18.1.12

Danau Perikanan, Bukit Cahaya Sri Alam, Tidak Seperti Dahulu

Beberapa minggu yang lalu, aku bersama rakan-rakan sekerja telah menganjurkan satu trip memancing di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam (juga dikenali sebagai Bukit Cerakah). Trip memancing ikan air tawar yang pertama, sebagai pembukaan tahun 2012 ni, sejak lebih kurang 4 ke 5 bulan masing-masing 'menjeruk' batang joran  ke dalam stor serta bonet kereta. Kalau tak silap, trip terakhir kami tahun lepas, di Temerloh Pahang, di mana kami puas menuai hasil dari lubuk Bob, kawan sekerja aku jugak.... Terima kasih jugak la buat Bob atas resepi ikan patin bakar bersadur tempoyak yang sampai hari ni, kalau aku teringat-ingat akan kenikmatan serta kelazatan menu tu, buat aku 'ngences!'Lupakan la cerita lama tu. Tinggal kenangan yang indah.


Ape pun trip ke Bukit Cerakah baru-baru ni memang mengecewakan (padahal tiap-tiap kali pergi pun tak de hasil...) Cume yang paling mengecewakan aku ialah keadaan salah satu lokasi memancing di sana, yang kini umpama tak diselenggara dengan baik. Lokasi yang aku maksudkan ialah Danau Perikanan. Tasik kecil yang menjadi kegemaran pemancing mahupun pengunjung ke Bukit Cerakah. Tasik yang menyimpan banyak  ikan-ikan air tawar seperti Patin, Haruan, Belida, Baung, Lampan serta Talapia. Tapi sekarang, apa sudah jadi kepada tasik ni? Mungkin gambar-gambar yang bakal aku pertontonkan di bawah ni, dapat menjelaskan keadaan yang aku maksudkan. Mari kita lihat...



Kat wakaf tu lah, aku dapat menyaksikan seekor ikan patin bersaiz XL berjaya dinaikkan oleh seorang pemancing. Sekarang... Pancing punya pancing, dapat keladi bunting je la...
Bukan sahaja memancing, lokasi ni dahulunya, juga  menjadi tempat perkelahan serta pelbagai program berkumpulan seperti Sambutan Hari Keluarga dan sebagainya. Sekarang sepi...  Lihatlah tumbuhan keladi bunting yang menutup terus permukaan air. Nak mancing macam mana ni?




Dah tak de dah panorama ikan melompat-lompat pada permukaan air.
 Eh! Tu kat tengah tu bukan ikan? Errr ikan la sangat...
Nampak macam padang bola pulak dah... Try hulur kaki..
Kompom kedebushhh!!!
Inilah dia Keladi Bunting yang aku maksudkan. Samaada ini hanya proses semulajadi pemulihan tasik ni atau  mungkin Danau Perikanan ni memang tak terbela.


Siapa yang nak jawab?


Aku harap, kunjungan seterusnya pada masa-masa mendatang, Danau Perikanan, Bukit Cahaya Sri Alam, Kembali Seperti Dahulu...

1 comment:

  1. suka tgok...aktviti awk tuh dekatkn diri dgn alam ciptaan Tuhan...

    ReplyDelete