9.4.12

'Facesebok'


"Ade orang tak gemar untuk update status di facebook. Tapi lebih sebok untuk 'update' status facebook orang lain. Kadang-kadang aku rase FB ni sucks jugak. Yup. Memang sucks. Selalu-selalu, bukan kadang-kadang" hak ah, aku yang reka quote ni. 

Ke, segelintir friend-friend dalam friends list tu yang sucks?! 

Moralnye:

1. Facebook die, die punya pasal.
2. Guna dengan bijak.
3. Aku suka sebok 'update' status FB Dato' VC aku, berbanding yang lain-lain. Sebab, update die lebih berbentuk ilmiah serta pesanan. Secara tak langsung memberi motivasi.
4. Hanya kerana 'Facesebok', perlu ke kite berpecah belah?
5. Kalau duk lepak ngan aku, start hari ni, pi mampus la pasal status FB orang lain. Aku malas jadi kaki-kaki 'facesebok'. Biar la die nak update ape pun. Ko touching apehal? Kadang-kadang ape yang die update tu tak de kene mengene dengan korang.
6. Aku berazam untuk tidak mengupdate status berbaur rungutan, cinte sayang serta yang berunsur negative di FB. Sebab, kelak disalah tafsir pulak.
7. Berazam untuk menjalani kehidupan se-pro yang mampu. Dengan mengenepikan isu-isu bodoh yang tak perlu diperbesarkan. Yang paling penting sekali, hidup dengan hati senang. Kalau kerja tu, kerja jalan dan objektif tercapai. Kalau berkawan, salah sikit, setel kat situ. Tak payah nak bawak balik dan terus-terus menghentam di FB.
8. Sebokkan diri dengan perkara yang berfaedah. Disebabkan tidak sebok itulah, maka terlalu banyak perkara-perkara remeh diperbesarkan. Kalau tak tau nak buat ape, pi la bace paper ke. Bace novel ke. Ape-ape je la... 

Mari renungkan phrase-phrase ni:

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya 
masa ketiadaannya" 
(Riwayat Abu Daud)


3 comments:

  1. Kadang2 tak suka dgn owang mcm ni...ada juga suka update status org lain utk tunjuk baudget bagus! padahaaaaaaal buta dlm segala segi...huhuhu

    Bg sis, klu kita dh log in, apa yg kita nampak kita baca, klu perlu kita komen dn like, klu tak perlu, baik sign out aje...buka membaca dan lihat2 komen tu sama je umpamanya mcm ngumpat secara diam bisu...huhuhu

    Sis buka fesbuk mmg suka cite hal sendiri hari2...tp ikut budget la sehari brp kali, kang penuh lak wall org dgn status kita kannn 'ada aku kesah'..hahahahaha

    Lagi satu..dh TERbaca, tak komen dn tak like, tup2 kwn lain plak yg bertanya dan kita pulak pelik mana tau? 'si polan tu bgtau baca kat fesbuk ko'..haaaaaaaaaaa tang ni mmg tak suka x suka x sukaaaaa!!! sendiri baca sendiri komen la ye kawaaaaann!!!

    *sori TERemo pulak... ;p

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kau perasan tak aku dah berubah kat FB? tahniah, dan selamat masuk kelab, kelab meluat dgn FB...

    ReplyDelete