15.5.12

"Menggelitat"



"Tidak cukup cantikkah aku ini sehingga gagal menundukkan jantan yang sorang ni" Munah berbicara sendirian di dalam hati. 


Mengapa sekali ini Badrol gagal ditewaskan seperti mana mudahnya menewaskan Jonet, Sahak serta beberapa lagi lelaki hidung belang yang hanya dengan 'selentik' pinggang dan 'selenggok' punggung sahaja, sudah mampu membuat Jonet, Sahak serta beberapa lelaki hidung belang itu berjejes air liur, umpama anjing terhidu tulang di tepian jalan. 

Rambutnya diusai-usai lagi dan lagi. Sesekali kedua-dua keningnya diangkat-angkat. "Ahhh" keluhnya lagi. Tak terlindung lagi garis-garis kasar pada dahinya tatkala kening diangkat ke atas. Garis-garis yang dahulunya tiada. Garis-garis yang terbit sekadar baru-baru ini. Garis-garis melintang yang tak upaya dilindungkan lagi. Sejak kejadian malam itu. Sejak dibawa Manaf untuk menginap sama di bilik hotel murah itu. 

Dengan Manaf sudah dalam dua tiga kali. Barangkali Manaf akan minta lagi. Dan lagi. Dan lagi. Oh... Dan lagi. Terpaksa diberi dalam rela dan tidak. Kadangkala, Munah itu sendiri yang ber'signal-signal', mengumpan-ngumpan dan menyerahkan. Kata orang, 'kerana sayang'. Mula-mula rasa kesal terbit. Tapi rasa kesal itu, lama-lama terhakis. Dan bertukar menjadi keperluan serta keasyikan yang kian dilupa akan hukum serta balasanya.

Mahu ditinggal Manaf sudah terlewat. Biarpun jantan itu membawak sial ke dalam hidupnya. Kadang-kadang terbit benci yang mengatasi segalanya. Kadang-kadang terbit risau yang serisaunya kalau Manaf itu sendiri yang meninggalkannya. Kadang-kadang, rasa kesal muncul kembali. Tetapi kata orang, terlajak perahu bisa undur, terlajak perbuatan padah menimpa. Samalah seperti, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Dalam pada kesal itu, Munah tetap ligat. Manaf tidak lebih dari sekadar penyesalan buatnya. Ditelan mati emak. Diluah mati bapak. Segalanya serba tidak kena buat mereka pada Munah. "Memang sial!" hamun Munah terhadap takdir. 

Terus-terus Munah ligat menghayun punggung yang kian jatuh itu. Seboleh-boleh dipakai yang sendat-sendat. Bila berjalan dilentikkan punggung. 'Perasan'nya agar lebih menarik, walhal disekeliling orang memandang, Munah berjalan bagaikan nak tersungkur langkahnya. Bila bercakap sengaja dilentok-lentokkan leher serta diusai-usai rambut agar dirasakan tampak manja. 

Bagi yang 'celik', tersingkap gediknya Munah. Tapi bagi yang 'buta' seperti Jonet dan Sahak, Munah masih ade 'value' yang mahu di'try' walau sekali. Sangup bermodal masa dan wang ringgit buat Munah. "Kata lah apa sahaja Munah, akan abang turutkan" pelawa Sahak. Apa lagi. Ditunjuk itu dan ini. Bukan yang murah-murah, bukan yang kecil-kecil harganya. Sahak pula terus melabur dan melabur. Sambil menanti-nanti akan pulangan pada pelaburan itu.

Tunggu punya tunggu. Punya tunggu. Bermodal sudah. Melabur sudah. Memuja sudah. Memuji pun sudah. Pulangan tidak juga kunjung tiba. Pelaburan apa jika tiada pulangan? Merugikan. Membuang masa serta mendatangkan marah. "Tak guna punya Munah!" hamun Sahak pula. Munah tidak ambil peduli. Datang mu tak diundang, jika ragu, sila pulang. Padanya, lelaki hidung belang ini bukan sukar ditewaskan. Tak perlu bermodal, tetapi pulangannya lumayan...

Tetapi sekali ini. Dengan Badrol ini, mengapa kalis yang amat dirinya. Tahan digoda. Tak pernah memuji dan mengisyaratkan "meminta". Melabur pun tidak!. "Ahhhh... Sial!" menghamun lagi Munah. Munah tidak tahu yang setiap malam Badrol meratap tangis bermohon kepada tuhannya:

"Ya Tuhan kami, janganlah engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami rahmat Mu kerana Engkau adalah yang Maha pemberi. Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpesongnya iman dan berilah petunjuk dari kemungkinan kesesatan. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antara aku dan syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohon pada Mu jiwa yang tenang tenteram yang percaya pada pertemuan dengan Mu dan redha atas keputusan Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian Mu... Amin Ya Allah"

'Like' serta 'Share' buat pedoman....

No comments:

Post a Comment