26.10.11

Konvokasyen Ohhh Konvokasyen

Hai kalian. Rabu yang harmoni. Apa khabar kaki kaki blog? Tidak kiralah sama ada penulis tegar mahupun pelawat tegar. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Hari ini mood raya. Hari Depavali. Buat seluruh masyarakat India, di mana jua kalian berada, dengan semangat keharmonian Bangsa Malaysia, aku dengan kesempatan yang ada ini ingin sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Hari Depavali buat kalian. 

Semoga kedatangan Dewali tahun ini disambut dalam suasana harmoni. Syukur bukan? Di Malaysia ni, pelbagai perkara dapat dirasai bersama. Raya, makanan, budaya dan macam-macam lagi. Kite makan lauk awak. Awak makan lauk kite. Awak suke, kite gembire. Kite suke, awak kene masak lagi. Berlebih kurang sesama kita. Janji keharmonian terjaga. Walaupun kite tahu, kadang-kadang kite terbuat salah. Awak terasa. Tapi kite banyak beralah. Ingat-ingatlah susah payah datuk nenek kite dulu dalam memerdekakan negara bersama-sama dengan datuk nenek awak. Kite sekarang ni, tinggal mengekalkan kemerdekaan tu je. Bukan mudah... Tapi kalau kita lakukan sama-sama macam datuk nenek kita dulu, tentu kita boleh... Malaysia Boleh!

@@@@@@@@

Tradisi biasa bagi aku di Hotel UiTM. Keterlibatan secara tak langsung dalam menjayakan Istiadat Konvokasyen UiTM. Tahun ni. Kali ni, dah menjangkau kali yang ke-75. Dalam tempoh tu, khabarnya UiTM sendiri dah melahirkan lebih setengah juta graduan. Maka bertebaranlah cerdik pandai dari kalangan orang-orang Bumiputera. Melayu serta masyarakat Peribumi di Malaysia ni. Hebat!

Dalam setengah juta tu, aku tergolong. Bersama-sama kalian juga, yang turut tergolong. Cuma yang membezakan kita, aku mungkin sebahagian daripada graduan UiTM yang tak berkesempatan merasai kenikmatan gahnya berdiri di pentas utama bagi menerima skroll konvokasyen tu. Aku tak berkesempatan merasai nikmat tu. Nikmat berjalan di atas pentas utama tu. Nikmat bersalam dengan Tuanku Canselor, Vice Canselor,  mahupun Pro-pro canselor yang menyampaikan skroll pada hari konvokasyen tu. Tak berkesempatan.

Melihatkan adik-adik yang tersenyum girang dan puas ketika menyambut scroll masing-masing membetikkan rasa teringin di hati. Aku nak rasa suasana tu. Aku nak lalui pengalaman tu. Dan caranya. Aku harus lekas menguatkan azam aku untuk menyambung pengajian agar apabila graduate nanti, aku akhirnya akan berpeluang sekali lagi untuk berkonvokasyen, setelah bukan satu, malah dua konvokasyen terpaksa aku lepaskan.

Pertama, seawal peringkat sijil dahulu. Konvokasyen ILP Satu Malaysia yang diadakan di Putra Jaya. Aku lepaskan gara-gara tuntutan latihan tahunan Kadet Pegawai Palapes di UiTM Perak, sewaktu menganggotai Palapes UiTM, yang akhirnya aku anggotai sekerat jalan sahaja. Tak merasa aku detik-detik bersejarah menerima skroll sebagai pelajar terbaik keseluruhan mewakili ILPKL. Masa tu aku tak rasa kesal, tapi hari ni, baru aku sedar, aku telah melepaskan sesuatu yang boleh diabadikan sebagai sentimental value untuk diri sendiri.

Kedua, ketika peringkat Diploma di UiTM. Grad cemerlang bukanlah syarat buat aku untuk ke konvokasyen. Tidak semena-mena abah jatuh sakit. Diserang penyakit buah pinggang yang agak kronik. Dan waktu tu, dikalangan adik-beradik akulah yang paling available. Dengan kakak-kakak aku yang sudah terikat dengan pekerjaan tetap. Adik-adik pula sedang sibuk dengan pengajian di IPT. Mahu tak mahu, biarlah dilepaskan sahaja konvokasyen tu, berbanding menolong mak menjaga abah yang sakit kuat masa tu. Kali ni aku tak frust. Sebaliknya puas!

Ade la hikmah nye tu. Aku fikir positif je. Semua ni just pembakar semangat aku untuk sambung mengaji. Alang-alang. Naik pentas nanti, biar sebelum nama aku dilaung. Pengacara majlis akan sebut... "Penerima Anugerah Naib Canseor, Zulkifli Sa'don.. Kelas Pertama!!!!".. Boleh! Aku pernah jadi terbaik! Orang lain boleh jadi terbaik! Kenapa aku tidak! Aku boleh lakukan dengan azam yang kian membara! 

10 comments:

  1. Salam kenal, dtang dari blog rasa hati. May all ur wish come true. Perghh sedih giler tak gi konvo. Tapi mana tau ada konvo ygsper duper grand di masa akan datang..sorry byk typo, susah nak menaip atas err bukan keyboard biasa ni..

    ReplyDelete
  2. takde hallllaaa...

    boleh punya, orang lain boleh buat takkan kita tak boleh ye dak?

    ReplyDelete
  3. Nizam Ijam: Tajuk teruk? perasaan ko je tu ijam...

    ReplyDelete
  4. Arena: salam kenal jugak... semoga terkabul la ape yg cik arena cakap tu... amin...

    ReplyDelete
  5. Zulfikar Hazri: ye dak... buleh punye... lagi tue ni lagi la senang paham.. pasal fokus tu lebih sket..
    insyaallah...

    ReplyDelete
  6. sabar :)

    Carilah hikmah dalam setiap ketentuanNya,supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran,setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran.Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan,namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman~

    ReplyDelete
  7. aku budak kecik: thanks alot.. tu doa tu... moga termakbul... amin..

    ReplyDelete
  8. xmerasa lah ct nak dapat naib canselor..dekan xpernah..ahahaha


    gudluck 4 u sam..
    truskan pikir pOsitif
    ade hikmah disebaliknya
    ganti ct jadi naib canselor k .
    hahaha

    ReplyDelete
  9. setiap org punye cerita nya kan
    semoga semangat kali ini akan lebiuh berkobar utk naik pentas sekali lagi..
    insyaAllah

    kamu sungguh kuat! =]

    ReplyDelete