11.3.12

Tegur

Salem dan Mona dua sahabat. Mula bersahabat sejak mula berkenalan. Mula-mula sekadar kenal-kenal biasa. Senyum-senyum. Tegur-tegur. Berbual pendek. Berlalu. Entah bagaimana, bertambah mesra, lantas menjadi sahabat. Suatu hari kedua-duanya menjadi diam. Tidak bertegur, sehinggalah salah seorang bersuara...


"Apsal kau?! Dah jelik bercakap dengan aku?" soal Salem.

"Mane ade. Dah kau tak tegur aku" balas Mona pula. 

"Apsal aku nak kene tegur kau?" Salem menyoal lagi.

"Ye lah... Tegur la" ringkas jawapan Mona.

"Ko bukan ade salah ape-ape, sampai aku perlu tegur kau" betah Salem pula.

"Hah?!" Mona kurang faham.

"Ye la. Buat ape aku nak tegur kau, kalau kau tak buat salah" jelas Salem.

"Ah! Ape-ape je lah. Pening la aku dekat kau ni..." Mona bingung. Lantas berlalu dengan wajah mencuka.

"Tengok la tu. Tak boleh ditegur sikit!" rungut Salem. 


Tegur... Maknanya, kata-kata yang diucapkan untuk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah). Tegur itu juga boleh diertikan sebagai ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar. Mona cakap lain. Salem faham yang lain.
Salem cakap lain. Mona faham yang lain. Satu perkataan, dengan makna yang berbeza. TEGUR

Kadang-kadang, sahabat yang baik itu, tidak semestinya perlu banyak berbicara ketika bertemu. Diam itu pun memadai, asal di dalam hati selalu berkata.
"Kau sahabat aku yang TERBAIK!"
 

Pesanan Khidmat Masyarakat Ini Dibawakan Khas Oleh, Kilang Kicap Embah Nurgayah Sdn Bhd. Membuka Selera Dengan Kicap Masin, Lemak Manis Dan... Emmm.. Emmm... Hah! Manis!
Sesuai untuk hidangan Cili Potong Kicap, Sambal Kicap untuk hidangan Soto
dan Telur Masak Kicap...

32 comments:

  1. Betul, banyak benda jadi konfilk sebab masing-masing tak tegur. Teringat lagu Snow Patrol - In The End, pasal benda ni la. Cari dekat youtube kalau nak dengar.

    http://palereddot.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalam...
    satu perkataan, banyak makna..
    Rasa janggal pulak kalau namanya Sahabat tapi jarang bercakap. Selalunya kalau sahabat, macam2 benda nak cerita kat dia walaupun pada hakikatnya kita ni pendiam depan orang lain..

    ReplyDelete
  3. tegur orang yang tak dikenali memang agak segan..

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat maksud bagi satu perkataan tu. Air - boleh jadi ejaan dalam Inggeris / Melayu. HAHA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. air... udara... air... air... air la... air.. hahaha... tapi sebutan lain2...

      Delete
  5. macam kamus dewan puloks

    PEREMPUAN INI TIDAK MENANGGALKAN MEKAP SELAMA DUA TAHUN!
    http://pulsowanie.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kalau peramah, tegur.. kalau jenis senyap, senyum je.. hekhek

    ReplyDelete
  7. kalau cara sebutan dan tonasi amat penting juga.. kalau tonasi lain .. yg dengar pun lain mcm jadinya kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah... biar penulis skrip tersohor yang mengulas.. tak gitu kak adza..? heheh

      Delete
    2. uikkk memang glamer mak dara ni..... mia peminat setia dia.... huhuhu

      Delete
    3. hmmm... penulis tersohor ni... memang pemes la..

      Delete
  8. tegur menegur untuk kebaikan apa salahnya. jangan lah ego...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mutut mutut.. sangat mutut... translet... betul betul... sangat betul...

      Delete
  9. kalau tak mampu nak tegur, dapat senyum pon dah kira ok..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la... setidak-tidaknya senyum je laa....

      Delete
  10. satu perkataan yg membawa maksud berbeza2...dua2 tak faham sebenarnya...
    p/s:amek muet tahun ni ye...semoga semuanya berjalan lancar...gud luck...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... tahun ni... klau tak de aral melintang... thanks for your doa...

      Delete
  11. heeee
    byk maksud kan
    papepun jgn smp terslaha maksud kalo berkomunikasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kate sis lin kat atas tu, intonasi kene betul...

      Delete
  12. Hye Encik Sulaiman Akhlaken... Ok dah tegur dah... ops lupa.. Ku he hekkk ku heee hek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... ade plak mcm tu... hahaha

      Delete
  13. Datang tegur tuan rumah :)
    Betul tu, nak berkawan jangan sombong2

    ReplyDelete
  14. tegur adalah satu istilah yg mengandungi dua makna .....jika menegur pada keadaan n tempat yg x sesuai mungkin salah seorang akan salah faham..oleh itu bila nk menegur pastikan masa yg sesuai dgn intonasi bahasa dan gaya gerak badan yg menuju kearah yg dimaksudkan supaya tercapai tujuan....

    ReplyDelete
  15. betul tu en damha... betul sesangat.. thanks sudi tegur di sini...

    ReplyDelete