang kosong
Aku dikerah melakukan sesuatu yang bukan cara aku
Ikut cakap mereka
Dengar satu pandangan sahaja
Mesti buat
Kononnya paling terbaiklah sangat!
Gerak aku tidak bebas
Perlu restu
Perlu bagi tahu
Kalau boleh semuanya 
Semuanya kena cerita
Baik luar mahu pun dalam
Perlu lapor diri tak ubah macam recrut askar
Kalau ingkar dihukum!
Ah!
Aku mulai mual
Dan mahu luek dan ludah kesemuanya
Tiada lain yang berhak ke atas diri aku
Selain aku

Aku suka diri aku yang dulu
Sebelum aku tersalah langkah
Membiarkan mereka menguasai aku
Aku harus memilih
Melukai mereka dengan menjadi diri aku
Atau aku yang harus sakit menongkah kehendak imani aku sendiri
Kalau begitu
Lebih baik aku pilih diri aku sendiri
Sebab yang ada ini pun
Bukanlah kekal selamanya

No comments:

Post a Comment