13.11.11

Jangan Berdukacita, Bacalah Kaedah-kaedah Menuju Bahagia

1. Sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam sempadan hari ini sahaja, maka akan terpecahlah fikiran anda, akan kacau semua urusan dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. Inilah makna sabda Baginda Rasul: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu waktu pagi.

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada yang sudah lalu, merupakan kebodohan dan kegilaan.

3. Jangan menyibuk diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang dengan kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.

6. Sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.

7. Hamba perlu menyedari bahawa segala sesuatu berdasarkan ketentuan Qadha dan Qadar.

8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.

9. Persiapkan diri untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.

11. Semua Qadha bagi seorang Islam baik adanya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15. Dengan musibah, hati akan tergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesuatu selepas kesusahan itu akan ada kemudahan.

18. Jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara tidak mustahak.

19. Sesungguhnya tuhan Maha luas ampunan-Nya.

20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.

21. Hidup ini tidak lebih dari sekadar roti, air dan bayangan. Maka tidak perlulah bersedih hati jika semua itu ada.

22. "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." (Surah Az-Zariyat:22)

23. Kebanyakkan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. Pada orang-orang yang ditimpa musibah itu ada tauladan.

25. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.

26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27. Anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28. Tinggalkan semua desas desus dan jangan percaya kepada khabar angin.

29. Kedengkian atau keinginan yang anda kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akanmenimpa pihak lawan.

30. Semua musibah yang menimpa diri anda adala penghapus dosa-dosa....

Doktor 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (Terjemahan, Mohd Sofwan Amirullah)
La Tahzan (Jangan Bersedih)
Muka Surat (118-120)

************

Kalau kalian rasakan artikal ini baik untuk semua, ayuh kongsikan bersama... 

1 comment:

  1. La Tahzan adalah buku motivasi memujuk diri yang paling bagus...

    semoga hati terpujuk dan jiwa bangkit.

    ReplyDelete