30.6.11

Update Dari Si Comel!

mengupdate entry dari si comel. hehehe. senang jugak ade telefon bijak ni. cume letih nak mencari askara. lepas taip sikit padam semula. taip sikit, 'backspace'. asyik la tersalah tekan. tertekan aku dibuatnye. ape pun maaf sekali lagi, tak ada entry yang serious. relaks la.... sabo je la...

27.6.11

Entry Orang Penat

Hari ni aku amat letih sekali. Sepatutnye berkursus, tapi setakat setengah hari sahaja. Gara-gara bergegas ke KLIA atas "Urusan Seri Baginda".

Pulang ke rumah jam 8 menghampiri jam 9 malam. Sempat juga ke kedai mamak mendapatkan sebungkus nasi dan setin minuman karbonat.

Aku letih. Dan sepatutnya malam ini tampil dengan entry yang lebih menarik. Seperti yang aku ilhamkan sepanjang siang aku tadi. Namun gara-gara letih, minda dan jasad tidak selaras. Aku mahu fikir. Namun jasad menghendakkan rehat.

Ahhh.. Biarlah dahulu... Aku letih sangat... Aku mahu rehat.... Maaf kalian....

26.6.11

Kome Balik

Hmmmm. Tarik nafas panjang. Mengumpul segenap kekuatan untuk menulis hari ni. Lame betul tak turun padang. Sebetulnya ada masalah sikit. Broadband yang digantung perkhidmatan akibat masalah kewangan yang agak meruncing beberapa bulan lepas. Almaklumlah. Bile bertukar tempat kerja ni. Lari dari GLC untuk joint govment, lumrahlah first atau second month tu sengkek sikit. Alhamdulillah selesai sudah. Jadi, sebagai permulaan untuk comeback ni. Eloklah aku buat kesimpulan sahaja tentang perjalanan sepanjang 2 lepas.

Bergelar "Penderhaka" & "Pengkhianat"
Jauh dalam hati, teringin jenguk kawan-kawan lama di tempat kerja lama. Bertanya khabar serta beramah mesra macam dulu-dulu. Tapi niat tu terbantut bile berdesing di telinga akan perkataan "pengkhianat" serta "penderhaka" dari kawan-kawan yang satu ketika dulu aku campuri mereka dengan rasa hormat. Semua gara-gara bertukar ke tempat baru dan meninggalkan mereka. Apa boleh aku kata? Sabo je la.  Dah bagi notis. Dah buat "pembersihan" tu pun tak cukup ke? Pendek kata berenti cara elok. Bukan blah macam tu je. Tak adil buat aku!

Berakhirnya Era "Part-time" RM 3.00, RM 4.00, Mahupun RM 5.00 Sejam 
Faham itu statement?! Jadi memandangkan akan ketidakbebaloiannye, aku dengan ini menolak segala undangan membuat kerja-kerja part-time dengan kadar bayaran yang teramat rendah itu. Bukan demand ke ape ke. Semua disebabkan rasa loya-loya tekak terhadap rakan-rakan yang memberi award "Penderhaka" mahupun "Pengkhianat" kat aku. Tak teringat ke dulu. Waktu kat "sana" dulu. Almost every night and almost every week, asal ade je undangan, aku mesti turun punye! Walau pun mase tu, kerja-kerja tu hanya dibayar dengan RM 4.00 sejam sahaja, berbanding sepatutnya, kalau aku dibenarkan buat over-time waktu tu, aku layak menerima lebih dari tu! So? Berbaloi ke?   

Pemancing Tegar
Hobi lama yang digilap semula. Hujung minggu tak de buat ape. Cuti tak ke mana-mana. Ape lagi. Memancing la pilihan terbaik. Pendek kate bukan sahaja waktu-waktu cuti sahaja. Bila ade je masa lapang, balik dari kerja ke? Kalau ade je member-member pemancing tegar yang "on". Pasti aku tak nak ketinggalan. Tangkapan? Hmm. Ape la yang nak difikirkan pasal tangkapan tu. Nama pun memancing. Ade rezki tu ade la. Lokasi pulak tak de la jauh mane. Setakat area periaran port klang yang berarus deras tu, sampai la ke lombong-lombong tinggal, tasik mahupun parit kat seksyen 7 Shah Alam tu. Insyaallah, member dah ade tersebut Pulau Sembilan. Hmm. Dalam perancangan. Terdekat ni mungkin di Sungai Besar. Insyaallah.

Astro Beyond! 
Nak tengok bola. Nak tengok cite binatang. Nak tengok Maharaja Lawak. Jadi astro menjadi pilihan. Slain sumber alternatif internet ni. Alang-alang Astro Beyond. Apsal?! Tak boleh?

Ekonomi Semakin Baik
Alhamdulillah. Ekonomi semakin baik dan stabil. Cume kene la pandai merancang. Bahagikan mana keperluan, tanggungjawab serta berlibur. Alhamdulillah syukur nikmat!.