2.4.12

Memori Pohon Ceri

Pusing-pusing keliling rumah di petang hari. Melihat-lihat pokok-pokok yang rajin ditanam oleh Mak. Tertarik aku dengan pokok ceri ni. Galak membesar. Mengingatkan aku  zaman kecik-kecik ketika tinggal di Kampung Sawah Datok dulu. Zaman-zaman ketika aku mula kenal dengan tumbuhan rendang ini. Pokok ceri ni memang tumbuh melata di sana. Baik ditanam, mahupun tumbuh sendiri. Lebih-lebih lagi di kawasan persisir pantai di daerah Mersing ni. 



Dulu... Petang-petang, masa duduk di Sawah Datok. Kerjanya tiada lain. Balik sekolah Ugama. Lekas-lekas tanggal baju dan seluar. Bersalin pakaian basahan dan terus menyambar basikal. Kalau tak ke padang bola, berkayuh aku ke Kampung Makam. Di sana ada Pantai Mahkota yang nyaman udaranya. Tongkatkan basikal dan lepak-lepak di sana. Ade gerai menjual keropok lekor serta makanan ringan yang lain. Berbekalkan seringgit zaman-zaman tu, dapatlah menjamah 5 ketul (ketul ke keping ye?) keropok yang dijual pada harga satu seposen. Baki tu, buat beli air sirap. Lima posen. Ikat tepi.



Sejak arwah nenek meninggal. Aku dah tak jejak lagi ke sana. Kampung Sawah Datok. Pada aku, dah tiada apa-apa yang tinggal di sana, selain kenangan zaman kanak-kanak. Bayangkan, habis sekolah menengah, dan sekarang umur aku masuk 28 tahun. Hampir sedekat aku tak jejak ke sana. Bila menyebut Sawah Datok, ade beberapa perkara yang kuat ingatan aku terhadap perkampungan  kecil tu. SKSD. Sekolah Kebangsaan Sawah Datok. Sekolah rendah aku. Cikgu Noreen, Cikgu Normala, Cikgu Lel, Cikgu Pi, rakan-rakan sekolah especially sahabat lama, Norziela Bt Abd Rahman. Nama-mama yang mungkin sampai ke tua tak akan bisa lapuk dari ingatan aku kalau terlintas ingatan aku pada Sawah Datok.


Selalu jugak aku berkayuh ke kampung sebelah. Kampung Tanjung Genting. Hampir benar dengan laut. Kadang-kadang, bila air pasang besar di waktu malam, terdengar jelas ke telinga hempasan ombak di pantai Tanjung Genting tu. Koloni pohon-pohon ceri juga galak membiak di persisir pantar Tanjung Genting tu. Banyak dan tumbuhnya rapat-rapat. Sempat juga waktu-waktu tu, aku petik buah-buah ceri yang masak ranum. Dipicit bagi mengeluarkan isinya yang berbiji-biji halus itu. Rasanya tiadalah begitu istimewa. Manis-manis buah. Tapi manisnya masih teringat-ingat sampai sekarang.

Hmmm... Memori Si Buah Ceri... Rasanya tiadalah semanis mana. Juga tiadalah sebegitu istemewa. Namun masih teringat-ingat sampai sekarang. Barang kali yang manis itu bukanlah pada buah ceri itu. Tapi pada kenang-kenang pada zaman-zaman aku mula mengatakan
"Ohhh... ini pohon ceri..."


4 comments:

  1. aku selalu makan buah ceri ni, kat Manjoi ipoh ada banyak, sebab tanah dia berpasir bekas lombong..


    tapi mcm mana sekalipun, aku tetap ada phobia pikir yang buah ni beracun.. semua pengaruh dari dokumentari. hahaha

    ReplyDelete
  2. selalu makan buah ceri ni lepas balik sekolah tadika zaman kecik2 .sedap jugak.

    ReplyDelete
  3. bila baca entry ni seriusly teringt masa kecik kecik dlu ada pokok ceri dekat sebelah rumah je, sy lah tukang panjat, dan sayalah tukang tolong petik bagi membe2, biasanya kalau dh jatuh mmg taknak mkn sbb mcm kotor je, suka yang still ada atas pokok. ahhaha. sedap gila suka yang wana merah dia manis.. aaa teringt zaman kecik2

    ReplyDelete
  4. inilah dia sejenis buah ceri tempatan yg terlepas pandang drp rakyat malaysia.....buah yg berkhasiat...tidak berapa manis....mungkin ada sumber vitamin yg tertentu....dan ada nilai perubatan herba....mungkin memerlukan pakar membuat kajian ttg buah ni...bunga daun batang n pohon pokok ini....

    ReplyDelete