30.1.11

Entry khas : http://gerilapenulisankreatif.blogspot.com/

Khas buat member-member. Nak nulis panjang agak tak larat dah ni. Mate kian layu. Mengantuk. Esok banyak function menunggu. Aku tinggalkan kalian dengan link ni je la. Sila klik. Khas buat member-member dan yang singgah-singgah lalu. Esok kalau sempat aku brief sedikit sebanyak.


http://gerilapenulisankreatif.blogspot.com/

Hehehe... Tahniah semua! Terima kasih atas sokongan korang. Mari berkembang bersama-sama.

29.1.11

Monolog

Name aku Zulkifli Sa'don. Dilahirkan dalam keadaan menyongsang pada 18 March 1984 di Kampung Sawah Dato' Mersing Johor. Aku merupakan anak ker-3 dari 6 orang adik beradik hasil perkongsian hidup En Sa'don Arsad dan Puan Mariam Kadir. Anak tengah memang banyak kerenah. Berontak sana dan berontak sini. Selalu memilih untuk jadi lain dari yang lain semata-mata kepuasan jiwanya yang berontak. Tapi sampai bila nak ikut hati dan perasaan sendiri sahaja? Kena belajar membuat keputusan tanpa mengabaikan mereka-mereka yang ada disekeliling.

SM Banjamin tu nama pena sahaje. Bukan nama betul pun. Kat luar, lebih senang dipanggil dengan pangilan tipikal kepada nama Zulkifli ni. Ape lagi kalau bukan Zul. Nama tu satu doa kan? Jadi hormatilah nama kalian. Yang tuhan dah tuliskan pada mahfus betapa itulah nama kalian. Pantang aku kalau ade yang cube-cube penggil aku dengan nama lain. Tambah lagi nama tu yang membuatkan telinga aku berdesing bile mendengarnye. Sebab, prinsip aku, aku tak memulakan memberi sebarang gelaran kepada sesiapa dengan niat bergurau mahupun memalukan tuan punya diri tu.

Menulis. Hobi. Mungkin gemar menulis tu, lontaran dari sifat suka membaca. Pun hobi. Macam kalian yang lain-lain. Setiap insan dianugerahkan hobi masing-masing. Bercakap tentang hobi, ini pun satu perkara yang wajar mendapat hormat dari sekeliling selagi mana perkara tersebut tidak mendatangkan mudharat kepada tuan punya diri mahupun orang lain. Jangan kacau, jangan tegah. Biar die dengan hobinya. Aku ade ramai kawan-kawan yang mempunyai hobi yang berlainan lagi tak masuk dek kepala aku. Ade jugak diajak-ajak dan diumpan-umpan agar 'joint the club'. Tapi dari aku menyeksa diri dengan pura-pura suka, baik aku menolaknya dengan hemah. "Sorry geng, gua tak pandai main la. Tapi kalau gua datang pun, gua duduk tepi je la. Tengok lu main. Sorak kat lu. Kasik lu semangat... Amacam ok?"

Aku kurang gemar bercampur denga orang-orang yang "bodoh". Maaf bodoh di sini bukan bermakna tidak berpelajaran. Tak pandai dalam pencapaian akademik. Bodoh yang aku maksudkan ialah golongan yang gemar melakukan tindakan-tindakan bodoh yang boleh memalukan bangsa keturunan sendiri. Terutamanya bangsa aku Melayu ni. Yang tak sedar sebagai tuan kepada tanah melayu ni, mereka-mereka ade tanggungjawab yang maha besar yang perlu mereka laksanakan. Aku bukanlah seorang yang terlalu "moralistik". Nak mengomel memanjang tentang norma kehidupan. Side aku pun kadang-kadang ade silap. Aku terbuka mengakui kesilapan aku. Setiap salah yang aku buat tu kadang-kadang menyebabkan aku "down!" dan ambil masa yang lama untuk "recover".

Aku benci mengarut dan mencarut yang keterlaluan. Melucah tu pada aku menjatuhkan maruah tanpa sedar. Aku kesian pada golongan-golongan ni sebenarnya. Ade jugak yang menganggap, gebang tentang kenakalan diri merosakkan anak dare orang tu, sesuatu yang hebat. "Cool!". Mencarut dengan laungan nada suara yang kuat, agar orang disekeliling mendengar tu, suatu kemegahan. Bercerita hal-hal lucah atau "double meaning" dalam perbualan tu suatu trend agaknya. Nampak anak dare mahupun isteri orang yang lawa-lawa, yang pakai sendat-sendat sikit, sampai terjojol dade dan punggung, masing-masing bertempik-tempik. Ade yang ber"suweettt-suweettt"... Untuk ape ye? tarik perhatian? Pade aku sikap tu tak ubah macam kongkang. Sedare kepade monyet yang selalu kais sampah petang-petang kat rumah sampah Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam, tempat aku bekerja sekarang.

Tak malu ke? Cuba tanya diri sendiri. Bayangkan kalau hal yang macam tu berlaku pade kakak atau adik perempuan sendiri. Pade mak atau isteri sendiri. Tak pun pada sanak saudare sendiri. Sepupu, anak saudare. Aku rase yang kene usik tu pun rase tak selesa. Ingat diorang suke ke? Murah sangat ke maruah diorang yang kene usik tu? Kesian. Tetapi jelas dan automatiknya, maruah sendiri pun terpijak di bawah kaki sendiri. Automatik orang sekeliling fikir "rendahnya moral encik ni". Aku lelaki. Aku faham yang amat apa yang difikirkan oleh lelaki. Perasaan yang direse olah lelaki. Gelore yang lelaki rase, mustahil aku tak rase. Tapi, lapik lah. Salut lah perkara yang membuak-buak tu dengan iman dan malu. Astagfirullah...

Hujan kat luar. Terbantut niat nak keluar jalan-jalan petang ni. Cadangan hari ni nak ke MPH SACC Mall. Tunggu hujan reda lah nampaknye. Hmm.. Maaf deh, catitan aku panjang-panjang belaka. Menulis untuk kepuasan sendiri. Dengan idea sendiri. Masing-masing dengan 'stroke' sendiri. Gaya sendiri. Mari saling hormat sesama kita. Terima kasih membaca. Kalau kalian tak baca, tak jumpa kalian pada titik akhir pada hujung ayat ni.

27.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : VISIBLE VOICE

gAssalamualaikum. Khamis yang harmoni. Malam yang berkat. Malam yg dibukakan pintu-pintu kemakbulan doa dan keampunan. Malam-malam 'sunat'. ELok kalau diperbanyakkan amal.

Maaf deh. Semalam tak terkejar dengan TheTimelines ni. Pulang kerja, terus-terus sahaja terlena seawal jam 8 malam. Sadar-sadar jam empat pagi. Sempat-sempat sekadar mengemaskini kerja-kerja "kerja" yang dibawa pulang. Untuk entry yang dijanjikan tak berkesempatan.

Sambil-sambil curi-curi dengar dan curi-curi nonton siaran TV. Saka Jentayu. Kebiasaan malam-malam jumaat ni diselitkan slot seram untuk tontonan sekeluarga. Seram ke? Tak seram pun. Nak gelak ade. Huahuahauhauhaua. (Nak seram pi duduk tepi kubur la. Biar disapa hantu mak limah. Mengomel je pandai!). Kesimpulannye. Khamis yang harmoni, tapi boring!

"aku budak kampung, bukan baik tetapi tidak jahat, bukan miskin tetapi tidak kaya,bukan bijak tetapi tidak bodoh,bukan sempurna tetapi tidak cacat!
"tak hidup dek puji, tak mati dek keji" Khairul Anuar...
Kalau inilah pegangan yang selalu ditanamkan pada hati-hati anak-anak kampung yang berada di mana pun, aku yakin dan pasti tidak akan berlaku gejala-gejala kejutan budaya pada anak-anak kampung ni, terutama yang berhijrah ke bandar. Aku pun budak kampung. Ceruk dalam daerah Mersing yang ceruk-ceruk tu. Anak felda. Anak dagang. Datang numpang teduh dan cari makan di negeri orang.

DATANG KE MARI BUKAN MENCARI GADUH MAHUPUN PENGARUH. DATANG CUMA NUMPANG TIDUR, MAKAN DAN NUMPANG TEDUH. DATANG BUKAN UNTUK MENJATUH SESIAPAPUN. CUMA DATANG MAHU BERSAING SECARA DAMAI DAN MAJU BERSAMA-SAMA YANG LAIN. ATAS DASAR PERSAUDARAAN SEJAGAT, NEGERI INI NEGERI KITA JUGAKAN. KAMU-KAMU ITU SEBANGSA SAYA JUGA BUKAN. BARANGKALI DULU-DULU, DATUK NENEK KITA SAMA-SAMA MEREMPAT DAN SAMA-SAMA JUGA BERJUANG UNTUK KITA-KITA YANG ADA PADA HARI INI. AYUH KITA JABAT TANGAN DENGAN DADA YANG DIBUKAKAN TANDA YAKIN DAN IKHLAS. MATA SALING BERTENTANG MENOLAK SEGALA SENTIMEN YANG BERMAIN DIFIKIRAN. KALAU BUKAN KAMU-KAMU YANG 'BERJUANG' BERSAMA SAYA HARI INI, BAGAIMANA NASIB ANAK-ANAK BANGSA KITA YANG KEMUDIAN SELEPAS KITA... (Luahan hati. Ikhlas dan renung-renungkan)

Kenapa aku berpatriotik semacam malam ni. Sebab Segmen Blog Pilihan GPK malam ni memaparkan seorang Blogger yang pada pandangan aku merupakan seorang yang begitu patriotik sekali. Khairul Anuar atau Penaberkala. Aku sering ke Visible Voice, membaca entry-entry saudara khairul yang bersemangat dan terkandung falsafah yang tersendiri. Mari kita hayati beberapa falsafah beliau yang membuatkan aku kagum dengan "perjuangan dalaman" beliau ni...

"Dulu, hidup sekadar hidup, tak pernah nak fikir dan ambil tahu. Hari-hari yang berlalu hanya dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan dan berfikiran panjang. Sekarang, setiap apa yang dilakukan kena fikir panjang. Baru tahu apa itu erti hidup yang sebenar, baru dapat membezakan yang dulu dan yang sekarang..." Dipetik dari entry Dulu Lain Sekarang Lain.

".... kita nak minum, kita yang pilih dan tentukan nak beli brand apa? Kita nak minum, kita yang order nak minum yang mana? Tuntas, semuanya terletak di tangan kita! Tepuk dada tanya selera, Alah bisa tegal biasa! Hidup bukan sekadar untuk menguji orang, perlu ingat! Kita sendiri pun perlu diuji dengan hadirnya orang-orang di depan mata kita. Walaupun sukar tapi itulah yang tersurat, nak tak nak perlu juga hadap. Dalam setandan pisang, mustahil tak akan ada yang busuk sebiji kan? Mesti ada punya. Cuma kita tak tahu apa kondisi dan sebab sebenarnya, sama ada ditebuk tupai, dibaham burung atau digigit beluncas..." Dipetik dari entry Setuju Atau Tidak, Tapi Ini Memang Betul! Absolutelu Correct!

"Kehidupan tidak seindah apa yang kita sangka, tapi keindahan itu kita bisa cipta!" Dipetik dari entry Setuju Atau Tidak, Tapi Ini Memang Betul! Absolutelu Correct! Mantap!


Visible Voice. Kate Khairul, kata-kata yang tak bisa didengarkan tapi boleh dibacakan! Maka terlahirlah Visible Voice. Visible Voice secara peribadi pada aku merupakan sebuah blog yang simple dari segi penampilan tetapi sarat dari segi pengisian. Khairul pun macam aku. Mementingkan kepuasan dalam pengolahan isi penulisan. Gemarkan penulisan yang panjang-panjang berjela. Nak baca atau tak, it's up to them kan? Bagi penulis sejati macam Khairul ni, kepuasan boleh datang dari hasil yang sempurna dan bersungguh. Bukan sekadar 'biase-biase' punya effort! Simple dan tak perlu nak pening-pening kepala. Janji sampai message yang nak disampaikan. Janji hati sendiri puas. Yang penting isu yang diutarakan. Dan antara isu-isu yang sering diutarakan beliau ni, selain isu-isu patriotiknye, antara lain mencakupi isu-isu seperti yang beliau sendiri kelaskan dibawah ni. Sila pilih, ade pelbagai isu. Semua molek-molek belako deh!
Info tambahan bagi yang tak tahu, Khairul juga merupakan seorang penyanyi. Dah kuar banyak 3 album setakat ni:

Ni album pertama beliau. Bertema patriotik sikit. Ade lagu irama asli. Lagu-lagu balada. dan tidak ketingalan lagu berentak R&B. Oh ye tajuk album simple je. "Album Lagu". Antara lagu-lagu best. Nasi Lemak Cik Nora (Irama asli), Pujian Mu Inspirasi Ku (Balada... dengan penampilan faizal tahir dan yuna sebagai backup singer) dan Awak Lupa Ke? (Ft Ana Rafali. Sambungan Lagu Tolong Ingatkan Aku)

Yang ni tajuk album "Penantian itu Tsunami"... Nampak laut kat belakang tu? Kire Tsunami la tu... Beberapa saat sebelum membadai pantai. Lagu best "Jom ke Perpustakaan"... "Jangan Menipu, Bedosa tau awak..." dan lagu favorite "Buih-buih Tsunami Rindu Pada Dedaun Nyiur..." Haaa.. Lagu sedap.. Album masih dipasaran..

Ablum baru. Gaya dan penampilan baru. Judul Album "Kuala Lumpur lalalalalala". Ape tunggu lagi? Segera dapatkan di pasaran sekarang. Tak aci la download di filestube ke, filespump ke... Penat je Khairul menyanyi sedap-sedap...


Huh! Jangan Marah Khairul. Berseloroh je. Salam perkenalan dari aku yang loyar buruk ni. Amacam? Kate setuju nak gathering sesama member-member GPK. Zulfikar dan on. Aku on. Ade sesape lagi yang on. Selain Khairul?

Bebalik kepada Visible Voice. Mari beri sokongan kepada si tukang tulis berbakat ni. Khairul Anuar a.k.a Penaberkala ni. Ape kate follow die. Komen ape-ape yg die post! Bagi semangat untuk die terus menulis dan menulis lagi! Jom.. Jom.. Jom...

Siap! Jangan marah haa.. Next Bisikan Hati. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

25.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : Padelblog

Assalamualaikum... Malam Selasa yang harmoni... Menghabiskan sisa-sisa Januari yang semakin ke pengujung... Dah 25 haribulan dah... Sikit lagi bulan dua... Pastu bulan tiga... Lepas tu bulan empat... Pastu lima.. Lepas tu enam... Lepas tu tujuh... Pastu lapan... Lepas tu sembilan.. Lepas tu sepuluh.. Pastu sebelas... Lepas tu dua belas... Letih tak bace? tak payah kire sampai dua belas pun tak pe... Tapi dek kerane sedap menganjing (bak kate orang-orang belah pantai timur)... tu yang saje-saje je aku menaip dari satu sampai dua belas tu... hehehehe...

Thanks to warga Gerila Penulisan Kreatif yang sudi memberi feedback terhadap Segmen Blog Pilihan ni... Elok jugak dibuatkan satu segmen macam ni kan... Antare langkah memperkenalkan blog-blog rakan-rakan ahli... Atas name GPK dan menggunakan platform TheTimelines... Ni lah yang orang putih cakap "win n win situation" ermm... understand? Kepada non member pun ade yang memberi ulasan... Terima kasih daun keladi... Ape lah salahnye kalau lepas bagi ulasan tu, joint-joint la sekali GPK... Nampak logo sejibik macam kat bawah nun? bukan yang kat bawah ni.. tapi kat side kiri kalian.. Klik je... Tapi kene la make sure kalian semua ade akaun Facebook... kalau tak de pi isi form dulu... Daftar... kat mane? kat Facebook la... Ops syarat tambahan... Kene follow TheTimelines ni jugak... jangan lupe ye...

Kalian semua pernah tak terserempak dengan tuan punya gambar ni? Kenal tak? Ade pernah ternampak kat mana-mana? Tu kalau beliau pakai topi tu la.. Kalau beliau bergambar tanpa memakai topi pulak, wajah beliau akan bertukar macam ni pulak...

Hmmm.. Kenal ngak? Baiklah, yang ini namanya Fadil Mohd. Kerjaannya mengikut laporan risikan, student di UKM... Asalnya dari batu pahat... Sudah ada pacarnya... Jadi usah jeling-jeling... Nanti bisa ribut-ributan... Kalo ribut siapa mau redain...(apsal macam ade mode indon ni? mode Dian Sastrowordoyono...) baiklah tukar channel melayu asli balik.

Entry hari ni bukan sekadar review, bahkan lebih kepade entry jejak kasih macam yang berlaku kepada En Shahazrin semalam... Kalau Shahazrin hilang lebih kurang 2 ke tiga minggu, En Fadil ni telah menghilang sejak bulan 12 yang lalu. Dan beliau dilaporkan kali terakhir dilihat merayau-rayau di wall GPK adalah pada 2 Disember 2010 yang lalu, ketika beliau dikatakan sedang beratur untuk menghantar entry terakhir beliau. Berikut merupakan rakaman CCTV yang menunjukkan kehadiran Fadil Mohd buat kali terakhir di wall Gerila Penulisan Kreatif.

Walaubagaimanapun, misteri kehilangan beliau terjawab setelah beberapa ujian forensik yang telah dijalankan ke atas beberapa sampel katak hijau mendapati beliau kini berada di Bloglarian....


Tahniah ye Fadil.. Pencapaian yang amat membanggakan... Meriah aku tengok Bloglarian tu...


Smart tak header ni? Smart kan? Kreatif... Penggunaan katak 3D yang begitu menarik perhatian. Header ni main peranan yang cukup besar terhadap sesebuah blog tu... Sebabnye ianya akan menggamit impressi pertama setiap pengunjung... First time terpandang, hati terdetik... Satu perkataan je... Kreatif!... Kalau header je dah kreatif, entry pun tentu ikut sama kreatif...




Menarik tentang Padelblog... Penggunaan tag line "Anda suka" pada setiap tajuk entry yang diterbitkan... Adakah tag line "anda suka" satu bentuk pertanyaan, contoh, Anda suka? Atau pun satu kenyataan. "Anda pasti suka dengan entry-entry saya..." Macam tulah lebih kurang... Namun yang pasti, Fadil tentu ada jawapan yang lebih terperinci lagi jelas...

Blog ni cantik. Kemas. Kombinasi 'light blue' dengan tulisan hitam amat mesra pengunjung. Tak sakit mata. Tak macam TheTimelines yang berdegil dengan warne kelabu dan putihnye ni. Berkenaan entry pula. Padat dan ringkas. Ade bahan jenaka. Ade jugak sekadar gambar-gambar menarik. Kreatif! Tanpa perlu menaip. Letak gambar sahaje pun, mesej sampai! Blog ni juga tak sarat dengan widget. Widget-widget asas sahaja yang diketengah kan oleh Fadil. Senang, tak sesak dengan bahan yang tidak praktikal.

Jadi ape pandangan kalian tentang Padelblog ni? Menarik bukan. Jadi kalau menarik. Kalau anda suka, ape kate ramai-ramai kate "Oi... Oi..."... Sekali lagi... "Oi... Oi..." Mari ramaikan lagi followernye yang dah sedia ramai ni... Lagi ramai lagi meriah... Lagi meriah lagi best... Kalau suka jangan setakat kata "Oi.. Oi.. " je... Ape kate follow sekali... Jom... Padelblog!

Siap! Jangan marah haa.. Next VISIBLE VOICE. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

24.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : SHAHAZRIN.COM

Assalamualaikum. Malam isnin yang harmoni. Bertemankan malam yang disimbahi hujan seawal maghrib tadi. Doa-doa maghrib siapakah yang diberi petunjuk makbul dari tuhan dengan turunnya hujan itu. Meredah renyai-renyai hujan tadi untuk bertemu sahabat lama, siapa lagi kalau bukan "Kawan sepena dan sekuali... Masak di dapur, taip di blog", Saudara Zulfikar Hazri. Lame tak jumpe, jumpe-jumpe biase la pelbagai topik dikisahkan bersama pakej "tarbi" sekali. Heheh. Cepat tuliskan aku entry "self esteem + self confident - malu tak bertempat" yang dikisahkan tadi. Kongsikan bersama-sama.Malam ni cadangnye nak menjejak kasih. Mencari rakan blogger yang dah agak lame menyepi dari GPK. Blogger yang mungkin dah jauh hati agaknye. Tegur di shout box pun tak menyahut. Singgah pun tak dihidang walau secawan kopi pun. Marah kat aku gamaknye. Tak pe lah. Ni aku buat satu entry khas buat kawn aku sorang ni. Memujuk la kirenye. Moga-moga cik abang macho ni muncul balik kat GPK.En Shahazrin... Ohhh En Shahazrin... Mana pergi? Lame menyepi. Ate kome merajuk ke dengan teman ni? Teman ade buat salah ke kat kome? hehehe... Ye lah.. Teman sejak due menjak ni sibuk je memanjang sejak kene jage makan minum VVIP ni... Nak menjenguk blog kome pun teman tak sempat... Jangan marah ye, teman skodeng-skodeng blog kome, curik-curik rakam gambar-gambar kome untuk dijadikan bahan review kat sini..." Setitis Derita Melanda Segunung Kurniannya "... Tarik nafas dalam-dalam bila pertama kali terbaca quote ni. Mendalam maknenye. Renung-renungkan. Moralnya pada aku, setiap dugaan yang tuhan ujikan, selalu membawa pelbagai rahmat dan hikmah untuk setiap yang bergelar hamba itu belajar erti sebuah kesyukuran dan keredhaan. Hmmm... Quote yang aku pinjam untuk dijadikan azimat agar selalu kuat dalam menempuh setiap cobaan hidup....

Mula kenal dengan En Shahazrin ni apabila beliau menerima pelawaan aku untuk joint Gerila Penulisan Kreatif. Juga merupakan penghantar entry paling setia di GPK, disamping selalu jugak berborak-borak di FB. Dari segi penulisan, Shahazrin menulis dengan gaya yang santai. Senang faham. Tak macam aku yang tak habis-habis dengan ayat yang berpusing-pusing.

Kebetulan pula, EN Shahazrin dah sediakan satu entry khas berkenaan dirinye sendiri. Jadi aku tak nak lah cerita banyak. Kot nanti tersalah sebut kang, jadi kes pulak. Nak tahu lebih tentang beliau? Sini ade cerita. Tuan punya badan sendiri yang mengulasnya. Aku Dan Blog | SHAHAZRIN.COM

Menarik tentang Blog SHAHAZRIN.COM. Banyak fakta dan isu-isu semasa yang diutarakan. Terbaru, ketika aku menulis entry khas ni, SHAHAZRIN.COM tampil dengan "Restoran tertinggi dunia di Dubai". Aku pun tak tahu kalau beliau tak update entry ni. Maklumlah, kesibukan (alasan) menyebabkan aku miss beberapa perkara rutin dalam hidup, bace surat khabar. Thanks for sharing Shah. Berkat. Ilmu atau pengetahuan yang ade baik dikongsi-kongsikan ye tak?Blog "Putih" ni aku kelaskan sebagai kemas, rapi, dan teliti dari segi susun aturnye. Tampak pro yang amat. Aku ingat lagi, dulu-dulu Shah ade letak header yang memaparkan gambar die posing ala-ala macho sambil berpeluk tubuh. Skang header tu dah tak de. Nampak pembaharuan yang teramat menggemparkan! Serious, Thumbs up bro! Syabas. Bijak kau make over blog ni. Bijak kau bermain dengan ruang-ruang yang ade. Segenap sudut kau maksimakan dengan output yang menarik dan berguna. Aku tumpang bangga. Kongsila sikit tips bro....Menerajui tahta teman setia. SM Banjamin. Bangga sekejap. Thanks Shah, secara tak langsung tu tolong-tolong promote TheTimelines jugak tu.

Secara keseluruhannya, Blog SHAHAZRIN.COM ni mantap. Semantap tuan blognye. Aku sarankan ramai-ramailah kite memberi sokongan kepada beliau yang ensom ni. Kepada yang teringin dan terliur nak follow tu, teruskanlah niat. Aku recommend! Geng-geng lain pun recommend jugak! Jom follow SHAHAZRIN.COM.

Siap! Jangan marah haa.. Next Padelblog. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

23.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : Lekat Lekit Gurl Story

Assalamualaikum. Hari Ahad yang harmoni. Malas-malas sahaja hari ni. Baru pulang nonton filem Khurafat yang 'boleh la'... Pinjam keratan dialog "lucu" filem tu "Kalau mcm tu tak pe lah, hantar sahaje mak ke HOSPITAL ABANG"... Kenape la mesti "hospital abang".... Kan ke nampak macam tak neutral perbualan tu. Kenape tak cakap "tak pe-tak pe, kalau macam tu hantar sahaje mak ke tempat abang" tak pun... "Tak pe hantar sahaje mak ke sini..." What ever la... Janji tengok wayang free hari ni... huhuiiii!

Introduksi yang tak de kene mengenanye dengan isi kandung utama entry. Kalau cikgu bahasa melayu yang menanda karangan, tentu ditolaknye separuh markah pasal pendahuluan yang tak de kene mengena dengan isi penting ni. Baca tajuk kat atas tu, Segmen Blog Pilihan GPK:Lekat Lekit Gurl Story. Jom berkongsi cerita dengan salah sorang pengirim entry paling rajin ke Gerila Penulisan Kreatif ni. Puan Suria.
Hmm. Kalau nak cari blog awek yang bebas dari pengaruh warna pink ni lah die. Lekat Lekit Gurl Story (LLGS). Betul tak? Setuju tak? "Non-pink Blog". Walaupun pemiliknye ni seorang wanita yang boleh aku dengan iklasnye, mengkategorikan beliau ni sebagai ayu@kiut@cun!... Terserampak dengan blog ni kalau tak silap mase sedang berjalan-jalan blog (Blog walking). Yang membuat hati tertarik sebab tajuknye yang unik tu, LLGS. Kenapa LLGS? Tu menjadi misteri yang tak terkorek lagi rahsianya. Nanti pelahan-pelahan aku slow talk dengan Suria ni.
Bile sahaje membace entry-entry Suria ni, rata-rata ringkas-ringkas dan amat bersahaja penyampaiannya. Aku jugak tertarik dengan quote yang aku terbace dari blog Suria ni "Sebelum memulakan pembacaan terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya "Aku" yang di gunakan terlalu kasar bagi sesetengah pihak yang lebih berusia atau yang kurang selesa. Tidak mengambarkan saya seorang yang kurang ajar just menggunakan konsep seperti menulis diari jer.."... Aku accept je perkataan "AKU" tu. Salah satu sebab ialah ianya lebih bersahaja dan tidak terlalu formal disamping "lebih" dekat rasenye. Hmm. Kalau berdoa pun, bukankah kita sekadar ber "aku" dan ber "engkau" sahaja. Perasaan lebih dekat bukan?

"Apalah sangat dugaan dari Cik/En Anon yang datang kat blog di pinggir longkang tersumbat macam kita ni kan?? Berbanding blog dia maybe lagi banyak langau2 Anon yang datang mengeji. Betul tak??" Suria selalu sebut perkataan tepi longkang tu. Kenape ye? Tak elok Suria cakap macam tu. GPK rase amat bertuah dengan kehadiran member seperti Suria yang rajin memeriahkan wall di FB tu. Jangan dihirau sangat soal critics tu. Ambil la sebagai pencetus semangat untuk terus maju. "Cara manusia berfikir berlainan. Jadi ape yang tak sama dengan pendirian dan pembawakan diri korang kat sini, hormat je la pendirian orang lain.". Tiap-tiap kali menjenguk di GPK, selalu nampak quote tu kan?.

Mari bercakap tentang Blog LLGS secara fizikalnya. Tampil dengan latar belakang hitam dan bertulisan oren. Nampak kontrasnye. Mudah dibaca dek kerana tulisan yang nampak menonjol. Amat simple dari segi penampilan namun sarat dengan informasi terkini. Rajin meng'update' entry dalam sehari. Kadang-kadang aku sendiri pun tak sempat nak bace entry terdahulu, rupe-rupenye dan masuk entry baru. Make bergegaslah mengejar entry-entry yang belum sempat dibace tu. Nasib la Suria kan.. Sape suruh lengah-lengah..
Header. Mungkinkah di taman bunga? Atau di perhentian bas? Aku pun tak pasti. Namun, inilah signage LLGS yang berkesan aku rase. Dengan tuan blog post manje ala-ala control ayu kat atas tu, seolah-olah mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkunjung ke blog ni. Kire ade daya penarik yang berkesan. Widget yang ditampal pun amat praktikal dan standart-standart sahaja. Lengkap dan serba serbi ade. Cume kalau GPK nak comment pun, tentang gambar-gambar dan badge yang tak seimbang saiznye. ade lebar. Ade kempis. Ade panjang. Jadi nampak mcm tak balence.

Secara keseluruhannye. Nak blog ringkas dengan entry padat? Di sini adalah pilihan yang harus kalian pertimbangkan. Alah. Terus je follow ape salahnye. Ape lagi Suria Lekat Lekit Gurl Story. Follow la ape lagi!
SM Banjamnin ditempat ke-7? Nampak kene bekerja keras lagi ni untuk memperbaiki rangking.

Siap! Jangan marah haa.. Next SHAHAZRIN.COM. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

22.1.11

Segmen Blog Pilihan GPK : Rasa Hati



"Kawan sepena dan sekuali... Masak di dapur, taip di blog"

Memang aku tak nafikan, dalam kehidupan kite sehari-hari, kita perlukan kehadiran individu-individu yang berlainan pendapat, minat, kemahuan dan macam-macam jenis keperbedaan. Dari itu, barulah hidup ini mempunyai corak-corak kehidupan yang lebih warna-warni. Namun tidak dinafikan juga, kehidupan ini akan bisa lebih indah juga, kalau selalu dilingkari insan-insan yang sama idealoginya. Gaya serta cara pemikiran yang seiring. Yang selalu sama. Biarpun ada kalanya bercanggah juga. Namun percanggahan itu paling tidak pun ke arah yang lebih baik. Di 'confront' kan dengan cara yang ilmiah dan diselesaikan dengan hemah, keterbukaan dan kematangan fikiran.

"Kawan sepena dan sekuali... Masak di dapur, taip di blog"

Menyelak kotak ingatan ketika tinggal sebumbung di flat number 9, Seksyen 7 Shah Alam. Sebagai orang bujang, kami selalu bilang pada diri kami, "Kite bukan bujang tipikal..." Bujang yang biase-biase. Bujang yang kosong dadanya. Bujang yang carut-carut sahaja. Bujang yang sepah-sepah sahaja tapi tak tahu berkemas. Bujang yang "gelenyah" bile nampak 'betina'. Bukan jugak bujang yang makannya hanya tahu di kedai sahaja. Atau paling tidak tanakkan sahaja se"put" beras dan gorengkan sahaja telur sebiji. "Kite bukan bujang tipikal"

Masak kami masak sendiri. Sama seperti bujang-bujang yang bukan tipikal di luar sana. Setuju? Mahu masak apa hari ni? Pasti bukan sekadar mee segera mahu pun telur goreng. Paling tidak pun padprik campur bersama tom yam dan telur dadar yang kalau bermodal di kedai siam mahu tak mahu RM 15.00 juga. Lebih baik masak sendiri. Sambil mengalun lagu-lagu 60 an di dapur. Klentang-klentung di dapur biar bujang-bujang mahu pun anak dare-anak dare tipikal sebelah menyebelah terfikir sejenak "Huiii. Dahsyat la. Masak sendiri. Mesti student HotCat ni..."

Sekadar introduksi. Yang mencakupi 3 perenggan sudah. "Rasa Hati". Ringkas. Penulis atau creator blog ni siapa lagi kalau bukan Saudara Zulfikar Bin Hazri. Kenapa Rasa Hati. Zul dah pun menjawabnya dengan sepotong ayat sebagai diskripsi blognya. "Aku gemar menulis dan apa yang aku tulis adalah tulen dari perasaan dan fikiran aku,elok atau tidak aku bukanlah menagih markah dari juri, aku hanya mahu pembaca berkongsi rasa hati ini". Tulisan yang baik dan berjiwa adalah tulisan yang tercetus dari hati. Tulisan yang berkesungguhan dalam mengolah bait-bait kata. Juga setelah dibaca habis tulisan itu, sang pembaca bisa memperolah mesej yang mahu disampaikan oleh sang penulis. Mesej atau kesan itu, juga bisa dirasai di dalam hati sang pembaca.
Zul aktif menulis sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah satu pencapaian yang membanggakan. Jika diperhalusi entry-entry yang diterbitkan, rata-rata isi yang mahu disampaikan adalah berkisar persoalan norma kehidupan, isu-isu kepenggunaan, perhubungan, falsafah, dan tak ketinggalan juga berkenaan kisah-kisah kehidupan dirinya sendiri. "Perjalanan hidup aku sebagai penghijrah" Antara tulisan Zulfikar yang menarik untuk dibaca dan keseluruhan cerita dari entry ni membawa aku kepada penilaian terhadap dirinya. Seorang yang bersemangat dan menghargai kehidupan.

Gaya penyampaian. "Stroke Penulisan" jika berdasarkan ape yang pernah Zulfikar sendiri katakan. Mudah. Ringkas. Dan straight to the point. Pada pandangan aku, Zulfikar belum "all out" dalam menulis. Mungkin seperti aku juga yang memerlukan mood serta kondisi terbaik untuk satu-satu tulisan yang "berjiwa". Tak mengapalah Zul, yang pasti mesejnya sampai dan memberi kesan. Bakatnya sudah tersedia. Cuma perlu di'polish' agar semakin berkilau agar sinarnya berkembang untuk pergi lebih jauh.

Rasa Hati. Tampil dengan latar belakang hitam dan bertulisan putih. "Play safe" yer bermain dengan basic colour? Tak mengapalah, asalkan hati sendiri senang. Cuma, untuk tampil lebih kreatif, apa kata lakukan sedikit pengubahsuaian dengan memberi sedikit sentuhan pada warna bacground tu dengan "bermain" dengan tona yang lebih lembut dan tidak hitam "mati" seperti sekarang ni. Erm. Dari segi layout, perlu diperbaiki sedikit. Aku mencadangkan agar kau gunakan "Leaderboard" berbandang "Large Rectangle" pada papan iklan yang tergantung dibawah header blog kau. Errmmm Header. Zul, bile kiteorang semua buka je blog ni, terus terpapar header yang besar tu. Gambar kota metropolitan. Besau tu. Ade plan untuk buat header baru?

Zul, Gambar boleh resize perasan tak gambar ni terkeluar sikit dari posisi die.

Sahabat yang baik, tak semestinya banyak bicaranya. Duduk meluangkan masa dengan segelas teh tarik sambil memerhatikan gelagat sekeliling pun sudah mencukupi. Lama tak lepak minum dengan kau. Ade mase jom minum-minum. Sesiape yang nak berkawan dengan Zulfikar ni, amat dialu-alukan. Yang belum follow blog ni, juga dialu-alukan coz, kalian akan dapat banyak input yang baik dari sini. ape lagi, klik Rase Hati dan follow!

Siap! Jangan marah haa.. Next Suria. Sila cantik-cantikkan blog kalian untuk Segmen Blog Pilihan GPK. Yang lain nak jugak? Boleh je. Tapi kene la joint the club dulu. Gerila Penulisan Kreatif. Masing-masing ade facebook kan? Barang siape yang dah menjadi pilihan tu, harapnye dapatlah diperbuatkan 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati siput. Serta diperbuatkan satu jembatan penghubung dari Shah Alam ke Mersing Johor. Tak upaya? Cukuplah dengan review balas untuk Group Gerila Penulisan Kreatif kite ni. Promote-promote la ke seantero dunia. ok? Yang belun joint, sila joint. Klik kat sini Gerila Penulisan Kreatif.

19.1.11

Irama "Cplurrrrr Cplurrrrrrrrrrrr"

“Cplluurrrrr…. Cplurrrrrrrrrrrrrrrrrr.. Cplurrrr….” Wap beraroma teh galak menghambur…

“Cplurrr… Cplurrr… Cplurrrrrrrrrrrr…” Sesekali mengesat keringat yang membasahi dahi…
Dituang-tuang lagi… satu ditarik ke atas… dan satu lagi ditahan kejap menanti setiap curahan yang berhawa panas…

“Cplurrrr… Cplurrr… Cplurrrrr….” Cairan berwarna coklat keperang-perangan seakan menyelerakan…

Mahu tahu cukup susunya? Mahu tahu cukup manisnya? Cukup kelat-kelatnya? Lihat sahaja bebuih yang terbit dari setiap curahan itu…. Lihat pada pada warnanya… Kalau terlalu putih, maka terlebih susunya… Kalau terlalu perang, terlebih sudah pati tehnya… Jangan terlalu cair campurannya.. Biar cukup-cukup rasa sahaja… Bersama suhu yang sedang-sedang hawa panasnya…

“Cplurrr…..”

Nah dicurah lagi. Kali ini dikalih pada segelas lutsinar yang sedang-sedang besarnya. Bebuih sedikit terlimpah namun tak tertumpah. Bebuih molek membukit. Yang terlimpah sekadar sangkut-sangkut sahaja pada dinding gelas lutsinar. Wap-wap halus masih ternampak. Hmm.. Serahkan sahaja pada yang pakar..

“Ting!!!” Loceng ditekan memanggil rakan. Pantas disambar lantas ditaruh pada dulang bulat. Tenang mengimbang si dulang bulat agar tak tertumpah segenap isinya. Mencari-cari arah si tuan pemesan berpandu ingatan. Mana satu ya, yang empunya? Oh! Di situ. Di sudut itu. Yakin hati berkata.

“Teh tarik siap!”

“Terima kasih”

Kedua-dua mengukir senyuman puas. Hirupan pertama bisa mengadili. Si pembuat mengintai-ngintai dari sudut yang jauh. Debar menanti reaksi. Dihirup lagi pada hirup-hirup kedua dan seterusnya. Lantas habis kesemuanya. Meninggalkan bebuih putih sebagai sisa. Puas. Segelas teh tarik yang segar! Serahkan sahaja pada yang pakar…

“Baiyyaa.. Kira. Teh tarik berapa?”

Segelas teh tarik. Aku memandang. Menunggu. Merasa. Dengan penuh harapan...

9.1.11

SM Banjamin nak Mohon Maaf

Assalammualaikum...

7.12.2010 adalah tarikh terakhir aku melancarkan entry terakhir. Sebulan yang lepas... Ia merupakan pengkhianatan yang besar buat segenap folower-folower yang selalu berkunjung ke mari. Maaf deh. Aku teramat sibuk dan sampai kini masih terkial-kial menyesuaikan diri dengan penghidupan di tahun baru yang aku anggap serba baru ni...

Ke mana aku pergi? Aku jawabkan bagi yang bertanya... Kepada yang "ade aku kesah-ade aku kesah" di luar sana yang tiba-tiba singgah ke mari untuk korek-korek cerita, sila klik pada button pangkah pada penjuru kanan tetingkap anda... anda tidak dialu-alukan kemari... dan sesungguhnya tulisan ni hanya untuk yang faham-faham sahaja tentang apa itu penulisan blog...

Aku teramat sibuk sebenarnya. Pertama kerja. Maaflah. Pada aku bila, dah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengepalai, aku perlu buktikan kemampuan aku. Aku anggap serious dengan pekerjaan baru dengan jawatan baru di tempat kerja baru aku. Exited pun ade jugak dengan segala benda baru ni. Dan masih tercari-cari jalan untuk mengatur segala benda.

Hmm... Tengok la.. stroke penulisan semua hancur gara-gara lama tak menaip... Selain kerja, ade la satu dua hal yang menyebabkan aku tak boleh fokus menulis ni... Beberapa hal personal yang sedikit hampir mamatahkan semangat aku... Tapi buat-buat cool je... Alah, sikit-sikit je hal... Remeh temeh, yang tak pasal-pasal jadi beban kalau terlalu difikirkan...

Ketiga... Aku penat deh... Penat yang amat, lantaran kerja... Bukan nak merungut.. Cuma suasana baru ni betul-betul mengasak aku fizikal dan mental... Maklumlah aku pun satu hal jugak, jenis yang tak boleh duduk diam... Walaupun ade sesetengah kerja tu aku boleh je serah pada kakitangan... Tapi, aku tak boleh la... Bukan nak wayang ke ape, cume dah terbiasa... Aku faham susah orang, dari susah yang pernah aku lalui dulu... Kalau dulu aku menyumpah bile dapat incharge yang mcm "haram"... Now, aku tak mahu benda tu terjadi kat aku... Bukan takut, cuma, atas dasar mendahulukan objektif organisasi, baik ketepikan ego. Teamwork mesti kuat!

Bercakap tentang penat. Ini adalah penat yang amat memuaskan hati naluri aku. Penat dalam mengoptimumkan segenap potensi diri yang ade. Penat yang masih mampu buat aku tersenyum. Penat yang tak sia-sia. Penat yang dihargai akhirnya. Kerja penat yang bukan minta dimandang dan dianugerah, cuma penat yang taklah terbuang macam sampah begitu sahaja.

Lupakan tentang penat. Kepada rakan-rakan follower sekian, seriously maaf sangat-sangat. Mungkin silap aku. Tak terorganize serba sebi. Habis enry-enrty kalian tak berjenguk. Aku faham, mungkin ade yang berkecil hati. Pelahan-pelahan deh... Aku cuba set semula. Aku cuba make up semula masa-masa untuk kalian... INSYA ALLAH...

Suria... Zulfikar... KBSM... Padil... Emma... Sis Lin... Miera... Mak... Newbie... serta segenap member di Gerila Penulisan Kreatif... Maaf atas keterlewatan dan ketidakberadaan bersama kalian semua... Maaf diterima? Aduihhhh....

p/s: korang boleh cari saye di bangunan canseleri uitm... jemput-jemput la ke Deli Pendeta... Boleh sembang-sembang di sana... huh.. zulfikar.. jemput la datang ye.. yang lain pun same la..