10.6.12

Lalu


Kau fikirlah biar jelas
Beban ini milik ku
Amanah yang ku galas
Aku bawa mengikut haluan ku

Aku punyai takdir ku yang berlainan
Berlainan sama sekali dari takdir kamu
Aku punyai takdir ku yang berlainan
Bagai badi yang menyumpah nasib ku

Jalan yang ini milik ku
Orang kasar dan kotor sahaja yang lalu
Likunya perit lagi berliku
Aku bimbang kau tak mampu

Aku risau kau tak betah 
Lalulah pada jalan yang lebih mudah
Terhindar kau dari gundah
Tak perlu bersusah payah

Untuk aku, aku sudah terbiasa
Pada aku sekadar alah
Alah bisa tegal biasa
Biarpun sedikit berlelah

Pergi kamu!
Pergi!
Ada yang lebih elok buat orang yang macam kamu
Usah ikut aku lagi...

Aku bukan mengalah
Aku bukan takut
Sebelum kita hilang arah
Awal-awal lagi aku sebut

Aku mohon kau faham
Kenapa aku jadi diam
Aku fikir dalam-dalam
Biarlah terpadam

Aku tak boleh teruskan. Biarlah terbeku. Ada perjuangan yang masih belum disudahkan. Ada takdir yang perlu dilengkapkan. Bukan kamu tidak boleh ikut aku sebenarnya, sebaliknya, aku yang harus berhenti dari terus mengejar kamu. Biarlah... Sama ada kamu masih mahu terus menunggu... Atau aku terus mengejar... Aku bimbang, pada akhirnya kamu akan berkata "menyesal...."


Aku mohon kau faham
Kenapa aku jadi diam
Aku fikir dalam-dalam
Biarlah terpadam


No comments:

Post a Comment