5.5.11

Siapakah Gerangan Si Dia

Assalamualaikum. Malam Jumaat yang harmoni? Hmm... Buat ape tu? Oooo zikir, elok-elok... Malam ni kusut sikit. Biasa-biase sahaja sentuhan jari. Sekadar entry ringan-ringan sebelum membalas komen, menziarah rakan GPK serta ber'blog walk' ala-ala kadar. 
Sebelum melabuh tirai, kalian pernah atau tidak, bace entry aku yang berjudul 'Journey'?. Boleh bace kepada yang tak bace lagi. Bukan apa, ada mengomen misteri datang dan memperkatakan sesuatu. Kata-kata yang menyejukkan hati... Sayangnya aku tak dapat menjejak semula 'Anonymous' tu. 

Gaya bahasa macam orang Indonesia. Harap, kalau 'Anonymous' tu terbaca entry ni, dapatlah hubungi aku. Boleh kenal-kenal dan bertukar pelbagai cerita. Mungkin kita ade minat yang boleh dikongsikan bersama. Harap hubungi aku ye saudara/ri 'Anonymous'. Usah malu-malu deh!

  (Jangan-jangan Agnes Monica agaknye... Bestnyee!!!)

Bile Dah Benci

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam harmoni. Mase aku mula menaip entry baru ni, jam menunjukkan pukul 11.15 malam. Aku nak buat ujikaji sikit. Aku mula menulis entry tanpa draft ni pukul 11 suku dan agak-agaknye pukul berapa boleh siap. Nak mencabar diri sendiri, dalam masa sejam boleh ke aku mem'produce' satu entry. Korang macam mana? Satu-satu entry tu, berapa lama korang ambil masa? Setengah jam? Satu jam? Dua jam...? Berapa lama?

Benci. Sape ade rasa benci sekarang? Aku nak 'BANCI'. Ape yang korang benci? Pada individu? Pada sesuatu? Berapa takat kebencian korang? Adakah benci sampai mati atau benci tak sampai dalam hati? Benci tapi rindu? Benci tapi sayang? Benci boleh jadi elok. Dan ade juga benci yang tak elok. Ape pun, jangan benci tak tentu pasal. Atau dalam ertikata lain, menghukum orang lain tanpa sebab. Jangan sebab orang lain punye pasal, orang lain yang kena. Dendam kat orang lain, orang lain dibencinye. Contoh ayat:

"Temah benci orang Klang!"
"Apsal?"
"Sebab ex bofren Temah yang kencing Temah dulu, orang Klang!"
"Ler... Macam tu pulak? Lantak kau lah"

Mari kita lihat, siape yang kene....
Bile Dah Benci Artis
We hate Fasha Sandha! Sebab Fasha tak boleh bla! Tu contoh ya. Fan page benci-membenci artis, ada di mana-mana. Baik di Facebook, Twitter termasuk la blog juga. Maki artis, sampai terlupa, yang caci maki tu pun dapat dosa. Kononnya sebab artis tu dedah sini, dedah sana. Sebab artis tu bikin keluarga orang jadi porak peranda. Pendek kata semua yang tak kena la. Dari isu-isu sensasi, sampai la isu-isu bodoh dan tak ada kena mengena... Yang artis tu pun satu juga. Yang suka sangat bikin kontroversi tu pasal apa? Padan la dengan muka.   

Bile Dah Benci Kerajaan
Asal ubah dasar, mesti dipertikai. Ade je bendenye yang nak disangkal. Kononnye idea kerajaan tak boleh dipakai. Semua cadangan tak masuk dek akal. Menteri-menteri serta pegawai-pegawai yang dilantik, semua cuai... Masa merunggut, tak pernah nak pakai akal. Konon hak dan kebajikan rakyat semua terabai... Berfikir dengan pandangan yang dangkal. "Mak aiii! Sikit-sikit kena cukai!".  Sah la bebal... Tahukah kamu, kalau tak macam tu,

4.5.11

Peperiksaan Ohh Peperiksaan...

Mode sakit-sakit badan: workout yang berlebihan. 
Mode kekenyangan: Sekeping roti sardin di kedai mamak.
Plus segelas nescafe tarik kurang manis.
Kesimpulan mode: Emosi terkawal tanpa gangguan. Tidak berprasangka buruk pada yang lain setakat 23 jam yang lalu. Sihat, cuma kurang cergas memandangkan aktiviti lasak sepanjang petang. Bergaul dengan rakan-rakan dan belajar tentang mereka. Mula menunjukkan rasa yakin dan mula keluar dari kepompong malu dan rendah self estim. Namun, masih perlu belajar dan terus belajar. Mula mengurangkan portion makanan serta melebihkan minum air kosong... Syabas untuk hari ini. Anda?

Assalamualaikun, salam harmoni. Salam 1 Malaysia. Ape khabar mengkeme-mengkeme semua. Harap bagus-bagus sekali dong... Mantap-mantap kok... Waras-waras deh... 

"Tolong Senyap. Peperiksaan sedang dijalankan. Kerjasama Anda Amat Dihargai"

Opsss... Shhhh... Diam-diam kawan-kawan sedang berperang... Bagi ruang yang selesa buat mereka... Penentu masa depan tu... Jangan dibuat remeh... Setelah berminggu mengadap kelas... Setelah berpuluh asignment dihantar... Berderet kuiz diambil... Dengan ujian lagi... Berserta study week yang panjang, kini tibalah masanya... Peperiksaan Ohhh Peperiksaan...

Maka hiduplah suasana ilmu di kolej-kolej kediaman, bilik-bilik bacaan, perpustakaan, rumah-rumah sewa, hinggakan tak kurang juga yang mencari port mengulangkaji sampai ke kedai-kedai makan... Study week yang panjang masenya, dirasakan pendek je... 7 hari dalam seminggu, 24 jam sehari macam tak cukup... Warrrgghhhhhh tensionnnn!!! 

Melihat adik-adik yang berbaris di luar dewan peperiksaan sepanjang minggu ni, mengingatkan semula kenangan zaman-zaman belajar dulu... Especially waktu-waktu genting macam yang mereka hadapi sekarang... Study week... Credit hour... Target question... Ulangkaji... Study group... Past year questions... Carry mark... Overnight...

2.5.11

Teguran Buat Blogger

Bergegas petang tu aku ke gerai Wak Dol. Entah kenapa resah semacam aku, semenjak kunjungan terakhir aku yang menemukan semula aku dengan Maisarah yang bakal ditunangkan minggu depan dengan jejaka dari Sungai Besar. Jangan-jangan akan ade adegan, aku bercuim dengan Maisarah dibawah gerai kot. Tu yang berdebar-debardan resah ni . (Gile ke ape nak tulis macam ni. Baik padam sebelum diorang bace! Nasib baik kat Blogspot ni boleh padam) Jangan-jangan bakal berlaku babak-babak di mana aku duk merayu-rayu Maisarah agar menghentikan niatnye untuk bertunang minggu depan. Jangan-jangan akan ade adegan-adegan Sunjay Dutt mengejar-ngejar Manisha Koirala macam dalam filem hindustan kat TV3 tu. Maisarah lari je, aku kejar. Maisarah lari je aku kejar. Maisarah akan kate "Huh, nyampah!"... Pastu Maisarah akan buat adegan berpeluk tubuh, macam tak de perasaan, walaupun waktu tu, aku terkinje-kinje bagai nak rak, menari depan mate die bersama penari-penari latar yang terdiri dari Zulfikar Hazri, Sobri, serta member-member tempat keje aku tu. Pasti menarik adegan tu dengan simbahan tepung berwarna warni dari penari-penari wanitanye pula.... 

Huh! Ape da mengelamun. Baik bergerak dalam kadar segera. Cepat-cepat 'menyetat' motor dan memecut laju. "Gerai Cendol Melenium Wak Dollll here i commmmmeee!!!" tempik aku bagai Rosyam Nor dalam filem K.L menjerit. Fuhhh!!! Perasaan lega yang amat bile dapat menjerit macam tu. Hilang segala tensen aku sekejap. Semangat macam superhero membuak-buak dalam daging diri aku. Rasa macam hero filem Thor je. Waktu Thor dapat semula kuasa saktinye. Ahhh... Aku nak belengging macam Thor jugak... (Agak-agak la). Bertempik-tempik ni pun, dah cukup macho dah...  Bertempik-tempik dengan bawak motor kriss tu pun, dah cukup untuk orang kate aku giler. Kot nanti kene kejar pulak dengan mato-mato polis. Ape pun tak gune.

Sesampainye di Gerai Cendol Melenium Wak Dol, macam biase la, panorama sebuah Gerai Cendol  yang lengang di tengah-tengah lot parking bertambakkan kelikir. Aku memulas habis trotter motor kris aku... "Brommmm... Brooommmmm.. Brrooooommmmmm... Skreeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttt... Plurrrr... Ktinggggggg!.. Ktinggggg!.." Hahh, sekali aku sliding brek, bertabur segala skru dan nut. Maka nak di bestkan babak, bertabur sekali kelikir-kelikir halus bersama dedebu cinta pasir ke udara... Hampeh... Bukan ade orang pun. Gebang lebih...

"Semekom, Wak Dol, cam biase Cendol pulut ispirasi satu! Terbaik" Aku terus menghempas punggung di atas bangku. Dan mempersiapkan gajet-gajet untuk menulis.

"Ayah tak de... Ayah pegi

1.5.11

Cerita Zaman Kecil: 5 Cemerlang Lambang 1 Malaysia

Assalamualaikum. Salam hujung minggu yang harmoni. Sepetang bersama Zulfikar di mamak ICT dengan semangkuk Laksa Penang dan segelas iced milo cukup memberi sedikit idea untuk entry malam ni. Borak-borak isu-isu semasa, sukan (kebetulan ade live broadcast Badminton India Open 2011), isu-isu blog dan macam-macam hal. Lepak dengan Zul, kalau tak imbau kenangan mase zaman sekolah dulu memang tak sah. Sikit pun jadi lah. Ade saje bahan nak digelakkan walaupun perkara tu dah bertahun berlalu.

 (Aku suke gambar ni... Senyum masing-masing penuh keikhlasan... Nak-nak Al-Jufri)

Kebetulan pulak. Aku masih simpan gambar ni. Gambar kelas 5 Cemerlang, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Batch 2001. Gambar ni agak kabur. Tapi ingatan aku pada kenangan dalam kelas ni tak pernah kabur. Kelas paling 'ngetop'. Tak keterlaluan kalau aku katekan kelas budak-budak pandai. Kelas nombor 1.

Siapa kate Melayu, Cina, dan India tak boleh hidup satu bumbung. Tengok kiteorang. Melayu ade. Cina ade. India ade. Serani pun ade. Tu belum dipecahkan mengikut suku. Banjar ade. Jawa ade. Darah Siam ade. Dan dalam kelas ni ade 3 orang 'Yinduren'. 'Yinduren' tu ape? Bangsa India la. Kite ade Manimaran, B.L Rajiv dan S. Sudhaman. Ni la die tiga 'permata hitam'  yang menjadi penyeri kelas. Ensem-ensem macam hero filem Tamil. 

Ade satu part yang aku tak boleh lupe.