26.3.12

Sampai Ke Sudah La


Siapa antare korang pernah terjumpa adegan dibawah ni???... 
Sape pernah, jangan gantung diri pulak ye..

Jom Bace...



"Hallo Baby..." Salem menghubungi Bibah. Panggilan 'Baby' tu menggantikan nama Bibah, agar tampak lebih manja-manja. 

"Hai Bee" dengan nada yang manja-manja jugak, Bibah menjawab. Dan panggilan 'Bee' itu pula, sebagai menggantikan nama Salem. Pun agar tampak manja-manja.

"Sorry, hari ni Bee lambat call. Sibuk sikit la. Siapkan assignment. Lepas tu pi main futsal dengan room-mate. Bee tak perasan, Baby call tadi" Salem mengatur ayat-ayatnya.

"Ye la. Pentingkan sangat la assignment, futsall dengan kawan-kawan Bee tu. Sampai ati Bee tak ingat kat Baby" rajuk Bibah.

"Alahhh. Jangan la merajuk. Kan Bee dah call ni" pujuk Salem pulak.

"Tak nak" jawab Bibah ala-ala jual mahal.

"Ala bucuk-bucuk. Ala... Meh Bee pujuk, meh. Ye la-ye la, Bee yang salah" (aku yang menaip pun ade rase geli geleman sikit)

"Tak nak jugak!" Bibah masih berkeras dengan rajuknya. Dalam merajuk-merajuk tu, masih jugak tak diputuskan panggilan tu. Alahai, mengada-ngada betul Cik Bibah ni kan.. 

"Ok. Ok. Lain kali, Bee ape-ape hal, Bee akan utamakan Baby dulu. Bla... Bla.. Bla... Bla... Bla... Bla..." maka berlarutanlah adegan pujuk memujuk di antara Salem dan Bibah ni. Dari jam 10:35 pm, membawak ke jam..



"Bee janji tak buat lagi tawww" Bibah meminta jaminan. Ingat kan dah habis dah. Rupenye tak habis lagi.

"Iye.. Bee janji kat Baby. Ni hah, nampak siap angkat tangan lagi, bersumpah" bukan cakap je. Memang betul-betul Salem mengangkat ikrar. Macam ikrar pengawas mase perhimpunan sekolah dulu. 

"Betul niiiii...?" kali ni 'double' confirmation diminta oleh Bibah.

"Iyeeeee.... Betullllll. Bee janji" tak puas hati lagi tak tahulah. Dah dekat sejam dah, Salem duk memujuk ni. 

Maka reda lah rajuknya Bibah. Lega jugak lah Si Salem. Setelah habis adegan pujuk-memujuk, berbual-buallah kedua-dua pasangan berkasih tu. Bercumbu rayulah keduanya. Mengusik-usik serta berlawak jenakalah Si Salem bagi menghiburkan Si Bibah. 

"Hik... Hik... Hik... Keh... Keh... Keh... Hihihihihi... Bee ni jahatttt laaaa" begitulah lebih kurang hela tawa Bibah apabila Salem mempersembahkan jenaka setaraf Amir Raja Lawak kepadanya. Rakan-rakan sebilik Bibah seperti Nana, Kelsom, Imah, dan Temah, sudah naik jaki mendengar perbualan berkasih sayang antara Bibah dengan Salem. Ditambah lagi hela tawa Bibah yang kononnya dikontrol-kontrol keayuannya. Padahal, bukan mereka tidak kenal dengan Bibah. Sekali ketawa, bukan main terbahak-bahak lagi bunyinya, mengalahkan kongkang di hutan. Tapi, apabila berhadapan dengan Salem, aduhai... Siket punya control.

Si Salem pula, dah tak ubah seperti pujangga kata-katanya mengayat Bibah. Cakap-cakapnya mengalahkan pahlawan terhebat yang gagah berjuang menawan kota-kota musuh. Janji-janjinya tak ubah seperti YB memancing undi tatkala pilihan raya. Kalau dipijak semut. Maka, tak akan 'mati penyek' semut itu. Begitulah hebatnya Salem menabur kata-kata manisnya. Aduhhh, segalanya indah-indah belaka. Dibuai dan hanyut di dalam gelora asmara dari jam 11:26 pm, membawak ke jam...


Rakan-rakan sebilik, baik Salem mahupun Bibah, ade yang dah tidur. Mana yang tak tidur, menelaah mata pelajaran menjadi pilihan. Dek sakit telinga mendengar cumbu rayu mereka, telinga disumbat dengan 'ear phone' yang disambung dengan telefon masing-masing. Agar lebih tumpuannya. Salem mahupun Bibah, masing-masing kian tergolek-golek bergayut di talifon. Bosan bergolek-golek, meniarap sahaja. Letih bertiarap, terlentang pula. Begitulah kedua-duanya. Sehinggalah membawaklah ke jam...


"Eh Bee, dah dekat pukul 1 pagi dah" huh! Tahu pun. 

"Ye la Baby, Heheh, tak perasan plak kan?" dalam nada yang tak terasa bersalah langsung dengan masa yang terbazir macam tu sahaja.

"Hmm... Ok la... Kalau macam tu, esok la kite sambung kat kelas" laaa.. Sekelas rupenye. Punye la bergayut berjam-jam, macam esok tak jumpe.

"Hak ah, esok ye. Kite pi kelas same-same ye. Nanti Bee jemput" pelawa Salem pula. 

"Eh. Eh. Tak yah la. Dah janji ngan Limah nak pi kelas sama-sama esok. Lagi pun Baby mana ade helmet lebih" Bibah beralasan menolak pelawaan Salem.

"Ooo ye ke. Tak pe la, tak sudi, nak buat macam mana..." pulak. Salem pulak merajuk.

"Alahhh. Bee... Jangan la merajuk. Lain kali la ye. Promis!" memujuk beserta jaminan dari Bibah.

"Dari dulu lagi Baby tak sudi. Ye la, mentang-mentang la Bee ade EX5 je" hmmm. Membuat pulak dah Si budak Salem ni. 

"Bee, tak baik tau, cakap macam tu. Baby ni lagi la. Pi kelas jalan kaki jek. Mane ade moto ke, kereta ke. Naik bas ade la" rasional kali ni Bibah. 

"Hehehe. Ye la. Ye la. Bee saje je. Hehehe" Salim cover line. Padahal dah sentap.

"Ok la. Esok jumpe ye" janji Bibah.

"Ok. Hmm. Bye..." Salem menutup perbualan.

"Bye.." pendek dari Bibah pula.

"Cayang awakkk" luah Salem dengan nada manjenye.

"Alahh Bee ni, ngade la.." eleh-eleh. Malu-malu konon, padahal dalam hati suke lagi berbunge-bunge.

"hihi" makin pendek perbualan. Mungkin due-due dah penat kot.

"Ok la.. Bye.." ujar Salem.

"Hmm... Bye..." balas Bibah pulak.

Dua-dua diam seketika.

"Hehehhe. Baby letak la dulu" dari Salem. 

"Bee la letak" tolak Bibah.

"Tak nak - tak nak" tegas Salem.

"Alah.. Kan Bee yang call, Bee la letak dulu..." Bibah mempertahan. Tak nak letak dulu. 

"Baby la letak.." Salem tetap enggan.

"Bee la.." Bibah tak mengalah.

"Ok Bee letak, tapi lepas Baby letak..." Salem menawar-nawar.

"Tak nak... Bee la yang letak..." masih lagi berkeras.

"Ok macam ni. Erm.. Kite kire sampai 3. Pastu letak" cadangan Salem pula.

"Ok"

"1" mereka mula mengira serentak.

"2"

"3"

Dua-dua diam. Tapi tak letak-latak jugak..

"Hihi.. Hik.. Hikk.. Hikk.. Hhii" Bibah ketawa.

"Letak la.. " nada Salem sedikit meraju.

"Tak nakkkk" Bibah membalas dengan nada macam kanak-kanak umur 4 tahun

Hmmm.. Hinggalah membawak ke jam...


"Zzzzzz... Krohhh... Krohhh... Zzzz... Bee letak la" Bibah bersuara dalam tersengguk-sengguk.

"Krohhh... Krohhh.. Krohhh" itu je yang kedengaran dari pihak Salem.

"Bee!!!!!! Tido la tu. Menci tau" Bibah meninggikan nada.

"Eh... Eh.. Mana ade.. Hihihi... Alah... Baby la letak..." jawab Salem terkulat-kulat sambil mengesat biji mata.

Hmmmm... Sape nak letak? 
Sampai Ke Sudah Lahhh...

10 comments:

  1. haha normal la tu .. tp siyes bangang je gayut lama2 . hehe pns telinga woo .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... sorang dah mengaku... hahhaha...

      Delete
  2. nasib baik aku selalu letak first, eh aku tak suka gayut2 ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh... ngaku je la... aku tak kisah.. kite kite je.. hahaha..

      Delete
  3. hahahahah..
    nasib baek tak dewk pngalam ngeri cmtue!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke ni... alah... cove line la tu... hahaha...

      Delete
  4. hahaha. ok fine meremang jugak sbnrnya ngade2 sgt kapel cmni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... ngade ngade kan.. kan.. kan... awak la letak dulu... hahhaa

      Delete
  5. siyes geleman gak lah membacanya dr yg pkol 10 smpai abes.padahal esok jumpa jugak? kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... geli geleman plok... tahan2... jgn sampai termuntah... haha

      Delete