31.3.12

Kuala Lumpur - Mersing, Sebuah Catatan Perjalanan


8.54 am, Terminal Bersepadu Selatan.

Aku punyai lebih kurang setengah jam sahaja, sebelum bertolak pulang ke halaman. Mersing Johor. Banyak bezanya di sini, berbanding zaman-zaman Stesen Bas Pudu Raya lama. Personally its, awesome. Penampilan gaya-gaya Airport. Cume counter penjualan tiketnye sahaja yang Nampak biase-biase sentuhannya.

Di sini hawanya, sejuk dan nyaman. Menarik dan menghembus nafas tak sesesak dahulu. Tiada lagi bau-bauan asap jelaga dari ekzos bas. Malahan bau asap rokok pun tak singgah ke lubang hidung. Selesa. Cukup selesa. Malah suasanyanya juga tidak sesesak dahulu, berbanding zaman-zaman Stesen Pudu Raya lama. Kalau dahulu, berjalan selangkah, sudah berlaga bahu. Punyalah sempit dan sendat.

Perut masih kenyang setelah bersarap di Medan Selera Teratai. Di medan selera ni, cash anda tidak laku selain perlu menukarkannya kepada kupon terlebih dahulu. Perlu bijak mencongak berapa banyak yang  mahu dibelanjakan. Kalau tidak, rugi! Aku sahaja pagi ini, telah kerugian RM 4 ringgit gara-gara menukar note RM 10, hanya untuk sepingan nasi lemak telur goreng yang tak sedap rasanya, bersama teh tarik ‘cair’, sekitar RM 6 ringgit kesemuanya. RM 10 – RM 6, maknanya aku punyai baki RM 4 ringgit yang masih boleh di’ redeem’ kan. Tapi aku... MALAS! 

'Hmmmm. Pandai diorang ni meniaga'

Rase mengantuk dan berdenyut-denyut pada hujung kening dan kepala sebelah kiri. Gara-gara tidur yang tidak cukup barang kali. Tidur jam 3 dan bangun bergegas seawal jam 5.30 am untuk ‘mengejar’ tren ke Kuala Lumpur Sentral. Mujur tak kelewatan. Mujur ade adik yang menghantar. Lebih baik menaiki tren rasanya, berbanding Rapid KL yang pasti macam tin sardine cap ayam tu. Hmm. Mengantuk ni, tahan-tahan kan sahaja dahulu. Dalam bas nanti, mahu tidur sepanjang jalan.

Cuti beberapa hari. Bermula hari ni sampai Selasa. Ada sahabat bertanya. “Lamanya cuti. Balik kampung jauh-jauh pula, bawa diri ke?”… Hmm… Mungkin juga. Dalam hati ni mahu lari jauh-jauh seketika dari ‘sakit kepala dan hati’ di sana. Balik kampung dan berehat-rehat sahaja macam orang penganggur. Mungkin bila pulang semula kemari, dah dapat ‘fresh air’ dari bumi Mersing tu. Lagi pun, memang dah lama aku tak balik.


Hmmm.. bergegas dulu la.. jumpa nanti, bila-bila…

@@@@@

1.25 pm, Stesen Bas Kluang. 

Sadar-sadar dan dah di sini aku. Terjaga sendiri bila suasana bas bertukar bsing-bising dengan bunyi langkah penumpang-penumpang yang mulai turun meninggalkan bas. Tidur tak menyadar. Seingat aku, last aku terjaga sewaktu bas membelok melepasi Tol Ayer Itam tadi. Itu pun untuk beberapa ketika sebelum kembali terlena.

Bile terjaga mengejut macam tu, mulalah menggelabah tak tentu pasal. Mengesat-ngesat muka yang sedikit berpeluh di dahi. Melihat-lihat kiri dan kanan. Hmmm... Ramai lagi di dalam bas. Mungkin bas baru sahaja tiba beberapa ketika yang lalu. Segera aku meraba-raba poket kiri dan kanan. Jugak belakang. Oohh, lega, semua ada. Baik handphone, wallet. Begitu juga beg galas Joma yang sengaja aku letakkan di bawah kaki. Jangan buat gila, nyawa aku ade dalam beg tu. Ape lagi kalau bukan laptop aku sebijik ni. Tak boleh hidup aku kalau tak de laptop ni.

Turun bas, terus terpandang bas sangkut ke Mersing. Tak lain tak bukan, Mersing Omnibus. Bergegas lagi dalam langkah dan kepala yang masih lagi termamai-mamai tu. Bas tu sedikit bergerak ke depan. Aku fikir, mesti aku ketinggalan. Mujur, pergerakan tu sekadar memarkir bas tu sedikit ke hadapan. Ke bahagian paling hujung Stesen Bas Kluang tu.

“Bas ni ke Nitar ke Bang?” soal aku sambil berdiri di tangga bas.

“Sampai simpang je. Tak masuk dalam. Bas Nitar pukul 3 karang” jawab pemandu bas tu.

“Aduh... Pukul 3 nanti?” bisik hati aku. Kemudian berpaling, rupanya berderet yang sedang beratur menunggu giliran untuk memenuhkan perut bas tu. Hmmm… Elok la kalau pukul 3 pun. Dari bersesak macam tu. Tunggu pun tunggu la. 

Terus ke tandas awam. RM 0.20 sen sebagai charge berak dan kencing di situ. Dengan selenggara ala kadar. Tandas berconteng bauran XXX lagi berbau. Sekadar melangkapkan ciri-ciri tipikal tandas awam di Malaysia ni. Nak complain lebih-lebih pun tak bermakna. Bayar pun RM 0.20 sen je.

Masa yang ade ni, baik aku putuskan untuk pusing-pusing macam pelancong je di di Bandar Kluang tu. Melihat-lihat apa agaknya perubahan-perubahan yang ketara di Bandar ni. Kluang, Bandar persinggahan. Membangun Kluang ni pun, mungkin kerana peranannya sebagai pusat persinggahan. Bandar yang menjadi penghubung ke daerah-daerah lain di negeri Johor ni.

Dekat sejam meronde-ronde tak tentu arah. Lebih baik lepak kedai mamak yang namanya Nasib. Mana-mana pun, kedai mamak jugak dicari. Perut tak terasa nak makan apa-apa. Pekena segelas teh tarik sebagai refreshment petang tu, cukup la kot. Hati tak sabar sebenarnye. Nak tau kenape? Teruskan membace…

2.55 petang. Kembali ke Stesen Bas. Bas Kluang – Nitar dah sampai. Lekas-lekas aku pick up beg yang ditinggalkan berbayar di stesen tu. Terus naik bas. Bas masih kosong. Aku orang pertama yang naik bas tu. Dari tak buat ape-ape, bace paper lagi baik. Cume pelik, apsal bas ni tak gerak-gerak. Dek kerana mushkil, aku terus ke depan bas untuk melihat jadual perjalanan bas yang terlekat pada cermin depan bas tu.

“3.45 pm!”
mak aih. Bukan pukul 3 pm. Ade 45 minit lagi untuk aku tercanguk-canguk di situ.

Muncul seorang anak dara menaiki bas tu. Lawa tak lawa la. Tapi manis ada. Anak dara tu duk pandang-pandang aku. Than senyum-senyum. Cuma, aku je  waktu tu, tak de dalam mood atau hormon nak mengurat. Mungkin dek letih dan tension mengharung perjalanan yang panjang, serta rase tertipu dek perkhabaran yang mengatakan bas bakal gerak pada jam 3 pm, tapi rupa-rupanya pukul 3.45 petang. Aku balas senyum awek tu dengan senyum biase-biase je.

“Bas gerak pukul berapa?” awek tu menegur.

“Pukul 3.45 nanti…” jawab aku.

“Owh. Lama lagi la ye?” awek tu menambah lagi.

“Tu la pasal. Tadi ade drebar tu cakap, pukul 3 dah gerak. Rupe-rupenye pukul 3.45 karang”  rungut aku. Adik tu sekadar senyum.

“Awak ni Zulkarnain ye?” soalnya. Aku dah agak dah. Sejak die duk pandang-pandang aku lagi, aku dah mula rase yang die ni tersalah orang.

“Tak. Saye abang die” jelas aku. Kali yang keberapa entah, orang tersalah cam. Antara aku dengan adik aku. Kawan-kawan lama aku, kalau terserempak dengan adik aku Zulkarnain tu, ramai yang tersalah. Ingat adik aku tu, aku. Macam tu lah sebaliknya. Macam kes hari ni.

“Member sekelas ke?” soal aku.

“Hak ah. Dah lama dah. Masa sekolah-sekolah dulu” Jawabnya.

Panjang jugak boraknye. Sempat la bertanya die tu anak siapa. Kerja mana. Dan lain-lain soalan yang tak la menjurus ke arah ayat-ayat mengatal. Sekampung. Bile terjumpe orang kampung sendiri di mana-mana, elok lah beramah tamah. Bukan senang nak jumpa ‘kaum’ di luar kawasan kan…? Borak punye borak, makin ramai dalam bas tu. Aku pun terpakse berkesot ke sebelah tingkap, bagi membolehkan seorang Pak Cik India duduk di seat sebelah aku. Perbualan biase-biase antara aku dengan awek sekampung tu, habis kat situ je.

Bukan 3.45, tapi jam 4.10 baru bas bertolak. Sabo je la. Ni la susahnye bile bas masih guna konduktor ni. Satu-satu duit tambang nak kene kutip. Lepas habis duit tambang dikutip berserta tiket diagih, naik pulak seorang pak cik, membuat inspection satu persatu terhadap tiket yang dah diagih tu. 

“Hadoi la. Bile la bas nak gerak ni” menyumpah-nyumpah 
aku di dalam hati.

Bas bergerak laju. Mata ligat merakam pemandangan yang sempat ditangkap mata. Lambat. Bukan bas yang lambat. Tapi pembangunan  di sini. Hati aku mengeluh mencari punca kelembapan dan ketertinggalan yang berlaku di sini. Barangkalai 10 ke 15 tahun tertinggal, berbanding di luar sana. Itu belum tiba di Mersing. Barang kali lagi jauh tertinggal, dalam 20 tahun ke belakang. 

Hmmm… Aku fikir, antara factor menjadi punca kelembapan dan ketertinggalan ialah masalah perhubungan. Kalau lah jalan perhubungan diperelokkan, atau dengan adanya jalan yang lebih singkat seperti lebuhraya, lagi ramai ‘orang luar’ nak berkunjung dan bantu membangunkan tempat ni. Hmm… Entahlahh…

Terjaga dan terlena sepanjang jalan. Dengan perjalanan berlanskapkan kawasan pendudukan kecil seperti Pekan Kahang serta kebun-kebun sawit dan juga belantara. Sejuk hati dengan panorama yang tidak sesak dan sibuk tu. Sawit dan hutan, sentiasa dekat dihati.


@@@@@

5.15 pm, Felda Nitar 1 


Sejak sekian lama, kaki akhirnya berpijak semula ke tanah di mana segalanya bermula. Felda Nitar 1. Kampung halaman tercinta. Aduh… Leganya. Selamat sampai. Lagi pula disambut abah yang rupenya dah terpacak menunggu hampir setengah jam lamanya di Bus Stop di tepi jalan tu. 

Leganya… Lega!!! Lega!!! Lega!!!!

Sampai rumah. Terhidu masakan mak dari luar lagi. Mak dah menunggu dengan hidangan ikan baung masak lemak cili api. Apa lagi. Perut lapar. Lepas salam dan cium mak, terus aku ke meja makan, lalu pekena nasik panas-panas bersama hidangan lauk yang termantop masakan mak. Kau ade?! Kalau ade, balik-balik la kampung tu.

Setelah mengharung perjalanan yang panjang. Dari jam 6 
pagi lagi. Sampai rumah pun lewat-pewat petang... Maka layak lah aku untuk menerima ucapan … 
Selamat bercuti untuk diri sendiri!!! 
Kau ade?!

1 comment:

  1. selamat balik kg n merasai nikmat suasana yg tentunya berbeza drp kesibukan bandar yg tiada hentinya....panorama dedaun kehijauan n kesejukan pg berembun yg pastinya membuatkan diri terasa akan kedamaian menghayati keindahan alam maya ini....

    ReplyDelete