7.3.12

Kejiranan Ku yang Sesak-sesak

Salam Rabu. Salam pasar malam bagi penduduk sekitar Shah Alam, especially tetangga Seksyen 7. Petang ni berduyun-duyun lah umat manusia berkunjung ke Pasar Malam Seksyen 7 ni. Secara automatiknya, sesak lah lalulintas di jalan-jalan utama di sini. Ditambah lagi dengan kehadiran semula adik-adik student-student UiTM sempena pembukaan semester baru ni. Shah Alam kembali sesak, setelah berbulan dikira agak lengang. Welcome back adik-adik semua.

Jalan akan kembali sesak. Terutama pintu masuk UiTM Shah Alam. Baik pintu satu mahupun pintu dua (pusat komersial). Tu belum pintu dua buat hal, yang kadang-kadang ditutup akibat masalah kerosakan jalan. Maklumlah. UiTM sekarang ni sedang giat melakukan pelbagai pembangunan. Berdekatan dengan pintu dua tu pun sedang giat dinaikkan projek baru. Semua tu untuk kemudahan segenap warga UiTM juga. Baik pelajar mahupun kakitangan. Yang bukan warga pun tentu mendapat kebaikan sekali.  Kadang-kadang jalan pecah. Kadang jalan sikit merekah. Kene la bersabar.

Pertembungan trafik. Bermula dari simpang empat yang berhadapan pintu masuk ke UiTM Shah Alam (pintu dua) yang terdiri dari pengguna pintu dua tu sendiri, pengguna yang nak memasuki Faderal Highway dari Seksyen 7 Shah Alam, pengguna yang nak memasuki Shah Alam yang datang dari Faderal Highway dan Klang. Bertembung dalam satu masa. Masa kemuncak, dari jam 6.30 pagi sampai la jam 10.00 pagi. Kemudian reda. Kembali sesak pada waktu tengahari sekitar jam 11.30 pagi sampai la jam 3.00 petang. Waktu balik kerja jangan cakap la. Silap-silap sampai pukul 7 malam, jalan masih sesak. 


Bagus sekarang dah ade jejantas untuk adik-adik student melintas. Kalau dulu, kesian tengok adik-adik terkedek-kedek berlari-lari melintas jalan. Kalau tibe-tibe ade kenderaan datang, terpakse adik-adik berhenti ditengah-tengah pembahagi jalan tu. Cover-cover je muke masing-masing. Kalau aku pun tebal muke. Dah tu, dikeliling motor dan kereta. Tiba-tiba kite duk berdiri kat tengah-tengah devider tu. Kalau sekejap tak pe. Ni dekat 10 ke 15 minit terpacak kat situ. Tu belum hari hujan. Kesian. Hmm.. Adik-adik, dah ade jejatas tu, sila gunakan. Jangan ade yang masih nak melintas terus kat jalan tu. Kene langgar nanti sape susah. 

Tu belum parking. Rumah aku ni, kalau bukak je tingkap dan jengah ke bawah, bukan nak bohong la. Berlapis-lapis kereta parking. Asal ade space sikit. Kat situ jugak kereta diparkingnye. Sampai ade jugak yang duduk di blok lain, terpakse parking nun jauh di blok lain atau dipinggir jalan besar sana. Pasal parking kat bawah blok sendiri dah habis disapu bersih. Walau macam mana pun, bagusnya kat sini kurang berlaku kekecohan akibat berebut parking ni. Cuma kadang-kadang la, ade jugak terdengar bunyi hon berkali-kali. Tu mesti pasal kereta kena blok. Dah blok kereta orang, pi tarik hand brek. Bijak! 

Sesak-sesak di Shah Alam ni bermusim. Bila buka semester baru, student kembali, masa tu mula sesak. Ade la sesak dalam 2 ke 4 bulan. Lepas tu, time student cuti, jalan tu macam Litar Sepang jadinya. Nak bawak 5 kmj pun tak de sape nak maki. Parking kereta, siap boleh parking melintang. Tak de sape nak berebut-rebut. Sunyi sepi Shah Alam ni umpama di serang Zombi Kampung Pisang. Huuuuhuuuuuu...    

16 comments:

  1. walaweh..syoknya..dekat dengan uitm..nanti kem salam sorang awek uitm k. cakap ahbunx boni kem salam.single dan kacak bergaya.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik laa... en boni... tapi kebanyakkan awek uitm tu demand la.. eleh.. mementang la blajo tinggi2... hahaha.. tapi tak pe.. akan ku carikan satu buat en boni.. ye... bukan ape... kesian aku tengok... makin mereng tu... hahaha

      Delete
  2. rindunya nak ke pasar malam..serius!!Rasanya dekat setahun tak g

    ReplyDelete
    Replies
    1. dek kerana rumah dekat dan senang jumpa... saya malas na pegi pulak... ni la... time depan mata tak nak hargai... time jauh mencari... hargailah pasar malam kita...

      Delete
  3. Pasar malam Shah Alam tu best tak ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak best.. hahaahah... terus terang... sebab tak banyak pilihan dari segi produk... balik2 tu je la yg ade... sempit... sesak.... bingit... panas.... bau minyak... bau asap bakar sate... tak best... nak pegi, just beli ape yg dicari je... nak melilau, elakkan la... (pandangan peribadi)...

      Delete
  4. Rindunye UiTM..teringat bersesak sesak nak ke kelas tu..sibuk jalan belakang kuredah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu rindu jugak.. jgn dibawak ke mimpi pulak... heheh

      Delete
  5. Sepanjang hampir 6 tahun dok berulang alik ke Shah Alam, tak pernah lagi tengok jalan situ lengang. HAHA :D

    ReplyDelete
  6. haha..kan!dah la hujan..abes basah..tapi tetap redah hujan gak demi pasar malam..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biase la student... seksyen 7 je.. hari rabu je... mesti tak ketinggalan...

      Delete
  7. Biase le student ek? hujan pon redah..
    Tapi serius gua suke g restoran arab
    kat belakang UNISEL yang murah tu. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa lepak situ pun pasal ade member perkenalkan pade satu kedai makan jual nasik kukus sedap... restoran arab tu, tak pernah try...

      Delete
    2. nasik kukus?! apa nama kdai? nak try! yg arab tu dah rasa..biasa je..

      Delete
  8. seriously, even point entri ni hanya tentang kesesakan seksyn 7, tapi penyampaiannya menarik,jadi 'sedap' dibaca~ :D
    by the way, dlu masa skolah, slalu bas skolah lalu seksyn 7, masa tu, keadaan lengang gila,takde pusat komersial etc..skarang..alahai..kadang2 nak lalu situ 'bercinta' sungguh..nak pi Giant pon sesak..nak2 time pasar malam tu kan..rela lalu laluan kat tasik tu..hehe, tapi yg best nya skarang sek.7 dah agak maju, macam2 adoooo... ;D

    ReplyDelete