22.6.12

Phrase of The Day: Manners


“Manners are a sensitive awareness of the feelings of others. If you have that awareness, you have good manners, no matter what fork you use.”


Pernah tak korang kene sepak oleh mak or abah korang kerana sikap atau keceluparan mulut korang. Aku? Seingat aku pernah. Paling tidak pun, mak aku akan sound direct "Cakap lagi macam tu, karang ade yang kene sepak mulut tu!". Parent korang ajar tak? Sure la ajar kan... Cuma kite je kadang-kadang terlupa untuk mempraktikkannya... 

Betul ke teori yang mengatakan etika kesantunan tu dipengaruhi oleh faktor kenegerian... Sesetengah negeri tu kasar bahasanya... Sesetengah negeri tu, penduduknya pakai cakap lepas sahaja tetapi bukan dengan niat menghina, sebaliknya kata-kata yang diungkapkan tu, sekadar perbualan biasa sahaja... Ada juga yang kasar tapi sekadar bergurau...

Life aku dikelilingi kenalan-kenalan yang kebanyakkannya dari negeri-negeri pantai barat seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis... Sepemerhatian aku, maaf cakap la, kasar bahasanya. Terutama ketika ramai. Masing-masing macam ayam berkokok. Sini bunyi, sana berkokok. Suka pangkah-memangkah serta tingkah-meningkah. Kadang-kadang sewaktu berbual, ditinggikan suara dan tidak kurang juga yang meninggi diri gaya cakapnya. Tapi bila sorang, mereka ni baik-baik sahaja. Pandai berjenaka juga pendengar yang baik... Tapi tak pasti samaada "kecoh" atau tidak apa yang didegar tu. Mungkin la, ciri-cirinya begitu... Nak buat lagu mana...

Teringat aku akan salah satu slot di kursus induksi baru-baru ni. Dalam bab "Komunikasi". Beberapa orang peserta dipanggil untuk berdialog dengan menggunakan dialek negeri masing-masing. Waktu ni, masing-masing tak mahu mengaku negeri masing-masing... Disebabkan aku orang Johor, maka terlepaslah dari dipanggil berdialog. Johorkan bahasanya standart!

Salah seorang peserta dari negeri Perak dipanggil. Loghatnya tak la berapa pekat. Masih boleh difahami. Berceritalah beliau tentang beberapa perihal "piau" orang Perak ni berdasarkan filem Zombie Kampung Pisang. Katanya, filem Mamat Khalid tu memang mencerminkan perihal semulajadi orang-orang Perak. Especially yang duk tang hujung-hujung nu. Dengan kecohnya. Dengan kocoh-kacah serta kelam-kabut dan sebagainya. Katanya dalam loghat Peraknya "kalau nak kenai oghang Perak, lagu tu la..."

Walau bagaimana pun, bila sampai bab "Manners" ni, sepatutnya praktisnya perlu standart dan tidak seharusnya dinilai atau disukat-sukat mahupun disekat-sekat berdasarkan faktor kenegerian. Apabila percampuran melibatkan banyak negeri (1Malaysia), kesedaran terhadap nilai-nilai kesantunan perlu ada. Tinggal-tinggalkan dahulu sifat "piau" tu di kampung halaman. Seandainya di kampung halaman perihal maki hamun serta berbangga diri itu dianggap biasa, apabila bercampur di kalangan masyarakat yang lebih khalayak, perlu la menganggap yang maki hamun serta meninggi diri itu sebagai perkara yang "aneh" untuk dipraktikkan secara selamba.

Lain orang, lain penyampaiannya. Begitu juga, lain orang lain penerimaannya. Seandainya penyampaian berniat baik atau neutral, tetapi yang menerima tu mengganggap yang sebaliknya, pasti salah faham berlaku. Salah faham tu membawa pula kepada perpecahan, fitnah, mengumpat serta lain-lain musibah yang "musibat" yang tidak diingini. Akhirnya bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Hiduplah dalam hati yang tidak tenteram. Besar kesannya terhadap masyarakat. Tak gitu?!

Dalam pada itu, sikap saling memahami jugak perlu dipupuk dalam kita bermasyarakat. Kena la faham dan kenali latar belakang kenalan tu. "Ohhh dia ni orang !#@$$$... No wonder la perangai dia macam tu"... "Budak !@%^** rupanya, patut la..." Macam tu la lebih kurang. Tapi, sesekali kalau dah melampau, kene jugak bahasakan sikit. Sebab ade juga dikalangan mereka ni yang menjadikan 'latar belakang' tu sebagai justifikasi bersikap biadap! (maaf cakap la)... 

Itulah yang berlaku kat aku beberapa hari lepas apabila seorang Pak Cik dari negeri "tuttttt" ni dengan selamba je menghamun aku seolah-oleh aku ni budak suruhannya. Beberapa kali juga sebenarnya terjadi insiden ni. Tetapi dek kerana kesedaran sivik yang tinggi dan memandang faktor latar belakang beliau dari negeri "ttuuuuut" disamping faktor kekurangan kasih sayang agaknya beliau ni, menyebabkan aku cool je menelan sumpah seranah beliau ni.

Tapi kali ni, tidak boleh jadi. Caciannya aku sambut dengan senyum dan sebagai memulang paku buah keras, 'ayat lembut' sahaja aku gunakan sebagai membahasakan Pak Cik tua ni. Maklumlah orang tua, kenalah cakap berlapik sikit. Takut jugak. Kang kalau kita tengking dia, terkujat pulak kena serangan sawan babi. Aku jugak yang peru dipertanggungjawabkan.

Tak sangka pulak, "ayat lembut" yang aku guna tu membuatkan Pak Cik ni terdiam dan berubah wajahnya. Sentap hati mak nok!. Kan dah sentap. Terus tarik muka. Tak nak kawan aku. Tapi aku tak kesah sangat. Sesekali kena ajar jugak orang kurang ajar ni kan... Biak padan dengan muka hang!   


2 comments:

  1. BEtul sangat tu Sam. Faktor Kenegerian takleh dijadikan asas kita berlaku biadab dengan org. Diri kita sendiri perlu diajar membawa diri dengan betul so that senang nak pi mana pun.

    Saya lahir di Sabah tapi membesar 100% di Kedah. Kini menetap di Perak. Seronok, dpt blajo banyak loghat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabiat kan... bila dah jadi tabiat, kita tak perasan, lagi la kalau tabiat tu dah diserap menjadi budaya... nak ubah bukan senang... silap2... kit ayg terhukum dgn niat nak perbetulkan budaya tak elok tu... tapi orang bijak pandai... berani kerana benar....

      lepas kena sound tu, orang tua tu nampak lebih matang penampilannya... tapi tengokla sampai berapa lama...

      Delete