31.12.11

Terbaik 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Insyaallah dalam beberapa jam sahaja lagi tirai 2011 akan dilabuhkan bersama disingkapkan tirai tahun baru 2012. Aku yakin walau di mana juga berada, tahun baru ini pasti disambut dengan penuh keazaman serta semangat yang tinggi. Bercakap tentang keazaman, sudah ditetapkan azam baru? Aku mudah sahaja, nak turunkan berat badan… Nak turunkan berat badan serta turunkan berat badan. Hehehe…

Sekembalinya ke Shah Alam kelak, pastinya jadual hidup seharian pasti akan bertambah sibuk. Kerjaya pasti akan terus mencabar dan terus dicabar. Semoga segala ujian yang bakal ditempuh dengan penuh bertenaga dan bersemangat positif. Selain jadual kerja, jadual program gym jugak agak pack. Mencabar diri sendiri, satu hari 1 jam di gymnasium bermula 3 haribulan ni… Hmm.. Kecuali terhalang dek “kesibukan” kerja… (Belum-belum dah beralasan.. Macam mana tu?)

Blog? Tentang blog ni, aku tak nak terlalu meletakkan obsesi yang terlalu tinggi. Tak mahu sudah berjanji-janji itu dan ini… Aku rasa cukuplah tahun 2012 nanti, aku dapat menulis sekerap mungkin dengan entry-entry yang menarik. Korang pun paham kan “strok” penulisan aku. Sebolehnya yang best-best sahaja akan dipublishkan... Maaf la, kepada yang tak gemar entry panjang lebar, kat sini bukan tempatnya… Tapi, kalau korang minat gaya penulisan yang halus, kreatif yang boleh menerawangkan minda serta imaginasi korang, marilah bersama-sama aku di sini… Selalu-selalulah dating ke TheTimelines ni…

2011… Untuk Blogger yang malas serta selalu sibuk dengan urusan harian, pencapaian 2011 untuk TheTimelines ni, boleh la buat aku puas hati… Puas hati dengan hasil yang berjaya diketengahkan… Cuma dek kerana pertumbuhan serta kerancakan perjalanan blog ni yang agak perlahan, dari segi trafik, aku akui agak kurang menggalakkan… Kadang-kadang terasa penat jugak menulis karya panjang-panjang ni,  bila kurang mendapat “hit” dari pembaca. Tapi, aku letak isu trafik tu sebagai seseatu yang tak menjadi pematah semangat untuk aku terus menulis… Aku yakin, korang datang, cume sekadar menjadi pengunjung “senyap”...

Bercerita tentang sentuhan 2011. Aku puas bila dapat menghasilkan satu-satu entry yang bila aku baca semula, aku bertanya pada diri sendiri… “Aku ke yang menulis ni”… Aku pun tak sedar kadang-kadang… Tau-tau entry tu siap… Mungkin dek kerana hanyut sangat atau pun ni la yang selalu orang cakap “roh” dalam penulisan… Hooo… Apsal tetiba aku rase meremang ni… Jeng jeng jenggggg…

Mungkin kesempatan yang ada ni, elok kalau di rewind semula entry-entry yang aku anggap sentuhan terbaik sepanjang 2011… Bak kata seorang sahabat melalui komen yang dihantar, “inilah gaya penulisan aku, yang menjadi identity kepada blog TheTimelines ni”. Mari kita imbau kembali….

Entry ni bercerita tentang Arwah Atuk aku. Panjang lagi ceritanya dan masih belum disudahkan sepenuhnya. Harap korang sedia menanti kesudahan mahupun kesinambungan bagi entry ni. Balik kampung ni, may be dari borak-borak dengan abah aku, mungkin secara tak langsung dapat menambah sedikit sebanyak idea untuk Pesan Atuk II nanti. Insyallah…

Sombong
Bila hidup aku dikelilingi dek manusia-manusia yang kian menyombong diri, aku mula terfikir, ape puncanya. Jiwa aku mula berontak dengan perangai sombong mereka. Selalu aku terfikir, sebagai manusia yang ade perasaan sakit hati bila melihat orang sombong, kenapa mereka tidak memillih untuk menjadi seorang yang easy going, boleh bercampur dan bertegur dengan sesiapa sahaja selain memilih manjadi manusia yang sombong… “Sombong” bertanya beberapa persoalan disamping merungut serta menyesali kesombongan itu sendiri. Kalau korang tak sombong… Bacalah Sombong… Pesan untuk teman-teman, juga diri sendiri…

Entah apa yang buat aku teringat pada Abang Honel lantas mengabadikan kisahnya ke dalam kisah “Abang Honel”.  Simpati juga belas ehsan… Jom serta kembara zaman kecilku melalui Cerita Zaman Kecil: Abang Honel…

Kisah yang selalu aku baca untuk menguatkan diri sendiri… Mungkin ini yang orang putih duk kata “form zero became hero”. Kuchai Lama, mengupas kisah anak kampungan yang mahu membuktikan dirinya selalu boleh seperti orang lain… Kisah yang elok dibaca sebagai motivasi diri…

Serah pada yang pakar… Kadang-kadang sakit hati serta meluat melihatkan sikap segelintir tetamu hotel tempat aku bekerja. Masing-masing datang dengan style serta lagak. Cuma dalam lagak serta style tu, ada juga yang buat aku tersenyum sinis di dalam hati… Bila bercakap tentang etika, ia adalah sesuatu yang perlu dipesankan serta dipelajari. Tidak kira apa status korang…

Antara entry yang paling panjang yang pernah aku tuliskan… Entry ni, aku mengajak korang terbang ke zaman dahulu kala. Zaman purbawara. Ade ala-ala kisah Sang Puteri dengan Putera Katak sikit. Tapi aku adaptasikan ke alam Melayu kita. Maka terlahirlah Hikayat Putera Katak ni…

Aku membayangkan filem-filem kartun Pixar Animated Studio masa menulis entry ni. Inspirasi dari kartun-kartun Toy Story, Cars, The Bug’s Life Story dan sebagainya. Terlahirlah kisah Bohlpen, sebatang pen yang penuh cabaran… Kenapa tajuk entry ni “Pen Merah, Pen Biru. You Marah, I Love You”? Korang kenelah bace…

Drama Juvana: Babak-babak Yang Tak Dipertontonkan Kepada Umum
Salah satu watak dalam Drama Juvana tu ialah watak Cikgu Zakiah lakonan Ezreen Azminda. Seorang cikgu yang cool lagi cun melecun. Aku dengan senang hati mengabadikan kisah tambahan buat Cikgu Zakiah dalam “Drama Juvana: Babak-babak Yang Tak Dipertontonkan Kepada Umum”… Tak sangka pulak aku, entry ni menjadi antara  yang terhangat sepanjang tahun lepas.

Itu dia tadi, antara yang terbaik sepanjang 2011. Kalau korang rajin, kais-kais la lagi di arkib tu… Ade beberapa lagi entry best yang tak tersebut di sini. Buat korang semua, terima kasih coz sudi berkunjung kemari. Aku yakin, kunjungan korang tu, datang bersama sokongan buat aku. Teruskan member sokongan. Semoga 2012 nanti, aku kan lebih gigih dalam menghasilkan karya-karya yang baik buat korang semua…

p/s: ade blog? Tak de? Tak pe… Kalau minat, tulislah blog… Kalau tak minat menulis, setidak-tidaknya membaca… kalau dua-dua tak minat, korang datang sini untuk apa?... Hmm Tanya sama hati, apa niat anda…
Selamat Tahun Baru 2012…..

2 comments: