15.1.12

Oh Bapuk... Mengapa Kau Sukar Dimengertikan..?

Bapok, Pondan, Mak Nyah, Patah, Coi merupakan antara perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada laki-laki yang bersifat keperempuanan (Rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, M/S 128, makna perkataan 'Bapuk').  Umum mengetahui yang lelaki tu sifatnya kasar, ringkas dan tidak se'complicated' perempuan. Namun bagi  kaum adam yang bergelar bapuk atau pondan ni, sifat mereka lebih menjurus kepada sifat-sifat yang dimiliki oleh kaum hawa. Lembut. Lembut luar dalam. Lembut emosi dan jasmani. Lembut serta 'patah' yang kadangkala mengalahkan orang perempuan tu sendiri. 


Sejak dari zaman sekolah dulu, sampailah zaman universiti, hinggakan alam pekerjaan, hidup aku tak terlepas dari bertemu dan berurusan dengan golongan-golongan bapok ni. Tak aku nafikan jugak, dikalangan kenalan serta rakan-rakan sebaya mahupun sekerja, ade jugak yang berperwatakan 'gemalai' ni. Sebagai hamba Allah, aku terbuka je dalam menerima golongan-golongan macam diorang ni dalam hidup aku sebagai kawan mahupun kenalan. Diorang pun manusia jugak, walaupun kadang-kadang susah untuk difahami. 


"Akak, tak rimas ke bermekap-mekap? Ngalahkan pompuan pulak?" soal seorang kawan kepada salah seorang bapok yang jugak kenalan aku.

"Ko ingat senang ke nak jadi macam ni... Ingat akak nak dilahirkan macam ni? Tapi nak buat macam mana?" jawabnye dalam nada yang macam terbuku je sebak di dalam hatinye.

"Ko ade?" sambungnya lagi...


Rata-rata bapok-bapok yang aku temui la, ramai yang mengatakan yang diorang tak mintak dilahirkan sebagai bapok. Aku pun bertanya kepada diri aku sendiri, bapok ni semulajadi ke? Ntah la. Cuma pada pendapat aku, wujudnya golongan-golongan bapok ni ke dunia, rata-rata atas asuhan serta pengaruh persekitaran. Bagaimana asuhan keluarga dalam membentuk personaliti seseorang anak tu? Bagaimana pengaruh persekitaran dalam membentuk jati diri seseorang insan? Lelaki is lelaki la. Fitrah sebagai seorang lelaki akan tetap lelaki. Tak kan tuhan tu tersilap pulak kan? 


Bapok dan Mencarut. Kenapa bapok suke mencarut? Aku pun tak pasti. Yang jelas, bapok-bapok ni amat teruja kalau dibukakan topik-topik yang berklasifikasi kelucahan melampau. Tak percaya, pi lepak ngan bapok sejam dua. Dan cuba rekod jumlah perkataan 18PL yang keluar dari mulut diorang. Berapa kerap diorang sebut perkataan tuuutttt dalam jarak beberapa minit. Amacam? Sehari tak melucah, mungkin tak lengkap kefardhuan diorang  ni agaknye.. 
  
Bapok 'Gay' vs Bapok Bi-Sex vs Bapok Straight. Ni mungkin patern-patern bapok yang available di mana-mana. Bapok Gay. Semestinya menyambar mana-mana mat-mat jambu yang ada. Asal ade sahaja jejaka-jejaka ensem pasti bapok-bapok ni akan mula merenyam satu badan. Berusaha memberi perhatian serta meminta perhatian. Kalau dapat respond yang baik, mat-mat jambu ni akan dijadikan anak ikan. Anak ikan yang akan dipelihara dan dijaga sepenuh hati. Silap-silap hari bulan, bapok-bapok ni sanggup menjadi 'penaja rasmi' segala keperluan hidup mat-mat jambu ni. Tapi, bayaran bagi anak-anak ikan ni pun bukan murah... Silap hari bulan, melecet jubur!


Bapok Bi-Sex. Atau nama saintifiknya Al-Juburi. Ni jenis bantai semua. Depan belakang disambar kalau berpeluang. Lebih keji dari biasa. Selera yang pelik lagi exotic la senang cakap. Tak pelik la, kalau spesis ni, terdiri dari golongan yang dah pun berbini dan ber-anak. Tak cukup dengan belaian si isteri, bapok-bapok ni mencari 'pintu-pintu' belakang jugak untuk memuaskan tuntutan nafsu berahinya. Sekali pandang mungkin tak perasan. Al-maklumlah dah berkeluarga. Inilah yang dinamakan "cover line" cemerlang! 


Bapok Straight. Patah tetap patah. Gemalai tetap gemalai. Perwatakan macam perempuan. Pendek kata, terserlah kebapokan pada gerak geri baik percakapan mahupun perbuatan. Tapi dari segi naluri, tetap normal. Walaupun dari pandangan mata, bapok-bapok ni kelihatan seperti tak sempurna kejadian, namun, wanita-wanita yang berkahwin dengan lelaki-lelaki jenis ni, berkemungkinan sedikit bertuah. Maklumlah lelaki-lelaki jenis ni pasti jenis yang ringan tulang untuk membantu si isteri membuat kerja-kerja rumah. 


"Ade aku kesah...?!"


Ungkapan yang biasa disebut oleh golongan bapok. "Ade aku kesah...?!" Bunyinya macam tak kisah. Tapi dalam pada itu, dendam tersemat dalam hati. Rata-rata golongan bapok yang pernah aku kenal, terkenal dengann sifat pendendam. Kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang ada disekelilingnya tak mungkin dimaafkan dengan mudah walaupun si bapok mengucapkan "ade aku kesahhh?". Untuk membalas kesalahan yang berlaku secara terus, golongan ni mungkin tidak berupaya. Maka, jalan lain pasti akan diusahakan.


Bapok dan Bomoh... Jadi teman berdamping. Adakah disebabkan perasaan dipinggirkan dikalangan masyarakat. Atau rasa berputus asa terhadap tuhan, maka bapok-bapok mengambil jalan pintas untuk mempercayai bomoh dalam berikhtiar. Tidak kiralah sebagai pelaris dalam perniagaan. Pemanis wajah serta ilmu-ilmu penunduk untuk kenaikan pangkat dan sebagainya, rata-rata bapok-bapok  ni percaya sungguh dengan kuasa bomoh. Tidak sedar kah kamu wahai bapok, mempercayai kuasa lain selain dari Allah itu syirik? Walaupun ia diniatkan sebagai ikhtiar. Lagi keji seandainya yang "syirik" itu digunakan untuk menjatuhkan serta menutup rezeki orang lain.... 


Bapok dan Perhatian. Mencari publisiti serta perhatian ramai adalah sesuatu sifat yang tak dapat dipisahkan dari golongan ni. Jadi, untuk apa bapok-bapok ni men'drag'kan diri mereka. Untuk ape bapok-bapok ni riuh rendah dilaman-laman sosial dengan kenyataan-kenyataan pedas dan panasnya, selain mendapatkan perhatian. Selain tu, bapok-bapok ni jugak amat mendambakan kata-kata pujian. Hasil kerja mesti dipuji. Baju-baju "pinky-pinky" dan "blinky-blinky' dengan labuchi mesti dipuji. Pangkatnya mesti disanjung. Dan tak mustahil dengan pangkatnya itulah yang akan digunakan untuk melunas dendamnya....


Dalam pada terbuai dan terlena dek pujian dan sanjungan, bapok-bapok harus sedar dan bijak dalam menilai, pujian manakah yang palsu. Sanjungan manakah yang tak minta dibalas. Takut nanti bila segalanya ditarik tuhan, Si Bapok akan ditinggal pergi baik rakan mahupun yang si bapuk rasakan musuhnya.... Kembalilah kepada Fitrah..... 

Kalau kau terasa dengan entry ni, maknanya kau ade ciri-ciri seorang bapok. Kalau kau rase nak ambil tindakan pada aku disebabkan entry ni, kau ade ciri-ciri seorang pondan. Dan kalau kau rase nak bomohkan aku pun sebab aku tulis entry ni, baik kau potong 'burung' kau dan campak kat dalam tasik. Buat makan ikan toman.... 
     

2 comments:

  1. sama-samalah kita berdoa agar mereka ni mendapat hidayah dari allah

    ReplyDelete
  2. "Ko ingat senang ke nak jadi macam ni... Ingat akak nak dilahirkan macam ni? Tapi nak buat macam mana?" jawabnye dalam nada yang macam terbuku je sebak di dalam hatinye. - agak cliche alasan ni, slalu dgr dah.. Kenapa perlu redha dgn "nak buat mcm mana" tu, kalau dah agama kata haram, haramlah jawabnya..janganlah nk dsalahkan takdir.. Alahai..

    ReplyDelete