21.11.11

Catatan Petang: Selamanya (Dedikasi Buat Pasukan Harimau Malaya)

Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

Berjuanglah ke titisan peluh yang penghabisan! Buktikan Malaysia Sentiasa Bisa! Eh.. Boleh.. Malaysia Boleh!

20.11.11

Catatan Pagi: Ahhh Peduli Apa, Kubur Lain-lain!!!

"Ahhh peduli apa, kubur lain-lain!!!"

Cop... Cop... Sebelum mengungkapkan ungkapan "kubur lain-lain" tu, mari renung-renungkan...

  • Mandi jenazah tu, tak mandi sendiri... Orang lain yang mandikan...
  • Adakah kain kafan itu,  akan kita sarungkan sendiri, ke badan sendiri?
  • Bagaimana dengan solat jenazah...?
  • Dengan izin Allah, mungkin kubur kita lain-lain... Selagi tiada darurat atau sebarang sebab yang memungkinkan kite dikebumikan bersama-sama, cuma, kita tak gali kubur sendiri.
  • Kelak bila mati, kita masih memerlukan insan-insan lain yang masih hidup untuk mengusung jenazah kita ke tanah perkuburan. Keranda tak berjalan sendiri...
  • Bila sampai ke tanah perkuburan, kita tak turun sendiri ke liang lahat tu... Perlu juga dipapah orang-orang yang masih hidup...
  • Dah masuk ke dalam tu, kita tak kambus sendiri tanah tu... Perlu juga orang lain untuk menghayun cangkul untuk kambus kiburan kita...
Jadi, jangan sombong dan ikut kepala sendiri... Orang melayu... Jangan bilang "Ahhh peduli apa, kubur lain-lain!!!"  

19.11.11

10 Perkara Yang Tak Best

1) Bila malam menjelma perkara yang tak best ialah, bila merebahkan badan ke katil, mata tak mahu-mahu lelap... 

2) Melangut-langut dan akhirnya membuka account blogger ni. Ilham tak muncul pun. Semua gara-gara memang tak ada planning untuk menulis entry pun.

3) Menjeling ke Buku Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas yang setebal 930 halaman tu. Nak bace ke, tak?... Tak de mood jugak.

4) Kecap-kecap pada lelangit mulut, rasa perit-perit pada kerongkong. Berdehem-dehem beberapa kali untuk melegakan tekak. Ahhh... Tak kurang jugak. Mesti menanti hari untuk bertambah buruk, bertukar kepada demam selesema. 

5) Mata menjeling ke kipas. Pusingannya ligat. Cukup untuk menyejukkan hawa malam. Tapi yang menyakitkan mata ialah kumpulan habuk-habuk kehitam-hitaman yang mulai memenuhi jaring-jaring penutup bilah kipas. Termasuk juga bilah kipas yang mula hitam-hitam dek habuk yang tak terbuang tu. Kalau tak silap, mungkin habuk pada kipas tu la yang menjadi asbab sakit tekak serta selesema yang bakal menjenguk ni. Bila nak dibuang? Sendiri jawab.

6) Bosan

7) Sunyi

8) Mencari-cari diri yang dahulu. Aku sekarang ni, walaupun berduit lebih sikit, berkerjaya baik sedikit, serta punyai ramai kenalan, sebenarnya, masih mencari-cari diri yang dulu. Betul ulas seorang rakan. "Zul dulu zaman kerja part-time kuat amalnya. Sekarang bila dah berjawatan tetap, semua amal tu hilang". Syukur ada sahabat yang menegurkan... 

9) Perut tiba-tiba lapar.

10) Terbayang durmmet dalam peti ais. Nak goreng malas. Nak dimakan mentah jauh sekali. Ape nak buat? Hmmm... Kalau ade orang rumah... Mesti tak timbul isu 10 perkara yang tak best malam-malam ni.  Eeeeiii Gatal! 

17.11.11

Penemuan yang Ditemui

Aku ade terjumpa Gerila Penulisan Kreatif di beberapa laman sesawang ni. Betul ke ape yang aku jumpe ni? 

Di apesal.com
Di PingBusuk

Betul ke ni? 

13.11.11

Jangan Berdukacita, Bacalah Kaedah-kaedah Menuju Bahagia

1. Sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja, maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi.

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu, merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibuk diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.

6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.

7. Hamba perlu menyedari bahawa segala sesuatu berdasarkan ketentuan Qadha dan Qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.

11. Semua Qadha bagi seorang Islam baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesuatu selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara tidak mustahak.

19. Sesungguhnya tuhan Maha luas ampunan-Nya.

20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.

21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.

22. "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." (Surah Az-Zariyat:22)

23. Kebanyakkan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada tauladan.

25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.

26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28. Tinggalkan semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin.

29. Kedengkian atau keinginan yang anda kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akanmenimpa pihak lawan.

30. Semua musibah yang menimpa diri anda adala penghapus dosa-dosa....

Doktor 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Terjemahan, Mohd Sofwan Amirullah)
La Tahzan (Jangan Bersedih)
Muka Surat (118-120)

************

Kalau kalian rasakan artikal ini baik untuk semua, ayuh kongsikan bersama... 

10.11.11

Penyumbang Utama Trafik ke Blog TheTimeLines

Hampir 2 tahun aku mengemudi TheTimeLines ini. Kepada rakan-rakan yang sedia menyokong semenjak penubuhannya sehingga ke hari ini, ribuan penghargaan serta terima kasih aku ucapkan buat kalian. Menjenguk lalu, mencari-cari di carian Google mahupun Yahoo, pembaca senyap, pembaca setia, pengkritik-pengkritik tetap, Rakan-rakan di Gerila Penulisan Kreatif, Jiran-jiran ku di Sahabat Blogger, Kelab Melekat Lekit, serta banyak lagi Group yang mungkin tak tersebut di sini, siapa pun kalian kepada TheTimeLines ini, selagi mana sokongan kamu terhadap TheTimeLines, terima kasih aku ucapkan... Hanya Allah sahaja yang bisa membalas kesetiaan serta keihlasan persahabatan kalian semua...

Di kesempatan ini suka juga untuk aku mengucapkan penghargaan kepada Blog-blog yang setia menyumbang trafik di TheTimeLines... Blog-blog itu adalah:

Terima kasih kerana selalu menyokong dan mendorong...

9.11.11

Cerita Zaman Kecil: Pesan Atuk (Bahagian 1)

Menyelak-nyelak peta ingatan ke zaman-zaman awal remaja, iaitu sekitar 15 tahun umur ku. Ketika tinggal bersama-sama arwah nenek. Nenek... Kata ganti nama, bagi ibu kepada ibu atau bapa. Atau kebiasaannya,perkataan nenek itu adalah gelaran yang ditujukan kepada golongan wanita yang telah lanjut usianya, melepasi usia 60-an. Namun, dikalangan cucu-cucu bagi keluargaku yang sebelah abah, nenek adalah gelaran buat kedua-duanya.  Baik lelaki mahupun perempuan. Cuma yang membezakan jantina kedua-dua nenek ku adalah perkataan ‘jantan’ atau ‘tina’ yang diletakkan mendampingi perkataan nenek itu sendiri. Yang laki-laki, nenek jantan. Manakala yang perempuan, nenek tina. Sudah tentu perkataan ‘tina’ itu sendiri, adalah ringkasan kepada perkataan ‘betina’. Barangkali untuk menjadikan bunyinya lebih sopan sedikit untuk disebut dan didengar. Ketika usia ku di zaman kanak-kanak, aku sering mempersoalkan perihal kata ganti nama itu. Selalu sahaja aku bertanya kepada Mak mahupun Abah. Mengapa?

“Mak, kenapa kene panggil Nenek Jantan? Kenapa kat Batu Pahat panggil Atuk?” aku menyoal emak, lantaran perbezaan aplikasi perkataan ‘atuk’ mahupun ‘nenek’ yang mengelirukan aku pada waktu itu. Kalau pulang ke Batu Pahat, panggilan untuk atuk itu, betul atuk. Tapi kalau pulang ke Mersing, mengapa yang atuk itu, menjadi nenek. Selepas itu, perlu ditambah perkataan ‘jantan’ pula di hujungnya. Bagi Mak pula, bila aku mula terlalu banyak menyoal, jawapannya mudah. “Ntah”. Itu tandanya Mak malas untuk melayan soalan-soalan aku. Bila aku soal abah pula,  akan menjawab dalam nada yang bersahaja. “Memanglah kene panggil macam tu”. Walaupun itu bukanlah jawapan yang menguraikan kekeliruan bagi anak-anaknya. Akhirnya aku mengalah dan tidak lagi mempersoalkan apa-apa. Nenek Jantan pun Nenek Jantan lah…

Berpeluang untuk membesar di Kampung Sawah Dato’ dan tinggal bersama-sama arwah Nenek Jantan menjadikan aku amat mengenali nenek ku itu. Lelaki tua berketurunan Banjar yang bertubuh sedang-sedang sahaja. Ketika berdiri badannya akan bongkok sabut, gara-gara lanjut usia. Tatkala duduk di kerusi, kakinya pasti akan disilangkan. Ada ‘style’. Di malam hari, apabila tidur, tubuhnya akan berkerekot mengiring, tidak kira ke kiri mahupun ke kanan. Kain selimutnya akan ditarik dari hujung kaki hingga menutup sebahagian kepalanya. Seperti juga aku, arwah adalah penggemar kopi O’ yang dibancuh keras-keras. Makannya hanya akan berselera pada lauk-lauk berkuah serta bergulai. Terutama Kari. Tidak kira apa pun, janji kari. Ikan mesti dikari. Ayam, mahu kari ayam. Daging, kalau tiada resepi lain, pilihannya kari. Kari… Kari… Dan kari lagi. Cerewetnya dalam soal makan, boleh tahan. Kalau tidak sedap, dan-dan itu juga dirungutnya. Kalau berminyak, terlebih atau terkurang rasa, waktu itu juga ditegurnya. Kalau sedap, tidak kedekut arwah memuji. Tetapi biasanya selepas makan. Katanya, “syok Yam masak kari hari ni. Bertambah aku makan”, sambil menunjukkan isyarat “good” dengan ibu jarinya.

Seingat aku, arwah memang rajin. Dikala usianya menjangkau 70-an, arwah masih gagah menghayun cangkul di dusun yang terletak kurang lebih sepelaungan di belakang rumahnya. Tanah beberapa ekar itu tekun ditanam dengan serendah-rendah sayur labu, hinggalah sebesar-besar pohon durian. Kalau setakat ingin menyayur, mak tak perlu ke kedai. Baik labu, kangkung, terung, buncis, cili, bendi, juga keladi. Kesemuanya boleh diperolehi secara percuma dari dusun yang dikerjakan arwah.  Itu belum termasuk buah-buahan. Kalau tiba musimnya. Tuhan sahaja tahu, bagaimana mewahnya kami dengan durian, manggis, rambai, kuini, pelam, bacang, tembikai, serta jambu air yang pastinya akan terbiar melacak-lacak ke tanah. Tak terkutip, tak termakan. 

Dalam puluhan pohon durian yang tumbuh gemuk dan subur itu, ada beberapa batang yang aku tanam bersama-sama arwah nenek. Arwah mengajarkan aku bertani. Sesudah tanah dilubangkan, anak semaian durian yang sedia ditanam itu, perlu terlebih dahulu dibacakan surah Al-Kauthar. Nenek segera meraih tangan aku dan dilekapkan pada tanah yang menampung akar anak semaian durian itu.


“Bace Inna a’thoina, reti?” nenek menyoal. Aku mengangguk. Surah lazim dengan 3 ayat itu sama-sama kami bacakan. Sesudah surah itu dibaca, arwah mengajak aku berselawat 3 kali. Sama-sama kami berselawat ke atas nabi. Selesai berselawat, barulah lekas-lekas anak semaian durian itu segera ditanamkan. Begitulah tertib nenek mengajarkan. 


“Kenapa kene mengaji nek?” seperti biasa, aku kanak-kanak yang banyak menyoal.


“Nanti pokok lekas besar. Banyak buah” jawab arwah. 


“Oooo” satu ilmu baru dari arwah, yang sampai ke hari ini masih lekat dalam ingatan aku. 

Persoalan ‘kenapa kene mengaji’ itu sebenarnya punyai persoalan lain yang tersirat. Aku tak tahu bagaimana untuk menanyakannya pada waktu itu. Persoalan itu terbawa-bawa sehingga aku menginjak dewasa. Bila teringat-ingat peristiwa itu, lekas-lekas aku cuba mencari jawapannya. Apakah rasionalnya bacaan ‘Inna a’thoina’ atau surah Al-Kauthar itu ketika menyemai semaian. Lekas-lekas tafsirannya aku cari. ‘Nikmat yang Banyak’. Aku sekadar menganggukkan kepala pada tafsiran makna perkataan Al-Kauthar itu sendiri. Pada makna ayat-ayat yang pertama dan seterusnya terus aku bacakan…


Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) ni'mat yang melimpah-ruah.  Kerana itu dirikanlah solah dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus keturunan” Surah Ni’mat Yang Banyak, Al-Kauthar…


Rapat-rapat aku katupkan tafsir Al-Khauthar sambil menarik nafas sedalam mungkin. Bersama segumpal rasa sebak. Teringatkan arwah. Teringatkan salah satu dari deretan pesannya, yang disampaikan menerusi Al-Khauthar. Sambil berbisik di dalam hatiku…


“Ya Allah… Sama ada hidup mahupun mati rimbunan pohon durian yang pernah aku semai bersama arwah dahulu, biarlah segenap dedaun yang masih segar atau yang telah gugur dari pohon durian itu, bersama buah-buah yang ranum mahupun yang sedang menanti berputik, biarlah keseluruhan perihal pohon-pohon durian itu, dari hujung akar hingga ke hujung pucuk, menjadi amal jariah buat arwah… amin…”


Bersambung…

Dosa

seandainya dosa itu bisa dilihat umpama seekor singa yang bersedia membaham mangsanya... seandainya dosa itu bisa didengarkan umpama letusan gunung berapi... seandainya dosa itu bisa dirasakan umpama patukan sang tedung...  aku mahu berhenti dari melakukan dosa... biar pun sekecil kecil dosa... tuhan... peringatkanlah aku pada dosa-dosa ku... kerana aku adalah hamba mu yang sedang leka... catatan dari hati, melalui gajet kecil ku...

8.11.11

Bangun

Celik mata
Bangun...
Duduk seketika...
Ini hari, hari apa ya?
Ini hari, perlu lakukan apa ya?
Menjeling pada wajah jendela
Ahhh!
Masih kelam...
Namun, mengantuknya sudah habis
Memilih untuk terus bangun
Mandi yang bukan wajib
Bercukur biar rapi
Sedikit sujud
Sedikit syukur
Esok...
Masih adakah bangun...?

TheTimeLines di www.benashaari.com

Apa lagi yang boleh aku kata. Apa lagi yang boleh aku rasa. Bila Otai dunia blog seperti Ben Ashaari menyebut blog kecil seperti TheTimeLines ini di laman blog milik nya. Terima kasih daun keladi, lain kali, kalau sudi, sebut lah lagi. Terima Kasih En Ben.


Semoga dengan terpaparnya TheTimeLines di sana, akan menambahkan lagi ramai kenalan dalam dunia blog ni. Jemput lah masuk... Di sini aku hidangkan kalian dengan entry-entry terpilih hasil tulisan aku. Selamat membaca...

Cerita Zaman Kecil: Abang Honel

Kuchai Lama

Hikayat Putera Nyamuk

Pen Merah, Pen Biru. You Marah, I Love You..

Cinta Mee Segera

Drama Juvana: Babak-babak Yang Tak Dipertontonkan Kepada Umum

Journey

Kasim Pantalon

Episod 1: Hikayat Seri Anggar

Episod 2: Hikayat Seri Anggar

Ini Jalan Ku (Terbit Kembali Bersama Komentar)

Aduhai Saleha

Derap Lantai III

Derap Lantai II

Derap Lantai

Puduraya

 Aku tak sempat nak edit mana-mana kesalahan tatabahasa dalam entry-entry yang aku publish-kan ni. Nanti-nantilah... Jemput lah membaca. Explore la sampai kehujungnya di TheTimeLines ni...

7.11.11

Segmen Review Blog GPK: Teh 'O' Beng

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pagi Isnin yang harmony. Masih dalam suasana raya haji nampaknya. Rata-rata ramai yang masih bercuti, termasuklah aku yang hanya akan mula bekerja semula esok! (Selasa)

Meneruskan cerita. Kembali dengan blog pilihan untuk di-review-kan pada minggu ini (maaf kepada semua, gara-gara lewat sedikit. Maklumlah... Raya...). Kalau nak diikutkan hati yang sedang malas ni, memang tak bergerak la kerja-kerja yang tertangguh ni. Tapi dek kerana semangat nak mereview member-member di GPK, aku gagahkan jugak. Penghargaan buat mereka-mereka yang selalu mendorong dan menyokong.

Minggu ini giliran Cik Teh Fatihah dengan blognya teh 'O' beng. Dalam bahasa melayunya teh o ais. Tak gitu Cik Teh Fatihah? Tertanya aku, kenapa teh 'O' beng. Terus persoalan tu aku rangkumkan, main agak-agak je. Mesti sebab minuman kegemaran tuan empunya blog ni, teh o ais. Tak pun, sempena nama beliau (Teh). Nasib baik Teh... Kalau Kopi ke, Nescafe ke namanya, tentu dah jadi kopi 'O' beng atau Nescafe 'O' beng kan... kan... kan... (kuang ajo punye Sam Banjamin... Main-main dengan nama Cik Teh Fatiah ni)... 
Ini Teh bukan sebarang Teh tau. Ini Teh manyak manis and pandai pose punye!  
    
teh 'O' beng. Apa kata aku...? Pertama kali menjengah... Hmmm... Blog ni amat gegril (betul ke aku mengeja ni?). Sebab ape, tata hiasnye menampakkan ciri-ciri tu.

Kepada yang nak view lebih jelas, boleh la klik sini  

Kreatif tak? Mana dapat ni Teh? Polka dot beserta ribbon tu nampak so gegril. Tak perlu dah warna-warna lain. Hitam dan putih pun dah cukup dah. Cun! 

teh 'O' beng. Apa lagi kata aku? Seperti juga blog Cik Belle yang aku ulas minggu lepas, Teh turut menjadikan blog sebagai medan meluahkan ape yang terbuku di dalam hati. Boleh la kalau nak dikatakan sebagai Diari Blog. Cuma gaya penyampaian Teh, dalam blog ni, amat santai, bersahaja, ringan dan ringkas. Pendek kata, kalau masuk blog ni, tak sarat kepala hotak.

Widget. Tak banyak. Cadangan penambahan, mungkin shout box kot... Tu pun kalau Teh berkenan nak letak la. Bukan ape, pengunjung yang datang, boleh tinggalkan jejak. Page Tehobeng'inside di Facebook tu, tak nak promote ke? Kalau boleh di-createkan badge untuk badge tu, why not di attachkan sekali pada blog ni.
Page Tehobeng'inside jom klik 'Like' ramai-ramai.
Blog ni baru. Follower pun tak ramai lagi. Jom bagi sokongan kat Teh Fatiah di teh 'O' beng nya. Buat Teh Fatiah, selamat maju jaya. Oh ye. Kirim salam pada kak nadia mustaqim yang selalu makan nasi lemak ayam di Anggerik Deli UiTM tu. Pernah singgah tak ke situ? Dulu sebelum tempat tu diambil alih company lain, Zulkifli Sa'don a.k.a Sam Banjamin la yang kerja sebagai pengangkat pinggan di cafe tu. 

"Hoi Sam! Nak review blog ke nak mengayat?!" sound Zulfikar Hazri.
"Entah tu... Eee.. What ever!" sampuk Cik Belle yang sedang ber-portable sauna.
"Ok.. Ok.. Cerita dah habis!" hish.. Tak boleh la aku nak borak-borak sikit!

5.11.11

Admin Says: Salam Lebaran

"Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah...." Wikipedia Bahasa Melayu




Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua dari pada kami di Gerila Penulisan Kreatif. Semoga hari raya disambut ceria, dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Admin Says: Logo Baru

Logo lama :
Logo ni dipakai sejak penubuhan GPK. Sementara mencari mood untuk menulis entry baru, elok juga kalau aku luangkan masa untuk mereka logo yang baru: 

Bermula Hari Ini. Memperkenalkan dengan tak seberapanya:
Adakah anda mempunyai hobi menulis seperti kami? Mahukah anda berkongsi idea serta pengetahuan bersama kami? Kami mengalu-alukan sumbangan karya anda melalui Blog, Discussions, Karya Bergambar, Comment, dan segala bentuk penulisan termasuk sajak, pantun, syair, gurindam, cerpen, novel dan sebagainya.

Mari berkarya bersama kami. Gerila Penulisan Kreatif (GPK)
 
Sekian Terima Kasih.



Pulang ke Halaman

dalam perjalanan pulang ke kampung. gelap malam menyebabkan aku tak pasti di mana lokasi kini... barangkali sudah melepasi sempadan ayer keroh melaka... doakan aku selamat sampai... aku ada sesuatu yang perlu diselesaikan esok... hutang review mingguan... hutang 'pesan atok'... semoga berilham...