1.11.12

Ikan Paus Terbesar Ditemui?

Ini ialah ikan paus terbesar barangkali... Tetapi apakah ikan paus paling besar sekali di alam maya ini?

Soalan tu sebenarnya aku dapat dari seorang kakitangan dapur tempat aku bekerja. Bunyinya lebih kurang macam ni "Abang Zul, dalam banyak-banyak ikan paus la, ikan paus ape yang paling besar dalam dunia?". Nampak simple. Kalau soalan tu ditanya di depan PC, sure aku akan Google dulu. Tapi soalan tu di tanya di tempat parkir kereta. Nak Google dgn hand phone tentu member tu kate aku mengelat pulak. Phuiii! Tak dapat aku menjawab soalan tu...

"Paus pembunuh..." aku bedal je jawapan tu.
"Apa plak. Ade lagi besar..." dia counter balik jawapan tu.
"Bapak ikan paus pembunuh" bapak tentu lebih besar dari anak.
"Tak de-tak de. Salah" salah jugak.
 "Ahh! Tak tau la. Ape dia?" give up dan ready je la dengan trick 
mamat sekor ni.
"Okey... Ikan paus yang paling besar di dunia ialah..."

Ikan paus...
Celup tepung... 
"Ikan paus paling besar di dunia ialah Ikan Paus Celup Tepung..." 

Serious bila aku dengar jawapan tu, aku memikirkan tang mana rasionalnya. Ikan paus celup tepung? Termenung sekejap. Mamat sekor ni dah menyeringai sengihnya. Celake! Hahahaha... Baru aku prasan. Ikan paus tu, bila dah dicelup dengan tepung, tepung yang menyalut ikan paus tu akan memberi saiz yang lebih extra kepada ikan paus tu. Ape kejadahnye la hai nak celup ikan paus tu dalam tepung. Ingat nak goreng ke ape ke... Dah nama pun teka-teki kan..? Terkono den hari tu. Agak lawak of the day jugak soalan tu. Heheeh... 

12 comments:

  1. Soalan teka teki dia punya. Suka hati dia ler nak bagi jawapan apa.
    Hahahaha...kelakar gila. Saya akan ingat sampai bila-bila IKAN PAUS CELUP TEPUNG !

    ReplyDelete
  2. hahahahahahaha..siot je jawapan dia..hakhakhak..tapi ada jugak benarnya tu.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn ketawa lelebih boni... kang kuar gulai ikan paus tu...

      Delete
  3. hahahha.bongok jugak tu jwpn tu..sengal

    ReplyDelete
  4. pening jugak nk fikir jawapan mcm nie....jawapan yg menguji minda...bawah sedar nie,

    daripada mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya 'lawyer2' je boleh selesaikan persoalan mcm ni..

      Delete