3.11.12

Ngantuk Yang Bertapi-tapi


Entah beberapa kali agaknya, aku gagal tidur lena. Bukan tidak mengantuk. Tapi tatkala malam menjelma, jejak sahaja kepala ke bantal, secara tiba-tiba fikiran aku bagai dituju-tuju, bagai diasak-asak. Semacam seram. Kalih ke kiri tak boleh. Kalih ke kanan tak boleh. Sudahnya, posisi mengiring dengan badan dirapatkan ke dinding menjadi pilihan. Entah apa yang aku seramkan pun aku kurang jelas. Bila mata mula terlelap, lelapnya tak sampai 5 minit dan aku terjaga semula. Rasa seram tu bagai mahu ikut ke dalam tidur lantas buat aku terjaga. 

Aku tak boleh tidur. Lagi lah kalau tidur di dalam kelam. Gelap buat aku rasa seakan lemas. Sudahnya mesti ada lampu yang perlu aku pasangkan. Biarlah terang dari aku kelemasan. Tension sendiri! Esok perlu bangun awal untuk kerja. Tapi jauh-jauh malam begini masih terkebil-kebil menanti tidur. Masih memikirkan seram. Itu belum mimpi yang serabut yang buat aku bingung keesokan harinya. Entah la... Aku mulai rimas...      

8 comments:

  1. kau sedang takutkan diri sndiri ke?

    fobia gelap? tu belakang kau apa tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotak kau... nanti aku hantar dia tenggek kat kau nak tak? :P

      Delete
  2. adeh.. dah kenapa bro?? aku kalau seram aku pasang ayat2 suci Al-Quran kat hp..

    ReplyDelete
  3. tido la dgn tenang dan lupakan sgala yg bermain di mina (: 1st time jejak kaki di sini. jemput singgah balik my blog.

    ReplyDelete
  4. Petua pertama baca 3 kul dan jangan lupa juga baharui syahadah setiap kali nak tidur.
    Petua ke 2 - buat petua yang pertama.
    Biar enggak mimpi seremm...hehe

    ReplyDelete