30.12.11

Sesi Bertemu Peminat

Hari ni bermulalah percutian aku selama lima hari. Esok akan bertolak balik ke kampung, Felda Nitar 1, Mersing Johor. Jadi buat peminat-peminat aku di Johor, tunggulah kemunculan aku di sana. Sepanjang lima hari ni, akan dipenuhi dengan aktivi Tour of Johor atau  dalam Bahasa Melayu Jelajah Johor. Korang tunggulah aku di karnival-karnival di tempat korang. Peminat-peminat yang berada diluar Johor jom sertai sekali. Jangan lepaskan peluang ni sebab aku bakal menghiburkan korang dengan lagu-lagu best dari album-album mahupun single terbaik aku, antaranya:

1. Wah... Syoknye Menjaga Tepi Kain Orang

2. Tak Baik Mengumpat 
(Sekuel untuk lagu "Wah... Syoknye Menjaga Tepi Kain Orang")

3. Depan Senyum. Blakang Mengata

4. Dah Tak De Bende Lain Nak Dibuat... Kawan Sendiri Pun Nak Diumpatnya

5. Cerita Pasal Orang Lain Depan Kita...

6. Depan Orang Lain, Cerita Pasal Kita Pulak
 (Sekual untuk lagu "Cerita Pasal Orang Lain Depan Kita...")

7. Seronok Tengok Orang Lain Nampak Bodoh

8. Sehari Tak Malukan Orang Lain, Macam Tak Lengkap Ke-Fardhuan Hidup

Selain aku, ade juga rakan-rakan seperjuangan lain yang bakal memeriahkan karnival tu. Antaranya barisan pelakon-pelakon Drama "Menokok Nambah Cerita Mengikut Sedap Mulut" antaranya Farsha Sandarkan Bahu Mu, Eman Anwar Manan, serta Zainab Dolah (Pelakon baru). Jadi kalau korang nak temui mereka ni, pastikan datang ke setiap karnival di tempat korang. 

Tak ketinggalan juga. Penampilan istimewa atlet bertaraf dunia, siapa lagi kalau bukan Juara Dunia Acara Memangkah Sazali a/l Polailajju. Sazali baru sahaja dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara Memangkah (bagi kategori Mengaibkan Orang Lain) yang berlangsung di Chennai India. Dalam kejohanan itu, Sazali telah berjaya menewaskan seteru utamanya siapa lagi kalau bukan Atlet Memangkah tuan rumah Vernam Vernam Sigh Jr. (VVSJr). Lebih membanggakan lagi, Sazali berjaya menewaskan VVSJr dengan kutipan mata yang cukup besar.  Ekoran kekalahannya kepada Sazali, VVSJr juga turut mengistiharkan persaraannya dari sukan memangkah. 

Wahhh... Lihat, orang kita, menjadi johan sukan Memangkah di peringkat dunia. Aku yakin, ade ramai lagi atlet-atlet memangkah yang bakatnya tak diketengahkan. Pasti negara kita tidak akan ketandusan bakat-bakat pelapis dalam sukan ini. Untuk tahun-tahun mendatang, aku yakin kita pasti akan menjadi kuasa besar dalam Acara Memangkah ni. Bukan sekadar kategori Mengaibkan Orang Lain, malah dalam kategori-kategori lain seperti kategori Tak Takut Dada Dosa Mengumpat, kategori Mengata Berirama, serta Memalukan Orang Lain Berkumpulan.

Jadi buat peminat-peminat sekian. Ape tunggu lagi. Jom meriahkan serta gamatkan suasana. Jumpa di sanaaaa!!!!!

2 comments: