14.6.12

Muhasabah: Mode Sadar Diri



Kena sedar siapa diri aku, di mana aku berada dan apa yang aku ada. Berpada-padalah dalam melakukan segala perkara. Kalau gembira jangan lupa akan sedih. Dikala gelak pun aku boleh mengalirkan air mata... Kalau suka, jangan suka-suka sangat. Kita nak suka sesuatu, seseorang atau apa sahaja, perlu cermin pada diri. Mampukah? Layakkah? Sesuaikah? Jangan jadi seorang yang sekadar dipermain-mainkan oleh perasaan sendiri. Ada akal bukan? Tentu boleh berfikir secara rasional. Guna logik. Dicampurkan dengan pengalaman yang pernah dilalui, nasihat rakan-rakan, fakta dari buku. Banyak perkara yang perlu diambil kira. 

"Weyyy... Sedarlah diri tu sikit. Hidung tak mancung... Pipi tembam, lagi tersorong-sorong... Lupakan aku tak layak buat dia... Jangan terlalu difikirkan urusan Allah. Uruskan dahulu apa yang patut kau uruskan sebagai hamba Allah...  Serahkah kembali urusan rindu serta kasih itu kepadaNya. Anggap perasaan tu sebagai tanda aku masih normal kerana jatuh hati kepada seorang wanita. Perbaiki diri. Perbetulkan niat. Kalau betul pun dia jodoh aku. Biarlah ia hadir di waktu yang mana aku betul-betul bersedia" 

Berlapang dada terhadap ujian Allah. Yakin benar, hari ini aku diuji dengan rasa rindu yang hebat. Astagfirullah... Ya Allah... Aku kembalikan rasa rindu ini kepada Mu... Kerana hanya engkau ya Allah, yang layak menerima sembahan rindu hamba Mu ini. Aku bersyukur, kerana dipinjamkan sedikit serpihan sifat "sayang" mu yang agung itu...

No comments:

Post a Comment