7.2.12

Perempuan Mengada-ngada

"Salam Taipusam kepada yang meraikannya. Salam 1 Malaysia buat semua. Salam lebaran, lambat lagi. Sampaikan salam rinduku padanya. Tu ayat dalam lagu. Salam Terakhir. Tu lagu Pak Sudir. Salammm.. Emmm.. Emmm..."


"Ni berapa banyak salam ni? Salam tu, salam ni, nak tulis entry ke, nak salam?!" tempik Salamiah Hasan dari kejauhan. Pun salam jugak. Keh keh keh.


Saje je nak lari dari klise pembuka kata yang sering digunakan. Selalu aku bace, kepada yang jarang mengupdate, bile update entry je, masing-masing akan tulis "Dah lama aku tak update blog ni" atau "Alahai, lamenye tak menulis" tak pun "Dah 8 tahun aku tak update entry baru". Mesti perasan frasa-frasa yang biase digunakan ni bukan? Tak yah pakai la. Klise sangat la. Dah ramai yang pakai. Cube buka dengan ayat lain. Contohnye "Hai, dah lupe blog aku ni ke? Tak reti-reti jengok?" tak pun "Wah ramainya follower!!! Ni mesti sebab blog aku ni femeskan?". Ce try. Mesti akan ade kelainan.


Perempuan Mengada-ngada. Hah! Terus je masuk isi penting. Tak perlu pusing-pusing. Straight to the point. Tak perlu tulis "Hari ni sebenarnya aku nak tulis entry pasal perempuan mengada-ngada" atau "Pernah tak korang jumpa perempuan disekeliling korang yang mengada-ngada. Tentu pernahkan? Jadi, ape perasaan korang bile jumpe ngan perempuan yang macam ni?" Waa.. Tak perlu corner jauh-jauh. 


Pade aku perempuan ngade-ngade ni okey 'jer' (lihat, tambahan huruf 'r' dalam ejaan 'je' tu, menambah elemen mengada-ngada dalam ayat ni). Okey pada aku, sebab, kan perempuan tu terkenal dengan sikap manjanye. Selain tu, dengan adenye sikap ngade-ngade ni, akan menyerlahkan lagi kesan-kesan gegurl dalam diri perempuan tu. Selain akan membangkitkan sifat-sifat keanak-anakan yang tersangat lah cute. (Okey, ramai-ramai angkat tangan ke bahu dan pandang ke atas)



Okey, perempuan tu diklafisikasikan sebagai mengada bila:


Sakit. Demam. Pening. Tak nak makan ubat dengan alasan "Errr, saye tak bole makan ubat la. Pahit la. Isshh. Huu huuu huuu" sambil merengek-rengek dan mengaduh-ngaduh. Motif ubat tu pahit?! (Apsal macam pondan lak, ber'motif-motif'' ni) Ye la. Memang la pahit. Tapi bukan kunyah pun. Telan. Masuk sebijik dua. Teguk air. Habis. Setle. Yang aku pelik tu, petai, peria, jering boleh plak balun. Tak pahit lak. Datang la mengade.


Bile berselisih faham di talifon, terus letak phone. Lepas tu tak sampai 5 minit die call balik dan cakap "Apsal awak tak call semula?!" dengan nada marah. Wakakakaka. Lawak la. Dah tadi letak talifon. Ingat dah malas la tu. Kalau dapat Pak We lembut hati, mungkin la Pak We tu akan call balik. Tapi kalau yang jenis 'kayu'. Huhuhu. Malang la. Oooo rupe-rupenye mintak dipujuk la.

Ni kes member aku. Mase duk umah sewa sama-sama dulu. Malam tu, member aku ni baru balik dari date dengan awek (ex) die. Die kate kat aku, tu last date die ngn awek die tu. Die balik dengan satu goody beg yang penuh berisi barang-barang yang pernah die bagi kat awek die tu. Bile die punggah goody beg tu, macam-macam barang ade. Tapi yang die pelik, semua barang-barang yang dikire murah la. Gelang manik-manik RM 5. T-shirt RM 18.90. Pendek kata semua yang berharga bawah RM 50, menurutnya. Die kate kat aku. Awek die pulang barang-barang tu bersempena dengan hari 'break off' diorang. Yang die pelik, mana pi barang-barang mahal yang harganya ratus-ratus. Tak pulak di pulangkan. Aku gelakkan je member aku tu. Tapi kesian pun ade. Malang die jumpe orang macam tu. 


Kesimpulannya, memulangkan pemberian orang waktu putus hubungan tu ok. Mungkin untuk cepat melupakan kenangan antara satu sama lain. Selain untuk tak nak terasa terhutang ape-ape. Tapi, kalau barang yang murah-murah je dipulangkan, tidak bagi yang mahal, ape cite? (dalam nada berbisik) Tu bukan mengade-ngade ke namanya? Kah kah kah kah.


Kaki komplen. Especially komplen pasal makanan. Pade aku. Pade aku la. Kalau nak sedap dan ikut selera, baik masak sendiri. Tu pun kalau pandai masak dan rajin ke dapur. Ni masak pun malas. Ke dapur pun jauh sekali, nak komplen lebih-lebih mengalahkan rancangan Master Chef. Mungkin aku ni jenis makan tak memilih, jadi jarang aku komplen bab-bab makan. Pade aku senang je. Once masakan tu tak sedap, aku tak cerita banyak. Next time, tak payah datang kedai tu lagi. Next time tak payah order menu tu lagi. Dari aku mengomel depan makanan tu. Macam tak bersyukur pulak.


Cukup tu je kot. Perempuan Mengada-ngada. Tapi kat Malaysia ni tak de. Kat Uganda sane. 

7 comments:

  1. sentap~
    terasa la plak..
    sye ngada2 gak..
    sape kenal thu ;p

    ReplyDelete
  2. waa..haha =)

    ramai jgk la ladies camni.. yg guys pon apa kurangnya.. hehe no offense..

    part yg ubat tu xleh blah..tkena sjibik kat sy. haha >_<"

    ReplyDelete
  3. den tabik kedua-dua pengomen ni... sebab bersikap spoting...

    ReplyDelete
  4. kalau nad buat ayat Wah ramainya follower!!! Ni mesti sebab blog aku ni femeskan? kompom cik anon berbulu..:D

    nad selalu guna ayat "Apsal awak tak call semula? "

    adeh...sentap mak nyah!

    nad memang mengada2 tak boleh nk ubah..:(

    dah try ubah tp xleyh..huhu..

    ReplyDelete
  5. ler... nad pun ngade ke? alamak...

    tak pe nad... tak yah nak sentap2 sangat... tabik sket utk nad yg turut spoting walaupun sedikit sentap d hati...

    ReplyDelete
  6. lebih pada manja kot..hakhak =.=
    yg suka komplen makanan tu teringat pd kawan, komplen2 pon, makan jgk, haih~haha

    ReplyDelete
  7. ye cik hanys... manja... saye setuju... (sambil tangan ke dada dan pandang ke atassss).. hahahahahaha....

    tq.. tabik sorang lagi yg spoting...

    ReplyDelete