27.9.11

Berjalan Kaki ke Singapura

Hari yang amat meletihkan.. Attend kursus "Pengusingan Bangunan" seawal jam 9.00 am. Kursus yang bernas dan amatlah praktikal untuk aku. Tapi sayangnya disebabkan penyampai ceramah dalam kursus tu 'beraksi' dengan aksi mendatarnya, maka tersengguk-senguklah kepala aku beberapa kali. Dan sampai ke satu tahap, badan aku mula condong ke kiri.. Dan sedar-sedar lengan aku disigung member sebelah.

"Oiii bangun oi... Ko jangan nak tido lak, kang ko tido, aku pun tido jugak!" bisik member sebelah. Mustaqim. Kaki tangan hotel yang turut sama attend meeting tu. Nasib baik la ade Mustaqim kat sebelah tu. Kalau tak tentu-tentu je aku dah "gedebokk!" terlentang ke sebelah kiri tu. Hehehe. Lawak-lawak.

Kursus sepatutnya habis jam 4.30 petang. Tapi nasib baik la. Secara tiba-tiba menerima satu pesanan SMS dari rakan sejawat "Zul n Arafat ke HKL. Syahril n Suhairi set dinner"... Yes inilah peluang untuk melepaskan diri dari sengsara mengantuk ni.. Dan dengan itu aku meminta excuse dari kursus seawal jam 12.00. Mana penceramah tu boleh argue. Ni titah Di Raja sudah mari... Perlu berada di Wad Di Raja HKL sebelum jam 2.00... Macam biase la... Layan geng-geng Istana Perlis...

So pukul 1 lebih baru gerak. Nasib la, harap-harap sampai on time. Walaupun agak rushing. Aku pun ape lagi, memanfaatkan masa selama 30 ke 40 minit tu untuk lena di ulit intan dalam van. Tak tau la apsal kelopak mata ni macam ade batu 20 kilo yang menarik-narik ke bawah agar tertutup. Nak kate aku tidur lewat kebelakang ni tak jugak. Mungkin letih la. Saban minggu  sibuk dan buat-buat sibuk.

Dipendekkn cerita, selesai urusan di HKL, kami gerak balik jam 5 lebih. Ah! Nak balik pun jalan jem ni. Ape kate belanje member-member ngeteh dulu di Kampung Baru. Layan nescafe ais dengan kuih pau lembut lagi sedap berinti cokelat. Tak lupa jugak roti bakar kaya... Perut lapar jugak, seharian tak makan. Cuma sempat ber'coffee break' sewaktu kursus pagi tu. Siap makan gerak balik ke Shah Alam. Meredah jem di ibu kota. Dek kerana bosan melangut sepanjang jalan. Layan "kad" ni best jugak. Mujur sempat capai set daun terup tadi. Bukan ape, dah tau, mesti bosan punye. Ade kad ni, boleh jugak dilayan. Opss.. Kami cuma main kad biasa-biasa sahaja. Main "cotaiti".. Sekadar suka-suka..

Sampai-sampai Shah Alam, hari dah habis rembang. Dah gelap. Tapi tak boleh balik rumah lagi. Disebabkan ade last minute function menanti. Function askar Sungai Buluh sana (Deiiii, ape Sungai Buluh sana dah tak de port function ke hah?!). Ape boleh buat, tanggungjawab dan komitmen. Ker.. Ker.. Ker.. Kerjaaaaa!!! Layan kan aje la..

Siap function jam 11 kot. Balik meredah hujan berteman BGY 6047. Sampai rumah, sunyi sepi. Kalau ade bini yang tunggu alangkah indahnya.. Hehehehe... Syndrome sunyi melanda... Maklumla... Bujang tak brape nak trang tang tang... Hmmm.. Layan kan je.. Capai kain baju kotor dan basuh.. Sape lagi nak basuhkan? Sendiri la... Bujang.. Bujang rajin.. Hhehehe.. Sementara tunggu siap baju dalam mesin tu.. Taip entry ni.. Penat.. Berjalan je agaknya dah berkilo-kilo meter.. Kalau kire langkah tu dari awal pagi tadi, agak-agaknya dah sampai Singapura dah!

25.9.11

Etika Majlis a.k.a Table Etiquette

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Raya kian kepenghujung. Namun di seluruh pelosok tanah air, tak kiralah walau di mana pun, function-function rumah terbuka masih giat dianjurkan. Tak mengira vanue, baik di pejabat mahupun rumah sendiri, dewan-dewan jubli, hinggalah ke hotel-hotel berbintang. Semuanya tak nak terlepas dari bergumbira dalam suasana hari raya bersama-sama sanak sedara mahupun rakan taulan. Malah tak hairanlah, kalau terdapat juga yang masih menganjurkannya setelah tamat Syawal kelak. Macam yang hampir-hampir terjadi kepada tempat kerja aku, Hotel UiTM. Hampir terjadi ye. Belum terjadi lagi. Cuma hampir-hampir terjadi.

Jawatankuasa bersidang buat kali pertamanya pada 19 hb kalau tak silap. Aku pun tak ketinggalan. Bermesyuarat untuk menetapkan menu serta tarikh majlis. Punyelah banyak open house dan jamuan hari raya dianjurkan di Hotel UiTM sepanjang minggu hadapan. Tu tak termasuk function-function seminar yang turut tersenarai sepanjang minggu tersebut. Bos aku tanya, minggu depan kosong atau tak. Mujur 28 hb tu, ade rongak 1 hari tanpa sebarang function. Kalau ade jugak, maka dengan selamba kemungkinan, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Hotel UiTM Shah Alam tahun ni, dianjurkan pada bulan Oktober. Bak kata bos aku... "Ape salahnya kalau buat lepas raya pun. Kite nak jamu orang makan bukan nak kire hari raya je..."... Logik... Logik... Cume...... 

****

Mari lupakan dulu soal rumah terbuka tu. Cuma, yang nak aku kongsikan di sini, masih lagi berhubung kait dengan berkunjung tandang serta berjamu makan. Pernah atau tidak korang dijemput ke majlis-majlis jamuan makan beradap? Atau pernah atau tidak korang duduk makan bersama-sama tetamu berstatus VIP pada meja ber'tag' "Meja VIP"?... Pernah? Atau paling tidak pun, "farewell dinner" masa zaman-zaman kampus dulu. Tak kira lah sama ada yang dihidangkan tu, set menu yang bermula dari appetizer dan soup, kemudian diikuti hidangan utama dan disudahi dengan dessert serta coffee atau tea. Atau paling tidak pun jamuan ala Buffet. Aku yakin, pasti kalian penah lalui pengalaman semacam tu bukan?

Aku tak nak sentuh la bab-bab berpakaian sebab aku sendiri pun buta fashion. Yang nak aku tekankan kat sini ni ialah berkaitan Table Etiquette atau pun Table Manner tu sendiri. Satu lagi aku nak tanya, kat tempat kerja korang, pernah tak didedahkan dengan Kursus Etika Majlis? Aku sarankan kepada mana-mana syarikat yang sering menganjurkan dinner di hotel-hotel besar agar menganjurkan kursus-kursus Etika Majlis ni. Baik dan sangat praktikal bagi menjaga imej syarikat serta amat berguna kepada semua kakitangan dalam memberi pengetahuan yang lain, selain hal-hal kerja mereka. Tidaklah kakitangan tu bosan, asyik la duk kursus "piawai miawai" sahaja sepanjang bekerja. 

Baiklah. Apa itu Table Etiquette? Table Etiquette ialah "the rules of etiquette used while eating which may also include the appropriate use of utensils. Different cultures observe different rules for table manners. Each family or group sets its own standards for how strictly these rules are to be enforced".. Hah! Macam tu lah kate Mat Saleh ni ni. Well.. Ermm.. I... Eh, cakap orang putih pulak. Atau dalam bahasa yang mudah difahami, table etiquette ni ialah, satu aturan etika yang diaplikasikan semasa makan dimana ianya melibatkan penggunaan peralatan yang sesuai serta mengikut turutan. 

Biasenye berlainan budaya, maka berlainan lah etika yang diamalkan. Namun, haruslah diingat, apabila ia melibatkan nilai-nilai etika, maka tidak kiralah apa bangsa sekali pun. Ceruk mana budaya sekali pun. Elemen-elemen seperti tertib, sopan santun, serta berhemah pasti akan dititik beratkan. Yang tambah cantik bagi orang-orang kita, khususnya orang-orang melayu, elemen-elemen ketertiban makan seperti mana dianjurkan oleh Islam turut diselitkan. Contohnya mudah, mulakan dengan Bismillah, berhenti sebelum kekenyangan dan disudahi dengan Alhamdulillah. 

Namun. Hmmm, bila sebut namun ni la yang terasa nak mengeluh ni. Tapi kene sebut jugak. Kene tegur jugak. Sebab yang sering langgar etika makan ni, bukan orang lain. Orang kite jugak. Pendek kata "Hissssh! Tak boleh dibawak masuk majlis betul la". Sampai macam tu sekali. Bukan ape. Malu ditengok dek orang luar. Orang luar yang hidupnya berbudaya tinggi. Dan malu bila orang luar tu duk ingat "yaks! the malay eat like they never eat! well their culture i guess". 

Bukan aku nak gahkan budaya luar, tapi, baik contohi yang baik bukan? Tu budaya mereka. Kita belajar, terapkan dan serapkan dengan elemen Islam yang kita ada. Kire kite buat penambahbaikan. Yang tak baik tu jangan la ikut. Diorang minum arak, kite tak boleh. Diorang makan pork chop, kite makan la lamb chop. Diorang letak wine dalam makanan, kite jangan duk ikut. Pendek kata, sesuaikan dengan budaya serta tuntutan agama kite la. Tu budaya meraka yang tak elok. Yang tak molek kite remove, kite ambil yang baik-baik je. Silap-silap haribulan, diorang akan terpesona melihat keanggunan budaya kita. Cume, ade beberapa hal ni yang patut kita buang. Jom baca lagi.  

Apa dia budaya kita yang perlu kita ubah semasa berkunjung ke Majlis-majlis Jamuan Makan ni? Sini aku senaraikan mengikut pengalaman serta pengamatan aku: 

Tak Perlulah Buat Mini Buffet Atas Meja Makan Korang
Selalu aku tengok, bile function-function buffet berlangsung. Agaknya dek kerana takut makanan tu habis, maka dikautnya sebangak boleh dari appetizer, soup, main course, buah, kek, kuih, pengat, ikan masin, telur dadar, ulam-ulam, nasik, ABC, cendol, mee goreng, pendek kata semua la kalau boleh. Sampai penuh meja tu dengan makanan die je. Tu baru sorang, kalau 2 orang. Kalau 3 orang. Malah kalau satu meja 10 orang? 

Hah bayangkan la. Dah macam earth quake dah!". Hishh. Memalukan. Tahulah lapar, tapi agak-agak la. Sopan la sikit. Ambil la satu-satu. Dari satu hidangan ke hidangan lain. Bertertib. Enjoy makan pelahan sambil layan persembahan yang ade. Sambil borak dengan rakan-rakan semeja. Ini tak. Duk pikir melantak die je.

In Hotel Industry, No Tapau-tapau!
Ok, paham. Paham sangat. Sedap kan? Tak Puas makan kan? Tak pun teringat kat anak-anak. Teringat kat jiran-jiran. Teringat kat sanak sedara. Paham sangat. Ye la, Puan pun sebuk nak ke function tadi, sampai tak sempat masak kan Puan. Simpati saya kat puan. Tapi, maaf la Puan. Lebihan makanan tak dibenarkan untuk ditapau pulang Puan. Hishh. Malah ade jugak yang marah-marah bile kemahuan tak diikut. Start la duk ungkit "customer is always right". 

Baiklah Puan, kalau betul nak bawak balik sangat. Bawaklah. Tapi atas risiko sendiri ye. Nanti kalau berlaku "cross contimination" pada makanan Puan, kami tak mahu bertanggungjawab. Dan satu lagi, pihak kami tak mahu menanggung kos pembungkusan makanan Puan. Business Puan, sebiji tapau box plastik ni mungkin la harganya 0.25 sen. Cuba bayangkan kalau ade 100 orang macam Puan ni . Dan setiap kali function berlaku perkara yang sama. Hmmm.. Saya dengar suara hati Puan duk cakap "ade aku kesah?! Tu masalah aku ke?!". Memang bukan masalah Puan, tapi, masalah budaya serta sikap Puan.    

Sebenarnya kes-kes tapau ni selalu je berlaku. Dan yang paling lucu, bile ade satu Puan ni, dah siap stanby plastik beg dalam tas tangan untuk tapau makanan. Mak aihhh.. Bini sape la ni!

Fahami Serta Pelajari Sequence atau Turutan Makanan Anda.
Sebab tulah aku kata, penting untuk mana-mana syarikat mahupun organisasi untuk anjurkan Kursus Table Etiquette ni. Tujuannya agar kakitangan tu tahu sedikit sebanyak tentang etika makan beradab ni. Bukan nak kire mahir la. Sekurang-kurangnya tak kekok. Kalau kekok dan tak tahu tu, buat cara tak tahu tak pe. At least kaki tangan atau server bertugas pasti sedia membantu. Yang tak best tu, buat macam pandai. Memandai-mandai. Sehingga yang pandai betul ni, melihat anda sebenarnya sedang "menari-nari canggung" di meja makan tu. Ada beberapa situasi melucukan yang nak aku kongsikan dengan korang. Jom baca terus.

"Dik... Dik... Mintak sup dik..." seorang tetamu di meja VIP yang pada masa itu dihidangkan dengan set menu mengangkat tangan seolah-olah sedang memesan makana di kedai mamak.

"Sebentar Encik. Nanti saya hidangkan" sabar aje la. Mungkin En Meja VIP ni tak tahu yang hidangan supnya akan sampai selepas selesai hidang appetizer. Dalam situasi macam ni, kadang-kadang agak susah untuk handle segelintir tetamu yang macam pandai ni. VIP lain yang duduk semeja dengannya pun perasan yang Encik Meja VIP ni canggung orangnya. 

"Eh Sulaiman, engkau tak mintak sup pun die serve kan?" satu lagi insiden yang berlaku. Tapi yang ni kire boleh la dimaafkan. Sebab tak terlalu obvious kecanggungnya. Mungkin kepada yang dah biasa makan di fine dining restoran pun tahu tentang sequence atau turutan menu yang dihidangkan. Macam yang aku cerita tadi. Bermula dengan appetizer, kemudian soup, lepas tu main course dan ditutup dengan dessert serta kopi atau teh. Jadi, tak kira la korang mintak ke tak ke. Menu tu tetap akan dihidangkan.

Makan Beradap ni Bukan Untuk Makan Sampai Kekenyangan
Hmm. Kalau korang terpaksa untuk duduk bersama dengan VIP pada satu-satu jamuan, aku nasihatkan agar elok lah kalau korang alas dulu perut tu dengan something, sebelum korang bertolak ke vanue jamuan tu. Bukan ape, kebiasaannya para VIP ni akan makan sekadar cukup syarat sahaja. Sekadar memenuhi jemputan. Sewaktu makan tu, kalau korang tengok VIP dah stop untuk menu yang seterusnya, maka eloklah korang turut berhenti. Jangan duk sental semacam. 

Hmm. Ok lah gang. Ade beberapa lagi info serta pengalaman yang nak aku kongsikan. Tapi ape kata kalau aku tangguh kan dulu untuk setakat ni. Lain hari aku sambung. Serious, kalau aku teruskan ni, banyak lagi ni. Takut panjang berjela sangat. Thanks sudi membaca. Bye..



24.9.11

Admin Says: Tutorial Blog "Entry Panjang VS Entry Pendek"

Hai gang. Salam harmoni. Salam Sabtu. Hari ni nak menulis entry ringkas dan padat sahaja. Tujuannya untuk 'meredakan' kekejangan otak akibat penulisan entry yang panjang berjela semenjak dua ni. Aku saje bereksperimen dengan beberapa 'genre' baru-baru ni. Kisah cinte, cerita hikayat dan jugak kisah zaman-zaman kecik dulu. Kesemuanya kalau kalian perasan panjang berjela yang mungkin menyebabkan korang berasa penat untuk membase entry-entry tu. Tapi, kat sini aku tak nak mintak maaf pun sebab membuatkan kalian semua kepenatan. Cuma ucapan yang lebih sesuai ialah, tahniah dan terima sebab sabar membace.

Putera Nyamuk tu? Steriotaip je. Macam kisah dongeng Putera Katak. Putera yang disumpah menjadi binatang jadian, yang lantas sewenang-wenangnya mintak cium dari Sang Puteri. Ape daaa. Tak de method lain agaknya untuk "heal" sumpahan tu. Jumpa ustaz kat Darul Syifaq ke. Jumpe Tok Imam ke. Ni mintak cium. Hmmm... Nakal yeee... "Cubit kang!". 

Macam tu lah lebih kurang ceritanya. Dan aku pulak sekadar bereksperimen. Disamping menyahut cabarab penulis blog erniefaizalsiti.blogspot yang meminta aku tuliskan kisah Putera Nyamuk tu. Ligat kepala hotak aku dok memikirkan ape agaknya jalan cerita yang sesuai untuk cerita dongeng tu. Last-last, elok jugak kalau diadaptasikan sahaja kisah Putera Katak yang selalu didengar tu. Maka terlahirlah entry tu.

Kenapa aku tulis panjang? Sejujurnya minat dan kepuasan. Aku puas sangat bila dapat tulis panjang-panjang, walaupun aku pasti merisikokan minat pembaca aku. Nah! Hasilnya, entry tu kurang mendapat sabutan. Tak "Box Opis" la kirenya. Dalam komen pun ade someone mention yang entry tu panjang. Dan bile panjang, orang kurang minat nak bace. 

Macam mana boleh jadi panjang mcm tu? Bukanlah panjang sangat pun. Cume untuk mendapatkan entry panjang macam tu, aku draft dulu. Nak draft macam mana? Cara aku, kalau tak aku draft atas kertas, dalam MS Word pun boleh. Draftkan bermula dari pendahuluan, diikuti isi-isi penting, dan disudahkan dengan kesimpulan ataupun penutup. Sebijik macam mase belajar matapelajaran Bahasa Melayu waktu sekolah menengah dulu. Kalian semua pun tentu pernah belajarkan? 

Masa men'draft' tu la pentingnya untuk kalian mencatatkan segala idea yang terlintas. Especially kalau idea tu jenis yang bernas, lucu, dan sebagainya.  Huraian? Lepas selesaikan men'draft' semua isi-isi penting tu, tibalah masanya untuk menghuraikan segala  isi-si penting masa menulis entry tu. Siapla kepala masa ni, ade rase pening-ening sikit. Mata pulak ade rase ngantuk-ngantuk sampai tersengguk.

Hasilnya bolehlah diperlihatkan bile entry tu siap. Bacalah semuala untuk memastikan segala kesilapan diminumumkan. Kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa. Paham ke tak dengan ayat yang ditulis. Sendiri baca, sendiri edit. Kalau masa membaca tu, tuan yang menulis sendiri tak paham apa yang ditulis, inikan pulak yang datang membaca kelak. Jadi, perelokkanlah seelok-eloknya.

Hmm.. Cukuplah tu. Sebuah entry ringan-ringan. Selamat menulis semua. Semoga kalian ejoy dengan minat menulis ni. Ingatlah, setiap apa pun entry yang kalaian titipkan, pasti tak akan disambut dengan rasa prejudis oleh aku. Aku paham, macam mana rasenye nak menghasilkan sebuah tulisan tu. Jadi, menulislah.... Tak kire panjang mahupun pendek. Sebab, blog kalaian, kalaian yang tentukan... Ade aku kesah?!

19.9.11

Hikayat Putera Nyamuk

Suasana di dalam kamar beradu di raja kemalap-malapan cahayanya. Hanya terdapat beberapa batang lilin yang dinyalakan. Cukup untuk menerangi sebahagian ruangan utama kamar di raja itu. Sesosok tubuh wanita yang kelihatan berusia, terbongkok-bongkok pada hujung kamar. Kelihatan juga sesosok kanak-kanak di atas perbaringan. Wanita tua itu menghampiri anak kecil itu. Dahinya diusap lembut, bersama sekuntum senyum serta renungan yang penuh kasih sayang.

“Mengapa Cu tak mahu lelapkan matanya?” soalnya lembut dalam nada yang seakan berbisik.

“Mahu dengar cerita-cerita dongeng dahulu” jawab ringkas anak kecil itu.

“Hmm…” segumpal nafas berhembus. Kemudian tersenyum dengan tangan tak henti-henti mengusap pada umbun-umbun anak kecil itu.

“Cerita yang mana satu?” ditawarkan pilihan kepada anak kecil itu.

“Kita mahu dengar kesudahan cerita malam yang sudah, Nek Inang sudah lupa?” jawab ringkas

“Emmm. Yang mana ya? Patik terlupa. Ya lah. Sudah tua. Akalnya lupa-lupa selalu?” sambil menggaru-garu kepala.

Anak kecil itu segera bangkit dari perbaringannya. Berdiri sambil bercekak pinggang pada tangannya yang kiri. Ketika berbicara, jari telunjuknya yang kanan disuakan pada wajah wanita yang dipanggilkan dengan nama Nek Inang itu. Keletah yang sedikit mencuit hati. Namun, pasti kemahuannya perlu dutirut tanpa ada bantahan.

“Kisah Puteri Raja dengan Sang Nyamuk. Semalam tidak disudahkan ceritanya. Bukankah Nek Inang sudah berjanji, mahu sambung malam ini”

“Iya-iya. Ampuni patik yang mulia puteri” Nek Inang pelan-pelan berkesot bersama jelepuknya, kemudian bangkit lantas duduk bersimpuh pada penjuru perbaringan. Sejurus itu, Puteri Nilam Sari segera berbaring semula. Kali ini kepalanya rebah pada simpuh ribaan Nek Inang. Ubun-ubun kepalanya sekali lagi manja diusap. 

“Nek Inang, apa yang terjadi kepada Puteri itu Nek Inang?” soal Puteri Nilam Sari.

Nek Inang termanggu-manggu seketika. Semula mendapatkan ingatannya pada malam yang lalu. Di mana cerita dongeng yang disampaikan ditangguhkan, setelah Puteri Nilam Sari terlena diribaannya. Wanita yang telah menjangkau usia tua itu, sedar benar, yang ketika ini daya ingatannya kian lemah. Mudah sahaja terlupa biarpun perkara yang ringan-ringan.

“Nek Inang. Ohhh Nek Inang”

“Iya. Apa berlaku kepada puteri itu. Emmm.. Emmm..” Nek Inang masih dalam keadaan termanggu-manggu mencari sambungan cerita semalam.

“Oh ya. Setelah Puteri Ayu menyerahkan titisan darahnya untuk diminum Sang Nyamuk yang mendakwa dirinya putera raja?” Nek Inang mendapat semula ingatannya. Mujur, jika tidak, mesti Puteri Nilam Sari akan mula membentak-bentak. Begitulah ragam satu-satunya anakanda raja yang diasuhnya. Manja dan terlalu banyak keletah serta kemahuannya. Segala-galanya pasti akan dituruti Nek Inang yang telah mengasuhnya sekian lama.

“Iya, apa yang berlaku kemudian?”

“Setelah Puteri Ayu menyerahkan titisan darahnya, Sang Nyamuk segera menghisap kesemua darah itu” Nek Inang menyambung ceritanya. Sambil tangannnya tak henti-henti membelai serta mengusap ubun-ubun Puteri asuhannya itu.

“Wahh, pasti Sang Nyamuk itu akan bertukar menjadi putera raja. Bukan begitu Nek Inang? Puteri Nilam Sari cuba meneka-neka jalan cerita yang dikisahkan. Lontaran  suaranya tampak lemah dengan matanya yang mula terkebil-kebil. Nek Inang tahu, Puteri Nilam Sari sudah mulai mengantuk.

“Ehhh… Belum lagi Cu” Nek Inang melengah-lengahkan cerita.

“Belum lagi? Bila?” soal Puteri Nilam Sari.

“Setelah menghisap darah Puteri Ayu, Sang Nyamuk terus sahaja terbang ke jendela. Puteri Ayu pula…” cerita Nek Inang terhenti di situ. Puteri Nilam Sari sudah pun terlena. Sememangnya sudah ketahuan oleh Nek Inang, anak kecil itu sudah keletihan setelah hari siangnya dipenuhi pelbagai perkara. Bermain, belajar dan lain-lain.

“Hmmm. Cu.. Moga-moga dewasa kelak Cu menjadi Puteri yang anggun sekali” Nek Inang berbisik pada ubun-ubun Puteri Nilam Sari. Satu kucupan lembut dikucupkan pada dahi puteri asuhannya itu. Nek Inang tidak segera berkalih. Tangannya terus juga mengusap dan mambelai dahi anak kecil itu. Kasih sayang yang tak terluak kepada puteri raja yang telah di’bela’nya sejak baru dilahirkan ke dunia.

Pelahan-lahan Nek Inang berkesot. Kepala Puteri yang sedang lena itu juga hati-hati dikalihkan pada bantal bersulam benang emas. Dahi anak raja itu dikucup lagi. Sudah jauh lenanya pada firasat Nek Inang. Segumpal nafas kelegaan terhambur. Lega hatinya apabila Puteri Nilam Sari mulai lena. Nek Inang perlahan-lahan meninggalkan Puteri Nilam Sari untuk pulang. Esok seawal kokok Sang Jalak, Nek Inang perlu segera bangkit untuk menguruskan anak asuhannya itu.   

*****
Keesokan paginya..

“Ayahanda! Bonda! Ayahanda!” Pureri Nilam Sari berlari-larian apabila melihat ayahandanya Sultan Nizam Syah.

“Cu… Usah berlarian…” Nek Inang menuruti langkah Puteri Nilam Sari. Namun tak betah berlari, hanya mampu berjalan pantas. Belum sempat menegah Puteri Nilam Sari dari berlari, puteri raja itu sudah pun tiba ke dakapan ayahandanya. Tangkas dan lincah langkahnya. Terus leher ayahandanya dipaut. Sekali raih, Puteri Nilam Sari didukungan Sultan Nizam Syah.

“Lihat anakanda, Nek Inang tewas berlumba dengan anakanda” Sultan Nizam Syah mengucup dahi anakndanya. Sambil memandang Nek Inang yang baru tiba.

“Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Tak dapatlah patik mengejar Puteri Nilam Sari kerna langkahnya terlalu deras Tuanku. Ampun Tuanku” Nek Inang bersembah menghadap.

“Hahahaha. Lihat tu anakanda. Nek Inang mengaku tak larat. Anakanda membesar kuat seperti ayahanda” sekali lagi dahi dan pipi anakandanya dikucup. Perlakuan itu diperhati Nek Inang dengan rasa sayu dihatinya.

“Kuat serta gagah seperti ayahandanya, namun kelak pasti ayu seperti bondanya. Ayuh anakanda, mari pada bonda” Permaisuri Permata Dewi menghulurkan tangannya untuk mendukung Puteri Nilam Sari. Anakandanya itu menurut sahaja.

“Mak Inang, sudah bersarap?” soal Sultan Nizam Syah.

“Ampun Tuanku. Usah khuatir Tuanku. Patik sudah pun bersarap Tuanku” jawab Nek Inang.

“Hmmm baiklah. Bagus”

“Ayahanda. Bonda. Malam yang lalu anakanda telah digigit oleh Putera Nyamuk. Lihat ini. habis tangan anakanda digigitnya” lengan kanannya ditunjukkan kepada ayahanda dan bondanya. Terdapat kesan bintat yang jelas pada lengannya. Puteri Nilam Sari bukanlah mengadu hal, cuma barangkali ketaksubannya terhadap dongeng Putera Nyamuk itu menyebabkannya berkata sedemikian.

“Apa! Bagaimana boleh digigit nyamuk?! Mak Inang, tak diasapkan terlebih dahulu kamar puteri beta?! Mengapa Mak Inang begitu lalai sekali?!” bernada tegas dan seakan murka.

“Ampun Tuanku, sudah menjadi rutin patik Tuanku, setiap malam, patik akan mengasapkan terlebih dahulu kamar Puteri Nilam Sari, Tuanku. Patik tidak pernah lalai melakukannnya Tuanku” jawab Nek Inang. Ada nada terketar-ketar pada suarannya. Bimbang yang teramat terhadap kemurkaan Sultan Nizam Syah.

“Sudah lah Kanda. Alahh. Cuma digigit nyamuk Kanda nak murkakan Mak Inang. Bukankah Puteri kita ini gagah seperti Kanda. Bukan begitu anakanda?” sambil mencuit hidung anakandanya. Bersoal. Namun bukanlah minta dijawab. Cuma sedikit membela Nak Inang.

“Mak Inang, tak mengapalah. Ini malam elok dipasangkan kelambu pada kamarnya Nilam Sari. Nanti kita titahkan tukang membantu Mak Inang ya. Mak Inang pergilah istirehat dahulu ya” lembut kata-kata Puteri Permata Dewi. Mengendurkan baran Sultan Nizam Syah.

“Ampun Tuanku, patik mohon bersurai…” melangkah beberapa langkah ke belakang, kemudian berpaling pergi dangan hati yang keluh kesah. Nek Inang melangkah dengan penuh sugul pada wajahnya. Adakah dirinya yang selalu sahaja lupa. Adakah dirinya yang lalai seperti yang didakwa Baginda Sultan. Nek Inang berkeluh kesah.

“Mak Inang… Mak Inang” namanya dipanggil. Langkah sugulnya terhenti. Kemudian berpaling.

“Ampun patik Tuanku Permaisuri” 
“Mak Inang usah khuatir ya. Kita percaya sama Mak Inang. Dari kita kecil dahulu pun, Mak Inang lah yang membela. Usah khuatir ya Mak Inang”

“Ampun Tuanku. Barangkali ada betulnya kata-kata baginda Sultan. Patik sudah tua Tuanku. Banyak yang terlupa. Banyak yang terlalai. Patik mohon ampun Tuanku” nada mulai sebak. Hati tuanya mudah tersentuh.

“Tak adalah Mak Inang. Lihat, dari waktu kita kecil sampai kini, Mak Inang masih ingat Dongeng Putera Nyamuk itu ya?” bijak Permaisuri Permata Dewi mengambil hati Mak Inang. Gurauannya itu membuat Mak Inang tersenyum semula.

“Hmmm… Yang itu pun, patik selalu lupa-lupa sahaja Tuanku”

Nek Inang kembali tersenyum. Di dalam hatinya berasa syukur kerna dikurniai Permaisuri Permata Dewi yang turut pernah diasuhnya satu ketika dahulu. Kini giliran anakandanya Puteri Nilam Sari. Namun, pada penghujung usia itu, Nek Inang terpaksa akur terhadap kudratnya yang kian menipis.

“Ampun Tuanku, patik mohon permisi dahulu”

“Ya. Baiklah”

Nek Inang melangkah beberapa langkah ke belakang, kemudian berpaling pergi dangan hati yang mulai reda. Sugul pada wajahnya juga hilang bersama rasa gundah. Langkahnya diperhati Permaisuri Permata Dewi. Sayu hatinya melihat pengasuhnya yang kian menginjak usia itu. Baginya Nek Inang banyak berjasa kepadanya. Asuhan dan bimbingannyalah yang mendidiknya sampai kini. Asuhannya penuh rasa tanggungjawab serta penuh rasa keibuan. Bagi Permaisuri Permata Dewi, dek kerana asuhan Nek Inanglah yang sedikit sebanyak membentuk peribadinya kini.

“Apa yang dimenungkan?” suara Sultan Nizam Syah memesong lamunannya.

“Kanda tak seharusnya berkata kasar pada Mak Inang. Dinda yakin Mak Inang tidak pernah lalai”

“Iya. Barangkali Kanda tersilap. Kanda cuma mahukan yang terbaik untuk satu-satunya puteri Kanda”

“Mak Inang itulah yang terbaik buat satu-satunya puteri kita”

“Pada kanda, Mak Inang sudah terlalu tua untuk Nilam Sari. Mungkin kita perlu rehatkan Mak Inang. Puteri Nilam Sari perlukan yang terbaik”

“Apa maksud kanda?”

“Puteri Nilam Sari perlukan yang terbaik”  

*****

Maka membesarlah Puteri Nilam Sari dengan penuh kesempurnaan. Kejelitaan, keayuan serta kelembutannya, mewarisi keperibadian bondanya, Permaisuri Permata Dewi. Ketangkasan gerak silatnya, keberanian serta kepintaran, mewarisi keperibadian ayahandanya Raja Nizam Syah. Puteri Nilam Sari juga dididik dengan ilmu-ilmu pentadbitan negara, ilmu-ilmu perniagaan serta dipupuk dengan sifat-sifat kemanusiaan yang mulia seperti adil, berani, berperi kemanuasiaan dan sebagainya. Terlahirlah seorang waris negara yang serba sempurna.

Namun, dalam kesempurnaan itu, terdapat sesuatu yang menerbitkan rasa walang di hati baginda Raja Nizam, apabila, kerajaan nya masih tidak terwaris. Bukan sahaja tidak dikurniai tuhan dengan seorang putera, malahan, Puteri Nilam Sari satu-satunya puteri baginda, masih belum menemui calon suami. Kalau pun bukan untuk mewarisi tampuk kepimpinan negara, cukuplah sebagai peneman sepanjang hayatnya sang puteri kelak, memandangkan usia ayahanda serta bondanya yang kian ke penghujung.

"Ayahanda, Bonda, apakah gerangan hajat ayahanda dan bonda menitah anakanda menghadap hari ini. Maaf atas kelewatan anakanda. Anakanda sibuk dengan urusan di pelabuhan"

"Hmm… Anakanda ku, anakanda membesar sempurna, gagah seperti ayahanda. Cantik seperti bonda. Cukup ilmunya. Cukup dengan segala kesempurnaan. Namun..”

“Namun apa ayahanda?”

“Alangkah elok kalau kesempurnaan itu dicukupkan lagi”

“Kesempurnaan ini tidak cukup lagikah ayahanda? Ampun kalau anakanda kurang periksa”

“Bukan begitu anakanda. Bonda juga ayahanda kepingin mahu melihat anakanda berkahwin. Ingatlah anakanda, ayahanda serta bonda sudah semakin lanjut usia. Kelak apabila kami tiada lagi di dunia ini, biarlah ada peneman buat anakanda disepanjang hayat anakanda. Lagi pun, kerajaan ini memerlukan waris agar ada kelangsungannya”

“Berkahwin? Ohh.. Tapi..”

“Bonda pun selalu rasa kepingin mahu menimang cucu. Anakanda selalu sahaja tiada di istana bagi melihat-lihat negara. Bonda ditinggalkan kesorangan, kelak jikalau sudah bercucu, bolehlah bonda bermain-main bersamanya” sampuk Permaisuri Permata Dewi.

“Bagaimana pendapat anakanda sendiri? Adakah anakanda sudah ketemu calon yang anakanda rasakan berkenan dihati?”

“Tiada ayahanda. Anakanda belum membuka hati untuk mana-mana lelaki untuk anakanda jadikan pasangan anakaanda. Apakata ayahanda saja aturkan segala-galanya. Ampun ayahanda, anakanda sibuk dengan urusan niaga, anakanda mohon meminta diri dahulu” Puteri Nilam Sari terus berpaling dan meninggalkan ayahanda serta bondanya.

“Minta kita yang aturkan? Bukankah sudah berpuluh pinangan yang datang atas aturan kita, namun kesemuanya ditolaknya?”

“Barangkali kita terlalu mendidiknya dengan kesempurnaan kanda. Maka kesempurnaanlah yang dicarinya”

Telah banyak pinangan yang datang mencuba. Namun kesemuanya ditolak oleh Puteri Nilam Sari. Alasannya, tidak ketemu cirri-ciri idamannya. Apabila sahaja pinangan sampai, pasti diujinya putera-putera itu. Kalau bukan dengan kepintaran, mereka akan diuji dengan kelincahan. Putera-putera ini dicabar bertarung dan bertempur. Janjinya mudah, jikalau ingin memiliki hatinya, maka wajiblah bagi putera-putera ini untuk  menang dalam pertarungan. Alangkah malangnya apabila, setiap yang dicabar itu tersungkur tewas ketika bertarung. Terpaksalah dilupakan sahaja hasrat untuk memiliki hati Puteri Nilam Sari. Pulang dengan perasaan hampa dan terhina.

****

Puteri Nilam Sari merebahkan kepalanya di perbaringan. Kesibukan dengan urusan kerja menyebabkan tubuhnya terasa letih sekali malam itu. Dicobanya beradu seawal mungkin, sesudah selesai santap bersama ayahanda dan bondanya. Matanya kian layu dan hampir-hampir terlena.

“Nilam Sari.. Ohh Nilam Sari.. Nyyiiiiiiiiiiiitttt” satu suara seakan berbisik pada corong telinga. Puteri Nilam Sari tersentak dari tidur-tidur ayamnya.

“Siapa!” jerkah Puteri Nilam Sari.

“Jangan coba bermain-main. Elok tuan hamba keluar!” sambungnya lagi. Nada yang begitu barani. Umpama serikandi yang mencabar lawannya.

“Patik di sini Puteri Nurnilam Sari. Nyyiitttttttttttttt”

“Di mana. Usah menjadi penakut. Lekas Keluar!”

 “Hamba ada di sini Tuanku. Di hadapan Tuanku”

Puteri Nilam Sari memusatkan pandangannya pada sesuatu yang sedang berterbangan dihadapannya.

“Tuan hamba? Nyamuk?”

“Ya. Hamba. Hamba nyamuk yang bukan sebarangan nyamuk. Hamba nyamuk berdarah keturunan raja dari kerajaan yang jauh”

“Tuan hamba Putera Nyamuk? Mustahil. Itu hanya kisah dongengan!”

"Dongengan apa lagi sekiranya patik benar-benar wujud pada dihadapan Tuanku. Jika tidak percaya biar patik buktikan” 

Terus Puteri Nilam Sari diserang. Putera Nyamuk hinggap pada pipi, lantas disuntik ‘jarum’ nya. Maka terasa gatallah pipi Puteri Nilam Sari. Lantas ditamparnya pipi sendiri. Putera Nyamuk mengelak. Kemudian menyerang pada kaki kiri Puteri Nilam Sari. Gatal lagi. Kali ini cuba dipijaknya Putera Nyamuk dengan kaki kanannya. Putera Nyamuk tangkas mengelak. Lantas yang dipijak tidak lain dan tidak bukan kakinya sendiri. Puteri Nilam Sari naik berang. Dilempar Putera Nyamuk dengan bantal serta segala yang sempat dicapainya. Namun, segala serangan Puteri Nilam Sari Berjaya dielak.

“Ahhh! Ini adalah pertarunagn yang tidak adil buat ku. Jika benar kau anak jantan, jelmakan diri sebagai manusia dan ayuh kita bertempur”

“Patik yang sekecil ini pun Tuan Puteri tak mampu tewaskan. Bagaimana pula jika patik menjelma sebagai manusia kelak”

“Ahh! Apa ku hirau kau segagah mana. Ayuh kita bertempur! Lekas, jelmakan diri mu sebagai manusia!”

“Baiklah. Namun sebelum itu, patik mohon pertolongan tuanku puteri”

“Pertolongan?”

“Ya. Tukarkan patik kepada manusia semula. Seperti sediakala”

“Apa maksudmu”

“Adapun patik telah disumpah oleh bonda tiri patik, seorang sihir yang sangat jahat. Patik telah terbuang dari negeri patik. Juga telah disumpah menjadi seekor nyamuk. Untuk menamatkan sihirnya, patik haruslah meminum setitis darah dari seorang puteri raja yang kuat hatinya”

“Apa benar kau akan menjelma sebagai manusia setelah meminum darah ku?”

“Percayalah tuan puteri. Patik tidak sesekali berbohong?”

“Bukankah kau bebas menghisap darah ku tanpa perlu memberitahu ku?”

“Patik tidak mencuri. Lagipun, inilah kali pertama patik melakukannya”

“Habis, selama ini bagaimana kau bisa hidup tanpa makan dan minum?”

“Bukankah patik nyamuk yang disumpah. Maka, berbeza dari nyamuk-nyamuk yang lain”

“Ohhhh… Errrrm. Baiklah, jika dengan setitis darah ku dapat menyelamatkan kau, aku bisa sahaja memberi, namun, ingat, pertarungan kita belum berakhir, kau ku kira menceroboh kamar ku, dan aku pasti menghukum kau”

Puteri Nilam Sari menghulur lengannya. Putera Nyamuk segera hinggap. Disuntiknya lengan putih gebu itu. Menerbitkn rasa gatal. Puteri Nilam Sari menahan rasa. Putera Nyamuk menyedut sehinga puas. Setelah selesai, suntikannya ditanggalkan serta terus terbang terapung-apung dihadapan Puteri Nilam Sari.

“Hmmm. Terima kasih tuan puteri”

“Baiklah. Sekarang jelmakan dirimu sebagai manusia”

“Nyiitttttttttt.. Terima kasih tuanku..”

Sekelip mata Puteri Nyamuk Terbang dan hilang dari pandangan. Puteri Nilam Sari mencari ke segenap arah. Namun tak ketemu. Perasaan tertipu mula terbit. Rasa geram mula menggumpal di sanubarinya. Puteri Nilam Sari telah ditipu oleh seekornya, yang mendakwa dirinya Putera yang disumpah.

“Hah!”

Puteri Nilam Sari tersentak dari tidurnya. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru lepas berlari. Rupa-rupanya sekadar berminpi. Bermimpi bertemu Putera Nyamuk.

****

Puteri Nilam Sari meneruskan penghidupan seperti biasa. Sibuk dengan urusan pentadbiran Negara. Sesekali berangkat menyetai keramaian di istana. Begitulah kehidupannya sehari-hari. Tanpa memikirkan tentang membina kehidupan berkeluarga. Puteri Nilam Sari masih belum ketemu calon yang benar-benar sesuai serta menambat hati. Hinggalah di suatu hari….

Puteri Nilam Sari dititah menghadap. Hari ini bakal berlangsung upacara rombongan meminang Puteri Nilam Sari dari sebuah negara yang kurang dikenali. Puteri Nilam Sari menghadap dengan langkah yang tampak tidak pernah kosong. Langkah seorang serikandi yang bersedia berdepan apa jua cabaran.

“Anakanda, perkenalkan ini Putera Megat Seri Inderawan dari Kerajaan Seri Samudera”

Mata kedua putera dan puteri itu saling berpandangan. Umpama ada panahan ketika mata mereka saling bertentangan. Ada rasa getar dihati Puteri Nilam Sari, namun segera dinafikan rasa itu. Di hatinya, layakkah Putera itu mendampinginya? Seperti biasa, perlu dicoba dengan ujian. Dan ujian buat Putera yang cuba melamarnya itu adalah, pertempuran di gelanggang silat.

“Kita bisa sahaja menerima lamaran Tuanku, namun ada syaratnya” Puteri Nilam Sari memulakan bicara.

“Mari kita selesaikan urusan kita yang tak berkesudahan tempoh hari. Apa kata tuan puteri?” Puteri Nilam Sari kebingungan. Hadirin yang hadir juga saling berpandangan.

“Tuan puteri mahu mengajak kita bertarung bukan?” Putera Megat mengalih semula tumpuan.

“Ya… Jika kita menang, Tuanku bisa pulang, Jika kita tewas, Tuanku perolehi penghormatan dari hati kita”

“Baiklah. Kita setuju”

Kedua-duanya masuk ke gelanggang. Bersembah raja kemudian memulakan tari bunga-bunga silat. Kedua-duanya masih belum bersedia menyerang. Sekadar merenung-renung serta menelah-nelah kelemahan lawan. Masing-masing bijak mengawal langkah.

“Terima kasih kerna membantu hamba tempoh hari” Putera Megat merapat dan berbisik ke telinga Puteri Nilam Sari. Puteri Nilam Sari menyerang dengan jurus pertama. Namun pantas dielak.

“Apa maksud mu?” soal Puteri Nilam Sari.

“Terima Kasih kerna menamatkan sumpahan kita” Putera Megat menjawab. Kali ini dikuis kaki Puteri Nilam Sari. Hampir-hampir terlentang ke gelenggang, namun Putera Megat lekas menyambut. Ketika itu sekali lagi mata mereka bertentang. Dan seperti biasa, Puteri Nilam Sari Menafikan pandangan itu dan segera bangkit semula. Kelebihan kepada lawannya kini.

“Tuanku. Jadi ini bukan sekadar dongengan?”

Seluruh alam menjadi gelap buat Puteri Nilam Sari. Hari ini menyaksikan kegagahan serta kehebatan Puteri Nilam Sari terhapus ditangan seorang Putera dari Kerajaan Seri Samudera. Puteri Nilam Sari rebah dek pitam hanya beberapa ketika berada digelanggang. Bukan tewas akibat serangan lawan. Namun tewas akibat kejutan yang hebat. Siapa sangka dongeng menjadi nyata. Kisah Putera Nyamuk yang didengarkan sewaktu kecilnya kini benar berlaku kapada dirinya. Dan ternyatalah hari ini, Putera Nyamuk itu, berjawa mengalahkannya..

Sekian, Tammat!                     

14.9.11

Terhukum

Kalaulah benar aku tidak sama seperti yang lain.
Mohon aku tidak dihukum sama seperti yang lain-lain itu...
Kamu berhak menyimpan segala kenang-kenangan itu.
Seperti berhaknya aku menyimpan apa yang masih aku kenang-kenangkan pada kenangan aku...
Cuma sedikit pun aku tidak menyamakan atau memperbedakan antara kamu dan kenangan aku...

Kamu hanya perlu menjadi diri kamu seadanya...
Tidak aku minta meluak mahupun menambahnya...
Cukup dengan apa yang ada pada diri kamu...
Yang aku suka itu..
Yang aku sayang itu..


Ungkapan sayang ini juga berbeda dari ungkapan sayang yang pernah kamu dengar dari mereka.
Jangan disamakan ungkapan ini dengan yang pernah kamu dengari.
Jangan dihukum aku berdasarkan kenangan kamu.
kalau benar aku tidak sama seperti yang lain.
Kerana, adilkah buat aku?
Seandainya sayang yang ku kendung ini adalah sayang yang sebenar-benar sayang...
Seandainya rindu yang ku rasakan ini adalah  rindu yang sebenar-benar rindu...

@>,-----

12.9.11

Pen Merah, Pen Biru. You Marah, I Love You..



tet 


tet 


tet 

2

tet 

1

tetttttttt

Sebuah terbitan The Universal Cartoon Studios
Dengan Kerjasama
The Pixar Animation Studios

MEMPERSEMBAHKAN SEBUAH FILEM ANIMASI 3D...

Pen Merah, Pen Biru... You Marah, I love You...
********
"Hai kalian. Terima kasih kerana sudi menemani kembara aku di sini. Hayatilah sebuah perjalanan hidup yang dipenuhi cabaran ini. Relaks.. Sandarkan kepala ke kerusi... Nikmati bersama insan-insan tersayang, bertemankan hidangan pop corn dan carbonated drinks... Ohh ya.. satu pesanan ku, jangan lupa, Please turn your mobile to silent mode. Kedua, dilarang membuat rakaman untuk salinan cetak rompak. Anak-anak muda, pasangan bercinta, jangan melakukan "aksi lain" selain menonton cerita ku... Selamat terhibur..."

Aku sebatang pen "ball point". Nama ku Bohlpen. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di pinggir bandar di sebuah kota industri yang pesat membangun. Hari ini merupakan hari pertama aku diciptakan. Sempena terciptanya aku, aku bersama-sama rakan-rakan diraikan pada satu majlis keraian yang ringkas. Aku bersama yang lain diperkenalkan kepada jurnalis. Agar cerita kehebatan ku dihebahkan kepada semua. Gambar-gambar ku diambil dari pelbagai sudut. Pastinya untuk tujuan hebahan. 

Tentang diri aku. Kalian tentu biasa dengan penggunaan ball point bukan? Di mana pun kalian berada, siapa pun kalian, tidak kiralah apa juga lapangan yang kalian ceburi, ball point-ball point yang kalian gunakan itu, kesemuanya adalah saudara ku. Cuma, dikalangan kami, kumpulan ku, adalah yang istemewa. Menurut pereka ku, aku bersama yang lain, diciptakan dalam bilangan yang kecil. Dilengkapkan dengan eksesori tubuh yang tahan dan terpilih, aku juga dilengkapkan dengan sentuhan akhir yang tampak ekslusive. Harga ku? Mampu milik. Pastinya kepada yang mampu-mampu sahaja.

Hari ini, aku bersama saudara-saudara ku menjalani proses akhir di kilang ini. Pembungkusan. Bermakna, selesai sahaja proses ini, aku bakal meninggalkan kilang ini. Waktunya aku tidak pasti. Namun, jujur aku katakan, aku sudah tidak sabar untuk melangkah keluar. Untuk bertemu pemilik ku yang pastinya bertuah memiliki aku. Destinasi ku seterusnya, pasti ke sebuah kedai yang turut menawarkan barangan ekslusive lain seperti juga aku. Berkemungkinan aku akan menepuh perjalanan yang amat panjang dan berhimpit-himpit di dalam kegelapan, bersama-sama dengan yang lain. Jangan ke mana-mana ya. Tunggu aku tiba ke destinasi seterusnya.

*******

Wahhh.. Pertama kali semenjak sekian lamanya, dapat melihat cahaya di nagara yang panas dan lembap ini. Aku sangkakan beberapa hari, rupa-rupanya berbulan-bulan aku menempuh perjalanan untuk tiba ke mari. Negara yang asing. Panas serta lembap cuacanya. Penduduknya juga halus-halus tubuhnya, berbanding di tempat asal ku. Bukan sahaja halus tubuhnya, malahan kulitnya, halus juga. Disamping bahasa yang lemah lembut serta santun. Aku mulai menyukai tempat ini.

Tepat tekaan aku. Tempat ku memang layaknya di kedai cenderamata ini. Barulah bertepatan dengan prestij ku, gaya ku, serta penampilan ku. Di sini aku ditempatkan ke dalam sebuah kotak pameran yang diperbuat dari kaca. Lampu-lampu kecil turut dihalakan mengelilingi tubuh indah ku. Kotak cermin, tempat duduknya aku kini, digilap saban hari. Lantas menyerlahkan lagi penampilan ku. Aku hanya perlu menunggu diri ku di miliki.

Hari demi hari, detik demi detik, aku lalui dengan sabar. Menanti dan terus menanti hinggalah ke detik yang ini. Kehadiran seorang rupawan yang wajahnya cukup lembut lagi indah. Memasuki kedai ini seolah-lah mencari sesuatu. Melihatkan kerumitan di wajah gadis itu, tuan aku, yang juga pemilik kedai itu menegur gadis manis itu.

"Hai miss, are you looking for a gift?" tuan aku menegur gadis itu dengan ramah tamahnya.

"Yup. But I am not sure yet la. Do you have any recommendation?" gadia manis itu memohon agar dirinya diberi sedikit panduan dalam memilih. Terlalu banyak barangan istimewa di kedai ini. Semuanya menarik perhatian sehingga berlaku rasa rambang mata pada setiap pengunjung yang hadir. Maka di sini lah Mrs Tan, pemilik kedai ini, akan memainkan peranan dalam membantu pelanggan.

"Ermm. Let me guess first. Emmm someone special?" Mrs Tan meneka. Dan bijak mengambil hati. Rata-rata sepanjang aku berada di kedai itu, Mrs Tan sangat gigih dalam menjalankan perniagaannya. Beliau juga bijak mengatur kata-kata dalam perbualannya dengan pelanggan. Ramai pelanggan yang datang tidak akan bersa hampa dengan layanan serta khidmat yang diberi oleh Mrs Tan. Cuma aku berharap, agar kali ini, adalah giliran aku untuk diperkenalkan kepada pelanggan ini.

"Ermm.. Yaaa..." pendek jawapan gadis itu. Pada wajah gadis itu, terukir satu senyuman yang manis. Pastinya gadis itu berasa selesa dengan layanan Mrs Tan.

"Very-very special one?" Mrs Tan menambah lagi. Kali ini disertakan dengan ekspressi seolah-olah bergurau mesra dengan gadis itu. 

"Yaa. Very-very special one... Hahaa" jawab gadis itu berserta angguk-angguk kepala. Senyumannya tidak lekang dari bibir.

"A guy? Erm.. Must be your lover.. Am i right?" 

"Hahaha. Ok right. My boy friend. But i lewat la bagi present for him. Suppose semalam. But my flight delay and i just arrived this morning" jelas gadis itu.

"Ok. Dont worry. Last present you bagi die ape?" soal Mrs Tan.

"Ermm. Jam tangan. Neck tie pun dah pernah bagi"

"Ok ok. Let me suggest u with this" terus kotak kaca tempat aku diletakkan di buka. Gadis itu meneliti aku. Berdebar aku rasakan pada saat itu. Berharap, inilah masa dan ketikanya aku dipilih untuk dimiliki.

"A pen? Is it okey..?" soal gadis itu mendapatkan kepastian.

"Of course. Trust me. He will like it. Everyday bila die guna pen ini, die pasti akan ingat you maa..." Mrs bijak meyakinkan.

"Ok la. Deal. But please ermmmm"

"Balut hadiah ka? Sure, provided and free of charge. You tak mahu jot something ke?. I bagi u a card. Dont worry free gift. And you bole cuba pen ini sekali. Kalau tak okey, I ade stok lain."

"Sure.. sure.. Thanks remind me... How much?"

"RM 299 miss"

"Ok. Please make it fast please"


*******

"Dear Nasrul...
Pen merah.. Pen Biru... You marah... I love You.. 
Sorry my flight delayed and tak sempat celebrate brithday you..
With love.. Puteri...

Kad ditutup. Terpancar senyuman dari wajah tuan baru ku, Nasrul. Seorang eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Kini bermulalah kehidupan aku bersama Nasrul "ku". Azam ku untuk memberikan khidmat terbaik buatnya. Ternyata juga tuan baru ku amat menyenangi aku. Tidak kira samaada diletakkan ke poket baju, mahupun diselitkan bersama diary tugasannya, ke mana sahaja tuan aku pergi dalam urusan kerjanya, pasti aku akan dibawa bersama. 

Kehadiran aku menjadi pembakar semangat kepada Nasrul. Aku dijadikannya sebagai antara barang-barang kesayangannya. Hidupnya menjadi tersusun dengan kehadiran aku. Maklumlah. Segala aktiviti melibatkan tugasannya akan dicatatkan meggunakan aku. Yang sentiasa berada disampingnya. Prestasi kerjayanya juga gemilang bersama aku. Beberapa kejayaan turut ditempa sepanjang ketika ini aku bersamanya.

Perhubungan Nasrul dengan Puteri juga ku lihat sebagai berjalan dengan penuh warna-warna keindahan. Aku sering melihat mereka bersama dalam keadaan yang begitu ceria. Biar pun bekerja di syarikat berlainan, sesekali, kedua pasangan ini akan mencuri-curi masa untuk makan bersama. Pada masa itulah Nasrul akan turut membawa aku bersama. Sengaja diletakkan aku pada poket bajunya. Agar kelihatan oleh Puteri. Pernah juga Puteri bertanya tentang aku apabila terpandang aku pada poket baju Nasrul.  

“Pen tu okey tak? You suka?”

“Okey. Okey sangat. Pandai you pilih. Sedap la dipakai. Sesuai sangat untuk tulisan I yang cakar ayam ni”

“Hahahahaha” perbualan mereka itu disudahkan dengan hela tawa yang bahagia. Dan aku turut bahagia bersama mereka.


********

Berbulan aku melihat mereka bahagia. Hinggalah pada suatu hari. Hari itu mengubah segala-galanya. Mengubah tuan aku. Mengubah aku. Juga mengubah kekasihnya, Puteri. Hari yang sebegitu malang buat kami. Di mana kebahgiaan mereka mula tergoyang akibat sesuatu yang tak mampu mereka elakkan. Restu keluarga.  

Nasrul menerima satu pesanan ringkas di telifon bimbitnya. Berhubung apa, dan dari siapa aku kurang pasti pada mulanya. Cuma yang pasti selepas sahaja menerima pesanan itu, wajahnya  berupah. Hilang seri, seolah-olah sesuatu petaka yang sedang menimpanya. Didailnya telefon bimbit beberapa kali, namun, panggilan demi panggilan yang dibuatnya tidak bersambut. Aku runsing melihat perubahan dirinya.
 
Nasrul sekadar mundar mandir gelisah dipejabatnya. Rutin hariannya tidak dipedulikan. Panggilan talifon ada yang dijawab ada yang dibiar tak bersambut. Satu perubahan yang ketara aku lihat. Sesuatu yang amat memeranjatkan aku apabila potret wajah Puteri yang biasa diletakkan di atas mejanya diraih keras dan terus dilemparkan ke dinding. Terhambur segala kaca yang melindungi Potret indah itu. Bagaikan ada amarah yang tak tertahan di benaknya . Kini aku sedari, tidak lain dan tidak bukan. Hubungan mereka pasti sedang dilanda petaka!

Kunci kereta diraih bersama telefon bimbit. Termasuk juga aku serta beberapa barang-barang yang lain. Nasrul terus berlalu meninggalkan pejabatnya. Teguran rakan-rakan tak dipedulikan, tidak seperti selalu. Rata-rata yang terserempak dengan Nasrul, melihatnya benar-benar aneh sekali. Firasat aku kuat merasakan yang, pejabat Puteri lah tempat yang bakal dituju Nasrul. Pintu kereta dihempas keras. Enjin dihidupkan dan ketika memandu, pedal minyak ditekan semahunya. 



“Hai En Nasrul” Tegur penyambut tetamu ketika Nasrul tiba di ruang legar pejabat Puteri berkerja.

"Puteri ada?" soal Nasrul dengan ketat pada wajahnya yang tak mampu lagi dilindung-lindung.

"Ada, tapi Tengku Puteri tak mahu berjumpa siapa-siapa hari ini. Termasuk En. Nasrul. Kalau Encik Nasrul... Encik Nasrul. Tunggu Encik… En Nasrul tak dibenarkan masuk. Ini arahan Tengku Puteri"

Belum pun sempat penyambut tetamu menyudahkan kata-kata,Nasrul menyerbu masuk muka pintu pejabat yang betulis dengan nama "Y.M Tengku Puteri Sarah Bt YM Raja Hassan. Nasrul bukanlah asing bagi pekerja-pekerja di pejabat itu. Malah sering sahaja keluar dan masuk secara kerap untuk bertemu Puteri. Namun, hari itu tidak seperti biasa. Sesiapa pun enggan ditemui malah dilarang memasuki pejabat Puteri. Arahan itu langsung tidak dipedulikan Nasrul Malah terus meluru menuju kea rah Pejabat Puteri.


"Maaf Tengku. Saya dan bagi tahu but...."

"It’s ok Ika. Let him" ujar Puteri Sarah. Penyambut tetamu segera mengundur diri dan menutup pintu.

"Explain!" Nasrul menengking sambil menunjukkan pesanan ringkas yang diterimanya. Itulah pertama kali aku melihat tuan ku yang selama ini berperwatakan pendiam secara tiba-tiba naik angin.

"I dah explain panjang lebarkan? Tak cukup ke?" jawab Puteri.

"Ini bukan explanation! But ini tak bertanggungjawab! You tak pernah berbincang dengan I tentang perkara ni" kata-kata Nasrul yang akhir itu bagai disudahkan dengan nada segumpal kekecewaan yang amat. Segala kekuatannya bagai hilang lantas terus terduduk pada kerusi di hadapan Puteri. Kedua-dua tangannya ditekapkan pada ubun-ubun kepalanya. Nasrul tertekan.  

 “I tahu you marah. I tahu you kecewa. But bukan you sorang yang alami. I pun sama. But ape yg boleh I buat. Ni kehendak parent I. Hidup I ni terikat dengan tradisi keluarga Nas, you tau tak? I tak boleh, malah tak akan belakangi keluarga I semata-mata..." kata-kata itu bagai terhenti di situ. Tak terluah. Puteri mula menahan sebak serta air matanya yang hampir tertumpah.

"Semata-mata what?! Semata-mata because you nak hidup dengan orang kampung macam I? Semata-mata nak penuhi cerita dongeng cinta bangsawan you dengan rakyat biase macam I?

“Nas please, I tak pernah fikir macam tu. I…” Puteri memintas kata-kata Nasrul. Namun belum sempat menghabiskan kata-kata, Nasrul terus meningkah.

“You never explain me tentang tradisi family you yang menghalang orang macam.  Kalau lah yang I tahu wujud perkara macam ni, awal-awal dulu I nafikan rasa hati I pada you. Waktu mula-mula you datang pada I. Waktu mula-mula yang you cakap, you anak raja yang keluar istana untuk hidup macam orang biasa!” Nasrul mengungkit segala-galanya.

“Nas.. Please stop it” Puteri merayu agar Nasrul berhenti menyakitinya.

“But nak buat macam mana. I jatuh hati pada Puteri yang membawa impian cerita cinta dongengnya. Cinta pada puteri yang keluar istana membawa cinta main-main! Cinta coba-coba!"  

"Nas… I tak bermaksud.." esak-esak tangisan mula terbit.

"Enough Puteri!" Nasrul terus bangkit lalu meninggalkan pejabat Puteri.

Nasrul ke tandas. Mencuci mukanya. Wajahnya ditatap pada cermin. Sekali lagi wajahnya dicuci. Kemudian dilapkan dengan kertas tisu yang dicapainya ketika memasuki tandas tadi. Poketnya diseluk. Lantas mengeluarkan sekeping kad. Ya. Itulah kad yang diterimanya sempena harijadinya beberapa bulan yang lepas. Pemberian Puteri. Yang diserahkan bersama-sama aku. Kali ini firasat aku kuat mengatakan yang kad itu bakal terbuang. 

Firasat aku benar. Malah Nasrul melakukan lebh dahsyat lagi. Pemetik api diseluk dari poketnya dan dinyalakan. Kad ucapan itu dibakar. Hangus dan ditinggalkan ke dalam sinki. Aku mula risau akan sesuatu. Seandainya kad itu dibakar. Adakah aku bakal menerima nasib yang sama. Aku hanya menyerahkan nasib ku kepada takdir. Jelas sekali lagi aku benar. Nasrul mengeluarkan aku dari poketnya. Direnung aku dengan wajah yang bengis. 

"Huh! Pen merah, pen biru.. Now aku betul-betul marah.. But it doesn’t meant anything to you right?!" serentak itu, aku terus dicampakkan ke lantai. Terhempas aku pada lantai. Mujur Binaan tubuh ku kukuh. Dan aku tidak mengalami sebarang kerosakan. Nasrul terus berlalu pergi. Itulah kali terakhir aku melihatnya.

*******

"Ehh... Siapalah yang  dok buang pen lawa-lawa ni?" tubuhku diangkat lantas dilap.

Tolong!! Pulangkan aku kepada tuanku.. Aku hanya ingin bersama tuan ku. Aku tahu dia tidak sengaja membuang aku. Tolong!!!  

"Ni kalau tolak kedai ni 30 ke 40 ringgit boleh dapat ni..." lelaki itu membelek-belek aku. Terus aku dimasukkan ke dalam poketnya.

Hah! Tidak. Tolong kembalikan aku kepada tuan ku….! 



********

"Kami menerima dan menjual barang-barang terpakai pada harga yang boleh dirunding" Itulah yang tertulis pada kain rentang sebuah kedai menjual dan membeli barangan terpakai yang dikunjungi lelaki yang menemui aku tadi. Keadaan kedai yang lusuh. Dengan suasana hiruk pikuk bandaraya menjadikan aku sedikit janggal dengan tempat baru. Namun aku harus segera membiasakan diri ku dan menerima semua ini sebagai sebuah takdir. Jauh did al hati. Aku merindui tuan lama ku Nasrul dan kekasihnya Puteri. Namun apakan daya. Bermula dari saat itu, aku tidak lagi akan bertemu mereka. Semoga perhubungan mereka berakhir bahagia seperti biasa.  

"Bos, berapa you mau ini pen? Gua mau tolak la" aku di serahkan kepada taukeh Cina yang agak berusia itu. Di belek-beleknya aku beberapa kali. Sesekali mata pena ku di conteng-conteng pada kertas. Taukeh Cina itu menganggguk-angguk. Namun…

"Haiya.. Ini macam punye balang pun mau tolak ka? Ini balang tak de harge maaa" tersentak aku mendengar penjelasan taukeh cina itu. Bagaimana semudah itu dia menilai aku.

"Ala.. lu kasik gua 30 ka.. 40 ka.. ok laa..." lelaki itu menawar harga.

"Lua puluh ok la.." taukeh kedai itu menawar lagi.

"Ok la.. ok la.. Bagi la Gua 20... Lai lai" urus niaga mereka selesai di situ setelah taukeh cina itu menyerahkan 2 jeping note sepuluh ringgit kepada lelaki yang menemui aku tadi.   

“Lu manyak ong ma. Ini macam wa boleh untung besat punya. Haha. Boloh punye olang. Gua cakap 20 linggit pun percaya. Ini balang baik. Germany mali. Hahahaha” nampaknya taukeh cina itu berjaya memperdaya lelaki tadi.

Ternyata selepas ini aku akan dijual dengan harga yang lebih tinggi, Memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada taukeh cina ini. Tetapi, mengapalah dia harus berbohong. Hari ini aku belajar sesuatu tentang manusia. Berbohong untuk kepentingan diri sendiri. Aku teringat kepada tuan ku Nasrul. Adakah benar jujur penjelasan Puteri sewaktu meminta perpisahan kelmarin. Ataukah Puteri sekadar berbohong untuk melepaskan dirinya.

Tamat


********


"Ye, Mau cali ape?"

"Tu. Yang dalam poket lu tu"

"Ini balang tatak juai ma.."

"Lu tak jual kalau gua tak bagi lu harga baik kan.. Berapa lu mau"

"400"

"Weii.. Mana masuk akal”

"350 Mau tak mau. Ini balang Germany maa?"

"Ermm.. 250 gua angkat. Amacam?"

"300.. Last..."

"Ok..ok... 300!"



*****

2.33 am..
Sebuah lagi hasil tulisan SM Banjamin
Nota kaki: Suke entry ni? Komen-komen anda amat dihargai.. Kalau tekan "like" aku sayang korang... @>,----
Kalau korang share.. Memang korang teman terhebat!