22.6.12

Cerita Zaman Kecil: Yam Cha


Salam. Tajuk tu adapted je. Yam Cha. Merujuk kepada rutin minum pagi dan petang bagi masyarakat berbangsa Cina. Minuman yang dimaksudkan ialah Teh Cina. Kepada yang pernah meminum Teh Cina ni, pasti anda akan menyedari keunikan rasa minuman ini. Perasan tak, rasanya menyegarkan serta ianya mempunyai rasa yang tidak sama langsung dengan air Coca-Cola (Coca-cola? Nampak tak permainan ayat di situ..? Apabila aku memasukkan fakta yang tak ada kene mengena dengan cerita yang nak disampaikan, bermakna, aku sedang melengah-lengahkan masa, setakat nak nampakkan perenggan tu penuh sahaja. Kah kah kah) 

Seingat aku, aku mula membuat teh tanpa pengawasan mak aku seusia aku 10 tahun. Untuk info (tak boleh blahkan, penggunaan frasa 'untuk info' tu?) Okey semula! Untuk info, sebelum memandai buat teh, aku terlebih dahulu belajar-belajar macam mana nak bancuh kopi. Nih kopi kampung tau. Bukan Nescafe 3 dalam 1 mahupun Cappucino peket-peket yang boleh dibeli dari Giant Seksyen 13 Shah Alam tu (macam la tempat lain tak de jual). 

Bila bercakap tentang kopi kampung, wajib la dibancuh 'keras-keras'. Paham ye 'keras-keras' tu maksudnye macam mana?... Kepada yang tak paham, boleh tanya kepada rakan-rakan sekeliling, kopi 'keras' tu ape? Senang cite kopinya wajib la "pekat! sedap! dan melekat!" bak kata A.R Tompel dalam filem Ahmad Albab.   Gulanya perlulah secukup rasa. Tak manis sangat. Dan tak hebeh sangat!

Bab rasa tu mungkin boleh adjust kemudian. Tapi bab kepekatan, haaaa kau jangan main-main Jah... Kat kampung aku, ade yang berparang dan berbunuh sebab kopinya cheroi. Pasal ape? Kopi tu time nak bancuh, perlukan air yang panas mendidih. Tujuannya untuk rendam serbuk kopi tu sampai kembang. Setakat air suam-suam suku, tak mau die Jah... Tak mahu kembang punye kopi tu. Silap-silap terapung je serbuk kopi tu kat permukaan air suam tu.   

Sebab tu la time nak bancuh air kopi tu, si pembuat perlu membuat keputusan, sama ada nak dibuat pekat ke, atau cair ke. Penting ni Jah... Yang nak dijamu tu mungkin la bakal mak bapak mertua. Kot tersilap timing dia hari tu, mood pulak tak baik, terminum pulak kopi o 'patah selera' yang dibancuh, tak ke naye! Saje saje je saham ko jatuh Jah.

"Serbuk kopi nya 3 sudu penuh. Gulanya letak la dalam 3 setengah sudu"

Macam tu la lebih kurang pesan mak aku untuk membancuh se-teko kopi o. Kire standart operating procedure la ni. Tapi, yang aku peliknye, apsal la kopi yang aku bancuh ni tak same rasenye dengan bancuhan mak aku. Hmm... Faktor air tangan pulak memain peranan. Nak air tangan mak aku jugak... 

Ape ceritanya dengan teh pulak. Haaa, begini ceritanya. Lepas pandai tak berapa nak pandai membancuh kopi o, aku berjinak-jinak pulak membuat teh. Huh! Lesen kopi pun belum lulus, dah gatal-gatal nak buat teh. Begitu la ragam kanak-kanak yang nak blaja banyak benda dan mahu blaja berdikari. Niat murni untuk ringankan beban mak, membancuh air petang-petang.

Hari tu terasa nak minum teh o pulak la. Hari-hari nak duk minum kopi o, ketat jugak jadinya. Macam biasa la, jerang air atas dapur. Sementara tunggu air masak, tengok TV dulu la dengan mak dah abah. Bile dengar kettle air menjerit menandakan air dah mendidih, lekas-lekas aku ke dapur. Capai teko, gula, dan jugak teh "cap kereta kebal!"

"Serbuk kopi nya 3 sudu penuh. Gulanya letak la dalam 3 setengah sudu" terngiang-ngiang kat telinga aku pesan mak. Maka dengan yakin dirinya aku membancuh hidangan teh o tu dengan standart operating yang sama. Tiga sudu penuh serbuk teh dan 3 setengah sudu gula, campur dengan air panas mendidih. Wahh... Hari ni mak pasti bangga anak bujang keciknya pandai buat teh o pulak. Dalam hati terbayang-bayang pujian mak dan abah.... "Pandai anak mak buat teh"...

Siap bancuh, terus aku angkut dengan konfiden teh o panas tu mengadap mak dan abah aku. Tak payah rase, pasal yakin benar dengan S.O.P yang aku guna pakai tu. Ala-ala anak dare sunti ade jugakkan aku ni kan?. Tapi sebagai anak lelaki, ape ade hal jadi multi-purpose kan? Buat air boleh, disuruh siang ikan boleh, serba boleh la. Bukan ape. Ringankan beban mak... 

Bancuh sudah, kacau pun sudah. Maka dituanglah air teh o tu ke cawan kaca. Semua ingat kopi. Tapi bau macam teh. Mak dan abah saling berpandangan. Ahhhhh! Petaka ni. Petaka! Aku dengan muka kiutnya menunggu komen dari para juri. Sape lagi kalau bukan mak dan abah aku sendiri. Tapi pelik la pulak, apsal belum pun juri merasa, masing-masing dah buat muka kelat. 

"Berapa taruk teh ni?" mak aku tanya.
"3 sudu la macam biasa" yakin aku menjawab merujuk S.O.P bancuhan kopi yang diajar. 
"Kah kah kah kah kah kah..." abah aku start ketawa.
"Bleh sembelit nih" sambungnya lagi.
"Kih kih kih kih" mak aku ketawa cover-cover. Kene jaga hati anak bujang comel ni. 
Kang dia merajuk payah nak pujuk. Terus serik nak buat air petang-petang.
"~~~" aku blur..
"Dah la Yam, pegi alter la air tu" arah abah kepada mak.

Dekat dapur mak ambik sudu. Dan ceduk sikit air teh o tu. Mak hulur air dalam sudu tu kat aku .

"Cube rase" mak cakap
"Slrupppp..." aku dengan berseleranye terus hirup teh o tu.
"Wekkkkk!!!" 
"Kih kih kih" mak gelakkan aku

Hambik kau. Kelat Jah. Dah macam air akar kayu dibuatnya. Aku rase lebih dari separuh mak aku luakkan air dari teko tu. Pastu ditambah dengan air panas kosong. Bancuhan baru tu, mak aku kacau sebati. Than mak bagi aku rase.

"Macam mana?" mak tanya.
"Macam tawo je"
"Kalau tawar buh gula sikit. Lain kali nak buat air kena rase. Baru tahu sedap ke tak. Nak buat teh tak sama macam kopi. Serbuk teh bubuh sikit je. Satu sudu pun tak sampai. Sikit je"
"Ooooo" kata aku, sambil merakam memori.  

Macam tu la ceritanya Jah. Cerita Zaman Kecil: Yam Cha. Jemput minum semua!

P/S: Siapa Jah? Dan kenapa nama Jah disebut-sebut? Jah tu korang la. Hahahahhaha. 

No comments:

Post a Comment