2.8.11

Bulan Ramadhan Vs Masa Berblog

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Alhamdulillah. Sempai bangun untuk bersahur kemudian terus solat subuh. Mujurlah dikejutkan oleh adik tadi. Keluar bilik hidung dijamukan dengan aroma masakan "ayam masak taucho". Aku makan dengan lekas-lekas. Maklumlah. Waktu sahur kian ke penghujung.

Bulan ramadhan ni memberi banyak ruang masa buat kita semua sebagai warga blogger bukan. Espeacially yang macam aku. Yang bekerja dalam sektor perhotelan ni. Maklumlah, siang mane ade orang makan. Jadi dari segi penjadualan kerja, telah banyak dianjakkan. Masuk pun tengah-tengah hari. Dalam jam 1. Jadi, masa perantara yang ada, sebelum masuk kerja tu boleh sangat diluangkan untuk aktiviti-akti ilmiah seperti menulis blog ni.

Cuma yang perlu dikorbankan sebagai bayaran kelongggaran masa tu ialah peluang untuk berbuka di rumah. Terpaksa lupakan. Macam korang, barangkali pulang kerja mengikut waktu pejabat. Sempat untuk singgah ke bazar-bazar atau pasar-pasar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka di rumah. Ada yang gemar masak, pun sempat untuk membeli segala rencah untuk menu berbuka. Aku, korbankanlah untuk berbuka ketika waktu bertugas.

Dikala korang semua khusyuk bertarawih di masjid atau surau, aku pula tak berkesempatan melakukannya secara berjemaah macam korang. Pun kerana sedang bertugas. Itulah bayaran yang terpaksa dilakukan. Kerja! Tapi tu bukan alasan untuk tak bertarawih kan? Alasan je. Apedahhh. Tak pe. Ade off day atau cuti. Tak de ape-ape2 masalah gangguan kesihatan, moga Allah mudahkan jalan untuk dapat bersama-sama tetamu allah yang lain menjalankan ibadah tarawih di rumah-Nya.

Masa untuk menulis pula, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni, aku lebih gemar menulis selepas subuh. Masa tu mata pun tengah segar. Dan pagi-pagi mungkin otak tengah fresh, maka elok lah kalau dicurah segala cerita yang nak dikongsikan bersama korang semua pada waktu-waktu ni. Alhamdulillah, semoga aku istiqamah untuk terus dapat menulis pada waktu-waktu macam ni. Semoga diberikan kekuatan.

Waktu siang (ketika waktu-waktu bekrja) adalah masa yang sesuai untuk melayan kunjungan korang. Menjawab mana-mana komen terbaru. Itu pun kalau sempat. Maklumlah. Sesekali jenguk. Itupun dengan Mobile Internet. Takkanlah 8 jam kerja tu nak berkepit dengan phon je kan... Ade masa terluang, sempatlah melayan...

Blogwalking pula, sebelah malam. Aku memang suke membace blog-blog korang sebelah malam. Especially blog-blog kesayangan hamba, member-member GPK. Waktu malamlah, selepas pulang dari kerja (10.00 malam) akan aku gunakan untuk mengunjungi korang. Jadi, korang yang sempat singgah tu, jangan lah lupa tinggalkan jejak kat mana-mana ye. Senang aku nak jenguk balik...

Korang pulak? mesti banyak masa kan... So, gunakanlah kelapangan masa pada bulan Ramadhan ni sebaik mungkin. Tulislah yang elok-elok. Kongsikan dan pesan-pesan yang baik-baik. Insyaallah.. Dengan hati yang ikhlas, pasti ada ganjaran dan keberkatan... Mudah-mudahan....

1.8.11

Diari Lelaki: Cinta Itu Hanya Sandaran Pada Mu...

1 Ramadhan 1432 H. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Subuh dingin yang harmoni. Bertebaranlah para malaikat subuh mencatat, mencatit segala amalan ummat akhir zaman. Ikhlaskanlah amalan... Mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah SWT.  

@@@@@

Cinta Itu Hanya Sandaran Pada Mu. Ngeee. Glrrrrr. Glup. Sangkut kat halkum. Pagi-pagi Ramadhan ni aku nak buat entry cinte ke? Biar betul ko Sam Banjamin. Drastik dan berani sungguh. Jap... Jap... Jap... (Bagi aku beberapa minit. Aku nak @#$$#6 jap).......
Beberapa minit kemudian.......

"Fuhhh. Lega"

"Ceh!! Tak senonoh betul ko ni kan!"

Hmmm. Semula. Cinta Itu Hanya Sandaran Padamu. Pernah atau tidak situasi ini berlaku kepada korang? Tapi sebelum tu,  apa itu "Cinta Hanya Sandaran" tu? Bagaimana ia boleh terjadi? Adakah ianya sebuah drama Slot Cerekarama yang membariskan Fasha 'Sanda' sebagai heroin, maka terbit kisah Cinta Itu Hanya Sandaran Padamu. Jadi bagaimana? Begini. Pada pandangan aku. Cinta hanya sandaran ini biasanya terjadi apabila awek korang sekadar meletakkan korang sebagai objek melepas nafsu untuk mengisi kekosongan di dalam hati mereka. Maka jadilah cinte yang korang harapkan tu, hampeh. 

Cinta hanya sandaran jugak (pada padangan aku la) terjadi apabila, korang ni sekadar digunakan sebagai tunggangan kepada si awek. Kehadiran korang sebagai BF ni sekadar apabila diperlukan sahaja. Sebagai contoh, korang sekadar dihubungi ketika si awek mengharapkan sesuatu atau dalam kata lain, 'Emergency Case'. Hah. Tu memang peranan korang. Maka bersedialah menjadi 'Doctor On Call' kepada awek-awek yang macam ni. Lumrah kehidupan sebagai Doctor On Call, service kene on 24 jam. Bersedialah dengan panggilan-panggilan kecemasan mereka. Tanpa gagal.
Bf : Hallo

GF : Hallo. Awak sibuk ke?

BF : Emm. Ade la keje sikit. Nape wak? 

GF : Erm... Emmm.. Awak ada masalah la

BF : Masalah? Masalah ape?
GF : (Nada merayu bercampur sedih) Ermm.. Tadi saye pi kopleks. Saye letak moto kat bahu jalan. Tibe-tibe datang lori MBSA angkut motor saye. Banyak motor kene angkut wak. Macam mane ni wak. Awak... Tolong saye ye. Awak teman saya pi bayar saman dulu then kita pi ambik motor saya tu ye..

Bf : Ok. Saye OTW. 

Biasenya, keadaan cinta hanya sandaran ni berlaku apabila si awek sebenarnya dalam perjalanan mencari Cinta Idamannya, tetapi hatinya tak boleh terbiar kosong. Dan dalam perjalanan tu, terjumpe pulak korang. Korang pulak masa tu boleh la dikatakan available. So, why dont she try. Biasenye mereka akan menggunakan taktik "playsafe" atau cara selamat dengan mengelakkan dari hubungan tu di'diclare'kan. Dalam pada masa yang sama, mereka mahu anda kekal berdampingan dengan mereka. Puncanya untuk lebih memudahkan mereka 'terbang', 'hinggap', dan 'bersandar' ke dahan lain apabila anda gagal dalam penilaian mereka. Di mata umum, korang akan kelihatan seperti couple yang sedang hangat bercinta. Namun hakikat sebenar, bila-bila masa sahaja korang boleh kene reject!

BF (Dah perasan jadi BF) : Awak.. Awak sayang saye tak?
GF (Tak nak mengaku GF) : Ermm. No komen...
BF (Dah perasan jadi BF) : Cinte?

GF (Tak nak mengaku GF) : No komen...

BF (Dah perasan jadi BF) : Alahai asyik no komen je. Ngalahkan artis je.
   
GF (Tak nak mengaku GF) : Alahhh.. Majuk la tu. Awak. Bagi la saya sikit mase... Boleh kan?

BF (Dah perasan jadi BF) : Sikit mase? Dah berapa tahun dah ni. Okey. Jom kite ikat. Kite tunang.

GF (Tak nak mengaku GF) : Awakkk.. Saye tak sedia lagi la...

Berbalik kepada "hatinya tak boleh terbiar kosong" yang aku sebutkan kat atas tadi. Keadaan ini bukan sahaja ketika si awek dalam perjalanan mencari cinta idaman. Keadaan ini turut berlaku akibat kesan cinta lama yang pernah dilalui si awek tadi. Contohnya. Apabila putus dengan ex-bf lama. Sudah tentu terdapat kesan atau ruang kosong yang perlu ditutup oleh si awek ni. Kenangan indah, pengisian masa terluang, bergayut berjam-jam di telefon (korang yang call), diambil berat, layanan istimewa dan sebagainya adalah perkara yang amat disukai oleh si awek. Maka, ketiadaan perkara-perkara ini (yang telah menjadi kebiasaan atau rutin) akan membuatkan seseorang awek itu berada dalam keadaan kesunyian. Untuk mengelak rasa sunyi mahupun bosan itu, kebetulan, korang datang meng'approach' mereka. Dan korang diterima dalam keadaan yang bukan 100% hatinya pada korang. Sadisnya.. Menjadi tempat melepas kekosongan korang ni ye..

Jadi macam mana? Pernah terjebak? Atau akan terjebak? Tak pun sengaja menjebakkan diri. Aku rasa kepada yang pernah terjebak, mesti serik kan? Tapi bagi yang sedang terjebak tu, lekas-lekas la sedar. Saje je korang 'melabur' pada perkara yang sia-sia. Baik buat perkara yang lebih berfaedah dah selamat. Yang rase-rase baru nak disandar tu. aku nasihatkan. Tolak mereka, sebelum mereka sandar pada korang. Sebab, sandaran mereka membuat korang terbeban! 

Macam berat sebelah je entry ni... Sebab entry ni masuk dalam kategory "Diary Lelaki"