14.3.12

Cerita Zaman Kecil: Memburu Bersama Abah

Untuk mengimbau kenangan ni, aku ingin mengajak kalian semua menaiki mesin masa dan terbang ke tahun-tahun sekitar awal 1990 an. Ketika umur aku dalam lingkungan 6 ke 7 tahun. Berlatar belakangkan damai suasana perkampungan Felda Nitar 1, Mersing Johor. Sebuah perkampungan Felda kecil yang letaknya nun jauh terperosok di tengah-tengah hutan belantara dalam daerah Mersing.

Peta Felda Nitar di Google Maps


Nak dijadikan cerita, jalan perhubungan ke Felda Nitar pada zaman tu agak terhad. Paling hampir adalah Pekan Kahang, selain Bandar Kluang. Itu pun memakan masa hampir 40 minit ke 1 
jam perjalanan. Dari segi pengangkutan pula, selain berkenderaan sendiri bagi yang mampu, pilihan lain adalah, satu-satunya 'Mersing Omnibus'.  Syarikat pengangkutan awam yang aku kire bertahan sampai ke hari ni. Teksi pula jarang-jarang sekali kelihatan pada zaman-zaman tu. Mungkin atas faktor tambang yang mahal, disamping berkemungkinan tak ramai pemandu-pemandu teksi yang sudi menjejakkan tayar teksinya ke kawasan Felda yang jauh ke dalam tu.     
                   

Selamat datang. Ni lah kampung halaman aku. Felda Nitar 1. Ni gambar terbaru. Pintu gerbang ni belum wujud lagi pada zaman yang aku nak cerita ni.

Masalah perhubungan yang begitu meruncing pada zaman tu, telah mengheret sekali penduduk-penduduk Felda Nitar ke dalam masalah bagi mendapatkan keperluan harian mereka. Memang kedai PNF (kini D'Mart) disediakan oleh pihak Felda. Tetapi, PNF di kampung aku ni, lebih kepada penjualan bahan-bahan kering seperti bawang, cili kering, asam, gula serta garam, berbanding bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, daging serta sayur-sayuran. 


Rakan-rakan anak-anak Felda diluar sana, mesti biasa dengan terma 'belanja' yang sering diguna pakai oleh mak-mak dan abah-abah kita kan? Mak dan abah selalu cakap "bulan ni belum belanja lagi di PNF". Maksudnya, bulan ni belum ambil lagi barang-barang dari PNF. Ambil dulu. Cukup bulan, apabila menerima penyata gaji, dah siap-siap dipotong 'belanja' tu. Begitulah sistem yang diamalkan. 

Bagi segelintir penduduk yang bijak mengambil peluang dari situasi ini, wujud lah  kedai-kedai runcit baik di tapak-tapak yang disediakan oleh pihak Felda, tak kurang juga yang membinanya di tanah-tanah rezab yang kosong. Terdapat juga penduduk yang melakukan pengubahsuaian pada reka bentuk rumah, semata-mata bagi mendapatkan ruang tambahan untuk mereka berniaga. 


Antara pemandangan kedai-kedai runcit yang didirikan. Banyak sumbangan kedai-kedai ni kepada masyarakat di Felda Nitar ni. Ni pun gambar terbaru.

Meniaga nak untung, bukan setakat balik modal sahaja. keadaan ini menyebabkan, barang-barang yang dijual, ada yg dijual pada kadar harga yang tinggi sedikit dari harga biasa. Perniagaan secara kecil-kecilan, menyebabkan peniaga-peniaga ini sukar untuk mendapatkan pembekal secara tetap, menyebabkan mereka terpaksa membelinya pada harga biasa dari kedai-kedai borong mahupun dari kedai-kedai runcit biasa di pekan-pekan berhampiran. Untuk menampung semula kos membeli barangan berserta kos pengangkutan, harga barangan, mahu tidak mahu, perlu dijual pada harga yang telah di'markup'.  


Bagi menjimatkan perbelanjaan pada zaman-zaman itu, alternatif lain harus dicari. Membela haiwan ternakan seperti ayam kampung, kambing dan lembu adalah alternatif yang biasa bagi penduduk kampung. Cuma, bila ternakan tidak dipagar atau dikurung, risiko kehilangan adalah atas tanggungan sendiri.  Bercucuk tanam di sekeliling kediaman, juga perkara normal. Cili, kangkung, ubi kayu, sawi, bayam, kekacang, terung, keladi, keledek, labu, sebut sahaja. Tak perlu ke kedai apabila hasil dituai. Berbudi kepada tanah, pasti ada hasil yang berbaloi.


Berburu untuk kelangsungan hidup? Bunyinya agak pelik pada zaman-zaman 90an. Tetapi ia bukanlah perkara yang asing bagi kami sekeluarga. Bukanlah terlalu bergantung hidup kepada aktiviti memburu itu, tetapi, ia juga adalah sebahagian dari alternatif bagi mendapatkan keperluan lauk buat kami sekeluarga. Sementara menunggu ayam-ayam kampung membesar. Dari membeli daging dengan harga yang mahal, mengapa tidak diusahakan sedikit? Untuk sesuatu yang dikira percuma. Manalah tahu, untung nasib berlauk ayam hutan. Lebih sedikit, merasalah landak, kijang, rusa, napuh, mahupun pelanduk. Alhamdulillah, membesar di Felda tu, memberi peluang untuk aku merasa 'barang-barang exotic' tu semua. 


Ayam hutan. Sedap dimasak kari atau rendang. Berbeza dengan ayam daging, ayam hutan ni lebih kenyal dagingnya. Khasiatnya lebih baik la... Kate orang.. Aku bedal je... 
Pengalaman mengikut Abah memburu di hutan adalah perkara yang tak dapat aku lupakan. Masih aku ingat, waktu tu umur aku dalam lingkungan 6 ke 7 tahun. Abah dengan motor Yamaha Cup 70cc nya membonceng aku, dan meredah denai-denai di dalam kebun sawit bagi menjejak kesan-kesan haiwan buruan ni. Petang-petang dalam lingkungan jam 4 setengah, kami keluar meninggalkan rumah. Memasuki kebun-kebun sawit dan menghala terus ke kawasan pinggir hutan.


Lupa aku nak sebut, abah dahulunya memiliki selaras senapang patah. Senapang pusaka dari arwah nenek jantan. Senapang tu berlesen. Jangan fikir abah aku simpan senjata secara haram pulak. Aku tak berapa pasti, macam mana arwah nenek mendapat senapang tu, yang pasti senapang tu digunakan oleh abah sewaktu bertugas secara sambilan sebagai security guard (jaga) di pejabat Felcra dulu. Selain tu, senapang tu digunakan bagi menembak babi hutan serta tupai atau monyet yang menceroboh masuk ke dusun arwah nenek.


Bercerita tentang babi hutan, abah pernah secara tak sengaja, hampir-hampir tertembak seorang lelaki berketurunan florest yang sedang bersembunyi di dalam kubang di dalam kebun sawit. Mujur lelaki itu sempat berteriak. Kalau tak, bersepai kepala dengan peluru penabur yang terhambur dari laras senapang abah tu. Abah aku sangka, babi hutan. Rupa-rupanya orang.


Abah aku seorang penembak yang otai. Pernah satu ketika, aku mengikutnya memburu ayam hutan bersama seorang rakannya, Pak Cik Daim. Kami pergi memburu dengan kereta. Menjejak haiwan buruan itu dipinggir-pinggir hutan. Kawasan-kawasan sempadan antara belantara dengan kebun sawit. Pak Cik Daim memandu, sementara abah bersiap siaga dengan laras senapangnya sambil memerhatikan sekiranya muncul si ayam hutan yang keluar petang. Aku pula sekadar duduk ditempat duduk belakang sebangai pemerhati. 


Bila terjumpa sasaran, abah terus menenang. Tebabommm!!! Tepat ke arah sasaran. Yang lebih menarik, abah menembak dari dalam kereta yang masih bergerak. Bile sasaran mengena, cepat-cepat abah dengan gagahnya menerpa ke arah ayam hutan yang dah terkulai dek peluru penabur. Cepat-cepat ayam disembelih dan dikumpulkan. Banyak hasil kami hari tu. Murahlah rezeki kami sekeluarga.


Ketika kami memburu, pernah juga bertemu dengan kejadian-kejadian aneh. Maklumlah. Dalam hutan. Tempat 'diorang'. Ade satu kejadian tu, abah telah berjaya menembak tepat sesekor ayam hutan. Bila abah menjejak sasaran yang dah mengena tu, jangan kata ayam, satu bulu pelepah serta setitis kesan darah pun tidak kelihatan. Walhal, abah begitu yakin sasarannya mengena. 


Ada juga satu kejadian, di mana kami tersesat. Tidak menemui jalan keluar. Pusing-pusing di tempat yang sama. Hari kian rembang. Hanya kami berdua dipinggir hutan tu. Kata abah, kalau sesat di kawasan tu, nak mudah mencari jalan keluar, kesan kedudukan Bukit Nitar. Sebuah bukit yang kedudukannya adalah setentang dengan kawasan perkampungan Felda Nitar 1. Kalau jumpa Bukit Nitar, hala tuju kami adalah berlawan dari bukit itu untuk pulang.


Nak dijadikan cerita, Bukit Nitar pun tak kelihatan. Hari kian gelap. Aku mula resah. Cuma rasa selamat sebab abah ade bersama. Cume aku risau, ape-ape yang datang dari belakang aku. Maklumlah. Kan aku pembonceng. Sesekali, ade jugak merasa remang-remang tengkuk. Memang waktu tu, aku tak berani pandang belakang. Aku peluk abah kuat-kuat.


Akhirnya, sayup-sayup suara azan maghrib memberi kami petunjuk jalan untuk keluar. Suara azan tu, tak lain datang dari masjid jamek Felda Nitar sendiri. Abah mengesan dan mengikut sahaja arah suara azan tu datang. Selamat kami balik. Walau pun hari tu, tak berhasil apa-apa. 


Macam ni lah lebih kurang laras senapang patah milik abah. Jodoh kami tak panjang. Dalam tahun-tahun 2000 atau 2001, abah memutuskan untuk menyerahkan senapang tu kepada pihak berkuasa. Sebabnya, menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen senjata api. Banyak prosedur yang diperlukan. Minta geran tanahlah. Saksi la. Macam-macam lah. Lagi pun, menurut abah, memiliki senjata api ni sebenarnya membuatkan hatinya tak tenteram. Memikirkan keselamatan kami sekeluarga. Manalah tahu kalau terjadi apa-apa. Nak buat macam mana. Mase abah serah senapang tu pun, aku masih bersekolah. Kalau dah besar panjang macam sekarang ni, mau jugak aku tegah. Pusaka la katakan.   


Sekian... Maaf... Keserabutan dan gayanya agak mendesak... Entry kurang sempurna pada pandangan aku...
                                 

Penghargaan:

27 comments:

  1. kisah yg menarik..:)

    Ungu pun anak felda jugak..
    pernah tengok abah ungu tangkap ikan keli kat sungai lam kebun kape sawit...dpt byk tu smpai satu tong...pastu jual..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. felda mana agaknye ye? hmmm... nak jugak cerita pasal pi memancing dengan abah... tapi nanti la... keluaran akan datang..

      Delete
  2. Pengalaman yang tidak mungkin ada pada kanak kanak bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... anak bandar lain pengalamannya... anak kampung lain pengalamannya... tapi, pengalaman tu mengajar untuk hidup...

      Delete
  3. nice. tak pernah lagi pegi berburu. tp ayh tembak babi belkang rumah tu penah la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah sy pun tembak babi blakang umah... main sondol2 tanah kebun arwah nenek... sape suruh.. kan dah kne tembak..

      Delete
  4. Replies
    1. mungkin di sebabkan great tu la, sy kongsikan sama-sama...

      Delete
  5. haha... kenangan yg begitu berharga....

    ReplyDelete
  6. untung lu bro, bebudak skrg tak merasala,

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 skang, menembak kat PSII ... main counter strike... hhu

      Delete
  7. waaaaaaaaaaaa bestnya ada pengalaman mcmni. keluar masuk hutan , hee nia kalau ada pun waktu camping. tk thrill .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mase kecik2 dulu la... sekarang ni dah duk di shah alam ni... susah dah nak dpt peluang mcm ni... nak rase, kne plan bebagai.. kene apply cuti la... kene simpan duit untuk madal la... tapi.. mujur sempat merasa masa kecik2 dulu...

      Delete
  8. owhh awk asal johor jugak eh .. felda nitar ? err ta penah dgr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pernah dengar, mean, saya berjaya memperkenalkan felda nitar kepada awak... satu langkah promosi kampung sendiri yg berjaya... hehehe

      Delete
  9. Assalam..
    Best jugak dengar cerita tentang pengalaman yg dilalui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade banyak lagi pengalaman-pengalaman zaman kecil yg boleh dibaca melalui label 'cerita zaman kecil' di blog thetimelines ni... tq sudi jenguk ye kak iza..

      Delete
  10. best aada pengalaman macam ni...ada pengalaman yang kebanyakan orang lain tak ada..ini adalah sesuatu pengalaman berharga yang sangat2 menarik.teringin sebenarnya nak pergi berburu berbekalkan senjata api

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... aku pun rase bertuah yg amat sebab dapat merasa pengalaman mcm ni... bukan semua org sempat merase ye dok...?

      Delete
  11. manisnya pengalaman nie.,nak nak pengalaman dengan ayah.,masa saya kechixx dulu selalu ayah bawak saya pergi kebun dia kat felda area gua musang.,mandi sungai.,tangkap udang kat bawah batu pastu bakar.,makan kat bawah pondok.,mmg best!;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. anak felda jugak... cabaran berliku kan... tapi, anak felda harus kuat dan buktikan... kita bukan hanya tahu meminta-minta.. tapi mahu juga memberi.. felda sentiasa di hati ku..

      Delete
  12. dulu kecik2 penah gak ikut my dad tembak ayam hutan

    ReplyDelete
  13. dulu saye kecik2 pon emrasa pngalaman masuk utan..last2 kaki menggerutu..mak ckp kene air kencing katak puru..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiyooo... air kencing katak puru paling digeruni masa kecik2 dulu... kabonye kalau terkena mata, mau buta jadinya...

      Delete
  14. memburu kan sunah Rasulullah....niat dalam hati kerana Allah Ta ala..mngikut sunah rasulullah..isyaallah dapat pahala..amin..

    ReplyDelete