4.11.12

Move On


Jom berdrama swasta. Sape nak jadi Mak Kiah. Sape nak jadi Latip. Sila angkat tangan. Nah hafal skrip ni "Move On La Sangat":

"Udah-udah la tu Latip. Hidup kamu ni bukan drama swasta. Ini kan pulak Filem Hindustan. Udah-udah la beria-ia sangat kamu memuja Bibah tu macam bidadari. Kamu ingat Bibah tu hadap sangat dekat kamu tu?" leter Mak Kiah terhadap Latip, si anak bujangnya yang sedang frust becinta dengan Cik Bibah Bin  anak Tok Penghulu Dolah.

"Eh mak ni. Bibah tu sayang kat Latip la mak. Biasalah. Ni semua ujian dari Allah SWT terhadap Latip. Macam zaman-zaman mak ngan bapak dulu tu. Time tengah hangat-hangat berkapel tu. Biaselah ade pasang surutnye" jawab Latip.

"Kapel maple... Ewaaahhhh pandai dia mengajo kite pulak. Kamu ingat zaman aku dulu ade ke kapel ehhh... Amende tu... Maple... Ehhh.. Mapley... Ahhh.. Entah ape entah tu. Mane ade. Aku ngan bapak kamu dulu, bejumpe pun tidak. Semua tok ngan nenek kamu ngejas kan tau" pandai pulak Mak Kiah sebut perkataan 'adjust' tu.

"Alahh zaman tu lain mak. Zaman Latip ni dah lain" balas Latip

"Mane lain nye. Zaman aku dulu, makan nasik jugak. Kamu tu makan nasik jugak. Zaman aku dulu pakai baju jugak. Zaman ni bebaju jugak. Cume pesen je dah lain. Tak de lainnye. Udah la tu.. Udah... Lupekan je la Si Bibah tu. Biar la mak je carikkan jodoh untuk kamu. Amacam?" pujuk Mak Kiah.

"Carik kan? Ikshhh... Tak nak la mak. Ade pulak main carik-carikan. Ingat senang-senang ke Latip nak terima macam tu je. Habis tu Bibah tu Latip nak letak mana?"

"Balik-balik Bibah. Balik-balik Bibah. Heyy... Si Bibah tu, bulan depan dah nak menikah dengan Si Budin tu tau. Kamu jangan nak main wayang pulak. Jangan nak merepek. Sedo sedo sikit. Jangan nak mimpi siang-siang hari ni" bebel Mak Kiah ke telinga Latip.

Oooo... Cik Bibah tu dah nak menikah rupenye... 


"Hmmm. Latip ingat, Latip nak kuar la dari kampung ni"

"Waaaa... Ini baik punya drama ni. Ni drama mana pulak kamu ikut ni? Drama Rosam Nor? Ke drama Rusdi Ramli?" sindir Mak Kiah.

"Tak mak. Ni betul-betul punya. Latip nak mulakan hidup baru. Latip nak berhijrah ke Kuala Lumpur" jawab Latip beria-ia.

"Hahaha... Ni sah la kamu dah terikut-ikut drama Rosam Nor ni? Udah la tu Latip. Duduk je la kampung ni. Lagi baik. Jangan nak merapik la. Mane kamu nak cekau modal nak ke Kuala Lumpur tu. Ingat duduk di Kuala Lumpur tu senang ke?"

"Modal? Sebenarnye modal tak susah. Latip dah jual dah kebun pusaka ngan rumah ni kat Taukeh Ah Leong tu. Dia kata nak cari tapak untuk besarkan kedai runcit dia. Tanah pusaka tu pulak nak dijadikan kebun sayur katanya. Jadi Latip jualkan je la pade dia" begitulah keterangan Latip. Mak Kiah tak terkata. Mata terbeliak. Nafas mula mencungap-cungap. Tak lama kemudian pandangan menjadi gelap. Mak Kiah terlentang pitam dengan mulut yang berbuih-buih.

Hmm... Move On La Sangat!!!

4 comments:

  1. hahhaha na nk jd pelakon pembantu jee laa kekekekke ;D

    ReplyDelete
  2. aku syak nama penuh latip itu adalah latip borgiba. dan mak kiah adalah kiah sangkut. kenapa kiah sangkut? jangan tanya, lihat pada sirehnya yang asyik tersangkut di mulutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... nampaknya mcm tu la saudara... betul2 latip borgiba tu nak move on rupanya...

      Delete