6.3.12

Tebiat

Tabiat. Apa yang boleh dicakapkan tentang perkataan tabiat ni? Aku kira, setiap individu mempunyai tabiat-tabiat tertentu. Sama ada tabiat itu diamalkan secara sengaja mahupun tidak, berlaku samaada secara sedar ataupun secara spontan, dari tabiat-tabiat itulah yang mencernakan identiti masing-masing. Selain tu, ade jugak dikalangan kita yang mendapat gelaran dari rakan sekeliling berdasarkan tabiat yang sering dilakukan. Contohnya, Peah Gosip, Limah Becok, Milah Garu, Rafeah Buang dan sebagainya.

"Hoit. Rafeah Buang tu bukan nama artis zaman klasik tu ke?"

"Ops. Maaf. Rafeah Buang tak termasuk"

Tabiat. Mari huraikan dari sudut makna dengan lebih terperinci. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1562, tabiat itu bermaksud budi pekerti, perangai atau watak. Dalam makna yang lain, ianya membawa maksud perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, atau tingkah laku. Contoh ayat, 'memang menjadi tabiat Leman, selepas sahaja makan yang berat-berat, dia akan menghisap rokok pula selepas itu'. Maksudnya, umum menyedari akan tabiat Leman itu. Apabila suatu hari, Leman melakukan perkara yang berlawanan dengan tabiatnya itu. Atau dalam ertikata lain, Leman tidak merokok selepas makan, perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan perkataan tabiat itu ialah, buang tabiat. Jom ikuti dialog pendek ni untuk gambaran yang lebih jelas.

"Hai Leman, selalu lepas makan ko merokok. Ari ni tak pulak. Dah buang 
tebiat ke ape ko ni?"

"Eh Pak Samingin ni, saye tak merokok ni bukan buang tebiat. Tapi pasal azam baru nak berenti rokok. Maklum la. Saye ni kan dah couple dengan Midah anak Wak Salikin tu. Anak sedare Pak Samingin jugak kan. Kene la berenti. Kalau tak, tentu kene
 bebel dengan die pulak. Maklumlah sayangggg"

"Elok lah kamu berenti Leman. Dari membazirkan duit dan membahayakan kesihatan kamu tu. Kamu ni mude lagi. Jage la kesihatan tu. Biar la sehat sikit paru-paru kamu tu.. "

"Ye la.. Ye la... Hmm.. Panjang pulak leter Pak Samingin ni..."

Beberapa hari kemudian

"Meninggal dah Pak Samingin tu"

"Iye lah. Dah sampai ajal die. Eh Leman, kamu ade nampak ape-ape perubahan pade 
arwah tak sebelum die ninggal?"

"Eh. Mana pulak tak de nye Hussien Junaidi. Ade kemarin tu, die duk bersyarah dekat aku. Suruh aku jage kesihatan la. Berpesan macam-macam lah. Kite bukan tak kenal tabiat Pak Samingin tu, asyik muke serious je memanjang. Nak bercakap dengan orang kemain susah. Dalam mulut tu macam ade jongkong mas. Elok plak kemarin borak-borak dengan aku.

"Oooo. Buang tebiat la tu.."

"Iye da... Buang tebiat da..."

Kesahnyeee... Ingat tadi Leman yang buang tabiat. Rupe-rupenye Pak Samingin yang arwah dulu. Demikianlah kesah yang dilakon kan oleh Midon Damian sebagai Leman, Wak Samingin Jelani sebagai Wak Samingin dan dibantu oleh Jamel Irwandi sebagai Hussien Junaidi, bagi memberi sedikit gambaran tentang frasa buang tebiat dikalangan masyarakat kite ni. Perkataan tebiat, bila aku cari dalam kamus memang tak de. Bermakna perkataan tebiat tu, berakar umbi dari perkataan tabiat tu sendiri. Cume ia adalah versi bahasa pasar yang diamalkan oleh masyarakat kita.
 

Kalau seorang yang amalkan, ia dikira tabiat. Seperti dalam contoh yang aku cakap mula-mula tadi. Peah Gosip. Peah mendapat gelaran tu, tentunya dari sikap atau tabiatnya yang gemar bergosip. Jumpa orang je, gosip. Ade cerita. Lepak rumah jiran, gosip. Hari-hari gosip. Maknanya tabiat bergosip dengan Peah, memang tak dapat untuk dipisahkan. Begitu juga sebaliknya. Dah macam darah daging. Sampailah melekat gelaran Peah Gosip tu.

Tapi, macam mana pulak kalau Limah, Bibah, Joyah, Gayah, Milah, Senah dan ramai lagi, selain Peah, yang turut bertabiat suka bergosip ni? Kalau ramai yang bertabiat yang sama, perkataan yang lebih sesuai ialah, budaya atau lebih cantik lagi kosa katanya, kebudayaan. Maknanya, gosip tu sendiri bukan sekadar menjadi tabiat, tetapi telah menular menjadi satu kebudayaan yang sukar dipisahkan. 

Ape itu kebudayaan? Kebudayaan itu bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Dalam kamus, maksud perkataan budaya ni agak panjang. Untuk kesesuaian dengan situasi yang nak aku sampaikan, cukup aku ambil sampai perkataan 'berfikir' itu sahaja. Untuk lebih jelas, boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 212. Hmmm macam biasa la, Kamus Dewan. Teman rujukan aku dalam hal-hal kosa kata. Eh. Jom ikuti persembahan dialog ni.

"Eh Kasmin. Jom lepak ramai-ramai malam ni. Clubbing"

"Clubbing?"

"Weh. Biar betul ko ni, clubbing pun tak tau? Tu yg lepak-lepak tu. Enjoy-enjoy. Minum-minum sikit"

"Bukan tak tau. Tapi malas la nak joint"

"Ek eleh. Poyo la ko ni. Ko tu budak baru kat sini, so kalau nak gang ngan kite orang, kene la joint the club. Baru la boleh masuk line kiteorang ni. Lagi pun menang trend keje sini la. Kawan-kawan kat sini semua kaki-kaki tau. Tu ko tengok Jenal tu, nampak je macam tu. Die pun joint tau. Ko bile lagi nak kene recruit sekali ni? Come on la"

"Recruit? Come on? Ape recruit? Ape come on? Ingat aku ni kebulur sangat nak jejak tempat-tempat macam tu? Ingat aku ni haus sangat nak togak arak tu? Lepas arak ape lagi? Ganja? Zina? Pil? Lagi ape? Lepas tu, melungkup? Weii pegi tobat la? Malang la aku jumpe senior macam ko ni. Tak layak dijadikan contoh!"

"Weii!! Pi la mati. Pi kawan dengan kera la"

Boleh korang relatekan situasi di atas dengan perihal kebudayaan? Dialog tu ade menyebut perkataan 'Trend'. Dalam ertikata lain budaya. Bermakna dikalangan kakitangan di tempat Kasmin bekerja, mereka  telah mewujudkan satu budaya menerusi tabiat mereka yang gemar ber'clubbing'. Berkemungkinan, aktiviti berclubing tu, pada asalnya hanya melibatkan satu atau dua kakitangan di situ. Tetapi, apabila ia melibatkan penglibatan yang ramai, dengan kekerapan yang tinggi serta dianggap perkara yang kebiasaan,lagi dapat diterima sebagai satu gaya hidup, bermakna ia telah menular manjadi satu budaya. Sekadar contoh.

Budaya dan masyarakat. Bergabung menajadi sebuah identiti. Sama ada baik atau tidak budaya itu, ia tentu sukar diubah atau dipisahkan kerana ia berhubung kait dengan tabiat. Menegur, memperbetul, mencantikkan atau cuba mengubah satu-satu budaya itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Satu-satu pendekatan yang tepat haruslah difikirkan. Kerana, tersilap tegur, pasti akan ada pihak yang tersinggung. Tak kena gaya, pasti 'orang-orang' lama yang selesa dengan budaya lama akan terasa. 

Bukan mampukah, persoalannya, mahukah kita berubah? Akal budi yang cantik, asas 
kepada budaya yang indah...       

20 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Boleh aje berubah...asal nak. Orang kata nak seribu daya kan?

    Berubah sangat perlu untuk kehidupan yang lebih baik...jangan berubah arah lebih buruk dahlah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan cik anyss... setuju sangat... tq singgah ye...

      Delete
  2. tabiat ada yang baik ada yang buruk..
    Tabiat buruk saya, suka buat sepah..adohaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sepah suke kemas tak? kalau tak suke kemas, berat tu... penimg la cam ni... hehehe..

      Delete
  3. Assalam..
    Mai buang tebiat kat sini sat..

    ReplyDelete
  4. Ye tabiat buruk saya, garu2 then bau. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal tabiat2 spontan tu, nanti aku ulas dalam entry akan datang.. tq ye... datang lagi tau.. komen lagi.. walaupun pakai anonymous tu...

      Delete
  5. entri yang menarik tentang tebiat ni.... tak ramai yang suka bercerita tentang ni.

    p/s: thanks sudi support mia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. saje-saje tulis MIa...tak tau nak tulis ape...

      Delete
  6. hahaha..penuh pengisian..thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye en boni pengunjung setia.... thumbs up.. thumbs up jugak... tapi, jgn masukkan ibu jari tu ke dlm hidung tu.. hahaha

      Delete
  7. tabiat ngn tebiat lain ouh . tabiat mcm habit . tebiat lain . haha . mcm " tebiat nak mampus ke ape budak ni ? "haha *ayat2 org tua .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... tebiat dan tabiat tu lain-lain, walaupun pade hakikatnya mereka adalah bersaudare... tabiat tak kawan dengan tebiat... sebab mereka tak sehaluan...

      Delete
  8. tak sume tabiat tue buruk..
    n tak sume tabiat tue baik..
    so, pikir2 kanlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan en lelaki ini... tak semua...

      Delete
  9. kambing dalam blog aku pun gayanya mcm buang tabiat gak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah?! kambing pun pandai buang tebiat??? ni best ni untuk dikongsikan...

      Delete
  10. tabiat tue sikap/pbuatan yg selalu berulang2 lah kan??

    ReplyDelete