31.10.11

Sombong

Baru pangkatnya tinggi sedikit
Baru tanggungjawabnya berat sedikit
Baru gajinya lebih sedikit
Baru hartanya mewah sedikit
Baru wajahnya lawa sedikit
Baru 'gajet' nya canggih sedikit
Baru keretanya besar sedikit
Baru keluarganya kaya sedikit
Baru ilmunya pandai sedikit
Baru bajunya anggun sedikit
Baru amalnya dibuat sedikit
Baru kuasanya hebat sedikit
Baru suaranya didengar sedikit
Baru kerjanya dipuji sedikit
Baru jasanya dikenang sedikit
Baru kenalannya berada sedikit
Baru kulinya ramai sedikit

Dah tak boleh senyum pada yang sedikit
Dah tak mahu berbual-bual dengan yang sedikit
Dah tak melayan yang sedikit
Dah tak boleh ditegur oleh yang sedikit
Dah tak mahu menegur pada yang sedikit
Dah tak bercampur dengan yang sedikit
Dah tak boleh ingat pada yang sedikit
Dah tak pandang pada yang sedikit
Dah tak layak buat yang sedikit
Dah tak hormat pada yang sedikit
Dah tak boleh bersentuh dengan yang sedikit
Dah tak memberi pada yang sedikit
Dah tak menerima dari yang sedikit
Dah tak lalu pada yang sedikit

Sombong!
Sedikit-sedikit sombong!

8 comments:

  1. dia tidak tahu, dalam kubur nanti diri sakit bila amal sedikit...

    ReplyDelete
  2. Manusia seringkali lupa asal usul bila mcapai kejayaan sedikit...dah tersungkur nanti baru nk sdar, masa tu semua org dah pulaukan dia..

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Nauzubillah..moga2 kita dijauhkan dari sifat mazmumah dan perbanyakkn sifat mahmudah..

    ReplyDelete
  4. tak boleh pndg remeh...itu riak. cuba mengingatkn diri sendiri jgk...thanks!

    ReplyDelete
  5. Manusia memang begitu..Antara ujian Allah yang selalu gagal manusia hadapi adalah ujian ketika dia senang..

    ReplyDelete
  6. tu la hakikat bila jadi tak sedar diri...

    ReplyDelete
  7. Tak kemana nya sombong tu...huhuhu

    ReplyDelete
  8. begitu ramai orang yang lupa
    dimana kakinya berpijak sekarang..
    emmmm

    ReplyDelete