30.4.11

Maisarah Binti Wak Dol

Gerai Cendol Melenium Wak Dol. WiFi agak perlahan. Hangin aku satu badan. Wak Dol pulak buat-buat sebok mengelap meja yang tak basah dan tak melekit pun. Saje la tu, takut dipertanggungjawabkan atas servis WiFi nye yang haram jadah ni. Tapi tak pe, aku buat-buat cool je. Buat macam tak de ape-ape masalah. Maklum la. Hari ni Maisarah, anak Wak Dol yang mengajar kat politeknik ade menolong bapaknye. Beghape punye lawa dahhhhh... Ishhh.. Ishhh.. Ishhh...

"Eh Mai. Cuti ke?" Sementelah budak Mai tu lalu sebelah aku (eleh, saje la tu, buat-buat lalu, buat-buat sibuk), aku pun saje la buat-buat terkejut. Tak de la nampak teruja sangat.

"Tak la, tengah melancong ni. Huh!" Ek eleh, menyombong pulak.

"Hehehe. Gurau je le. Aaa ah, cuti. Baru semalam balik. Ni yang tolong-tolong ayah ni. Duduk umah pun tak de buat ape. Boring. Lagi pun dah lame Mai tak datang sini. Ye lah, selalu balik sekejap-sekejap aje. Ni ade chance cuti panjang ni, boleh la tolong-tolong ayah. Abang sihat? Oi... Abang.. Oiii... Eh, ni ape melopong ni.. Kang ade masuk lalat mulut tu kang... Abang!"

"Eh... Eh... Aaaa abang sehat... Hehehe" Berape punye manis daaaa... Sikit punye peramah daaa... Sampai terlopong mulut aku. Hehehe...

"Mai sehat? Lame tak jumpe ye. Makin lawa la" Ops... Ape da aku cakap die makin lawa. Aduiiiii.

"Ah abang ni, mane ade lawa. Saje je abang

29.4.11

Aku Semakin Terlupa Dengan Kewujudan Nuffnang

"Aik, kasar tajuk entry, SM Banjamin?!" Tegur Wak Dol sambil mengelap-ngelap meja lipatnya. Hujan sepanjang petang merencatkan sedikit perniagaan cendolnye. Hujan-hujan sape nak makan cendol. Ye tak?

"Tak Wak. Bukan nak cakap kasar. Tulis kene jujur. Datang dari hati..." Jawab aku ringkas.

"Oooo... Apsal kamu kate Nuffnang tu macam tak wujud?" Soal Wak Dol kehairanan. Sesekali memerah kain lap yang basah.

"Tu la. Lame tak buka Nuffnang tu. Ntah brape ringgit agaknye earning saye skang. Ntah-ntah status 'geliterariritarary' saye pun diorang dah band. Skang ni seronok dengan GPK Wak. Ramai member-member baru. Banyak karya baru yang diorang post kat sana. Seronok la Wak. Saye macam nak jerit ucap selamat datanggg!!! kat die orang semua..." 

"Oooo ye ke. Tapi tak pe ke?" Wak Dol nampak blur.

"Ntah la Wak..."

"Kamu gaduh ke ngan Nuffnang tu?" Soal Wak Dol lagi.

"Hah?!" Kali ni aku pulak yang blur.

26.4.11

Keperluan Dan Kelangsungan

Assalamualikum. Salam 1 Malaysia. Malam Selasa yang harmoni. Maaflah tak sempat siapkan entry ni semalam... Terlena la... Penat agaknye... Tak pun kekenyangan... Kekenyangan + kepenatan = terlena la jawabnye... Dunia siang aku yang dipenuhi dengan urusan kerja yang tak sebegitu sibuk, dan pabila malam menjelma, adalah masa untuk TV seketika, membaca dan terus ke halaman ini. Bosan bukan menjadi aku? Menulis ini adalah sebahagian dari pengisian pada kekosongan yang terbit di dalam jiwa bagi orang-orang yang masih mencari-cari erti sebuah ketenangan seperti aku. Sebuah pengisian bagi orang bujang yang kian hilang rentak solatnya. Kian hilang irama Qurannya. Ke mana dan di mana aku kini. Sebagai hamba tuhan yang tak putus-putus dengan ujian yang tiba. Sebagai hamba tuhan yang tak henti-henti dikurniai nikmat dan hikmah disebalik ujian yang datang. Kufur nikmatkah aku. Astagfirullah...

Puas aku menjamu kalian semua dengan gelak dan ketawa ria dari cerita-cerita zaman kecil juga entry-entry berima yang naik kusut aku mencari perkataan untuk dipadankan dengan rima-rimanya. Hari ini aku ingin mengajak kalian ke ruang-ruang fikir. Memberi sedikit fikir dan perkongsian yang boleh dimanfaatkan kepada diri aku sendiri dan kalian semua. Apakah yang dicari di dalam kehidupan ini? Bagaimanakah kebahgiaan itu di nilai.? Adakah dengan mencukupkan segala keperluan asas di dalam hidup seperti makan, pakai dan tempat tinggal sudah mencukupi? Adakah kebahgiaan itu dinilai dengan makan  dan minum dari yang enak-enak sehingga membontang kekenyangan? Atau adakah kebahgiaan itu dinilai dari pakaian berjenama mewah, rumah-rumah besar, kereta-kereta besar, pasangan hidup menawan, pencapaian akademik, kerjaya hebat, gelaran mahupun

24.4.11

Bile Dah Tak Sayang

Hai. Petang Ahad yang harmoni... Dari label "Sketsa Kehidupan", dengan entry hari ini bertajuk, "Bile Dah Tak Sayang".

"Amboi SM Banjamin, cerita cinte ke, ade adegan-adegan warne warni macam dalam pilem industan tu" kata Wak Dol, penjual cendol melenium yang turut menyediakan perkhidmatan WiFi di gerai cendolnya.

"Alahai, menyindir nampak, kang saye terbalikkan gerai cendol ni, baru Wak Dol tau! Tak buleh ke orang macam saye ni, nak kaseh sayang-kaseh sayang sikit?" Haaaaa, kan. Kan dah kene sound.

"Ye la. Ye la. Alahai kamu ni, Wak Dol ni bergurau je. Wak Dol ingat kamu tu tak de perasaan. Jangan la marah. Haaa, ni haa, Wak Dol belanje kamu cendol free percuma ni. Makan-makan" Tau pulak kelam-kelibut.

"Dah free tu free la, nak sebut percuma lagi. Free tu percuma la Wak Dol"

"Oooo kesohnye. I inglis not well. I dun skul high. But I can spik litle-litle je.. Hahahaah" Speaking pulak dah. Ape-ape aje la Wak Dol.

23.4.11

Messages Service Facebook Aku Kene Blok

Assalamualaikum. Salam harmoni. Amboi Cik Kiah, rombongan nampak. Abang Seman pulak tak habis-habis lagi lepak di kedai kopi. Wak Dol amacam? Stedy la Wak Dol. Amacam? Perniagaan cendol ade masyukkk? (Tindakan minda bawah sedar... Aku tak sedar ape yang ditaip...)


Tataplah gambar tu puas-puas... Itulah yang berlaku... Puncenye, aku copy paste link GPK kepada rakan-rakan blogger. Tiba-tiba kene blog. Terpaksela tunggu beberapa hari untuk di activated semula. Korang ade cable tak kat Facebooknye HQ? Sedara ke.. Pak Cik ke... Kawan-kawan ke... Sape-sape je la... Boleh tak tolong aku settlekan masalah ni...

Sabo je la.. Aku nak promote group je... Bukan sebarkan risalah yang menyalahi undang-undang... Kenapa aku diperlakukan sebegini? 
(Sambil menangis teresak-esak di bucu katil....)

18.4.11

Cerita Zaman Kecil: Kamal Tauhid

Pagi itu adalah pagi yang harmoni di daerah Mersing. Kamal Tauhid bangun awal untuk ke sekolah. Hari itu juga merupakan hari penting di sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing. Sekolah yang asalnya merupakan sekolah Inggeris itu bakal melangsungkan satu upacara perpisahan, sempena persaraan Tuan Pengetua sekolah.

Kamal Tauhid memilih berjalan ke sekolah, memandangkan jarak rumahnya hanyalah beberapa meter dari sekolah. Dengan beg coklat yang dibimbit pada tangan kiri, Kamal Tauhid berjalan dengan hati yang tenang sambil menyiul-siulkan lagu irama 60-an. "Oh Fatimah". Sesekali siulannya dihentikan. Apabila sekumpulan murid berbasikal memintasnya.
"Assalamualaikum Cikguuuuuuu...." Tegur sekumpulan murid berbasikal itu.
"Walaikumsalam" Jawab Kamal Tauhid...

Kamal Tauhid menyambung semula siulannya. Kali ini digantikan pula dengan siulan lagu "Ayah Ku Kawen Lagi". Beg bimbit coklat dikalih ke tangan kanan. Barang kali kelenguhan. Kemudian memasuki perkarangan sekolah melalui pintu belakang. Dari pintu belakang itu, Kamal Tauhid memandang beberapa pelajar sedang memarkir basikal. Ada juga yang bermotor ke sekolah. Biarpun tidak berapa digalakkan. Kamal Tauhid melepasi pelajar-pelajar itu tanpa berkata mahupun seulas senyum...

Pelajar mula berbaris di Tapak Perhimpunan. Buat kali ke dua murid-murid berhimpun

Few Hours Before Impact

Assalamualaikum... Pagi Senin yang harmoni... Alamak 2 hari miss tak update blog... 

"Few Hour Before Impact"... Beberapa jam lagi, takdir jalan hidup aku, kalau diijin tuhan bakal menempuh satu "titik pencetus" yang akan membawa aku ke satu perjalanan hidup yang mungkin ramai yang impikan... Siapa tahu, budak kampung. Anak Felda. Anak Peneroka. Cucu pekebun ni pada akhirnya mampu berada pada satu tahap yang lebih baik... 

Esok aku akan melapor diri sebagai Penolong Pensyarah di UiTM Shah Alam... Doakan segala urusan aku esok, mudah-mudah sahaja...    

"Pada saujana kejiranan ini satu ketika dahulu terdiri dari perumahan yang beratap asbestos... berdindingkan leding dinding... bertiangkan empat kali empat inci persegi beroti... seampuh leding dinding... seteguh empat kali empat inci persegi beroti... seampuh dan seteguh itulah keazaman kejiranan ini mencoret cerita ketamadunan dalam kehidupan... membina empayar dalam perjuangan yang panjang... menjadi survivor dalam kepayahan... biarpun di luar sana telah jauh meninggalkan... namun kuat di hati kejiranan ini untuk tidak menjadi satu umat bangsa yang hanya tahu melihat... tetapi tahu

15.4.11

Mood dah Spoil...

Assalamualaikum. Pagi Jumaat yang harmoni... Mood aku spoil sikit gare-gare mamat kepala botak yang biadap... Kalau korang nak tau, aku sebanrnya lari dari tugas... Lari dari tolong member aku tadi... Member ajak buat part time job.. Biase la, member aku ni tolong member die, dan untuk tolong member die, die terpakse la minta tolong dari aku...

Kedatangan aku ke masjid negeri tadi pun atas dasar tolong member la.. Ala ape sangat la duit part time yang bakal dibayar tu.. Takat kerja dua ke tiga jam... darab ngn 4 inggit kalau tak silap aku... Bukan tak bersyukur, cume bile aku fikirkan nak tolong member, jadi soal duit tu, blakang kire la...

Datang mamat kepala botak ni.. Member kepada member aku tu la... As incharge la.. Fuhh.. Sungguh la "hospitable", salam pun tak... Senyum pun tak.. Okey tak pe, stail die agaknye. Tempat die.. Mungkin jugak penat arrange function makan malam "80 orang" tu. Tak baik buruk sangke. Aku tanye member aku, catering mana? Kedai makan jer...

Aku anggap function tu senang je... Dengan kapasiti dan kemampuan aku la... Lebih dari tu pun dah pernah layan... Layan dengan strength yang terhad... Staff cuti, staff accident, staff balik kampung ambil result SPM...

14.4.11

Bile Dah Tak Bertanggungjawab

Assalamualaikum... Salam Khamis yang harmoni... West mangan ur wrong? Dah makan ke belum? Kalau dah makan bagus la.. Yang belum, elok-elok la tunggu je hari esok... Kalau nak makan pun makan la yg ringan-ringan je... Macam nasi ayam ke.. Nasi goreng ikan masin ke... Hahah... Kepala hot!

So ape cite? Ce cite.. Ce cite... Ce cite... Tak de cite best la hari ni untuk dikongsikan... Ni yang duk terkial-kial menaip... Sambil-sambil memikir ape yang nak ditulis ni... Janji update... Dari kosong macam rumah tinggal tepi highway... Orang nak singgah pun bosan... Ape pun, perlu ade effort. Lunaskan tanggungjawab sebagai bloger. (Blogger ke?) Ye la, blogger la... Tengah tulis blog ni.. Blogger la... Kau ade? Ooooo ade... Bagus-bagus...

Hah... Dapat dah... Die mai dah.. Die mai dah... Aku sebut word "tanggungjawab" tadi. Menarik ni... Ape kate kite kuis-kuis dan ulas-ulas lantas kupas-kupas tentang perihal tanggungjawab. Tapi tambah sikit... "Bile dah tak bertanggungjawab..."... Jeng.. Jeng.. Jengggggggg....

Bos: Bile Dah Tak Bertanggungjawab

Meeting hari-hari... Mengalahkan Perdana Menteri... Kalau boleh staff semua tak payah cuti... Kerja sampai mati.. Komitment semua staff perlu tinggi... Anggap la staff semua macam tak de anak bini...  Maklumlah nak tengok untung berguni-guni... Bile bercakap, tak habis-habis berjanji... Elaun, Bonus dan macam-macam lagi...

13.4.11

Tutorial: Care Membuang Verification Kod

Jam pukul 2.22 pagi. Terjaga dari tido. Cepat-cepat aku on PC
dan sign in Blogspot ni. Sebeb ape, tengah-tengah tido tadi, mimpi aku berbisik, "buatkan entry care membuang verification kod". Suare tu tak ubah macam suare Ismet Ulam Raja ketika Abdul Wahub bermimpi "esok carilah seseorang bernama Suleiman Akhlakhen"... (Start merapu la tu..).

Sebenarnye dari petang semalam dah terfikir nak buat entry ni, bukan ape, nak membalas permintaan Sdr Zulfikar Hazri, yang meng'attach'kan persoalan tu di komentarnye. Okey Zul, Aku coba jawab.

Mula-mula, sign in blogspot dengan wajah yang ceria. Jangan lupa Bismillah dulu tau. Dan niatkan di dalam hati untuk ubah setting tu. Fokus.. Fokus.. Fokus.. (sabo je la aku ni..).. Okey Bile dah sign in, automatiknye kite akan ber ade di "Dashboard" blog kite la....

11.4.11

Sentiment

Assalamualaikum... Pagi Selase yang harmony. Mari layan celoteh yang letih. Malam malam-malam bile mate tak lalu nak tidur-tiduran dari barbaring dan melangot merenung siling, ade baiknye lakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. (Ehhh best nye suare Agness Monica ni... Tengah nyanyi lagu Matahari...)

"Orang Johor blagak-blagak!". Ting! Tibe-tibe terlintas diingatan ungkapan rakan sekerja satu ketika dulu. Aku pandang kiri kanan. Nak "charas" balik, kene pandang-pandang. Kang silap timing, dengar dek orang malu pulak kawan tu. "Orang Johor belagak?! Hah! Cube bagi spesifik sikit Johor tang mana yang berlagak tu. Negeri Johor tu besar. Mane? Muar? Kluang? Mersing? Kote Tinggi?. Tang mane yang berlagak tu? Okeh. Kalau orang Johor berlagak, orang negeri mane pulak yang paling tak blagak?" Zassss!!!! Kene pancung. Senyap. Tapi kesimpulannye. Sentimen.


Sentimen? Ape tu?... Adepun perkataan "Sentiment" ini telah ditemui oleh seorang ahli sastera dan Botanical Belanda yang bernama Nissan Van Venette sekitar tahun 1870. Pada suatu hari, ketika beliau sedang melakukan penyelidikan di sebuah kawasan tanah yang subur, yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan, beliau telah menemui sejenis tumbuhan renek yang tumbuh melata dan menjalar. Tumbuhan tersebut telah menghasilkan buah yang berbentuk aneh. Nissan Van Venette yang meragui akan bentuk dan rupa tumbuhan tersebut telah merujuk perkara tersebut kepada temannya yang juga ahli sastera dan pakar dalam bidang botani. Ruppet Van Kerrburn.

"Err.. Van Kerrburn lihat"

10.4.11

Cerita Zaman Kecil: Dan Bile Aku Tumbuk Muke Kudin

Waktu rehat adalah waktu yang paling menyeronokkan bagi murid-murid di Sekolah Agama Felda Nitar 1. Mase tu aku kelas fardhu ain sekolah agama. Kalau fardhu ain Sekolah Agama Johor, bermakna sekolah kebangsaan pulak, darjah 2 kalau tak silap. Waktu-waktu rehat ni la aku dengan rakan-rakan sebaya akan bermain bola di pintu gate sekolah...

Pintu gate sekolah tu kami jadikan gol. Hasil dari kreativiti dan imeginasi kanak-kanak berumur 9 tahun masa tu, maka terhasillah bola daripada gumpalan kertas surat kabar lama, kertas-kertas kajang yang terbuang di tong sampah dan dikemaskan dengan balutan plastik beg pada permukaan luar gumpalan kertas tu. Nah... Ayuh main bola...

Budak-budak mane fikir habis. Tak kire la waktu ape pun. Dalam kepala hotak nak main je kerjanya. Dengan baju melayu putih dan songkong yang tak sempat pun nak ditanggalkan, kami semua lincah main bola kat depan pintu gate sekolah tu.

Yang untung mase tu, Pakcik Mat Noh penjual air tebu yang buka gerai kat depan sekolah. Agak-agak dah puas main bola, kami semua akan menyerbu gerainya untuk membeli air tebu. Murah je. Tak silap aku 1 plastik dalam 20 sen je. Dapat minum air tebu fresh. Terbaik dari ladang. Kalau nak lebih, bawak bekas sendiri. Tapi kene la charge 50 sen 1 tupperware.

Kringggggg!!! Loceng berbunyi. Tamat waktu rehat. Dengan berpeluhnye, kami semua terus masuk kelas. Selambe je. Macam tak de ape-ape berlaku. Sambil tunggu ustazah masuk kelas, sempat lagi kami main

Cerita Zaman Kecil: Kacap Terlabik

Hai-hai. Tengah malam yang harmoni? Hujung minggu yang indah barangkali? Menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang. Aku? Siang tadi kerja. Buat O.T. Kumpul duit nak pinang Agness Monica (Huh berhajat….). Malam habiskan masa dengan family tercinta. My sis n bro. Terbaek! Makan ice cream Cornetto (Betul ejaan aku ni?) beramai-ramai sambil layan movie.
Layan… Ape aku nak tanye tadi ye…? Lupe pulak. Oh ye. Tentang darah keturunan (due entry aku hari ni tak lari dari persoalan kekeluargaan dan keturunan bukan?). Ye la kan. Ape la yang lebih berharga dalam dunia ni selain keluarga yang selalu ade tak kire susah mahupun senang. Yang selalu paham sakit pening dan kering kontangnye poket orang bujang ni kan…?
“Aku orang Indonesia… Kalau tak cukup ilmu di dada, masakan sampey ke Terusan Suez?” (Iklan, petikan dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah)
Siapa di sini berdarah Jawa. Kire satu kapal dengan aku la. Wes mangan? Kabare? Heheeh (Tu je yang aku tahu)… Yang Banjar pulak? (Ermmm.. yang ni lagi aku fail!)… Minang? Ade? (Pun tak tahu aku speaking Minang ni… Masakan Minang aku tau la… Masak Belado)… Soal makan, tak payah diajar. Tak kire Banjar ke. Jawa ke. Minang ke. Semua aku langgar je…
Ade sorang mat Jawa ni bertanya. Aku ni darah ape? Aku jawab la.. Dengan selambe. “B+”… hahaha… Kalau aku cakap jawa kang, mahu diajak berborak bahasa Jawa. “Waduh Pak, kok ngak bisa ngobral Jawa”. Kantoi. Aku memang fail.
Aku pelik jugak, kenape mak ngan abah tak pernah ajar kami ni becakap bahasa Jawa atau Banjar mase kecil-kecil dulu. Kalau la diturunkan, tentu aku ni jadi “multi language person”. Nak tunggu dah tue bangke ni baru nak belajar, hehehe, serabut la kepale… Alang belaja third language (French n Mandarin) mase buat diploma dulu dah berbelit-belit lidah nak becakap. Pening-pening kepala nak menghafal.
“Jaime le… ermmm errmmmm… Kahak Tuihkhhh!!!!”
Tapikan. Ade satu bahase ni yang aku kuasai tanpa perlu masuk kelas atau mana-mana kuliah. Bahase yang secara tiba-tiba menyerap dalam kepala otak ni. Macam di”install” secara automatic kedalam system otak. Mungkin ramai yang maklum akan kewujudan bahasa ni dalam masyarakat kite. Cume aku pasti ia tak akan diiktiraf oleh Kabinet mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka akan kewujudannya. Sebab. Tak lain merosakkan bahasa melayu ni. Tapi kalau setakat nak seronok-seronok boleh je. Kacap Terlabik. Cakap Terbalik.
Imbas Kembali… (Fuhhh dah macam novel Ramlee Awang Murshid la pulak)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Kelas 5 Cemerlang. Dikala kawan-kawan sekelas sibuk mentelaah pelajaran Add Math. Malah ade yang sibuk berborak tentang kenduri yang menghidangkan daging tetel sebagai juadah. Ade jugak yang syok bergosip tentang Achik Spin(arwah) dan Siti Nurdiana. Tak lupe jugak yang sibuk menyalin lirik A.D Hamid. Dicelah-celah aktiviti murid-murid di kelas 5 Cemerlang tu, maka tercetus lah perbualan ni….
Aku: (Tengah boring) Oit… luZ… Oit.. Zul….
Zulfikar: Ape?
Aku: Kengau danpai kat kacap terlabik? (Engkau pandai tak cakap terbalik?)
Zulfikar: Arrrr?
Aku: Kengau hapam kat kau kacap pae? (Engkau paham tak aku cakap ape?)
Zulfikar: Ooooo… Kacap terlabik… Kau hapam… Kedat murah kau dakang-dakang kacap terlabik ngedan malify kau… kengau pun lobeh ke kacap terlabik? (Ooooo… Cakap terbalik… Aku paham… Dekat rumah aku kadang-kadang cakap terbalik dengan family aku… engkau pun boleh ke cakap terbalik?)
Aku : Lobeh.. lobeh… Kau siaba kacap terlabik… Hahahha… muj… tike tukuk dubak-dubak ni nak…? (Boleh… boleh… Aku biasa cakap terbalik… hahahah… jum… kite kutuk budak-budak ni nak…?)
Apis Saat : Oiii… Korang ni cakap ape ha?
Zulfikar : dae la… Kengau name lobeh tau… (Ade la… Engkau mane boleh tau)
Apis Saat: Haaah! Ape?
Aku: Hahaha..
Nani: Weyyy.. Korang boleh diam tak? Tak reti nak study ke? SPM dah dekat tau!
Aku ngan Zulfikar: Hhehehehehhehehe…
Aku: Pais Asat… Kengau dah la tobak… (Apis Saat… Engkau dah la botak) ; refer kepada kepalanya yang botak waktu tu. Botak licin macam Faizal Ismail) …
Zulfikat : Hak ah.. Pais pelaka tobak… camam yotol… (Hak ah.. Apis kepala botak… Macam toyol…)
Aku: Kuban la… Camam masi dubha… Hahahahahhahahahah (Bukan la… Macam sami Budha… hahahhahahahah)
Zulfikar: Masi Dubha… Hahahahahahahha… hahahahahahahahha (Sami Budha… hahahhahahhaha… hahahahhahahahaahaha)
Apis Saat: Celake korang… Ni mesti kutuk aku ni…. Siot betul la…..
Aku: Name dae… hahahhaha (Mane ade… hahahahaha)
Macam tu la lebih kurang ceritanye… Betapa lancar dan petahnye aku bercakap dalam bahasa terbalik ni… (Kalau lah B.I aku pun fluent macam tu, kan bagus)… Huh… Ape pun, moral of the story, kalau berpeluang belajar bahasa ketiga (selain BM dan BI)… Belajar la… (tak memesan diri sendiri.. hahahha).. Senang, orang nak kutuk pun boleh kantoi…

9.4.11

Cerita Zaman Kecil: Beranak Songsang.

Assalamualaikum... Salam Sabtu yang harmoni. Huhu, skemanye.. Aku berdarah Banjar dari suku sebelah abah... Manekala darah Jawa dari suku sebelah mak... Manekala nenek perempuan (emak kepada abah aku) berketurunan Minang. Bukan meminang ye. Tapi Minang... Sebut betul-betul Minang... BanJaMin....

Hmm.. Mari buka cerita.. Campuran dari ketiga-tiga darah ini maka terlahir lah aku ke dunia ini. Menurut mak aku, Puan Mariam Kadir, aku dilahirkan dalam keadaan menyongsang. Kaki keluar dulu. Dengan megahnye jugak aku mengishtiharkan akan kejantinaan aku terlebih dahulu kepada dunia...

"Alahh Yam... Dia tunjuk anu die dulu la Yam... anak jantan Yam...!!" Tempik mak bidan yang menyambut kelahiran aku pada tanggal 18 Mac 1984 tu. Begitu excited mak bidan tu. Dan agak merah-merah pipinye. Mungkin agak malu-malu dibuatnye...

Dalam excitednye mak bidan tu, satu keanehan yang membawak kepada kekagetan dan suspen, ape bila bayi yang dilahirkan tu, tak macam bayi-bayi lain. Adakah aku berwarna hijau sewaktu dilahirkan? Adakah aku dilahirkan bersama surat khabar dan pen? Tidak sama sekali.

Mak aku cite, aku diam. Senyap. Tak menangis mase dilahirkan. Tak macam korang-korang semua. Lahir-lahir je nanges... Aku tak. Mak aku cakap aku diam.. Diam macam mati... Keadaan panic waktu tu... (Waktu terhenti. Burung berhenti berkicau. Ombak berhenti membadai. Langit tak berawan lantas angin berhenti berhembus. Wak dol penjual cendol tak meniaga pada hari itu) yang dalam kurungan tu semua tipu-tipu je. Sekadar membangkit mood suspen.

Dengan pantas, mak bidan tu terus menyambar (bukan macam burang helang tu) semangkuk air. Dan direnjis-renjiskan kat badan dan muke aku. Mase tu baru la aku mule menangis... Fuhhhhh... Lega semua orang... Mak bidan pun kembang sket...

"Lemas agaknye Yam..." Begitulah yang diujarkan kat mak aku oleh mak bidan tu...

Agaknye kalau Mak Bidan tu tak buat tindakan pantas dengan meranjis air tu, agak-agaknye aku mungkin senyap terus. Tinggal tunggu korang-korang semua dalam syurga agaknye... Dapat makan buah anggur sedap... Makan lamb chop sedap... Main kejar-kejar dengan pari-pari... Boleh terbang... Huhh...

Tapi tuhan bagi peluang untuk aku terus hidup... Kenal dengan korang semua... Dengan tanggungjawab yang tuhan amanah kan kat bahu aku. Bahu kau. Bahu kita semua. Sebagai umat Muhamad yang lahir dari Bani Adam. Sebagai bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India, Omputih, Orang Hitam dan macam-macam jenis umat bangsa lagi. Yang kaya. Yang miskin. Yang sedang-sedang senang dan yang sedang-sedang susahnye.

Kita manusia ni, semua sama sahaja di sisi tuhan. Kamu tuan? Kau Dato'? Prof? Bos? Kuli? Di sisi tuhan, kita semua sama, HAMBA. Cuma yang membezakan kita dengan hambanya yang lain adalah keistimewaan kita yang diciptakan sebagai MANUSIA... Ingat kita hanya HAMBA biar siapa pun kita... Yang suatu hari nanti pasti kembali menemui "TUAN" nya...


(Ni bukan mak bidan yang aku maksudkan...)