21.10.12

Stan Lee "Superhumans"



Sejarah telah menyaksikan telah banyak usaha dilakukan bagi membiayai kajian-kajian berkenaan kuasa evolusi dan mutasi genetik bagi manusia yang lahir dengan keupayaan-keupayaan dan ciri-ciri luar biasa berbanding manusia lain. Ia merupakan satu proses yang berterusan sehingga ke hari ini , dan antara individu yang tidak asing lagi dalam mencari serta mengenengahkan keupayaan manusia-manusia luar biasa ini tidak lain tidak bukan Stan Lee yang tampil dengan rancangan berbentuk dokumentari betajuk Stan Lee "Superhumans". Berikut adalah antara manusia-manusia luar biasa yang berjaya 'diburu' oleh beliau:

Wujudkah manusia yang mampu menjadi imun daripada mati dari kejutan elektrik? Namun, dikatakan bahawa Rajmohan Nair memiliki kuasa yang unik ini. Hanya satu 1/10 Ampere sudah cukup untuk membunuh seorang manusia biasa, tetapi bagi Nair, beliau masih bertahan biar pun telah direnjat lebih daripada 30 kali ganda jumlah tenaga elektrik yang mampu meragut nyawa manusia dan beliau sama sekali tidak tercedera.
Scot Flansburg dikenali sebagai kalkulator manusia’ kerana beliau berkemampuan menambah, menolak, mendarab, membahagikan malah menghitung kuasa dua dan punca-punca kuasa dua dengan hanya menggunakan ‘kepalanya’. Beliau bukan sahaja mampu melakukan kiraan lebih cepat berbanding sesiapa sahaja  di dunia ini malahan yang lebih menakjubkan kiraan beliau sentiasa tepat . 
Buta sejak dilahirkan, Juan Ruiz tidak ubah seperti burung kelawar di mana beliau menggambarkan dunia ini melalui  sonar, satu teknik pantulan gema lokasi untuk mengesan sesuatu objek seperti mana yang digunapakai oleh haiwan-haiwan seperti kelawar dan juga ikan lumba-lumba.
Pada awalnya Dennis Rogers bukanlah seorang yang sekuat ini. Dengan ketinggian belian 5’ 6” itu menjadikan beliau sering dibuli oleh rakan-rakannya sewaktu di zaman persekolahan. Walaubagaimanapun  latihan demi latihan telah menukar beliau menjadi lelaki terkuat di dunia. Dengan menggunakan sepenuh kekuatan, beliau telah mencapai pencapaian yang mengagumkan melebihi kuasa manusia biasa, termasuk membengkok tukul dan ladam kuda.
Timo Kaukonen dari Finland ialah juara bagi kejohanan World Sauna Champion. Beliau menguji badannya dengan ketahanan terhadap haba. Misalnya, beliau mampu bertahan selama  16 minit pada suhu yang sangat panas pada suhu cukup panas untuk merebus air. Di Finland, kebanyakan isi rumah mempunyai sauna, yang terkenal dengan faedah kesihatan buat mereka. Timo membesar dengan menikmati rutin harian dengan bersauna. Beliau akan kekal di  dalam haba yang sangat panas untuk tempoh-tempoh waktu yang lebih panjang berbanding mana-mana  rakan-rakan mahupun ahli keluarganya. Keadaan tersebut membuatkan beliau dikagumi dengan kuasa menahan diri luar biasanya. 
Ahli sukan gusti professional, John Ferraro, juga dikenali sebagai Gino Martino, dikatakan mempunyai  kepala tidak dapat dimusnahkan. Dia menyedari yang beliau memiliki kekuatan luar biasa pada tengkoraknya ketika mengejar adik lelakinya sekitar rumah. Ketika itu beliau telah tersandung dan jatuh kepala dahulu ke pada sebuah pintu oak.  John juga mendakwa tengkoraknya amat luar biasa dan kukuh dari hentakan, termasuk kesan-kesan dari penukul besar, bola boling malah ‘jackhammers’ yang biasanya akan meninggaklan kesan yang buruk kepada orang lain.
Bagi Zulkifli Sa'don atau nama penanya Sam Banjamin (28) umpatan adalah sesuatu yang lali buatnya. Semenjak dinaikan  pangkat ke jawatan lain, beliau telah diberikan tekanan-tekanan yang datangnya bukan sahaja dari anak-anak buah jagaanya, malah turut diberi tekanan daripada pihak-pihak luar yang padanya pihak-pihak tersebut sekadar ingin menjadi hero dan cuba memanipulasikan sesuatu keadaan. Pada beliau, perubahan perlu dilakukan, namun, bagi jibahuk-jibahuk yang sudah pun terlalu selesa sebagai 'the typical govement servant', arus perubahan yang mahu dibawanya dianggap sesuatu yang amat berlawanan arus. Kawalan terhadap beberapa tuntutan-tuntutan kakitangan yang selama ini boleh diluluskan dengan mudah telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Beliau dilabel sebagai kuku besi, penutup periuk nasi orang lain dan sebagainya. Selain itu, beliau juga telah dilabel sebagai seorang pemimpin yang tidak memperdulikan pandangan kakitangan bawahannya. Ketika dihubungi oleh pihak Stan Lee Superhuman, ini merupakan komen beliau terhadap isu-isu yang dimainkan oleh sesetengah pihak:

"Apa bila kita duduk dalam keadaan yang terlalu selesa, selesa itu menjadikan kite kurang produktif. Kita menjadi malas, kurang berdisiplin dan kesan daripada masalah ini akan mendatangkan kerugian kepada organisasi. Saya telah lama melihat isu-isu tuntutan (pembayaran) kepada kakitangan secara tidak terkawal ini sebagai sesuatu yang tidak sihat. Sesuatu harus dilakukan. Bagaimana anda harus membayar kepada seseorang kakitangan tanpa kakitangan melakukan kerja? Keadaan ini perlu diubah. Saya tidak menghalang pembayaran. Tetapi ianya haruslah bijaksana. Semua orang perlu buat kerja. Dan mujur, jawatan ini bukanlah sesuatu yang kekal untuk saya. Kerana kalau ianya kekal. Saya juga lama kelamaan akan menjadi terlalu selesa... Saya takut, saya tidak buat kerja" Zulkifli Sa'don

gambar-gambar orang super diambil dari google images


2 comments:

  1. kuat betul kuasa super power kau ni! cuma tinggal takde kostume je, meh datang rumah, ukur size, aku buat kostume kau. nak kaler ape? hijau pucuk pisang makcik pulau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun ade kuase jugak... kuase tu same je ngan aku.. kalau combine boleh meletop satu shah alam ni... kuasa kuat menganjeng... memang kuat... Stan Lee akan dtg cari kau.. ko jangan nak sembunyi2 pulak...

      Delete