19.3.12

Aku rindu 'Journey'

Salam pembaca sekelian. Tiada tulisan baru malam ini. Memang tidak berniat pun untuk mengerah idea. Malam ni, sekadar membelek-belek serta menyelak-nyelak tulisan-tulisan lama. Terjumpa Journey. Ditulis pada 2010, bulan 12. Zaman bergaji RM 4 ringgit sejam. Zaman sesak-sesak duit. Zaman -zaman di mana aku terasa yang dunia ni tak pernah adil. 

Apa pun, yang pasti zaman pahit yang dah pun berlalu. Tapi, dalam pada merudum zaman tu. Dalam pada tidak adil tu, terhasil 'Journey'. Adakah betul yang sesebuah penulisan tu dipengaruhi oleh persekitaran serta perkara-perkara yang kita rasai pada tu..? Mungkin jugak betul.  Ade orang kate, untuk menulis dan menghasilkan sesebuah tulisan yang baik, perlu ada mood yang tertentu. 

Adakah hari-hari yang aku lalui, gaya hidup, serta persekitaran sekarang ni, tidak memberi ruang untuk aku menghasilkan tulisan yang macam dulu-dulu? Nak buat macam mana agaknye ye? Bercuti dan lari dari suasana sekarang? Atau bercuti dari menulis? Kalau bercuti dari menulis, makanya tak ber'update' lah TheTimelines ni. Kosong....

Hmm.. Tak pe la... Perlahan-perlahan kayuh... Mungkin fasa membiasakan diri dengan persekitaran baru... Aku rindu 'Journey'...

TheTimelines: Journey 


8 comments:

  1. sememangnya memainkan peranan yang sangat penting persekitaran dan apa yang kita rasakan dalam menghasilkan sesuatu penulisan..dan penulisan tentang kehidupan adalah sesuatu yang amat sukar untuk dihasilkan tanpa pengalaman2 hidup yang pernah kita rasai..setuju dengan entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. en boni pun setuju ye... hmmm... nak kene cari mood la en boni ye...

      Delete
  2. ada orang kata kekecewaan dan kekalahan adalah sumber inspirasi paling hebat untuk berkarya.

    mungkin skrg waktu selesa untuk kau, jadi kau perlu ikut arus, tulislah yang ceria2 dan hasilakn tulisan berbaur kemenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..betul jugak kan... akan aku usaha kan....

      Delete
  3. untuk menghasilkan satu penulisan yg baik,bermutu,berseni n kreatif n mengandungi mesej yg tertentu biasanya persekitaran mempengaruhi apa yg kita tulis....tahap pergaulan komunikasi dgn masyarakat....kepekaan kita ttg alam sekitar....sudut bahan pembacaaan...menjiwai n merasai realiti dicelah2 kehidupan....jika kita ada pengalaman ttg sesuatu ,tentu jalan penceritaan akan jadi lebih menarik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks en damha... ulasan yang berguna buat aku ni... dari segi aturan kata-kata, tak salah, en damha juga seorang yang berbakat dalam penulisan...

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe.. gambar yg ko ulas.. ok la tu.. haha

      Delete