28.10.12

Cik Puteh



Hello readers. Selamat menyambut hari raya aidil adha 1433H. Tahun ni balik raya haji bersama bini no 1, Cik Puteh. Syukur, jodoh pertemuan diakadkan pada tanggal 16 Oktober 2012. Dek kerana sebok dengan urusan kerja, akad hanya dilakukan dalam satu majlis ringkas di sebuah restoran bawah pokok sahaja. Orang kate jodoh tu datang dalam berbagai cara. Dengan Cik Puteh ni pun, atas recomend rakan sekerja. Proses merisik dilakukan dalam bulan Ramadhan yang lepas. Mula-mula dalam fikiran, nak 'try' Cik Kia (Forte). Tapi dek kerana Cik Kia yang begitu demand ketika dirisik, lebih baik ku pilih Cik Puteh ni. Harap Cik Puteh tak kecil hati walaupun Cik Puteh bukanlah pilihan pertama.

Dengan Cik Puteh balik ke Mersing... 

Alhamdulillah. Walaupun agak gugup pada awalnya, Cik Puteh bijak menyakinkan. Dengan ABS yang mantap. Ditambah lagi dengan stability ESC (Electronic Stability Control) yang memang terbaik, selambe aku layan selekoh dengan meter tak kurang 110/kmj. Pendek kata, walaupun pick up Cik Puteh agak bersopan santun, tapi bila dah capai tahap 'acceleration'nya memang buat aku tak peduli kalau-kalau Cik Puteh disnap oleh kamera AES kat tepi highway tu. Harap-harap tak de la ape-ape yang buruk berlaku.

Alhamdulillah, jejak juga Cik Puteh ke Mersing buat pertama kalinya. Syukur yang amat. Tengok wajah mak dan abah yang tersenyum girang menyambut aku tiba. Pulak tu, tiba kali ni dengan Cik Puteh. Setidak-tidaknya, tak sia-sia membanting tulang selama ni (macam kerja ladang pulakkan..?). Berkat sabar. Berkat focus. Berkat yakin yang pintu rezeki tu, kalau tuhan tak buka 'selepuk', tuhan akan bagi satu persatu. Aku je yang pada awalnya selalu merungut-rungut dan tak sabar menunggu pintu rezeki tu tuhan bukakan untuk aku. 

Apa jadi dengan En BoGaY (BGY 6047)? 

Jatuh bangun aku dengan motor kriss tu. Mana mungkin aku letak Bogay tu kat parking motor tu macam tu je. Bogay tetap jadi pengangkutan rasmi aku especially pergi-balik kerja. Dengan BoGaY tu la aku ke hulu hilir mencari kerja tetap satu ketika dulu. Sampai satu ketika aku tersadai di tepi Highway KESAS tu, gara-gara tayar Bogay pancit dalam keadaan aku tak berduit untuk menukar tayarnya. Sape tahu susah senang aku dengan Bogay waktu tu.

BoGaY dah habis bayar. Sekarang tumpu pada Cik Puteh pula lah. Kena kerja kuat. Expenses sure meningkat. Tu belum Cik Puteh meragam mintak itu dan ini atau aku sendiri yang gatal-gatal nak tambah itu dan ini untuk Cik Puteh. Tak pe. BoGaY ade. As hero yang sentiasa menyelamatkan. Jom BoGaY kite cari duit. Agak-agak dah ready nanti, target dalam setahun dua lagi, kite pi cari rumah pulak. Settle rumah, kalau ade, jumpa kat mana-mana yang berkenan di hati dan mak ngan abah pun okey, lets think of 'orang rumah' pulak! 

Tak payah nak menggelupur sangat la! Just follow the flow. Tuhan tu ada perancanganNya yang lebih bijaksana...        
    

12 comments:

  1. Replies
    1. Ye... Cik Puteh in de house... Salam perkenalan...

      Delete
  2. ecehh,kemain cik puteh eaa,br segak n mantap nak blk ke johor.weeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur... tuhan bagi pinjam... tapi mudah2 x ditarik balik.. kalau tuhan nak ambil pun, biarla dlm keadaan yg baik-baik je..

      Delete
  3. alhamdulillah..cantik cik puteh..nampak berotot badannya berbanding kia forte..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berotot? ye agaknye... bhgn depan kan? setuju2... tq farid..

      Delete
  4. Alhamdulillah, congrats dah dapat cik putih... cun melecun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ... Cik Puteh kim salam... lame x dgr berita dari awak ek...

      Delete
  5. kereta idaman mai!! wowww...huhu tak mampu nk pakai lg,belum keje.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. one day, bila dah keje, lebih dari yg ni pun cikmai boleh dapat... slamat maju jaya...

      Delete
  6. Jagalah bini pertawa Sam tu baik-baik ya. Biasalah pengantin baru tahun 1,2,3, memang tak de ragam. Masuk tahun ke 4....siap-siap je lah En Sam ooii.

    ReplyDelete