25.3.12

Antara Secawan Nescafe Dengan Sebalut Ganja

Pagi tadi, tekak terasa teringin sangat nak minum Nescafe Tarik. Lantas dengan pantas membancuh secawan. Sejak berkesedaran terhadap penjagaan kesihatan ni, aku kurang minum nescafe ni. Dah tak kerap macam dulu la. Kalau dulu, pagi-pagi time bersarap, mesti pekena secawan nescafe panas. Tengah hari sikit, time-time bosan dan mata mula mengantuk, bancuh secawan. Petang pulak, bile lepak-lepak minum dengan kawan-kawan, pekena Nescafe ais pulak. Malam secawan lagi. Perhh!!! Naik terbeliak biji mata di kala malam, penangan caffein yang mula melarut dalam darah. 

Nak bunuh diri ke ape?

Lately. Sejak-sejak mengamalkan gaya hidup yang boleh la dikatakan sihat ni, aku mula kurangkan pengambilan Nescafe ni. Banyak minum air kosong semata time makan. Baik pagi,, tengahhari dan membawak ke malam. Rasanya badan lebih sihat dan segar berbanding dulu. Mungkin dek kerana rajin bersenam semenjak dua ni, caffein dalam badan ni beransur berkurang agaknye. Dibuang sebagai toksin bersama-same peluh yang keluar sewaktu bersenam tu (memandai membuat teori sendiri). 

Entah apa kejadahnya, sejak dua tiga hari ni, aku boleh terjebak semula dengan tabiat lama ni. Dan berbalik kepada cerita pagi tadi tu (bersaman pagi Sabtu semalam), aku sekali lagi telah melanggar azam yang aku tanamkan dalam kepala otak aku ni. Secawan lagi nescafe tarik dibancuh tanpa rasa bersalah. Menjadikan ini,  mungkin gelas yang ke berapa entah untuk minggu ni. Wahhh... Ini sudah melanggar pantang! Minuman itu, dengan bangganya aku jaja (bawak sambil berjalan). Sehinggalah singgah ke telinga ku ungkapan ini

"Hah. Nescafe la tu! Sehari kalau tak pekena segelas, boleh pening kepala" dalam nada yang kononnya 'memangkah' (sinislah)


Lantas aku berpaling mencari-cari arah dari mana suara sinis tu datang. Suara tu gagal dikesan tuan empunya badan. Namun, selamba aku menjawab "Oooo yeah... Macam isap ganja la, die punye stim, sehari tak kena, ketagihhhh. Tapi, ketagih nescafe ni, tak la sehina ketagih ganja kan...?" dalam nada yang sinis juga aku membalas. Kemudian, berlalu pergi, dengan hati yang tenang. Entah la, aku pun terasa macam di awang-awangan sangat, bila dapat membalas kenyataan tu dengan penuh jayanya. Adakah bahana caffein dalam Nescafe tu yang telah mempengaruhi minda aku, atau, aku tersedut asap ganja yang dibawa angin yang datang entah dari mana agaknya...   

Begitu la gamaknye... 

Sedikit info tambahan untuk tatapan semua. Perbezaan antara Secawan Nescafe Dengan Sebalut Ganja:

Secawan Nescafe
1. Diperbuat dari campuran 1 sudu teh serbuk Nescafe + 3 sudu teh susu pekat + sedikit susu cair (ikut sukatan aku, lain orang, lain citarasa)

2. Biasanya kat kedai, RM 1.50 ke RM 2.00, tak lari la figure harga segelas Nescafe tarik tu. Itu pun kire murah la tu kalau nak diikutkan zaman-zaman sekarang ni.

3. Biasanya, selepas minum, akan tinggal rase melekit-lekit bersama rasa manis bercampur pahit kat anak tekak. Tu buat aku rase tak berapa selesa. Tapi tetap nak minum jugak.

4. Aku tak tahu la, ketagih ke ape. Tapi lebih kepada 'penggemar' la. Ye la, kan ade orang suke minum kopi. Ade yang suke minum teh ais. Ade yang suke minum air buah. Kan... Kan... Kan... Tapi... Tak dinafikan la. Caffein tu ade 

element-element perangsang ketagihan. Hahahah

5. Minum Nescafe tarik. Sama ade minum berdiri, sambil berjalan, bungkus (take away). Orang tak pelik. Biase je. Normal kan..? Kan..? Kan..?

6. Tak perlu ada rasa malu atau segan untuk minum Nescafe di khalayak ramai. Sebaliknya, anggap ianya antara minuman ekslusive dan ada gaya. Zaman dulu-dulu, zaman-zaman mesir purba, kopi, tu minuman raja-raja tau. Minuman kegemaran Soltan Firaun...
"Firaun mana pakai Soltan daaaa"

7. Nescafe dijual melambak-lambak dipasaran. Kedai runcit ade, Giant ade, Tesco ade, Kedai Rahmat Seksyen 2 Shah Alam pun ade. Pendek kata, ade lah! Jangan risau, ianya halal dibeli dan halal diminum.

8. Kalau ada road blok, bawak Pek Nescafe, Pihak Berkuasa tak akan tahan. Kalau kene tahan jugak, mungkin Pihak Berkuasa tu sendiri yang di bawah pengaruh dadah. Hahaa


Sebalut Ganja
1."No women no cry... No ganja they die" Sebalut ganja tu, yang aku tahu la. Ianya diperbuat dari campuran tembakau, kendian mat-mat ganja nih akan mengechai (meracik-racik) daun ganja tu halus-halus, dan dibalut dengan kertas nipis. (kalau salah tu, pi mampus la. Aku bukan hisap ganja pun)

2. Bila balutan tu dibakar, mat mat ganja ni akan sedut asap tu, macam isap rokok daun la. Tapi, bezanya, bau balut ganja dengan bau balut rokok daun biasa ni, nyata ketara. Balut ganja nih, macam ade semacam bau yang kurang menyenangkan. Kuat gile baunye.

3. Lepas isap, aku tak tau la, takat mana syoknye mat-mat ganja ni. Mungkin masa tu, mereka ni akan rasa dunia ni milik mereka kot. Hidup ini terasa bagai di syurga. Tak sabar menanti hari esok. Umpama mawar yang sedang mekar... Eh.. Tu dah macam lirik lagu kumpulan Sopaz je?... Ermm agaknye la.

4. Isap Balut Ganja ni, kalau isap depan orang ramai secara terbuka, kalau orang sekeliling tak pelik, tu aku pelik. Sape tak pelik kat sini, kalau ade orang isap ganja dikhalayak ramai...? Sape rase tak pelik? Tak normal kan? Kan? Kan?

5. Adakah terasa hebat, bila dengan bangganya menghisap ganja secara terbuka? Tiada rasa malukah pada diri sendiri? (jangan rasa malu pada orang lain, rasa malu pada diri sendiri dulu pun dah cukup)

6. Jahil ke ape ke? (lu fikir la sendiri)

7. Tak de dijual di mana-mana. Pasaran gelap je. Salah di sisi undang-undang faderal mahupun syariah.

8. Seksyen 39B, 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Try la bawak.



Sekian. Antara Secawan Nescafe Dengan Sebalut Ganja.

****

Pesana Khidmat Masyarakat ini dibawakan untuk anda oleh Pusat Rawatan Dialisis En Makmor Wahab. Menawarkan khidmat rawatan dialisis kepada pesakit buah pinggang. Lain-lain rawatan:


* sawan
*rawan
*gile sepere
*kemurungan
*geli hati
*keliru
 *"kereta baru kunci patah"
*serta tuisyen matematik untuk pelajar SPM 2012.

Daftarlah Segera!

Penghargaan: Google Image 




18 comments:

  1. x elok byk2 caffeine dlm bdn =).baguslah dah mula jaga kesihatan

    ReplyDelete
  2. aku tak boleh minum menatang ni..kalau minum je mula lah datang pening,loya2 tekak,buasir.aik. hahaha.. tapi memang tak elok pun nescaffe ni.. pembunuh dalam diam sebenarnya.sama macam maggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke en boni...? berenti la mcm ni... minum susu je la... maggi pun aku jarang makan dah... hmmm... makan nasik je la... kan lagi kenyang....

      Delete
  3. gara2 minom nescafe la ni teh xleh tidooo..aiyoooo...sekian lama xminum..aishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi l abawak menelaah kalau tak boleh tido tu.. hehhe...

      Delete
  4. haha..mestii mestii...ngadap lappy buku letak tepi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape da itu macam... kate nak score tahun ni... kene la blaja rejin2...

      Delete
  5. aku minat nescafe dari umur aku 3 tahun.. org kata yg byk mnum kopi ni memori kuat, kau suka nescafe gak kan? nampak tak pertalian dia? nampak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... nampak... nampka.... patut la space memori aku banyak lagi.... oooo.. itu rupenye pertaliaan die...

      Delete
  6. sy tak mint sgt nescafe. bila minum sy boleh jadi pening tiba2. haha. tapi dtg time nak sesuatu yg bercaffein sy akn cr nescafe jugak. cuma segelas je la .

    ReplyDelete
  7. org minum nescafe utk stay up....tp kalau saya yg minum kepala ting tong terus tak boleh bangun....huhuu siap muntah2 terutama nescafe 3 in 1 tu..so jangan minum...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm kakak sy la ni... kene kopi terus tak bangun-bangun... hahahaha.. terbalik pulak...

      Delete
  8. jika kita rasa sesuatu minuman dan makanan itu memudaratkan kesihatan kita lebih baik tinggalkan atau kurangkan sedikit pengambilannya....amalkan gaya hidup yg sihat....ambil pemakanan yg berkhasiat n seimbang utk kesejahteraan diri sendiri...

    ReplyDelete
  9. Minumla bang nescafe tu, asal blood pressure dengan glucose level dalam jarak yang normal. :)


    http://palereddot.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik dokto... saya akur nasihat doktor..

      Delete