15.2.12

Ala La La Latuk Jangan Saman

Kebanjiran Rakyat Malaysia mahupun rakyat asing yang menerima kurniaan gelaran Dato' bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Acapkali tiba sambutan hari keputraan Beginda Raja Raja Melayu, tentu sahaja akan hebah satu Malaya dengan penganugerahan-penganugerahan gelaran Dato'-Dato' disampaikan. Tentu sahaja individu-individu yang menerima penganugerahan ini terdiri daripada golongan yang mempunyai latar belakang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk mencapai tahap penganugerahan yang dikurniakan atas perkenan Baginda Raja-Raja ini bukanlah sesuatu yang mudah. Dari segi cafeteria-cafeteria yang melayakkan seseorang itu mendapat gelaran Dato' ialah... Jap-jap. Cafeteria? Cafeteria tu bukan tempat makan ke? Ops... Maaf... Dari segi kriteria-kriteria yang melayakkan seseorang itu mendapat gelaran Dato' biasanya dapat dilihat dan diukur melalui kejayaan dan pencapaian, selain sumbangan beliau terhadap negeri mahupun negara. Perlu ada sumbangan. Perlu ada kejayaan dan pencapaian, bukan kipas-kipas dan coba-coba membodek Raja-Raja. 

Ada juga gelaran Datuk yang tak perlukan penganugerahan dari Raja-Raja. Datuk yang tidak semestinya perlu menyumbang terhadap kebanggaan nusa bangsa. Datuk yang tidak pun memerlukan pencapaian yang terlalu tinggi melangit. Datuk ini, insyaallah, semua orang boleh memiliki titlenya. Dirikanlah rumah tangga. Beranak pinaklah. Bila anak dah besar kelak, kahwinkanlah anak itu. Insyaallah, apabila anak-anak sudah berumah tangga, anak-anak itu akan beranak pinak lagi. Dan tatkala itu, bercuculah kalian semua.
Maka, secara automatiknya, dapatlah gelaran Datuk itu.

Seandainya bimbang anak-anak mewarisi sikap seperti kalian yang kemaruk mahukan gelaran Datuk itu, kalian juga boleh memilih langkah ini. Namakan anak-anak kalian dengan nama Datuk pada awalan nama mereka. Contohnya, Datuk Marwan bin Azman. Kelak, apabila anak kalian sudah besar, jiwanya akan lebih tenang, kerana tidak perlu bersusah-susah seperti bapanya yang beria-ia mahukan gelaran Datuk itu.



Gelaran tu tak bawak ke mati. Bile imam bace talkin kat kubur, tak sebut pun gelaran tu. Hidup la seperti manusia yang normal. Gelaran tu, anggap la satu bonus dari Tuhan. Nak dapat, dapat. Kalau ade, ade.. Maka tak perlulah terlalu bersusah-susah untuk sepalit jilat!!!

(Gambar monyet disnap dari Zoo Google)

10 comments:

  1. anugerah datuk bila ada cucu tu lama lagi..ngee.. tapi itulah yang paling senang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. nak cepat, cik lulu kene kawin cepat2 la.. tak gitu.. kwang2...

      Delete
  2. terdesak betul tu sampai harus namakan anak dgn nama 'datuk'...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus la mcm tu, en daddy... hahaha..

      Delete
    2. mmg ada org mcm ni..ada kawan mama saya nama dia Datin Nora. nama dlm surat branak & Ic ye..so apa salahnya buh anak nama datuk kalau dh kemaruk sgt

      Delete
    3. teruk tu.. teruk tahap beruk kat atas tu...

      Delete
  3. ciankan org yang dapat gelaran dato.tapi sebenarnya tak layak.org lain tak nampak pun apa sumbangan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak tak layak, tu soal rezeki... dapat, dapat la... cume, jgn la desperado sangat nak gelaran tu...

      Delete