30.1.12

Cynical

Imej Google 'Cynical'

Hari ni ringkas. Tapi mungkin sedikit pedas. Sekadar mahu bercakap tentang pendirian... Jika yang bukan ahlul, mahu bercakap tentang sesuatu yang bukan dalam pengetahuannya, tentu agak janggal lagi canggung rentaknya. Contohnya aku. Yang kurang arif tentang kereta, bila mana sahaja orang-orang sekeliling berbicara tentang kereta, aku memilih untuk diam-diam sahaja. Dengar dan ambil ilmu pengetahuannya. Tidak aku tambah, mahu pun menyampuk. Yang ada pun cuma sekadar angguk-angguk.


Contoh yang kedua. Bila orang-orang sekeliling bercakap tentang hal-hal berkaitan nikah kahwin. Hal-hal anak-anak, hal-hal suami isteri, aku pun diam-diam sahaja. Sebabnya, aku orang bujang. Single. Manalah aku tahu hal-hal yang sedemikian. Bukankah diam itu lebih baik dari mendedahkan kecanggungan dalam perbualan itu. Paling tidak pun, angguk-angguk, bagi menunjukkan rasa minat yang disampaikan melalui bahasa tubuh.

Aku juga tertarik, bila ada orang-orang yang bukan ahlul, mahu bercakap tentang Blog. Maksud aku, orang-orang yang tidak mempunyai blog, tidak ada pengetahuan tentang blog, tidak pernah menulis blog, tiba-tiba sahaja mahu bercakap yang dia ini serba tahu tentang Blog. Mungkin itu sekadar pendapatnya barangkali. Tetapi sampai ke satu tahap apabila dia mengatakan 'sinis'nya tentang TheTimelines ini, aku mencabarnya dari dalam hati. 

"Cuba kau buat satu blog. Tulis setulen yang boleh. Ilham asal kau, publish dan kita lihat apa hasil pada dada kau. Waktu tu kita sama. Dalam gelangang yang sama"

Jiwa pembaca itu berlainan dengan jiwa yang menulis. Kamu pembaca mengambil sesuatu yang telah tersedia. Sedang si penulis perlu mengerah segenap pemikiran dalam menghasilkan sesebuah tulisan. Terutama penulis yang tidak gemar berplagiat. Kadang-kadang, apa yang kamu olah dalam bicara kamu itu, adalah plagiat-plagiat yang kamu ambil dari tulisan-tulisan penulis-penulis lain seperti aku. Kamu harus sedar itu. Biarpun aku terus-terus diam dan angguk-angguk sahaja. Tidak mengapa. Tidak menjadi kesalahan pun. Cuma aku khuatir, apa yang kamu sampaikan itu, bukanlah pendirian tulen dari hati kamu sendiri, tetapi tidak lain dari pada pengaruh sang penulis yang kamu baca tulisannya. 

Jiwa penulis itu sentiasa berkehendak kepada pembaca. Dan pembaca-pembaca itu terdiri daripada sekadar pembaca biasa, serta pembaca yang juga penulis. Kamu duduk di mana? Berminat dalam penulisan? Berkobar-kobar mahu menuliskan sesuatu seperti kami? Aku sarankan, ayuh kita menulis. Walaupun awal mulanya hanya pada sekeping kertas sebagai draft. Kemudian, apa kata mula membena blog. Dan ketika itu kita berada pada 'gelanggang' yang sama. Dan kita lihat apa hasilnya. Ketika itu, kamu akan sedar, apa yang dikatakan dunia Blog. 

Aku bercakap bukan bersandarkan ego yang tebal. Aku bercakap ini juga bukan berpaksi keangkuhan. Cumanya, ingin mengajak agar lebih ramai menyemai budaya. Budaya ilmu. Budaya berfikir. Budaya menulis dan membaca. Bukankah lebih molek dari bercakap yang tidak senonoh. Berfikir yang kuning. Berbudaya yang rosak serta bercakap pada yang bukan ahlul....

Aku mungkin lebih muda atau terlebih usia dari kamu. Tetapi aku bukan manusia bodoh...

9 comments:

  1. Ingat snang nak bina blog? Nak keluarkan idea2 mengarang supaya pembaca terus membaca? Kalau snang, sekelip kata follower dan traffic meningkat.. Haih..snang cakap je org tu ye..

    ReplyDelete
  2. pandangan die agaknye tu.. cume sy mengajak die agar mula menulis.... tak pe... pandangan die..

    ReplyDelete
  3. 1. diam adalah perhiasan orang pandai dan pelindung org bodoh.

    2. Bodoh adalah kehinaan, tetapi bodoh sombong adalah bencana..

    3. siapa plagiat, dia ibarat tin kosong, ckp dentum dentam tapi takde ape, org perak ckp : cakap besar berak atas gelegor...

    ReplyDelete
  4. cakap besar berak atas gelegor... huhu... hinanya... takut nanti kelak terpijak najis sendiri..

    ReplyDelete
  5. Dunia yang sebenar benar dunia,,di luar sana...

    ReplyDelete