12.10.12

Dasar Barua!


Barua... Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 muka surat 132... Barua itu bermaksud orang perantara yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat... Ada barua di kalangan kita? Pernah digunakan sebagai barua kepada siapa-siapa? Atau terpaksa menjadi barua untuk kepentingan diri? Sanggupkah? Gadai maruah... Gadai pegangan... Gadai segala-gala...?  

Pada aku, bila sudah menjadi barua, hinanya lebih buruk dari seekor lembu yang dicucuk hidungnya. Mahu lari, sakit. Ditarik sakit. Duduk diam pun sakit dengan hidung yang sudah dicucuk tali. Tertambatlah sang lembu di mana-mana. Hidup berpasrah pada kemahuan tuannya. Sampai hukum... Bersedialah untuk disembelih pada lehernya... 

Bagi barua-barua pula, hidung tidaklah terikat, cuma ada sesuatu yag lebih teguh daripada tali yang mengikat barua-barua ini pada tuannya. Barua diikat dengan wang. Budi juga punyai peranan dalam menambat barua-barua ini. Begitu juga dengan kesenangan, pengaruh, dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Bagi barua, tuan sudah memberi, maka ketaatanlah sebagai balasan. Bagi tuan kepada barua, apa sahaja boleh diberi, asal tercapai hajat di hati...

Apa lagi yang harus aku katakan tentang barua-barua ini? Menempel-nempel... Angguk pada perkara yang tidak difahami... Ketawa pada perkara yang bukan jenaka... Bersiaga melakukan apa sahaja biar disuruh 'makan tahik'!... Pada mereka, tuan adalah entiti yang paling mulia... Bawah sedikit darjatnya dari tuhan yang boleh disembah... Agaknya, kalau manusia itu percaya yang tuhan itu tiada, maka Tuanlah yang akan di dewa-dewakan!

Barua hilang maruah. Tiada maruah. Dan tidak perlukan maruah... Mahu bertindak dan berfikir mengikut rasional sendiri pun sudah tentu tidak termampu. Nak dibuat macam mana... Tuan adalah segala-galanya... Bagi barua, apa yang tuan katakan buruk, biar baik, tetap jadi buruk... Kawan jadi lawan, mesti ikut kata Tuan. Siapa berani lawan kata Tuan yang dah dianggap Tuhan pemberi nikmat? Kasihan... Hilang pendirian...

Hey barua! Pada aku, kalian tak ubah bagai debu-debu berterbangan. Tidak mendatangkan apa-apa! Bodoh, miskin lagi meminta-minta juga tidak layak berada di muka bumi tuhan ini sebagai manusia. Bukankah elok jika Si Barua diciptakan sebagai lembu sedang hinanya pun kurang lebih seperti lembu juga...  

Hey tuan! Aku tidak akan mampu kau 'beli'... Yang buruk tetap buruk pada mata aku. Tak perlu berbudi. Jika berbudi pun, menjadi barua bukanlah cara aku membayar budi. Pengaruh kau tidak akan mempengaruhi aku. Aku adalah manusia yang mewarisi sesuatu yang diperturunkan oleh nenek moyang aku... Ia dipanggil 'JATI DIRI'. Bukan seperti mereka-mereka itu.... DASAR BARUA!!!  

2 comments: