12.5.12

Lesson Hari Ini



Hari yang panjang dan memenatkan. Belum lagi bertemu esok yang pasti perlahan. Walau macam manapun, hari ni adalah hari yang banyak mengajar, antaranya:
  1. Aku belajar 'cakap' hari ini. Walaupun tak selancar menulis, setidak-tidaknya aku belajar. Tidak mempedulikan apa tanggapan orang, atas niat 'belajar'. 
  2. Aku belajar memimpin. Dari 10 markah, aku kurniai 3 markah ditambah 1 markah bonus untuk diri sendiri. Memimpin bukan mudah. Dalam usia yang 'semuda' aku dan perlu memimpin orang-orang yang lebih dewasa, pada aku satu rahmat. Hari ini aku belajar...
  3. Hari ini aku belajar, bila berhadapan gadis idaman, perlu relaks dan tak kelam kabut. Yang paling best hari ni, aku dapat tatap mata dia, senyum serta bonus kenyit mata sebagai isyarat 'sama-sama' ketika membalas ucapan terima kasih darinya. Aku sibuk hari ini, bercakap pun main isyarat sahaja.
  4. Aku belajar hari ini, bila sahabat sikapnya biadap, aku hanya perlu senyum sahaja. Dalam bersahabat, aku kadang kala terpaksa menelan, ada juga di antara mereka yang minta 'disembah' bagaikan Tuhan. Tapi maaf. Tuhan aku satu sahaja. 
  5. Hari ini aku belajar, pendirian aku sudah okey... Kadangkala, aku hanya perlu fokus agar tak tergoyah pendirian. Yang ini, aku perlu perbaiki. Bagaimana menjadi insan yang 'kuat karaktor'nya. Yang tidak perlu terikut-ikut pada yang lain. Aku harus kuat dan terus belajar...
  6. Hari ini aku belajar lagi. Seandainya orang lain bercakap tentang rahsia yang pernah kita ceritakan kepada 'someone'. Bermakna 'someone' itulah yang memecahkan rahsia itu. Bukan orang lain. Jadi, jangan mudah percaya kepada 'someone' walaupun mereka hadir ke dalam hidup ini dan kononnya mengaku 'bestfriend!'
  7. Aku belajar hari ini. When ever I felt down, aku seharusnya lekas-lekas memikirkan apakah kebaikan, kejayaan serta kenikmatan yang telah aku kecapi sepanjang hari ini. Nikmat paling best 'dia' pandang aku. Aku pandang 'dia'. Dan aku rasa nak pandang lagi dan lagi...
  8. Aku belajar hari ini, aku mempunyai Bos, rakan sejawat, kakitangan yang sebenarnya boleh support aku serta bertimbang rasa buat aku. Cuma aku harus abaikan sebenarnya cakap-cakap insan-insan yang menjunjung keegoan mereka. Apa yang harus aku lakukan jika mereka-mereka yang aku maksudkan itu cukup rapat di sisi aku...?
  9. Aku belajar hari ini, senyum dan bertenang adalah penawar serta senjata paling berguna.
  10. Aku belajar hari ini, mak... Anak mak jatuh cinta... Tapi segan, sebab cinta pade 'dia' yang besar darjatnya. Relaks la. Kene rasional. Bile syok kat 'dia' maknanya aku normal. Masih punyai rasa. Relaks la. Terus-terus meminati 'dia'. Bukan ke meminati tu lebih baik dari perasaan yang tidak elok. Bukankah begitu...?
Lesson... Lesson Hari Ini...

2 comments: