19.2.12

Mudik Ke Sungai Linggi

Pak Abu menebar jala,
Jala ditebar di Sungai Linggi,
Walau ilmu penuh di dada,
Jangan suka menyombong diri

Itu die, sambil berpantun, sambil membuka entry baru ni. Dengan Label baru 'Trip Memancing' yang akan mengongsikan kepada korang, cerita-cerita aktiviti kegemaran aku, selain aktiviti bloging. Tidak lain dan tidak bukan, aktiviti sukan memancing. Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana yang turut meminati aktiviti memancing ni, jangan malu atau segan untuk bersama-sama 'joint the club'. Tinggal-tinggalkanlah serangkap dua ulasan kat bawah nun, kalau berminat untuk berkongsi. Adat sebagai pemancing 'sharing is caring'. Ade tips, bagi tau. Ade rahsia, bisik-bisik. Ade hasil, insyaallah, kongsi ramai-ramai. Tak de hasil, kite cube lagi. Jangan putus ase.

Pantun di atas sana tu, elok-elok kalau dikongsikan. Moralnya, contohilah Pak Abu dengan jalanya. Rajin berusaha untuk menuai laba. Ikan atau udang yang duduk di dasar sungai atau laut tu, tak akan menyerah diri. Kene lah pancing atau jala dan sebagainya. Esok-esok, bila dah hebat dan berpengalaman (memancing) jangan pula sombong diri. Dan jangan juga, kedekut ilmu. Tak rugi mengajar, tak rugi berkongsi. Amal jariah tu. Nak rahsia-rahsia pun buat ape, cerita je, tips ke, nombor tekong ke, hingga nak kene pakai spender kaler ape sekali pun ketika memancing, kalaulah itu pun termasuk dalam kategori 'petua', kongsikan aje.

"Jala ditebar di Sungai Linggi"... Sebut sahaja Sungai Linggi, kepada kaki-kaki mengudang, tentu bingkas bangun. Dikalangan peminat udang galah di sekitar negeri-negeri sebelah pantai barat ni, Sungai Linggi tentu tersenarai antara port pilihan yang mesti dikunjungi. Bila sampai musim, berduyun-duyunlah pemancing-pemancing udang galah akan bermudik ke sungai yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka ini. Bak kate tekong yang membawa kami,
jangan kate nak tunggu musim, dikatakan sungai Linggi ni tak ubah seperti kedai serbaneka Seven Eleven yang dibuka 24 jam. Ape tidaknya, habis satu-satu kumpulan, turun satu lagi kumpulan pemancing yang akan mencuba nasib. 

Untuk memastikan yang bekalan udang galah di Sungai Linggi ini tidak kehabisan, menurut tekong, Kerajaan Negeri dengan usahasama Jabatan Perikanan terpaksa melepaskan berjuta-juta benih-benih udang ke Sungai Linggi ini pada tempoh-tempoh tertentu bagi memastikan bekalan udang tidak putus. Jadi, adalah dinasihatkan agar etika 'catch and release' sentiase diamalkan, terutamanya apabila mendapat udang-udang bersaiz kecil. Ianya amat penting bagi memastikan kelangsungan bekalan udang yang berterusan di sungai ini. Oh ye, selain memancing udang, ikan-ikan sungai seperti baung, siakap, ketutu serta beberapa lagi spesis buruan turut mendiami Sungai Linggi ini. Jadi, sambil-sambil mancing udang, jangan lupa, persiapkan juga peralatan memancing ikan. Sambil menyelam minum air la katekan...

Tunggu... Tu baru intro.... 

Aku apply cuti 2 hari untuk trip kali ni. Mencari hari-hari yang tidak sibuk dengan Function di Hotel UiTM tu. Jugak bagi mengelak dari bertembung dengan pemancing-pemancing lain yang pasti akan memilih hujung minggu untuk turun ke Sungai Linggi tu. Maka tarikh yang sesuai, ialah pada 16 dan 17 haribulan 2, 2012. Hari Khamis dan Jumaat. Pergi hari Khamis, balik hari. Jumaat bercuti, bagi merehatkan badan yang tentunya akan keletihan setelah seharian teroleng-oleng di dalam bot yang disewa tu. 

Tidak yakin untuk bangun seawal jam 5 pagi pada pagi Khamis tu, menyebabkan aku membuat keputusan untuk bermalam sahaja di tempat kerja, Hotel UiTM, pada malam tu. Kebetulan pula meneman seorang rakan yang terkandas, tidak dapat pulang ke rumah, akibat bateri kereta yang kehabisan. Esok, jam 5 pagi kene bangun. Pukul 6 dah nak gerak. Kalau terlewat, silap-silap rakan yang menjemput terus gerak. Dalam pada nak tidur awal malam tu, sempat jugak persiap beberapa perlatan yang bakal digunakan.

Malu Bertanya Sesat Jalan 

Perjalanan bermula seawal jam 6 pagi. Aku dan rakan (Madan dan Yong) bertolak dari Shah Alam. Kononya menanti di Bangi sebelum bertolak ke Linggi, En Hatta. Aku sah-sah blur kalau ke tempat orang. Madan dan Yong pula tak biase dengan jalan ke sana. Tersilap masuk susur, terus-terus kami tersesat entah ke mana dalam perjalanan ke Bangi tu. Masa terbuang sikit atas jalan. Akhirnya dari melilau-lilau tak tentu arah, kami decided untk mengubah chek point pertemuan. Keluar ke PLUS Highway dan bertemu En Hatta di Plaza Tol Linggi. Sudahnya, tak sampai pun sepuluh minit tiba di Tol Linggi, En Hatta tiba dengan sengihnye. 

"Tak pe, janji jumpe, dan masing-masing selamat sampai..."

Destinasi yang dituju... Pekan Lubuk Cina yang akan mempertemukan kami dengan tuan punya bot yang disewa, Tuan Haji. Bangang tak aku? Bile kenal tekong tu dengan panggilan Tuan Haji je. Moralnye, lain kali, tanya nama penuh...

Warung Sayang.. Here The Story Began 

Kat Pekan Lubuk Cina ni, ade sebuah warung kecil tak berdinding yang dinamakan Warung Sayang. Tuan Haji menanti kami di sana. Mengajak minum-minum serta mengalas perut yang lapar sambil borak-borak pengenalan. Kalau singgah di warung ni, korang akan disambut ramah oleh mak cik warung tu. Yang membahasakan diri kami ni dengan panggilan 'sayang'. Mungkin tu pasal la warung tu dapat nama. Selain sayang, mak cik tu jugak menggelar kami... Nelayan. Fuhh.. Tukar profession kami pagi tu. Ape pun, isi 'tank' dulu dengan nasik lemak sepinggan bersama nescafe ais yang pada aku, sodapppp laa!!!

Oh ye, TQ juga to Yong yang bermurah hati mmbelanja kami pagi tu. Tak perasan plak aku yang trip kali ni, Trip Memancing 1 Malaysia. Ade Cina. Ade Melayu. Ada Sam Banjamin (Banja, Jawa, Minang). Lihatlah. Aku dengan rakan bukan 1 bangsa pun boleh duduk dalam 1 bot berseronok-seronok memancing tanpa ade rasa prejudis pun sesama kami. Tak kan korang kat luar sana tu, satu bangsa pun nak hidup saling mendengki khianat sesama bangsa sendiri. Senyum depan, blakang tikam! Pikir-pikirkan lah. Nak berpecah belah, aku bukan lawan kau! Sebab, aku tak kuasa layan. Aku dengan hidup bujang aku, yang sentiasa meletakkan 'hormat dan adab' sebagai jati diri hidup aku

Iklan sekejap. Pesanan khidmat masyarakat ni, perlu disampai-sampaikan agar orang melayu kite ni sedar diri sikit.

Bermudik Kite ke Sungai Linggi

Dari Belakang. Tuan Haji as Tekong. Depan sikit, Yong. Sebelah kiri aku tu, En Hatta. Aktiviti baru sahaja bermula. Alhamdulillah, sebelah malam, bak kate Tuan Haji, ade hujan sikit. Tapi pagi tu, langit cerah. Mungkin ade hasil lumayan bakal menanti kami...
Untuk menghilangkan rasa bosan. Madan menggunakan joran sebagai serunai yang ditiup-tiup tak bunyi-bunyi. 'Belah Pahang' betul kau ni Madan.. Hahaha...




Mudik bermula seawal jam 8.30 pagi. Serious indah tempat ni. Hijau. Boleh la dikatakan masih kekal keindahan semulajadinya. Kiri dan kanan sungai dipenuhi tumbuhan nipah dan bakau termasuk spesis tumbuhan akuatik yang lain. Seeloknya trip macam ni, selain peralatan memancing, kamera DSLR pun patut disediakan. Hisshhh!!! Terkilan jugak, pemandangan indah ni tak banyak yang dapat di'snap'kan. Ni yang bernafsu untuk memiliki sebijik DSLR ni. Gambar-gambar yang ade ni pun sekadar dirakam dengan Nokia E72 yang sekejap-sekejap hang. Hmmm.. Tu tandanya makin hampirlah aku untuk memiliki Canon ke.. Nikon ke.. Insyaallah..
Menurut Tuan Haji, port-port atau lubuk-lubuk yang bakal kami duga ialah disepanjang tebingan Sungai Linggi tu, di mana kami akan berlabuh dibawah pohon-pohon bakau dan pohon-pohon nipah, selain mencuba di mana-mana reba-reba kayu yang kelihatan. Seawal port pertama, tangkapan yang dinaikkan tak seberapa, hanya seekor dua udang dan beberapa ekor ikan pengacau seperti anak-anak baung dan belontok yang berjaya dinaikkan. Tuan Haji mencadangkan bertukar ke port lain selepas itu. Aku amat senang dengan servis yang Tuan Haji berikan. Tak best port ni, bagi chance je dalam 10 ke 15 minit menunggu. Kalau tak seberapa hasil. Cari je port lain. Namun, ape yang aku perhatikan, setiap kali singgah ke mana-mana lubuk, pasti ade sahaja yang sangkut. 

Menjelang tengah hari, ade la dalam sekilogram udang galah dinaikkan. Tu tak termasuk ikan baung dan ketutu yang sudi singgah mencuba umpan yang dihulurkan. Sebut tentang umpan, umumnya untuk memancing udang galah ni, umpan seperti cacing dan umpun-umpun amat general sekali digunakan. Syukur, Tuan Haji turut menyediakan umpan buat kami. Selain umpan cacing, kami juga try umpan Tapa. Beli di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Harga pun tak la mahal. Dari segi penggunaan, agak maloi-maloi (berbaloi-baloi). Aku recommend la kalau nak cuba tapa yang kami guna ni. Brand 'Omega Bait'. Bau memang bau tapa. Tau bau tapa macam mana? Macam bau rumah sampah. Tapi ni versi compaq. Rase nak terbelahak bile tersedut baunya. Hasil? Jangan tanya. Try dulu.

Omega Bait, RM 9.80. Boleh cuba la. Murah dan 'maloi-maloi'.. 

Gambaran isi dalam Omega Bait. Pasni kepada mat-mat ganja atau penghidu-penghidu gam, boleh la bertukar arah ke jenama ni. Serkop muke korang kat tapa ni barang 5 ke 10 minit. Stimnya hingga menjilat dinding. Pastu kompom korang berenti jadi taik gam atau ganja. 
Menjelang tengahhari, kepada yang nak solat atau berhenti membersihkan diri, kat sungai Linggi ni ade tempat persingahan a.k.a surau terapung. Bolehlah tunaikan kewajian dalam pada seronok memancing tu. Sayang aku tak snap gambar surau terapung tu. Sempoi je. 

Raja Udang hari tu. Hatta Bin Hj Udin. Kemain lagi die. Pas die-die.. Lepas die, die lagi. Siap pangkah aku lagi.. "Bile lagiiii... Bile lagiii..?"... Warggghhh... Rase nak terjun je aku ke dalam Sungai Linggi tu.. Hahaha

'Hasil' nye... Hahahahahaha... 

"Iye la tu Hatta Haji Udin.." posing la... Posing... Hahahahaha
'Hasil' yang agak lumayan jugak la. Berlelah yang berbaloi. Ditambah dengan pengalaman-pengalaman berharga sepanjang seharian di sana. Aku pulak, walau pun tak berapa nak menjadi hari tu, sekadar menjadi penonton rakan-rakan berpesta, dalam hati turut puas hati. Sebab seronok kot. Pengalaman baru di Sungai Linggi. Tapi dalam pada seronok tu, dalam perjalanan pulang ke darat, bot yang kami naik tu secara tiba-tiba mengalami kerosakan. Kerosakan yang disebabkan oleh kipas enjin yang tersekat dek jaring yang direntangkan di sungai tu. Mujur, ade seorang brother yang sudi menghulurkan bantuan melepaskan bot kami. Kalau tak, potensi untuk bermalam di Sungai Linggi tu dah nyaris-nyaris dah...

Sangkut. Dekat sejam jugak kami tersadai. 
Amalan tolong menolong macam ni, wajar dicontohi. Kenal ke, tak kenal ke, tolong je. Insyaallah, rukun damai. Tak baik  dengki khianat sesama bangsa. Satu lagi pesanan khidmat masyarakat dari aku...

Setelah enjin bot selamat dilepaskan. Perjalanan pulang diteruskan. Dalam hati masing-masing, tak lain tak bukan, selain letih dan lapar, adalah rasa puas. Seharian yang memberi pengalaman yang menarik. Trip yang berjaya mencapai misi, setelah sekian lama, ber-trip yang pulang tangan kosong. Hasil? Bagi kat champion (En Hatta) atas dasar sedekah. Maklumlah, hujung minggu ni nak buat kenduri pulak katenye. Eloklah dijamukan sesedaranya dengan hasil tangkapan tu. 

Insyallah, hidup ni, lebih baik cari pahala, dari cari musuh dalam selimut. Ye tak..? (Pesanan khidmat masyarakat lagi)... 

Petang yang kian merembang. Kami pulang. Sungai Linggi, Tuan Haji, lain kali kami datang lagi. Pengajaran yang diajar di Sungai Linggi ni, Nak mancing udang, eloklah spesifikkan perlatan untuk pancing udang sahaja. Sebab, memang spesis sepit biru ni jenis yang memilih. Salah teknik, tak sabar, babai la.. Kedua, persoalan yang selalu timbul dalam benak aku, kenapa dalam hal-hal yang leisure - leisure ni, ramai yang ingin unite, tapi dalam hal-hal yang lebih berat tanggungjawabnya, atau hal-hal yang lebih perlu fokus, ramai yang tak ambil tahu? Ape cerita?...
Biarlah persoaln tu ditelan dek arus Sungai Linggi ni... Bersama Tuhan sahaja yang Maha mengetahui... 


8 comments:

  1. pehh best gila aih. udang galah! sedap masak sambal...baung sedap masak tempoyak..terliur. lapar!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap... sedap sangat... nak makan ikan mahal, salah satu cara yg mudah, kene mancing la.. cume kene sabo sikit...

      Delete
  2. maaakkk ai!!bestnya ikan tu!masak asam pedas syok!

    http://noipunyablog.blogspot.com/2012/02/isu-kfcpantang-larang-sebagai-pelanggan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy lebih prefer ikan baung ni disalai dulu, kemudian dimasak lemak cili api atau masak tempoyak...

      Delete
  3. sedapnyeee... wat masak asam pedas.

    ReplyDelete
  4. peeeehhh best gile mancing! tak ajk pon kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak nak ajak... kami pegi pun senyap2... hahahhaa... lawaknye, nak pi mancing pun sampai kene senyap2... kenape la hidup ni perlu sangat menjaga hati org..... hahahha

      Delete