31.7.11

Menjelang Ramadhan, Aku Bergelut Untuk Sembuh...

Ramadhan menjenguk lagi. Setelah genap setahun berlalu. Genap setahun juga aku kembali menulis blog di TheTimelines ni. Walaupun dahulu, ketika zaman keagungan laman Friendster, aku lebih aktif menulis di sana. Masih segar dalam ingatan, macam mana aku memulakan atau menjadi pelopor dalam penulisan blog ni berbanding rakan-rakan yang lain. Selepas aku memulakan, wujudlah rakan-rakan lain yang turut berminat menulis. Seorang rakan pernah bertanya...

"Macam mane ye nak buat blog?"... Sewaktu dia belum pandai berblog....

@@@@@

Hari ni dah mula bertarawih. Ayuh ke musalla. Mudah-mudahan ya. Ada beberapa jam sahaja lagi. Sebelum langit Ramadhan menerangi dada malam. Ramadhan tahun ini disambut syukur, biar pun masih bergelut untuk pulih sepenuhnya dari demam yang panjang. Demam yang datang dan pergi sekali sekala. Syukur, hari terakhir sebelum 1 Ramadhan ini, sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya. Walaupun anggota sendi adakalanya terasa bisa-bisa.

Hidangan Sup Ketam. Petua mengatakan yang, kalau demam denggi, untuk cepat baik, hiruplah sup ketam. Manalah nak dicarikan ketam dalam keadaan diri yang tak berapa berkederat ni. Minta adik carikan di kedai-kedai runcit tak berjumpa. Akhirnya gagahkan diri sendiri untuk mencari di pasaraya yang dekat-dekat. Jumpa pun hanya 3 ekor. RM 7 ringgit lebih. Untuk 3 ekor sahaja menjecah 7 ringgit. Mahal! Tapi nak buat macam mana. Beli je la.

Tapi. Tak dinafikan. Dua jam selepas menghirup sup ketam tu, badan mula menunjukkan respond. Berpeluh ketara. Badan yang pada awalnya seram sejuk hinggakan terpaksa berstokin dan bersweater, mula terasa hanngat yang selesa. Kepala basah dek peluh. Dan mase tu lah, rase pening yang menggigit sepanjang 3 hari ni, mula kurang. Lega... Malam pula sudah boleh tidur dengan lena. Tak seperti malam-malam yang lepas, mata langsung tak mahu lelap dek kepanasan dan kesejukan yang bersilih ganti. Badan mana yang boleh tahan kalau berdepan situasi semacam tu.

Hari ni, pagi-pagi dah bangkit. Mandi, bersiap-siap dan terus ke pasar Seksyen 6, Shah Alam. Nahhhh. Berlambak-lambak rupenye ketam. Dengan bermacam-macam saiz. Cuma hati sahaje yang tak teringin untuk menyambar ketam. Sebab dari malam tadi dah rindu kat menu masakan mak kat kampung. Kepala Mayong Masak Asam Pedas. Johor Style! Adik pun dah siap masak nampaknya. Its lunch time. Jemput makan. Esok tak boleh makan tengahhari dah...

Salam Ramadhan dari aku...

Zulkifli Bin Sa'don a.k.a Sam Banjamin

28.7.11

Menjelang Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs. Singapura (sambungan)

Alhamdulillah. Bersesak-sesak aku ke Up Town Shah Alam tadi. Setelah petang tadi, percubaan mendapatkan T-Shirt training yang ala-ala (tak ori) ni gagal dek kehabisan stok. Aku pun tak tau. Apsal kebanyakan penyokong Malaysia yang aku jumpa stakat 2 ke 3 hari ni, memilih untuk berbaju biru ke stadium nanti. Adakah warne kuning tu 'sentiment'. Ye la. Kan baru-baru ni kecoh pasal geng kuning mengamuk di KL. Atau kebetulan masing-masing ber'taste' sama musim ni. Aku pulak pi beli t-shirt ni pasal semangat. Rombongan kakitangan Hotel UiTM Shah Alam ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam nanti (Besok pagi) dengan baju biru ni. 
(JENG.. JENG.. JENG... Ini Malaysian Training T-Shirt, Sam Banjamin yang punya!!!)

Walaupun baju ni tak ori. Tapi hargenye mak hai... Terbang jugak duit merah-merah aku. Mintak tawar pun kurang 2 ringgit je.Memang buat duit betul peniaga jersi hari ni. Siap beratur lagi pelanggan tunggu turn untuk belek-belek jersi yang ada. Berpeluh jugak la aku tadi. Namun dek kerana semangat nak ke stadium dengan pakaian Malaysia, aku gagahkan je la. 
Rata-rata peniaga yang aku sempat borak-borakkan mengatakan yang sambutan makin rancak sejak 2 hari lepas. Sampai peniaga-peniaga ni terpaksa order stok baru dari pembekal beberapa kali dek kerana jersi yang dijual cepat habis! Ade jugak pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak. Dekat 10 ke 15 helai sekali beli. Makk aihhhh... Ni mesti order untuk opis mate sekali ni. Tak pon kumpulan sorak agaknya!
Apepun syabas la. Peniaga dan pelanggan! Harap-harap 'maloi-maloi' maaa... Maloi-maloi?.. Baloi-baloi.. Berbaloi-baloi....

27.7.11

Menjelang Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia vs. Singapura

Malaysia boleh!!!!

Malaysia boleh!!!

Malaysia Bolehhhhhh!!!

 (Jeng.. jeng.. jeng... jangan jeles.. Ini tiket Sam Banjamin yang punya!)



Ehem.. Ehem.. Ehem.. Practice sorak. Esok kami semua akan berkonvoi beramai-ramai ke stadium.  Kami akan berarak. Bukan berarak tunjuk perasaan. Tapi berarak ke Stadium Nasional Bukit Jalil bersorak! Menyaksikan perlawanan second round Malaysia vs Singapura, perlawanan kelayakan piala dunia Brazil 2014. Hui semangat-semangat!


Khabarnye tiket-tiket perlawanan habis dijual. InsyaAllah esok, penuhlah stadium dengan gerombolan penyokong pasukan Malaysia. Gerombolan yang bakal menelan sorakan penyokong-penyokong dari negara "Cik Singa". Harap sorakan kami nanti akan menjahit terus mulut penyokong-penyokong Singapura dengan kemenangan pasukan Harimau Malaya nanti. 

Bukan sahaja tiket. Jersi pasukan kebangsaan, tak kirelah jersi original mahu pun tiruan, juga dikatakann begitu laris sambutannya. Aku sendiri terkena tempiasnya. Pergi ke kedai atau pasar malam, jersi pasukan Malaysia, terutamanya yang berwarna biru, habis dijual. Kalau yang tinggal pun yang bersaiz kecil. 

"Habis la dik. Stok semua dah habis. tinggal yang saiz M dan S je."

Alamak. Macam mana ni. Semua habis. Nak beli warna kuning, member-member sepua dah sepakat nak pakai jersi biru. Macam mana ni.

Walaupun seantero dunia telah menyaksikan kekalahan 5-3 Malaysia kepada pasukan Singapura pada perlawanan pertama. Aku tetap optimis mengatakan yang kita boleh menang pada perlawanan kedua ni. Malaysia boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ayuh kita gegar Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. Kepada yang tak dapat tiket. Jangan frust. Sebab pasti ade live kat TV. Jadi sokonglah pasukan Malaysia dimana jugak korang berada!!!  

(Poster ni carik kat Google Image)

Tips Membeli Durian

Hai salam harmoni. Bile menjenguk rakan-rakan, kesemuanya tampil dengan entry-entry yang pelbagai. Sedang aku tak tahu ape nak dituliskan. Hmmm. Ape pun tak boleh! Well sepanjang hari ni, macam biase sahaja. Pergi dan balik kerja. Menghabiskan beberapa ratus ringgit untuk membeli keperluan. Alat-alat make up. Huh! Make Up?.. Belanja adik-adik makan malam serta memberli beberapa bijik durian. Hah! durian!! Jom dengar cite.

Jadi kepada kalian yang berhajat untuk makan derian (bukan makan free) silalah ke seksyen 7 Shah Alam. Tak kiralah kepada sesiapa yang tinggal dekat mahupun jauh. Mari-mari makan durian beramai-ramai. Lokasinya betul-betul bersebelahan medan selera seksyen 7. Senang cerita tapak pasar malam seksyen 7 Shah Alam. Berhampiran ICT. Berhampiran dengan pasaraya Giant (Dahulunya Pasaraya Bintang) dan yang pasti, beberapa langkah je dari rumah aku ni.
Walau macam mana pun sebelum membeli durian, pastikan agar korang tak terpedaya dengan "display" durian-durian yang besar gedabak tu. Sebabnya, sepanjang pengalaman aku, durian yang besar gedabak ni, indah rupe dari rasa. Beli dengan harga yang mahal. Bila kopek (kupas... aku tak mencarut), isinye sangatlah hampeh. Keras. Serupa makan roti perisa durian yang ala-ala. Buang duit je. Pernah sekali tu. Member mengeluh. Habis dekat 70 ringgit beli durian. Tapi tak berbaloi dek isi durian yang langsung tak sedap!
Alah. Kalau setakat nak basahkan tekak dengan rasa buah durian ni. Dan duit pun takat ciput-ciput rase. Korang beli je durian longgok. Yang dijual pade kadar 3 ke 6 biji RM 10.00. Bergantung pade tempat la. Macam kat tempat aku ni. Ade banyak offer. Tadi je aku pergi, ade pilihan 3 biji RM 10, 6 biji RM 10 dan ade jugak 1 biji seringgit. Pilihan aku dan adik-adik, 6 biji RM 10. Berbaloi-baloi. Tapi jangan main sebat je. Pilih elok-elok.

Masa aku beli tadi, pak cik yang jaga durian tu macam "muke ketat" sikit bile aku duk pilih-pilih. Kalau aku serah bulat-bulat je kat pak cik tu, mau dibaginye durian yang dah tak berapa molek. Maklumlah. Nak habiskan cepat durian tak molek tu. Aku check satu-satu. Tengok ade tak rekah pade kulit tu. Kalau ade rekah. Aku reject. Sure durian tu dah masuk angin (ade masuk-masuk angin ke durian ni?). Ahh! Reject tetap reject!. 

Aku membesar dikelilingai pokok durian. Keliling rumah arwah nenek aku dulu memang ditanam dengan pokok durian. Jadi, pokok durian yang banyak tu, menghasilkan buah yang pelbagai bentuk, rase, warne dan bau. Based dari pengetahuan ilmu durian yang semulajadi aku perolehi dari kecik tu, aku rase, boleh la pilih-pilih mane satu durian yang elok ke tak. Especially durian kampung. Jangan nak kenceng la pak cik! 
Nak pilih durian, Jangan judge dengan saiz. Besar tak semestinya sedap. Jadi aku play save dengan pilih durian bersaiz kecik. Maklumlah "modal" pun kecik. Pilih je yang bersaiz lebih kurang kasut saiz 7. Biasanya durian kampung ni tak besar mana pun. Comel-comel. Tapi, isinye "bisa" buat "lo" terangkat!
Aku perhati jugak pade tangkai durian tu. Tenung-tenung. Renung-renung. Ade ke tak kesan pulas! Mane tau kot diorang ni dok jual durian peram. Petik durian tu. Than peram. Bila dah naik bau, jual. Jadi durian masak layu. Sape-sape yang pernah terbeli durian peram ni. Fuhhh. Serious rase macam nak bako je gerai durian tu kan? Jadi hati-hati la... Jangan sampai terpedaye.

Selain tu. Aku suke pilih durian yang berduri kasar-kasar. Bukan yang berduri halus-halus. Aku tak tau la durian yang duri halus atau rapat-rapat ni jenis ape. Cume sepanjang pengalaman aku. Durian jenis ni, isinya rapat-rapat. Bertindih-tindih dan kebanyakannya nipis. Taste pun tak sesedap duarian kampung. 

Kesimpulannya, aku puas makan durian malam ni. Murah pulak tu. 6 biji RM 10. Ni pun ade sebijik lagi tak habis makan. Pasal tak larat nak kerjakan. Saje-saje je "bakar line" korang-korang yang kaki durian kat luar tu. Amacam! Glup!!!

"Musangkeng! Musangkeing! Musangkeng!"

"Haiiya. Banyak mahai ma... Makan lulian longgok suda ma.. 6 biji saplo linggit.. Manyak maloi-maloi ma"

"Maloi-maloi?..."

"Haiya.. Itu telefon punya iklan ade ciakap.. maloi-maloi.."

"Ooooo.. Baloi-baloi.. Berbaloi-baloi...."

26.7.11

Duhai Malam

Aku sering mengeluh-ngeluh dikala malam... Tatkala malam kian melarut dengan embunnya, aku bagai terlalu asyik dengan resahku... Ah... Sebetulnya malam ini tiada catitan buat kalian semua.. tak lebih dari keluhan seorang orang bujang yang menghampiri usia 30 an... 
Bila mahu bicara soal nikah kahwin...?
Entahlah.. Jodoh belum sampai...

Sambil-sambil mencari bahan untuk entry yang berjela esok... Sam Banjamin mahu menulis lagi... Jangan ganggu semangatnya...

25.7.11

Dan Bila... Bila... Bila...

Jam menunjukkan pukul 1.11 am. Esok ada kursus penyediaan makanan jam 9.00 kalau tak silap. Memang tak prepare ape-ape pun untuk kursus tu pasal dah tau, bile attend, mesti just dengar ceramah. Harap tak la mengantuk esok. Dah tau risau mengantuk esok, apsal tak tidur-tidur lagi...? Tu la.. bila dah tak mengantuk...
  • Mata duk terkebil-kebil. Pusing badan ke kanan tak boleh tidur. Pusing badan ke kiri tak mahu lelap. Bile terlangkup pulak, tak elok kalau ikutkan sunnah. Kate orang setan betina duk kangkang kat bawah tu bile tidur terlangkup. Tapi mate tak mau lelap jugak. Duduk pulak. Bile dah duduk....
  •  
  • Bile dah duduk lagi la. Mate ligat pandang kiri kanan. Huh. Malam ni tak ade nyamuk. Suhu pun tak berape panas. Kipas kaki stakat pasang 'level' 1 sahaje kelajuan. Jam dah pukul 11.18 am. Tibe-tibe kaki terlanggar mouse. "Chess..." Bunyi filamen monitor Samsung SyncMaster 753dfx membakar dan merangsang cahaya. Terus-terus monitor menyala. Ohhh... Aku tak shut down pc rupanya. Berkesot ke bawah. Duduk bersila depan PC. Ape lagi. Blogspot terlintas di kepala. Bila blogspot di 'sign in"...

  • Mata lagi terkebil-kebil. Pandang kiri dan kanan lagi. Nak tulis ape pun tak tau. Ape pun tak boleh. Mase dah suntuk ni. Esok nak bangun pukul 6 pagi. Itu pun kalau terjaga. Subuh ke mana. Ape ke mana. Ape pun tak boleh. Last-last, masuk kerja lewat... Bile dah masuk kerja lewat...

  • Lagi mau tanya. Kalau zaman pakai "punch card" dulu, tentu-tentu dapat dakwat merah. Ape pun tak dapat. Hujung tahun S.K.T tak sampai 80 markah. Sape nak jawab. Sendiri tanggung la. Nasib baik la jadual kerja agak flexible.  Boleh jugak la adjust-adjust sikit. Tapi sampai bile? Silap hari bulan kene "tiaw!" dengan H.O.D.Bile dah kene tiaw...

  • Muke jem sehari. Mental down sampai tak boleh campur masyarakat. Padahal salah sendiri. Padan dengan muka aku. Berani buat. Berani tanggung la....
Eh. Panjang pulak visionnye. Tapi elok jugak. Sebelum perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Elok la tidur dulu. "Esok, saye ade seminar ni!!!"... Tidur dulu....   

24.7.11

Aku Mencari Teman. Sudikah Kamu Seandainya

Mari sertai empayar maya aku... 
Kita berkongsi cerita suka duka...
Kamu dengan cerita kamu.. 
Dengan cara kamu...
Dengan gaya kamu... 
Dengan fikir kamu... 
Terpulang... 
Segalanya bebas buat kamu semua... 
Cuma, aku terpanggil mengajak kamu semua menyertai aku di sini... 
Aku mencari insan-insan istemewa seperti kamu... 
Yang semestinya kreatif, segar, lagi aktif... 
Mari.. 
Mari...

Aku Mencari Teman. 
Sudikah Kamu Seandainya...... 
Menyertai aku di sini?

16.7.11

Drama Juvana: Babak-babak Yang Tak Dipertontonkan Kepada Umum

Pagi-pagi lagi Cikgu Zakiah bergegas-gegas ke sekolah. Bangkitnya dari tidur sedikit kelewatan dari biasa. Gara-gara semalaman melayan Facebook dan Twiter. Mencanang ke serata dunia betapa hari ini bakal menjadi hari pertama persekolahan, setelah beberapa minggu ditutup sempena cuti pertengahan tahun. Mujur ketika sampai, mesin perakam waktu atau punch card sedikit lewat berbanding waktu sebenar. Lewat 15 minit. Mungkin cukup untuk "cover line" kakitangan sekolah yang lain yang turut terlewat pada hari itu mahupun hari-hari seterusnya. 

Cikgu Zakiah ke tandas seketika. Bersolek serta berwangian ala-ala kadar sebelum ke tapak perhimpunan, bagi melayan rutin biasa. Perhimpunan. Menyanyikan lagu-lagu patriotis, mendengar ucapan Guru Besar, Cikgu Latip a.k.a Cikgu Bob. Tidak ketinggalan juga penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid serta kakitangan sekolah yang menyambut harijadi pada bulan itu. Cikgu Zakiah melayan rutin dengan mood yang bosan! 

"Kalau dapat sambung tidur ni kan bagus!" Getus hati Cikgu Zakiah. 

  
******************

Kringggg!!!

Loceng berbunyi sekitar jam 10.35 pagi. Menandakan tamatnya waktu rehat bagi murid-murid sesi pagi persekolahan. Cikgu Zakiah mencapai buku teks bertajuk "Pengajian Ilmu Alam...., Darjah 4" dan bergegas lagi.
"Semua bangun!!!!" Murid-murid cergas berdiri.
"Assalamualaikum, Cikgu!!!!" Serantak murid-murid membei salam. Cikgu Zakiah senyum...

"Waalaikum salam.. Ok, boleh duduk..." Dan serentak murid-murid duduk.

"Semua dah makan?" Soal Cikgu Zakiah.

"Dahhhhhhhh!!" Suara murid-murid bertabur.

"Ok. Bagus. Jadi masing-masing dah lama cuti kan..? Cuti sekolah ade baca buku ke tak? Ke cuti sekolah, buku pun cuti?" Cikgu Zakiah memancing perhatian murid-muridnya..
"Baca buku tak?" Sekali lagi persoalan yang sama di lontarkan.

"Baca Cikgu..." Murid-murid menjawab dalam nada yang tidak sekata.

"Tak ramai pun yang jawab... Ni mesti cuti sekolah, buku tak bace. Tak ulang kaji. Asyik main je. Macam mana ni nak lulus periksa. Macam mana nak pandai. Macam mana.. Bla.. Bla.. Bla.. Bla... Bla..." Ada dalam 15 minit Cikgu Zakiah berleter. Murid-murid tekun mendengar. Ada juga yang terlopong ternganga mendengar leteran Cikgu Zakiah.

"Hmmm. Ok. Kalau macam tu. Semua keluarkan buku teks dan buka muka surat 47" Puas berleter Cikgu Zakiah bersedia memulakan sesi pembelajaran.

15.7.11

Motor Idaman

"Pak Cik menang motor...." Wak Kasim, 59, Felda Syed Agil.

Macam tu la lebih kurang. Bayangkan kehidupan macam Wak Kasim tu. Menang motor. Lagilah kalau menang motor tu, motor idaman. Mesti tidur ternganga je kan. Bangun pagi-pagi, sambil berjalan menghala ke motor tu, dengan mulut bersiul-siul sambil tangan menghayun-hayun dan melambung-lambung kunci motor tu. Indahnya dunia. Bertuahnye kalau dapat memiliki sebijik motor idaman. "Kau mampu ke?"... Insyaallah... Mampu tu ditangan tuhan... Mudah-mudahan mendapat restu tuhan...

    Sebagai sumber inspirasi... Yang bentuk macam motor Suria Bajak Hitam ni, dah di"assign"kan sebagai wallpaper pc aku ni... Pasang impian siap-siap...

Ni kalau pakai ni... Sekali aku ride, kompom akan dilantik sebagai duta UiTM... Tengok kaler la... UiTM di hatiku..
Garangggg... Kalau dapat bawak balik Mersing ni, belum sampai kampung, orang dah tau aku balik... Ekzos buluh tu... Ping... Ping... Ping... Bunyiknye...
 
Ride motor ni sambil layan lagu

4.7.11

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit.


Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita