4.1.12

External Hard Disk Punye Pasal

Sepetang bersama seorang rakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Meronde-ronde bagi mengupdate harga pasaran terkini perkakasan komputer. Fokus aku pada harga external hard disk... Rupa-rupanya, masih pada kadar yang sama. Mahal!.  Beberapa bulan yang lepas, ketika membuat tinjauan (macam pegawai LHDN pulak), harga gajet-gajet naik sehingga 50 ke 60 peratus dari harga biase... 

Bile ditanya kenape naik harga, peniaga dengan wajah cerianya menjawab... "Thailand banjir... Barang-barang banyak ambil dari sana..." "Oooo" kata aku dalam rasa yang sedikit tak percaya... Kata aku, kenapa plak? Semua komponen PC skang ni di monopoli Thailand ke? Kilang Hard Disk cuma di Thailand je ke? Tu yang tercongok kat Kelana Jaya tu kejadahnye? RM 200 lebih untuk sebijik External Hard Disk? Jangan harap la aku nak beli... Padan dengan muke korang! Padan jugak dengan muka aku...!

Sambil-sambil meronde-ronde di kedai-kedai komputer, melintas pulak di kedai muzik di Plaza Alam Sentral tu. Kelihatan seorang mamat sedang membelek-belek gitar kat dalam kedai tu... Khusyuk... Dengan muka-muka sekali khusyuknye mamat tu... Mengalahkan M. Nasir pulak... Aku perhatikan je mamat tu, tanpa mamat tu perasa yang gerak gerinya sedang diperhatikan... 

"Wei ko tengok mamat tu" bisik aku kepada member aku.

"Apsal?" soalnye tak paham.

"Bile orang masuk kedai muzik, belek-belek gitar bebagai, kite pelik. Agaknye sama jugak kalau kite masuk kedai pancing, belek-belek joran bebagai"

"Hak ah, orang pun pelik" sampuk member aku tu
.
"Jadi moral of the story?" soal aku pulak.

"Tiap orang ade minat masing-masing" jawabnye.

"So. Yang penting respect!" balas aku pulak. 

Kesimpulan:

1. Jangan beli external hard disk sekarang. Harga tengah naik. Beli time harga turun 
atau kembali normal.

2. Adakah barang-barang dari Thailand turut naik ketika ini? 
(termasuklah baju-baju tiruan gred A)

3. Macam mana pulak dengan harga Pondan Siam serta "Ayam" Siam? Adakah turut naik 
(yang melanggan je tahu jawapan. Ko tahu? Ooooo.. Ko langgan yerr? Lantak ko la...)

4. Pada aku, ko minat la ape pun. Ade aku kesah? Aku respect je. Ko nak minat muzik ke.. Nak minat kete ke... Nak minat moto ke.. Ape-ape je la... Yang penting Respect... 

5. Hormatlah, serta berilah sokongan kepada orang-orang disekeliling terhadap minat mereka selagi tak menyusahkan korang...

5. Contoh minat yang menyusahkan... Nak beli gajet, paw (pinjam) duit member... Dah meminjam, tak pulang... "Hingat aku kerja siang malam, nak bagi nafkah kat kau pulak..." Contoh jer...

Sekian...

2 comments:

  1. betul! tak ceria la dunia ni kalau semua org minat yg same..tak ke boleh gaduh nnti sebab berebut benda yg sama...

    ReplyDelete
  2. ooo..sekarang ni tengah mahal ye..baru je bercadang nak beli external hard disk ni esok..huhu..survey gak ..still rm 200++ kan utk 500GB ni.

    ReplyDelete