16.1.12

Mat Muka 'Protective'

Dipendekkan cerita, pagi Sabtu yang lepas, aku bergegas lari-lari dari tugas untuk ke kedai aquarium yang terletak di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 2. Kepada yang biasa, mesti kenal kedai ni. Betul-betul bersebelahan Taman Tema Wet World. Wet World mana? Shah Alam la.... Mane lagi. Kire, kalau jejak je kaki aku ke kedai tu, bermakna ini adalah kunjungan kali ke-3 aku ke situ dalam masa selang 2 hari. 


Maklum lah. Kunjungan pertama (hari Khamis) bersama poket berisi wallet. Tapi wallet tu pulak yang tak berisi. Terkulat-kulat aku menengok-nengok ikan-ikan yang cantek serta gajet-gajet aquarium yang menawan. Mujur claim over-time aku lepas hari Jumaat. Dan-dan pulak, bile aku pegi hari Jumaat, kedai tu selamba tutup. Puiii!!! Menyumpah aku!!! Lain kali kalau nak tutup, tutup la hari lain. (Padahal aku yang tak bace signage kat depan kedai "Jumaat Tutup!". 


Nak dijadikan cerita, sedap-sedap aku memulas BGY dengan lajunya, tiba-tiba mata aku terjeling ke arah meter minyak moto bertuah sekor ni. Jarum dah sipi-sipi dekat "Emty". Huh! Mau menolak aku karang. Pulasan (macam nama buah pulak), pulasan aku pada throttle BGY aku slow-kan. Kemudian terus membelok dengan lancar ke kiri bersama signal kelip-kelip yang aku nyalakan pada BGY. Masuk ke stesen minyak kat seksyen 3 tu.


Aku parking BGY dan terus membukak seat bagi menengok paras minyak kat dalam tank. Perkhhhh, sikit lagi nak kering. Nasib baik la ade stesen minyak ni. Jadi dengan hati yang girang, aku terus ke kaunter bayaran dan order minyak... Order minyak? betul la... Order la kan..?


"5 ringgit, sana" aku mengorder. Sambil jari aku menunjuk ke arah BGY yang nampak
 letih dan kehausan.

"Perrghhhh!!! Cunnnnnn!!!" hati aku tibe-tibe teruja bile terlihat yang rupenye seorang awek cun sedang bertugas kat dalam kedai tu. Awek cun pekerja stesen minyak tu angguk-angguk sambil menunggu bayaran dari aku. Tak jadi aku keluarkan note RM 5 dari wallet. Aku selitkan semula dan dengan bergaye aku hulurkan RM 50 kepada awek tu. Saje je...

"Walaupun abang naik moto, abang ade RM 50 tauuu!' hati aku berbisik. Walaupun aku sedar, ade awek tu kesah dengan RM 50 aku. Lagi menyusahkan ade la. Nak kene pecah pulak duit tu.


Aku mengusha dengan penuh cover line. Agar awek tu tak perasan yang dirinya diusha. Sambil diusha, sambil terkebil-kebil mengira RM 50 tolak RM 5, sama dengan berapa? RM 45 la dik. Hehehe. Aku pulak, sambil mengusha, tak perasan yang diri aku pun sedang diusha oleh seorang brother kat dalam kedai tu. Brother tu terus masuk ke dalam kounter dan berdiri di sebelah awek tu. Dengan muke yang tak mesra alam sungguh. Dengan muke 'protective' nye. Pak Guard ke? Hati aku bertanya. Eh, bukan. Tak lain staff stesen minyak tu jugak. Sebab brother tu pakai uniform yang sama dengan awek tu. 


"Terima kasih" sambil awek tu pas duit baki.

"Sama-sama" jawab aku kat awek tu, sambil senyum kat awek tu. Lepas tu, aku senyum pulak kat brother muka 'protective' tu. Mak haiii. Tak senyum balik pun sebaliknye terus ketat mukenye. Aku pun terus beredar ke arah BGY.


Sambil-sambil mengisi minyak, aku jeling-jeling kat awek tu. Awek tu masih kat situ. Mat muka protective tu pun masih tercongok kat situ. Entah ape kene tah, brother tu duk pandang-pandang aku dengan muke ketatnye. Seluar aku koyak ke?  Ke aku pakai helmet terbalik? Ah lantak ko la. 


Aku terus mengepam minyak ke tank BGY. Sambil minyak diisi, aku terpikir sesuatu. Minah kat kounter tu, awek die kot...? Tak pon bini die... Tu yang muke brother tu ketat bile aku pandang-pandang minah tu. Tak ye jugak... Hehehe... Tak kan pandang pun nak marah. Kot ye pun marah, senyum la sikit. Kan ke aku ni customer kat situ. Hehehe. Lantas aku merencanakan satu lagi perang usha mengusa kepada Mat muke protective.


Siap isi minyak. Aku parking BGY sebelah stesen minyak tu. Aku masuk semula ke dalam dan terus ke mesin ATM. Keluarkan beberapa keping note dah beredar. Sebelum beredar, aku usha lagi awek kat kounter tu. Bile awek tu pandang aku, aku senyum puas-puas kat awek tu. Hehehe. Awek tu balas dengan senyuman yang biasa-biasa bagi penjaga kounter. Senyuman yang profesional. Lepas tu aku alihkan pandangan aku kat Mat Muke Protective tu. Perghhh die jeling kat awek tu dengan muke ketatnye. Bile die pandang aku, aku senyum pulak kat die. Sambil senyum, kali ni aku angkatkan kening dua tiga kali. Heheheh. Jangan marah beb... Than aku terus blahh ke kedai aquarium bagi melunaskan misi aku pagi Sabtu tu.


******


Kesimpulan:


1. Kalau bekerja di kounter, tapi tak boleh nak senyum, baik berenti cari kerja lain. Jadi penggali kubur ke. Jadi pengutip bola golf kat golf range ke. Cari la ape-ape sahaje kerja yang tak perlu deal dengan manusia.


2. Pupuk lah sikap profesional dalam pekerjaan. Makanya, tak timbul isu cemburu.


3. Kalau orang pandang mak we korang, tak yah la buat muke protective. Orang pandang je. Kadang-kadang takde selera pun nak mengurat.


4. Kalau ko jelous awek ko dipandang orang, maknenye, ko pun suke pandang perempuan atau awek orang lain. Ape yang ko rase tu, mungkin refleks dari perbuatan sendiri.


5. Isilah minyak sebelum tank kering.


 Sekian....


p/s: Guys... Jom pi menyakat couple-couple kat luar sana. Hehehehe. Mesti ramai Mat Muka 'Protective' di luar sana.

1 comment:

  1. aku syak ni esso sebelah mekdi ni, esok aku nak try usha la. shift apa dia?

    ReplyDelete