12.3.12

Blog Rakan Gerila Penulisan Kreatif


Pejam celik-pejam celik, tahun ni masuk tahun ke-3 aku mengemudi Gerila Penulisan Kreatif (GPK) di Facebook tu. Bermula dengan main-main, sekadar permainan menyambung ayat bersama Co-founder Mr Zulfikar Hazri, hari ini, GPK telah menjangkau 727 keahlian. Aku selaku admin pun dah tak berapa cam, mana satu dikalangan rakan-rakan di GPK tu merupakan Blogger atau pun yang bukan Blogger. Apa pun aku amat menghargai keberadaan rakan-rakan ahli di sana.


Buat rakan-rakan blogger yang selalu bertandang ke GPK untuk ping entry, terima kasih juga buat kalian atas kesetiaan kalian dalam menjadikan GPK sebagai platform untuk mengenengahkan tulisan kalian. Secara peribadi, aku kadang-kadang tak punyai kesempatan untuk menjenguk satu persatu post yang kalian sumbangkan di GPK tu, memandangkan kesibukan dengan tugasan hakiki di UiTM tu. Walaubagaimana pun, sekali berpeluang, pasti aku jenguk juga. 


Buat rakan-rakan di GPK, hari ni aku ade keluaran istimewa buat kalian
 Blog Rakan Gerila Penulisan Kreatif
3 blog terpilih secara rawak
Mari kite tengok siapa yang kena!


Pertama:


pale red dot. oleh Arham Mad Ali. Blogger baru. Tampil dengan blog bergambar. Banyak gambar-gambar menarik yang diketik dengan kameranya.
"A fourth year medical student. Lives in Egypt but this heart is and will always be in Malaysia" Arham Mad Ali.


Kedua:

Aku panggilkan namanya dengan Kak Iza tiap kali menegurnya di ruangan komen di Blog Teratak Usangnya. Antara blog yang awal-awal aku kenal ketika mula-mula menubuhkan TheTimelines ni. Buat Kak Iza, terima kasih atas sokongan.

Ketiga:


Aku kira, ramai yang kenal dengan Abang Hasrul Hassan ni. Follower pun dekat 3000 lebih dah. Aku suka sentuhan beliau ni. Banyak info terkini berguna yang boleh diupdate dari blog beliau ni. Buat Abang Hasrul terima kasih atas sokongan di GPK.

Jom ramaikan ahli. Keahlian dibuka 24 jam sehari. 
Sertai kami di



18 comments:

  1. Abang, walaupun random tapi memang satu penghargaan sebab ni baru first post blog. Jemput la ramai-ramai serbu blog saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertarik dengan blog kamu... banyak gambar yg menceritakan budaye di mesir tu... bagus2.. teruskan usaha...

      Delete
  2. OOo, dah lama ye.

    Saya baru join group tu, tak sampai seminggu lagi. Promote la lebih sikit. Sumpah, tak pernah dengar group tu. Lagipun ingatkan hanya untuk mereka yang jadi penulis je (berdasarkan nama)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. welcome to the club... memang blog ni untuk penulis... penulis blog... sesiapa pun boleh joint..

      Delete
  3. Assalam..
    Terima kasih. Satu penghargaan yang amat bermakna ni. Palereddot tak pernah jejak lagi.kalau free nanti boleh la terjah sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama... saja buat untukk kawan2 GPK tu... silalah ke palereddot tu... sokong die... bg die semangat...

      Delete
  4. bestnya di review kat sini. hehe. turn zie lak bile ek? hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... nanti sampai la turn kamu... tunggu...

      Delete