13.4.12

Mersing Omnibus

Ape yang menarik tentang Mersing Omnibus ni? Berkali-kali aku sebut-sebut dalam entry-entry yang lepas-lepas. Hakikatnya, syarikat pengangkutan bas awam yang old school ni, memang dekat di hati. Mersing Omnibus, ade cerita....

Gambar-gambar ni sempat aku rakamkan sewaktu dalam perjalanan balik ke Felda Nitar baru-baru ni. Lokasi, di Perhentian Bas Kluang. Tersilap mencatur perjalanan, menyebabkan aku sampai terlalu awal di sini. Tiket bas terus ke Mersing, kebetulan habis. Alternatifnya, terpaksalah naik bas sambung-sambung ni. Seeloknya dari Kuala Lumpur aku naik bas jam 11.00 am. Bermakna, tiba di bandar Kluang dalam jam 3.00 pm. Tidak lah terlalu lama menunggu bas Kluang - Nitar yang bertolak pada 3.45 pm tu. 

Tapi, kate orang, biar kite tiba awal, maka tidaklah terlalu terkejar-kejar atau mengelak sebarang risiko lain pulak. Manalah tau, tayar bas meletup ke. Jalan jem ke. Kan...?



Mersing Omnibus. Sekitar tahun-tahun 1990 an, bas ni menjadi pengangkutan rasmi kami sekeluarga untuk balik kampung Mak di Batu Pahat Johor (Kampung Peserai). Bas ni jugak lah yang membawak kami pulang ke Kampung Sawah Datok, Mersing Johor, untuk balik ke kampung sebelah abah pula. Jauhnye perjalanan, tuhan sahaja yang tahu. Keluar pagi-pagi seawal jam 7.30 am untuk mengejar bas pertama. Kalau terlewat, tunggu la trip seterusnya pada jam 11.00 am. Bergegaslah kami sekeluarga dengan beg balik kampung yang sarat tu.   



Mula-mula naik bas, hati girang. Maklumlah nak balik kampung untuk bertemu arwah nenek dan sepupu-sepupu sebaya. Tapi makin laju bas bergerak. Dengan jalan Mersing-Kluang yang macam ular kene palu dan tak rata tu, aku pun mulalah pening-pening. Ditambah lagi dengan bau asap diesel dari ekzos bas yang kadang-kadang menusuk ke hidung. Mulalah aku rasa nak muntah. Mujur abah dan mak dah stanby beg plastik dalam poket seluar aku. Paham-paham je la fungsi beg plastik tu.  



Dari kecik aku dah diajar survive sendiri. Aku pernah dilepas balik ke Batu Pahat sorang-sorang. Kalau tak silap aku, waktu tu, umur aku dalam lingkungan 11 tahun. Darjah 5. Mak dan Abah hanya bagi direction pada aku sebelum naik bas pertama. Kata abah "turun di Kluang nanti terus naik bas ke Batu Pahat. Sampai Batu Pahat, naik bas warna kuning. Bas ke Muar. Jangan tidur dalam bas ke Muar tu. Lepas jambatan pertama, tunggu sampai bas lalu depan Petronas. Kat situ, tekan loceng. Nanti bas berenti kat simpang. Sampai la tu kat Peserai" abah memberi direction secara lisan. Mak angguk meyakinkan yang aku boleh lakukan. Aku pulak, dalam takut-takut, terus menanam keyakinan yang aku boleh lakukan. 


"Sampai nanti jangan lupa talifon" tambah mak pula.

Dengan tubuh kecil aku waktu tu, bersama backpack yang aku rase dekat sama besar dengan badan aku, aku redah je perjalanan tu sorang-sorang. Anak bujang kecik sedang belajar survive. Jangan siapa menghalang. Naik bas, turun bas dengan yakin. Pesan abah selalu bermain dalam kepala. Ikut je. Insyaallah selamat. Mujur jugak tak de ape-ape masalah sepanjang jalan. 

Bila sampai di Peserai, terus bagi salam di muka pintu. Menjengah mak cik saudara. Terperanjat bile yang terjegat di depan pintu, si bujang kecik ni. "Mak ko mana?" soalnya. "Mak suruh balik dulu" jawab aku. Mak Cik saudare aku tu terkejut besar. Lepas salam semua, terus aku pi main dengan sepupu, terlupa telefon mak. (tengok tu, cepat lupa kat mak die kan...)

"Kringggg.. Kringggg... Kringgg"

Bunyi telefon. Aku buat tak tau sebab leka bermain. "Hahh... Die dah sampai dah. Tu ade kat luar tu" macam tu la lebih kurang kedengaran suara Mak Cik aku tu. Pun aku buat tak peduli. Sebab dah seronok bermain. Misi berjaya disahut dan dijayakan. Cume kalau diikut peraturan sebenar, aku dikire disqualified sebab gagal menelifon mak sesudah sampai di Batu Pahat lantas membiarkan mak aku kerisauan di Mersing tu. 

Bile termenung sorang-sorang sekarang ni, aku fikir, macam tu rupanya mak dan abah mendidik. Mengajar aku untuk berdikari dan survive. Memang berkesan. Sampai sekarang, aku rasa, diri aku ni tak la terlalu bergantung kepada orang lain untuk hidup. Aku tak kisah 'sendiri-sendiri' selagi aku mampu lakukan. 'Berteman' pada aku bila perlu. Sebab, selagi mana aku boleh lakukan sendiri, untuk apa susah-susahkan orang lain? Kesusahan tu, pada aku bukan lah sesuatu yang tak boleh ditempuh. Yang penting hati kene banyak sabar.



Habis cerita balik kampung dan cerita survivor yang dah lapuk tu. Ade satu kisah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari kisah balik kampung tu. Kisah yang aku namakan sebagai 'Trajedi Penculikan Yang Gagal'. Bila teringat kisah ni, langsung aku terkenang trajedi-trajedi malang yang menimpa mangsa-mangsa penculikan yang berleluasa sekarang ni. Percaya tak korang? Aku pernah cuba dilarikan oleh seorang Mat Pet di dalam bas sambung-sambung ni. Serious.


Umur aku dalam 7 ke 8 tahun masa tu. Kisah berlaku sewaktu aku ikut mak balik ke Batu Pahat. Untuk ke sana, seperti biasa, kami perlu menaiki bas ke Muar. Sewaktu bersesak-sesak menaiki bas, tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali terus menarik aku untuk duduk disebelahnya di seat paling depan. Terpisahlah aku dengan Mak yang masa tu sibuk dengan beg serta adik beradik yang lain. Bas terus bergerak. 


Aku cuba bangun untuk pergi mendapatkan mak. Masa aku jengahkan kepala, aku perasan, masa tu mak tengah tercari-cari aku. Terus brother tu desak aku supaya duduk diam-diam. Memang borther tu tak ubah macam Mat Pet dari cara percakapan yang macam orang tengah 'high' tu. "Lek le dik. Duduk dengan pak cik ye" brother tu pujuk aku. "Tak nak. Nak pegi dekat mak" jawab aku. "Tak pe, mak ade kat belakang je tu" balas brother tu lagi. Die start pegang tangan aku waktu tu dan cuba pujuk aku dalam gayanya yang macam despread tu.


Aku tarik tangan aku kuat-kuat dan mujur, mak muncul dari belakang dan terus tarik aku. Brother tu pulak terus tekan loceng dan bergegas turun dari bas. Aku punye la cuak tak hingat masa tu. Trauma aku sekejap. Satu malam jugak aku tak boleh tidur. Dalam fikiran aku, kalau lah Mat Pet tu berjaya larikan aku, entah ape jadi ntah. Agak-agaknye, sure aku dah dijual ke Siam. Anggota badan aku ni, dah dikecai-kecai agaknye untuk dijual dipasaran gelap. Tak pun, kepala aku ni sure akan dibotakkan dan dipaksa menjadi pengemis di tepi-tepi jalan. Huh! Na'uzubillah... 


Begitulah gamaknye... 


Zaman sekolah menengah, sebelum mendaftar masuk ke Asrama Putera Seri Mersing, aku terpaksa berulang ke sekolah yang letaknya di Bandar Mersing dari rumah arwah nenek di Kampung Sawah Datok. Naik bas, bukan suatu yang pelik di zaman sekolah. Walaupun bukanlah selalu, di mana ada ketikanya pak cik aku tak dapat menjemput. Tunggu bas untuk balik ke Sawah Datok memang azab! 

Bayangkan balik sekolah pukul 1 lebih. Tengah-tengah hari buta tu. Perlu menapak ke Stesen Bas Mersing dalam 1 kilometer jauhnya. Kalau sempat, dapat kejar bas trip 1.30 pm. Kalau lambat, tunggu la bas jam 3.30 nanti. Itu pun kalau bas tu sampai on time. Dibuatnya bas lambat. Pukul 5 petang baru sampai rumah. Dah macam kerja opis pulak. Azab! Memang zaman-zaman sekolah menengah dulu, masa aku banyak terbuang di Stesen Bas Mersing tu.



Oh ye. Ade satu kenangan yang masih segar. Zulfikar, ko ingat lagi tak? Aku dengan engkau? Time kite teman abah ko pi Kluang untuk tengok kereta Mercedes abah ko yang tersadai kat bengkel di Kluang tu. Tu pun azab. Sampai Kluang, kereta tak siap lagi. Padahal dah menapak jauh nak ke bengkel tu. Lepas tu kite pi makan kat restoran nasi padang kat bandar Kluang tu. Weh... Aku ingat la. Salah satu menu yang ko makan kat situ. Masak Lemak Siput Sedut. Ehhh... Eh... Masih kuat ingatan aku ni... Hahahaha... 


Membesar bersama Mersing Omnibus. Masakan aku boleh lupa, lantai logamnya. Tingkap besarnya. Kertas tiketnya. Bunyi enjennye. Malah, sesekali kalau terjumpa abang drebar dan pak cik konduktor bas tu, aku rasa, aku masih cam muka diorang semua tu. Nak aje aku goncang bahu diorang dan cakap "Pak Cik! Pak Cik tak kenal saye ke?! Pak Cik ingat tak kat saye?!" dengan nada terujanya. Aku tak tau la ape respond diorang. Mesti diorang akan offer diri untuk jadi bapak mertua agaknye. Hahahaha....   

6 comments:

  1. Aku akan ingat kenangan naik bas pergi keluang tu sampai bila2. kenangan berjalan kaki mcm apa tah pergi bengkel tu, makan nasik lapar nak mati, balik naik bas balik.Kesian gila kat kau bila balik kereta tak siap lagi.. hahahaha kenangan kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan.... berpeluh... simpan sampai bila-bila....

      Delete
  2. sama je kenangan dengan koi yg duduk bandar raub ni..tgk rupe bas tu...mmg sebijik dgn bas kat kampung koi dulu...turun bas naik bas...campur menapak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman tu... tak semua org rase...

      Delete
  3. Mak saya selalu pesan... kena selalu ucap terima kasih kepada org
    yg berbudi pada kita .. soo .. saya nak ucap terima kasih kat
    awak atas maklumat yg bermanafaat nie.. terima kasih awak...
    ;)

    Feel free to surf to my blog post; Jubah Murah

    ReplyDelete