18.10.11

Mana Yang Lebih Penting?

Aku tak pandai memujuk
Kalau ku katakan maaf itu, bererti aku beralah
Bererti aku coba menjernihkan kembali apa yang silap yang tlah aku lakukan
Aku tak pandai memujuk dengan cakap-cakap yang bunga-bunga
Yang penting pada ku, ucapan MAAF sendiri
Dan apabila aku katakan MAAF itu, kau pula buat tak peduli, aku coba untuk FAHAM
Mungkin ada rasa amarah
Mungkin ada rajuk di dalam hati
Biarlah kau sendiri
Jika kau rasa itu ADIL buat menghukum salah-salah aku yang maha BESAR pada mu
Ya SALAH AKU
Dan salah aku juga
Bila aku tak pandai memujuk apa yang rajuk dalam hati kamu
Bagaimana harus ku pujuk
Seandainya ketika aku menghampiri, kamu menghilang
Ketika aku cuba menghubungi, kamu diam (atau buat-buat PEKAK)

Terfikir juga aku. Mana yang lebih penting dari RAJUK itu? Mana yang lebih penting dari AMARAH itu? Berbanding jalinan perhubungan itu... Atau, sebenarnya ada perkataan yang dieja dengan 3 huruf yang duduk di atas pundak kamu.

4 comments:

  1. biarkan dulu,nanti dah calm, insyaallah hilanglah rajuknya..
    ;)

    ReplyDelete
  2. Pergilah pujuk..saya percaya hati dia dah mula lembut..lagipun mesti dia rindu awk..tak percaya,nnt awk tanya dia.. :)

    ReplyDelete
  3. huhuhu,,
    tanak masuk campur,,tapi nak komen,,heheheh :) ,,,,

    ReplyDelete